Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

SABAR, mana kau pergi?

aku perlukan satu medium untuk meluahkan perasaan. disinilah tempatnya. aku tak tau mana pergi aku yang sangat cool dulu. sejak akhir- akhir ni aku rasa kesabaran aku makin menipis. aku rasa macam akan hilang je tak lama lagi. kalau dulu, bab2 marah nia ni, aku serah kat wan je. tapi aku rasa sekarang ni aku hampir hilang sabar melihatkan kerenah nia ni. tak tau apa yg tak kena. aku tau, now its time for the kids to explore things tapi certain time aku rasa ada limitasinya. aku tau, aku bukan la ibu yang kuat macam org lain. sikit2 nak komplain. anak baru sorang nak komplain itu ini. tak saba nak tunggu dia besar. how i wish i can fast forward time... sekarang kalau nak pakai kan baju lepas mandi semakin berperang. dengan aku yang tak bole nak bergerak sangat. mmg menduga nia yang kalau nak apa- apa tak bole lambat sikit. contoh bab suap makan. mesti non stop suap dia makan. dulu aku bole cop-up, sekarang aku rasa nak babab pun ada sebab dia jenis tak sabar kalau bab nak mencederakan

congratulations all!!

bulan january ni, mmg bulan yang meriah.. meriah dengan kelahiran baby di kalangan rakan- rakan aku. mmg excited sangat. nampak nye, baby aku je tak kan kua bulan 1 ni, confirm la bulan 2. takpe2, nak bagi nia bermanja- manja dgn mama dia.. to my general manager en. mutaza & his wife (kak nik hamidah) : congratulations for the new born baby girl HANNAH @ 3.55 kg. hannah ni anak ke-4 diorg, selepas 3 anak yang pertama lelaki. best kan? to my office mate jon & neny : congratulations for the new born baby girl AIRIS SAFIYA @ 2.8kg. airis is their 1st child last but not least, to kak mira & kusa hafiez : congratulations for the newborn baby boy : EMRAN HAMZAH @ 1.8kg (he was born at 7 months but he's very healthy). hamzah is their 1st child. gambar baby? aku belum ada kesempatan nak tgk hannah & airis lagi. dapat tgk gmbr je. hamzah pulak, masa kitorg visit kak mira semalam, masih dalam incubator but he's doing very well. dapat tgk gambar je jugak CONGRATULATIO

on 38th weeks check up

fuh, berpeluh aku jenguk blog kawan- kawan kat tepi ni. berpeluh sebab apa? kalau dapat baring kan best. ini kena bersandar kat sofa jek. kejung jap. tp demi mu blog, aku sanggup. siap chatting dgn jiey tadi menjeleskan aku lagi. mentang2 ko bole meniarap ye, best la ber surfing. macam aku ni, kalau la bole meniarap.... tengah hari tadi, weekly check up sekali lagi. untuk minggu yang ke-38. aku cite dalam bentuk conversation ye.. nurse : puan alyyani anuar! (aku berjalan masuk ke bilik doktor) dr khamsiah : haa..ni dah jalan slow ni, tak lama dah ni. last week bukan main laju lagi aku : eh, doktor ingat saya jalan laju ye. doktor : mana bole lupe. jom baring, kita scan. u dah start sakit ke ni? aku : a'ah doktor. sakit, then hilang. makin lama makin kuat & kerap. tapi belum betul2 sakit lagi. kebetulan masa tu aku tengah sakit, tu yg jalan pun slow. doktor pegang bawah perut aku nak cek kedudukan baby. doktor : ha ni kepala dah turun dah ni. i rasa tak sempat u nak dtg n

