Sunday, December 6, 2009

bila kami berjemaah

da lama betul tak semayang berjemaah dgn wan. sejak ada nia, mmg tak pernah lagi rasanya. kitorg semayang berjemaah. tapi malam tadi, selamat kami berjemaah berdua.

nia? selalu kalau sorang semayang, sorang lagi tukang jaga nia. tapi nia ni camne2 pun mesti macam happy nampak mama dgn papa dia semayang. dia ingat kita macam main2 dgn dia kot. tapi sebab mata tak pandang dia, macam- macam cara nak attract kita.

tapi malam tadi, dia macam terpegun tgk kitorg melakukan pergerakan yang sama. terdiam dia. tgk je kitorg dari mula sampai habis solat. alhamdulillah, berjaya solat bersama. masa da bagi salam, pandai lak dia duduk atas riba aku sambil angkat tangan doa & amin kan.

motif : anak- anak belajar dengan melihat dan mendengar. mereka cepat belajar, maka kita kena tunjuk yang baik- baik di depan mereka.

gambar : takkan tgh semayang nak amik gambar kot. hehehhe.. entry ni sekadar ditulis untuk berkongsi pengalaman.

soalan : kalau kita tengah mengaji, bole ke budak pegang al-Quran sekali? dan duduk atas riba kita? sebab diorg pakai pampers kan, so bole ke?

note : harini merupakan hari ulangtahun perkahwinan mak ayah aku yang ke 29. happy anniversary to mak & ayah!

Saturday, December 5, 2009

nia nangis, ade contest tak?

macam- macam contest ada kat blog ni. kebanyakan nya pasal aksi ceria si comel. senyum, serious, baby in pink, baby in blue, baby in rompers, si comel main air, si comel pakai spek, si comel dengan stereng, sicomel kena buli. fuh, kalau aku listkan, tak terlist kot. selalu tengok je, tapi liat sangat nak buat entry. niat hati nak join, tapi takat pasang niat je. buat nye tak.

nia nak masuk 1 lagi contest. tapi aku belum jumpa lagi gmbr yang best utk dipertandingkan. dateline nak dekat. jangan tak sempat dah.

ade tak contest aksi ceria sicomel menangis? ceria sicomel? tak sesuai tuh...aksi anak menangis? tak kena gak. tu yg takde org buat kot eh? ke dah lama ade contest tuh? sebab kalau dah ada, melepas la nia nak join. sebab, aku tgh consider nak letak salah satu dari gambar ni....

muka simpati supaya mama dukung dia. tapi mama buat dek je, mama gi amik camera pulak..

ape lagi, lagi mengamuk la nia. hehehe...

cuba lagi pegi kat mama..

insiden : mama tak nak dukung nia. ni bukan nangis, tapi mengamuk kot. perut da makin besar ni, nak dukung pun tak larat sangat.

my modus operandi : biakan je tapi tak la bia sampai muka dia naik biru. nyanyi2 skit, peluk- peluk skit. kalau tak jalan jugak, sumbat botol susu. senyap terus... lapar? tak mungkin sebab nia baru je lepas makan. saja nak attract attention.

cikgu nia cakap nia ni pandai berlakon, kejap dia bole meraung, kejap je dia bole gelak- gelak balik. mmg pun. aku panggil nia drama queen!

note : aku ke yang kena anjurkan contest? belum layak lagi kot nak anjurkan contest.. :D

Friday, December 4, 2009

kandungan songsang

tadi baru balik dari check-up. harini check-up kat an-nur. rasa nak pegi situ niat dihati nak buat 3D scan. aku sampai agak awal dalam hujan yang agak lebat. hantar nia awal sikit. dapat la nombor giliran awal. tapi, masih kena tunggu lama. sebab? dr khamsiah ada emergency call dari hospital. cerita bermula...

tgh doktor nak masuk masuk simpang hospital, doktor dapat call dari hospital yang ade sorg patient ni 1 kaki baby dia da tekeluar! doktor tak sempat nak u-turn pun sebab kalau nak cari parking memang susah kat area tuh. doktor park tepi masjid, cross the road, terus masuk labor room.

cerita nye, patient ni sedang mengandungkan anak ke-5, kedudukan baby hingga ke minggu 39 mmg songsang. doktor suruh pilih tarikh utk ceaserian. tapi, disebabkan tak nak deliver secara pembedahan, patient ni cakap kat doktor, yang dia nak cari air penawar kat bidan. nak berusaha utk bagi position baby tu berada dalam keadaan normal.

doktor da nasihatkan patient yang kedudukan baby takleh nak ubah, tapi tulah, orang ni kan macam- macam. tu yg jadi kes tadi. so tadi, sampai je, doktor terus cek heartbeat baby. heartbeat baby ok, doktor terus buat emergency ceaser.