ciri nama anak kami

nak share pasal pencarian nama anak. ciri- ciri yang perlu ada dalam anak kami adalah seperti berikut : maksud yang baik. ni sudah tentu. maksud nama melambangkan sifat. sedikit sebanyak memberi kesan. tapi nama aku kan maksudnya yang lembut. hehe.. mcm tak kena je kan? pangkal nama R..A... 2 perkataan. bersempena nama wan - Ridzuan dan nama aku Alyyani. R mesti kat depan. setiap nama maximum 4 suku kata. supaya tak susah utk disebut. contoh RANIA AYESHA. (itu je satu contoh nye pun. heheh..) dalam nama tu, mesti ade huruf Y. bersempena nama aku yang ade 2 huruf Y. ALYYANI. ni ramai sedara aku perasan bila aku letak nama nia AYESHA. so adik nye pun mesti ada Y. mesti ada nama manja bole diambil dalam nama penuh itu. RANIA a.k.a NIA tujuan nama manja ni, kitorg tak panggil anak dengan gelaran seperti along, kakak or adik. kitorg prefer panggil nama. trivia sikit RIDZUAN bermaksud nama syurga ALYYANI bermaksud yang lembut RANIA AYESHA bermaksud yang mempersona, hidup bahagia R... A... b

terkejut a.k.a spotcheck

sebenarnye ada entry lain nak post, tapi sebab ada kejadian mengejut kan lunch tadi, aku cite ni dulu. tak de la ape sangat tapi tgh aku dgn officemate aku syok lunch, muncul seseorang didepan mata. siapakah? wan! husband aku la. hahahh.. serious tekejut. mmg terjerit la aku. dia da agak aku mesti terjerit punya. siap2 dah cakap "dah2, tak yah la sampai menjerit" hahaha... excited ye tgk laki sendiri. mana tak nya, kitorg keja kan jauh. kalau dia cuti pun, tak penah la kitorg lunch sekali. jarang sangat. kalau dia ada kerja kat area ni pun jarang sangat nak singgah ofis. bole kira dengan jari. dulu time belum kawin, setiap masa nak singgah ye. hehehe... tapi harini, tetiba lak dia memunculkan diri kat anjung tuh. rindu ek? hahaha... poyo jek. dia nak ke putrajaya tu yang singgah sebab tau aku pun tgh lunch kan. dan dia pun tau port aku lunch. ni pun ala- ala spotcheck kot. kot la aku merayap gi tempat lain. selalu kalau aku gi mines ke mesti aku bgtau dia. ni tak bagitau, dia

cerita nursery

nia dok kat nursery sejak dari habis pantang lagi. so setakat ni mmg aku puas hati dengan perkhidmatan nya. yela, nursery kan. apa yg kite nak harapkan. bukan jaga anak kita je. so aku nak berkongsi info sikit. kalau ada yang bercadang nak hantar anak korang ke nursery sila jangkakan perkara- perkara ini boleh berlaku pada anak- anak anda eh. selsema batuk itu sangat biasa. dah budak ramai kan. tapi sape yang nak anak dia sakit. so utk precaution parents bole berikan supplement tambahan contohnya scott emulsion. tapi nia jarang demam. sebab badan dia imune kalau demam ni. tertukar susu pun pernah terjadi. utk tips, letak susu siap2 kat dalam bekas susu. so bila nak bancuh tuang je ikut sukatan terus kedalam botol susu. jangan lupa labelkan nama dan sukatan air. tertukar pampers pun selalu sgt berlaku. kalau dah time semua nak mandi serentak, wajib la cikgu2 ni confuse kan? utk tips, tulis labelkan nama anak kat pampers itu. mmg nampak leceh. tp sangat membantu. sebab nya? kalau anak ki

sepetang berenang bersama

kalau weekends, takde aktiviti, mmg syok betul blogging. rasa lapang je fikiran. tapi kalau dah masuk hari bekerja kena la curi- curi masa nak blogging jap. semalam kitorg tak gi mana pun. cuma kua utk lunch je. bila dah petang, nia dah macam kebosanan. aku tgk cuaca kat luar pun ok, terus la bawak nia turun pegi swimming. aku pun join gak. memula wan tak mo turun sebab nak tgk badminton final. aku cakap, turun la tolong amik gambar, kang takde modal nak cite dalam blog. hahaha.. bole tak? memula ingatkan wan tak turun. tapi tetibe dia turun lak. hehehehe... menyokong aku tuk jadi blogger tegar gitu. lagipun da lama tak amik gambar nia tgh swimming. last pun masa umo dia 3 bulan. 2 minggu lepas da bawak nia swimming gak, tapi kejap je lepas tu hujan turun. kali ni dapat swimming lama sikit. tambah pulak org tak ramai. kitorg mmg conquer la pool tu. nia sangat teruja bila dapat masuk pool ni. tambah bila takde org, lagi la syok. tak mau dok kat pool kids, nak pegi pool org besar. ade fl

tag + award from my sister

sebenarnya, ada lagi hutang tag dgn ko kan ina . tapi, sebab aku tengah sangat senang sekarang, aku terus buat tag beserta dengan award yang ko bagi kat aku ni. kang banyak sangat hutang, terbeban aku lagi. hahah.. 1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded 2. Make sure u take the pic n said it is from amalina 3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself. berfikiran terbuka suka berkawan pendengar yang baik penyabar or dalam bahasa lain sangat cool berfikiran positif dalam apa jua hal suka blogging tak suka org cakap belakang. kalau tak suka, cakap depan- depan ok satu- satu nya kartun yang masih disukai adalah slamdunk tak suka iron baju suka makan roti. satu hari bole habis satu buku. kalau tak pregnant pun gitu :D 4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog aku pilih pengomen tegar aku yang akan ada disetiap entry.. bed mama shasha ayu ibu damia fazilzura ibu akil lya mama asya suhid

bila nia da pandai mintak

skang kan, kalau budak besar nia ni dah pandai mintak apa yang dia nak. kita tau la kalau dia nangis apa yang dia nak or apa yg dia protes kan. tapi amik masa sikit la nak paham. kena tunjuk ini ke, nak ini ke. kalau diam, itu la dia nak. kalau nangis lagi, kena la tunjuk2 lagi sampai la dia dapat apa yang dia nak. kalau bangun tido, dah tunggu depan bilik air, pegang baju nak bukak baju, nak mandi. kadang, kita tak bukak mata pun lagi. hehe.. kalau dia da pegang- pegang seluar, macam nak bukak baju tu, tau la yg dia yak. kalau dia dah membuang mmg tak senang duduk dia. asyik menonggeng je la. geli hati pun ade gak. yang paling senang bila nak bagi makan or nak minum susu. kalau dia dah diri tepi meja makan, sambil tunjuk bekas biskut dia, tau la yg dia lapar. kalau dulu, kena bagi susu setiap 4 jam kena cek time, sekarang tak payah lagi. kalau dia nak susu dia cakap je "nana..nana" aaa nia panggil susu nana. mana dapat eh? maybe dari nenen kot. aku pun tak sure. tapi kalau

tali pusat & tuam

sebelum tu, sorry kalau ade yang tak selesa entry2 aku lately pasal pregnancy je. sebab mmg routine aku skang tgh busy prepare hal2 ni. lagipun, lepas ni mungkin lama lagi aku nak cerita pasal hal ni. sape tau kan? hari ni kitorg tak kemana- mana. aku kemas barang aku. korek balik stokin, nursing bra, nursing pad. nasib baik semua ada lagi dalam simpanan. kumpul kan kat satu tempat. tajuk entry? kalau masa baby kan kite selalu kena tuam anak kite. kandungan tuam tu mcm rempah ratus dan jugak tali pusat anak kita yang bila dah tertanggal. tujuannya? aku tak pasti. tp ni mak aku yang buat. sampai sekarang, tuam nia masih ada lg dalam simpanan. mak aku cakap lagi, nanti kalau nia dpt adik, tali pusat nia letak sekali dgn tali pusat adik dia dalam tuam adik dia pulak. tujuan nya, supaya besar nanti diorg rapat & tak bermusuh. macam- macam petua kan? tu pasal aku masih lg simpan tuam nia. cuma mmg dimasuki serangga la sebab dalam tu pun bahan makanan kering. tapi tadi, wan da bukak tuam