doktor masukkan semula kaki baby tu, baru operate. yaAllah, korang bayangkan. doktor cakap lagi, nasib baik tali pusat dia tak turun lagi, kalau tali pusat da turun, baby bole meninggal bila kaki da tekeluar macam tu. nauzubillah. proses tu mengambil masa 1 setengah jam instead of normal procedure of ceaserian take about only 20 minutes.

moral of the story : aku tetap merasakan nasihat doktor tu perlu diikuti tanpa ada rasa kemusykilan....

oh, outcome dari aku nye check up tadi, alhamdulillah semua nya normal. kepala baby da dok kat bawah. berat baby da 1.3kg. nampak muka baby yang sangat clear. mmg sebijik muka nia. gender dah tak nampak sebab paha da tekepit. lepas ni check-up will be every 2 weeks. doktor sangat positif yang aku bole deliver normal. insyaAllah...

macam mana bentuk muka nia, macam tu jugak la bentuk muka adik nia. especially part dagu dan bentuk muka. mulut pun sama. ni nia beberapa minit lepas keluar dari perut.

Thursday, December 3, 2009

mastura's engagement

mastura ni adik ipar aku a.k.a adik wan. selamat bertunang dgn en. syamsul pada ahad lepas jam 3.30 petang. kitorg bertolak ke kedah dari perak jam 7 malam dan sampai di kedah jam 9.30 malam. perjalanan lancar.

sampai je, rumah mertua aku penuh dgn org yg tgh buat hantaran. persediaan yang last minute aku kira telah cukup sempurna dilaksanakan. kerana asalnya pada tarikh tu mas hanya akan dirisik. tapi atas permintaan keluarga pihak lelaki, mereka minta utk ditunangkan terus. tarikh mas dan syam bakal diijabkabul insyaAllah pada 12 June 2010.

mama, nia volunteer jadi penyambut tetamu dgn pengapit cikmas eh. pagi2 dah bangun nak memeriahkan suasana...

persiapan hanya 2 minggu, hasilnya? not bad kan? hantaran dari pihak perempuan yang asalnya hanya 5 dulang da jadi 21 dulang. (teringat masa aku tunang dulu, sampai 42 dulang) sebab ramai yg bagi. itu la adik ipar aku, mastura. mcm muka wan kan? punye la susah nak make-up kan dia ni. sebab dia ni ala-ala boyish sikit. nak pakai baju ni pun dia tak mau dia cakap bekilau2 sangat. nanti syam gelak2. atas paksaan akak ipar dia ni, baru la dia nak. oh the tepak sirih was nicely done by me. :D

rombongan lelaki sampai tepat jam 3 petang seperti yang dijanjikan. belah lelaki org kedah gak. so dekat je la. sidam ke sedim. nanti da kawen, nak balik kampung pun tak yah pening. heheh...

selamat ditunangkan oleh mak syamsul

salam bakal mak mertua. skang baru bole senyum. tadi, kemain pucat muka. baru tunang ni.

cincin dijari menandakan, "i'm single but not available. already booked!"

inilah dia bakal biras aku. biras ke besan ek? tak sure lah. yg pakai t-shirt coklat yang sengih sampai ke telinga tuh. sama cantik sama padan. diorg tak mau lak amik gmbr sekali. ish..

cikmas dgn pengapit yang merengek sebab kepanasan.. mmg cuaca sgt panas haritu.

tak lama lepas tu, family aku lak sampai. diorg dari taiping cousin aku kawen, so dah dekat, singgah la jap. paksu nia yang kalau makan takkan pandang kiri kanan. main dish aritu mee udang yang sangat sedap. mmg favorite aku tuh.

satu- satunya gambar tuan punya blog. tu pun gambar tak senonoh tengah syok bersembang.

to my dear mastura, tahniah sebab da selamat bertunang dgn syam. diorg bercinta mmg lama. rasanya sebelum aku kenal wan lagi diorg da couple. semoga pertunangan ni berakhir ke jinjang pelamin. darah tengah manis, dugaan mmg banyak. banyakkan sabar ye. :D

Wednesday, December 2, 2009

our aidil adha

kami bertolak ke perak hari khamis jam 2 petang. cam biasa, tak seperti yang dirancangkan. sebab banyak keje kat ofis. sampai perak dalam kul 6 petang. jalan tak jem. tu yg bole sampai awal. mak dan adik beradik kat dapur tgh menyiapkan macam2 juadah. mmg tak berenti makan kalau balik rumah. syok betul!

nia selepas dimandikan. she know how this thing works. dia berusaha tuk duduk kat atas penimbang ni. tapi ala2 tak muat gak. hehe.. berat nia +/- 10 kg

macam jue gak, utk tarik perhatian budak- budak tak usik laptop, pasangkan lagu. tgh tepuk tangan dengar theme song little einstien.