jalan pelan- pelan

aku lupe nak cite kat entry bawah ni yang aku kena marah dengan doktor. bukan bernada gurau tau. bernada serious doktor kamsiah tu marah aku. tapi dengan muka yang maintain comel la kan, sebab dia mmg comel orangnye. huhu.. apa yang dimarahkan? "you ni jalan bukan main laju lagi ye. you kan dah cukup bulan, jalan pelahan pelahan la" aku cam erkk.. laju ek. rasa speed biasa je tu. dia nampak masa aku dari tmpt duduk tunggu nak ke bilik dia. dia cakap lagi, esok dalam pantang lagi la tak leh nak jalan macam tu. yela, aku kan takde experience normal. jalan terkepit- kepit kan? teringat masa nak discharge dari hospital lepas deliver nia dulu, kena sound benda sama gak. midwife tu cakap aku ni jalan laju sgt padahal baru sehari bersalin. so, dok ingatkan dalam diri, jalan pelan- pelan, jalan pelan- pelan. tapi sekarang mmg pelan je jalan aku sebab da sakit sikit- sikit kan. jalan pelan- pelan... gambar arkib : masa ni akikah dgn cukur jambul nia. 17 hari lepas bersalin. ramai yan

37 weeks check up

sebelum tu, ticker kat sebelah tu tulis aku 36weeks++, tapi sebenarnye aku skang da 37 weeks 3 ari. baru tgk kat buku rekod td. doktor pun bagitau. tatau la mana betul. tak kisah la kan, lebih kurang tu. tadi berjaya half day ye. dengan seronok nye aku ke an-nur buat weekly check-up. kalau selalu, kena tunggu dekat sejam. tapi tadi, baru je nak duduk, da panggil tuk cek urin dgn bp. then baru je nak duduk balik, dah kena panggil jumpa doktor. hahaha.. suka sangat. da la kejap je, lepas tu half day lak, tak yah masuk ofis. bahagia! kalau last week berat aku 57kg, arini, berat aku pun maintain 57kg. gak kalau last week berat baby 2.1kg, tapi tadi, berat baby da 2.5kg. lega sangat sebab baby's development ok. doktor pun puas hati. tadi, dah dapat booking form. in case kalau sakit dah, terus pegi hospital bawak form tuh. fuh, masanya kian dekat. harap sempat la aku nak balik perak sebab prefer bersalin kat sana. doakan aku ye :) ni admission letter yang baru dapat lepas check-up tadi.

maternity dress

kalau korang perasan, sepanjang aku pregnant ni, tak penah sekali pun aku pakai maternity dress kan? bukan nye takde. masa pregnant kan nia dulu semangat je beli sampai 4 ke 5 pasang. tak ingat dah. lepas tu pakai la bila ada kenduri, time raya or ada event apa-apa. tapi perasaan bila pakai baju gitu, rasa mcm tak selesa & melayang- layang je. ahahah... paham tak maksud aku? mcm org tak pakai seluar la. sebab perut kan besar, lepas tu mcm luas je tu yang rasa melayang je. lepas tu, tgk balik gambar sendiri bila pakai baju maternity tuh, nak tergelak pun ada. korang nak tgk? jom! ni masa buka puasa ofis. aku rasa dalam 10 hari kot sebelum aku bersalin. sebab buka puasa ofis last year pun buat nak dekat raya. kelakar kan aku pakai mcm tu? wan cakap macam pakai kain telekung! ni masa 8 bulan kalau tak silap. kat hospital melawat atuk wan yang sakit kat penang. nampak sangat tak selesa tu yg asik letak tangan kat baju takut melayang. hahaha.. pregnant kali ke2 ni belum pernah pakai lag

port baru..

kesinambungan dari aksi nia berjaya memanjat rak tv haritu, sekarang rak tv tu la jadi port baru nia. bila bosan je, dia akan panjat. mmg tak de rasa takut- takut dah. dengan penuh yakin dia akan berdiri, bergoyang, duduk, merangkak dan juga minum susu! sambil menonton tv. naik letih bawak nia turun setiap kali dia da panjat. sudahnya kitorg macam biakan je. tapi bila depan mata la kan. so far belum ada rekod jatuh lagi. pasal nianye lidah yang terkoyak aritu, skang da mula bercantum. tak terangkat- angkat dah. alhamdulillah sebab doktor cakap kalau within 1 month tak heal jugak, doktor kena jahit. huhu.. wan da ajak nak pegi jahit je last weekend. aku cakap takpe, tunggu dulu. mesti elok sendiri. dan dah bercantum pun bila aku tgk semalam. harap sangat takde lg insiden2 yang mengejutkan dalam masa terdekat ni. amin.. dah nama pun port baru kan, kena la selesa. pandai dia bawak 2 bantal kesayangan dia kat atas tuh. kalau jatuh, gigih dia turun dan kutip balik, panjat balik. sanggup

update jap..

2 ari tak jenguk blog. kesibukan melanda. kerja aku 80% siap. lega sikit. in case kalo nak bersalin dalam masa terdekat pun aku da bersedia. eceh, bersedia ke? suspen gak sebenarnye. menantikan proses nak bersalin tuh. pagi tadi, officemate aku selamat mendapat baby girl jugak. 2 orang da lepas, 2 lagi bakal menyusul. congrats to jon & neny! tak sabar gak rasanya. sebab da tak larat kot. harap semua selamat ye. dalam pada aku sibuk dan dah tak larat ni, nia bagai tau yang dia bakal berkongsi kasih mama nya ni. makin menguji kesabaran aku la dalam melayan kerenah dia. barang- barang semua da siap. barang baby da masuk dalam bag. barang aku je belum masuk bag. then belum packing barang tuk balik berpantang diperak. insyaAllah aku akan balik 3 or 4 hari sebelum due date. kalau tak rasa sakit lg la kan. sebab tak mo cuti awal nanti boring dok umah. kamis ni, check up 37 minggu. berjaya mintak half day. ehhehe.. nak rest... till next update ye :) latest us. ahad lepas, late lunch kat pi

bila nia pakai tudung..

masa raya puasa haritu, mmg ada pasang niat nak belikan nia tudung. sebab nak bawak nia gi masjid semayang raya kan. tapi, masa test nak pakai kan tudung tu, baru pakai, dah dibukak nya. itu la nia, kalau letak apa atas kepala dia mmg dia tarik dengan cepat nya. topi ke tudung ke. tapi kalau ikat rambut or letak sepit tak ditarik nya. sekarang kalau kitorang semayang kan nia mesti ikut sekali, so aku ajak nia pakai tudung. sekejapan je menyerah diri. lepas tu dia tarik balik. sebab rambut dia yg lebat tu kot buat dia rasa rimas. sempat amik gambar nak share dgn korang.. time ni da suruh wan standby camera sebab nak amik gmbr. tak penah dpt lagi gmbr nia pakai tudung... nak pakaikan pin kat tudung tu... kan da kata, sekejap je. tak sampai seminit pun. dah mengamuk nak bukak. tu je la gmbr yg berjaya ditangkap..

barulah terasa weekend

harini baru lah terasa weekend bila dapat bangun lambat. jarang bangun lambat sejak da jadi mak ni. tapi harini berjaya. eheheh.. bangganya dapat bangun lambat ye. sekali sekala ye tak. weekend ni takde plan kemana- mana. nak siap kan keje & nak bershopping through online je. nak setelkan by this weekend. skang da nak kul 12 tp kitorg baru breakfast nasi lemak. bole? hahahah.. to all, enjoy your weekend!

check up 35 weeks 2 days

tadi ade appointment dgn doktor kul 12.15 pm. sampai antara yang terlewat sebab keje banyak kat ofis. cadangnya nak amik half day arini. mmg da plan dari awal minggu. tapi bila jumpa boss, tak tekeluar pun pasal nak mintak half day tu. huhu... takut weh nak mintak2 cuti ni. sebab sampai lambat, aku merupakan last patient doktor khamsiah tgh hari tu. dalam kul 2 jumpa doktor. berat aku last 2 weeks, 55kg. tapi harini dah 57kg. bp & urine normal. berat baby lak dah 2.1kg. dah 2.1kg ke baru 2.1kg ye? kalau ikut berat idle pada usia kandungan aku ialah 2.4kg. tapi sebab last 2 weeks berat baby pun 1.9kg, ade kenaikan 200gram kat situ dalam masa 2 minggu. doktor cakap as long ada progress on baby's development everything should be normal. doktor harap berat baby bole reach at least 2.5kg, masa dia kua nanti. pelik gak nape berat baby kali ni tak naik mendadak macam nia. ni la aku, kalau baby besar risau, baby kecik pun risau. ish... doktor cakap perut aku pun tak nampak macam da cuk

RED day @ kenny rogers

ramai yang tau harini 13/1/2010 kenny rogers melancarkan hari makan secara sihat. promosi yang ditawarkan adalah to wear red + 1 set quarter meal = free 1 set quarter meal. sebenarnya aku baru tau pagi tadi, bila manager aku cakap pasal hal ni. padahal aku rasa ramai da dapat email pasal harini. kalau aku tau, awal2 aku da pakai baju kaler merah. bukan baju je, lipstick merah pun diterima. bila belek balik mailbox kat outlook, mmg ade dpt email pasal RED day ni. (jenis tak tgk email forward la ni. heheh..) maka, terus aku text wan yang korang sedia maklum peminat kenny. balik rumah, wan da ade. selalu dia lambat balik, kenny punye pasal kan. terus kitorg bersiap dengan berbaju merah. kebetulan cikgu kat nursery nia ikat rambut nia pakai getah merah. tu pun dikira gak tu. sampai je, wan cakap, malu je pakai baju merah ni. tah2 kita je. rupa2 nya, kenny full house. siap kena beratur lagi. ni aku tgh beratur. nia nak tarik aku gi jalan. wan tolong kejar nia yang lari sana sini. suasana d

sedang saya terlelap

sedang aku terlelap dalam menjaga nia disuatu petang. bila aku dikejutkan oleh wan, aku dapati nia sedang... bederau jantung aku bila nampak nia da kat atas rak tv itu. selama ni cubaan nak panjat tu mmg selalu ada. tp tak sangka dia berjaya sampai 'ke puncak' memang menjadi impian dia nak naik atas ni. sebab kalau tgk cite yg dia suka, kalau bole nak masuk sekali dalam tv tu. nia nampak mama dia da duduk, terus dia nak turun. nanti dia telepas pulak bila mama dia gi mana- mana. sedia maklum la nia ni kalau aku angkat bontot je, dia dah merengek. bila da dapat naik, dah tak reti nak turun. maka, mama la kena tolong turun kan. sekali da dapat panjat, nak panjat lagi kan? setiap kali sebelah kaki nia da naik cepat2 kitorg turun kan. sampai dia penat, tak jadi nak naik. tapi ni mengingatkan kitorg supaya tak tinggalkan nia sorang2. sebab dia da suka main panjat- panjat. macam mana la lidah tu tak terkoyak. latest, nia suka henjut- henjut kan diri kat sofa. mmg bahaya. note

tag : kacamata dan anda

tag diterima dari bed, mmg sesuai la dengan aku. ko mmg tak salah pilih aku utk tag ni bed. tq! ;) jom kita tgk soalan- soalan nya. 1. sejak bila anda mula berkaca mata? sejak 1993 bersamaan dengan sewaktu aku darjah 5. lama kan? 2. bagaimana anda tahu anda memerlukan kacamata ketika itu? masa tu duduk kat belakang dalam kelas. lepas tu macam kabur je bila tgk blackboard. kebetulan kawan baik yang dok sebelah aku pakai spek. aku selalu la pinjam spek dia kejap nak tgk ape yg ditulis. sampai satu tahap aku mesti kedepan setiap kali cikgu tulis kat board. 1 hari, ayah aku yang tengah meronda kawasan sekolah aku ( ayah aku ade hal kat sekolah aku masa tu) , lalu kat kelas aku, nampak aku tumpang meja orang. ayah aku terus tanya kenapa. terus ayah aku bawak aku buat spek. tak mintak pun. sebab tak terfikir pun pasal kena pakai spek. bole? heheh.. 3. Berapa 'power' anda pada permulaan anda berkaca mata? hahahah..lama nye zaman tuh, 90's tuh. so mmg tak ingat. 4. jenis / bentuk

beriyani gam

seharian tak jenguk blog. ni da kul 10 malam. baru nak bukak blog, upload gambar dari camera ke pc. sape kata blogging ni senang? perlukan komitmen kan? ada org tanya 'korang ni takde keje ke bole ada masa nak update blog?' aku jawab; masa ada je. nak dgn tak nak je kan? apa pun, last weekend memenuhi selera papa nia. yang teringin makan macam- macam. hari sabtu nak makan burger king. tu yang gi alamanda tuh. ahad pulak dia nak makan nasi beriyani gam johor. da lama dia nak makan tapi belum ada kesempatan. ahad lepas, berjaya kitorg makan nasi beriyani gam. tapi tak gi kat putrajaya tu. kitorg gi kat bangi. dulu masa bujang selalu makan situ sebab aku duduk mmg kat area situ masa belajar & memula keje. kitorg sampai dalam kul 12. mmg peak hour. org ramai sangat. kalau datang kul 1, mmg dah habis nasi beriyani nye. makan mee bandung johor or laksa johor je la. 1 meal nasi ikut jenis ayam. macam aku amik ayam masak merah rm6. maximum pun rm8 kalau amik ayam goreng kampung. a

checklist barang

semalam, sabtu. mmg satu plan pun tak jadi kecuali dapat makan burger king. pegi alamanda ingat nak tgk avatar. adik aku ainal beria promote. so kitorg mmg plan nak tgk. tp tgk next show 12.10a.m! masa tu baru kul 9.50pm. ape la yg nak dibuat sementara nak tunggu kul 12 kan. maka, cancel jugak program. kitorg terus je balik umah. harini nye target adalah untuk setelkan barang nak bersalin dan dalam berpantang. berikut merupakan checklist barang yang tak beli lagi. Tablet ikan haruan leesa formula Gamat healin (kotak warna hijau gelap) minyak yuyi cap limau bengkung (dulu masa last pregnancy tak pakai bengkung pun. sebab nya ceasarian. lepas 100 hari baru pakai korset dgn girdle. tu pasal lmbt skit nak dapat bentuk badan yg asal. tapi kali ni nak beli bedung yang bole digunakan utk both delivery. bengkung moden) bag baby (da banyak tempat survey tapi takde yang berkenan dihati. makanya barang- barang belum letak dalam kete pun lagi) pad stok nutrifresh (untuk mengelakkan sembelit) mostl

plan sabtu yang tak jadi

da lewat petang baru segar mata ni. malam tadi tido lewat sangat sebab menyiapkan keje. akibatnya, pagi tadi, kepala berat sangat. sakit kepala sangat- sangat. nak buat apa pun tak larat. sepatutnya nak gi wedding pa'e & anep kat seremban pulak. yela, nak tgk pa'e dgn kasut setinggi 5 inci itu. tapi apakan daya, tak mampu nak bangun. lagi pulak, semalam braxton hicks kembali menyerang. masa kat ofis. dkt 4 jam la tahan sakit. oleh kerana false alarm makin kerap dan lama, maka resah gelisah la hati ni. bukan takut nak bersalin, takut kerja tak sempat disiapkan sebelum BERHONEYMOON PANJANG. yela, check-up minggu ni da 36 minggu. maka, siang malam pagi petang dirumah mahupun dipejabat gigih menyiapkan kerja. my workstation at home. nak makan pun tak sempat. makan roti je. to my baby r****, tunggu mama settle keje, baru bole kua ye. aci tak cakap gitu? nia yang minggu ni terabai sikit. papa nia yang melayan dia. ok la, practice tuk jadi kakak. so far ok. under control. bila di

nia @ playground

malam tadi balik lmbt. tak habis keje kat ofis, bawak pulak keje kat rumah. konon- konon nak siap kan cek 1 file. konon- konon... tapi tekak ni teringin nak makan spaghetti. nak buat takde bahan lagipun tak bape rajin. konon- konon nak buat keje. nasib baik bawak 1 file je. selalu bawak balik ber file- file. tapi sebab tak larat nak panjat tangga, bawak 1 je. so kitorg kua jap nak gi dinner. kua kejap je ye. tapi, end up sampai kat rumah kul 10 lebih gak. da dinner, gi beli ubat nyamuk. lepas tu beli barang kete wan. tah ape namanye. lepas tu beli sandal nia pulak. nia nye sandal dah tak muat. yang jadi balik lambat tu, sebab mata nia tertarik kat satu playground area yg berwarna warni. tanpa dioffer, terus dia berjalan ke arah itu. melayan la nia main kejap. gembira rasa hati dia.. ok, nak gi main benda lain lak mama, nak main ni cubaan memanjat sendiri.. seronok sungguh nia main slide ni. sekali dia tak mau turun pulak. bila didukung, mengamuk sakan nak main lagi. mama dgn papa mat