jumaat, da raya haji. seisi rumah ke masjid utk solat raya. tapi aku tak pegi pun. teman adik aku yg day-off. selesai solat raya, kami ke rumah opah. kat rumah opah tak ramai yg balik. hanya ada mak nyah & uda je. tapi still happening. ade je benda nak diceritakan.

baju raya kami? heheh.. nia nye baju yg cikgu dia bagi masa birthday dia. tak pakai baju kurung sebab cuaca hari tu panas kan? aku? pinjam jubah mak aku. hahah.. 1st time pakai jubah tu. dah macam makcik2 wan cakap. tgh ikat rambut nia. sebelah tu uncle nia, uncle ainal.

menjamu selera...

lately, maklong nia ni beseri seri je muka. nape eh? hehehe...

moyang bermesra dgn cicitnya...

sabtu, baru la taman umah mak aku buat majlis korban. 5 ekor lembu tumbang. lepas dapat daging, wajib la masak rendang dan sup tulang.

aktiviti memotong daging. macam2 gadget kua, dari kapak sampai ke pisau kecik.

nia skang makin berani dgn kucing. ni kucing jiran. bersih je tgk. sebab mmg tuan nye jaga elok kucing dia. tapi tetap takkan bagi nia pegang..

kes mendera kucing...

adik aku akmal tgh kacau rendang, gigih mengacau dari mula sampai abis. sebelah tu, sup tulang

adik aku sorang ni, kalau nia da balik, da tak reti nak buat ape tau. keje dia nak ngadap nia je. ape yg disuruh lambat je buat. keje dia belek nia je..

air nye pulak, air kelapa muda, hasil kutipan dari kebun ayah kitorg oleh paksu nia. sedap!

kami bergerak ke kedah jam 7 malam. raya haji tahun ni sgt seronok sebab dapat gather 1 family. macam last year, mak ayah aku pegi haji. terasa hambar je. tahun ni balas dendam balik. hehhhe...

note : tak sedar, bedozen gambar aku letak. hehehe...

Tuesday, December 1, 2009

minah bunga..

tunda lagi entry raya. tak sempat lagi nak bercerita. aku kalau dah start menaip tu berjela- jela. bak kata akak aku, dia tgk gmbr je. padahal tak baca pun aku aku type. lepas tu adik beradik aku ni cakap kalau bole letak gmbr nia je. tak yah letak gmbr aku. mmg hampeh. beria aku cite tau. tp aku tau ade yang baca.

so, to make it short, nak letak gmbr je la. gmbr nia je. minah bunga sorang ni. tak penah selitkan bunga kat rambut dia. rambut kan banyak, kena la letak kan? heheh...

ni baru selitkan bunga. "bunga matahari sangat cantik, kembang diwaktu pagi..." penah dgr kan lagu ni? :)

time ni sume da gelak2 kan dia. dia senyum je..

nia posing sikit, papa nak amik gambar. time ni dia tak perasan bunga tu ada kat rambut dia

haaa..bila org da gelak sakan, baru la perasan. ditarik2 rambutnye...

note : kejadian, rumah maktok nia kat kedah. bunga tu bunga hidup. aku? tgh gubah tepak sirih. sape kawen? tunang? adik ipar aku. bila? nanti kan entry seterusnya...

Monday, November 30, 2009

booking bersalin

raya haji lepas, kitorg beraya di perak, aku amik kesempatan utk booking bersalin kat tempat aku bersalin kan nia dulu. entry raya lepas ni ek, sebab ada beberapa fakta menarik utk dikongsi pasal check up kali ni.

suasana di klinik sangat lengang. sebab raya kan, so takde la yg check up time2 raya ni. kitorg lak, time raya ni baru datang sini. dulu masa bersalinkan nia time raya puasa. lengang gak wad. tp klinik penuh la. tak banyak berubah. semua nya sama je. tetibe ter-flashbak memory lane, saat2 melahirkan nia. mmg pengalamn yang sangat berharga. kali ni insyaAllah aku akan lebih bersedia sebab dah ade pengalaman. tapi....

tapi ade beberapa perkara menarik untuk dikongsi bersama :
  • baby berada dalam kedudukan songsang (breech). last check up, kepala dia dok bawah. hmm..
  • berat baby 1kg. sepatutnya berat baby mesti 1.2kg utk aku yg da masuk 7 bulan. doktor cakap size baby kecik. so, kena banyak makan protein, susu & takleh skip obimin
  • sebab kedudukan uri kat atas & size baby yg kecik chances to have a normal delivery is there, kata dr nancy. dia bole pusing lagi. korang doakan la ye.
  • gender ? this is the interesting part. masa scan doktor nmpk cam baby boy! tapi tak berapa clear. hmmm lagi...
  • lain2 semua normal.
aku? doa yang terbaik, bersedia dengan segala kemungkinan...

nia posing dengan adiknya dalam perut mama dia sebelah tu. heheh... lepas kitorg sampai baru la ade org lain yg masuk

check-up kat sini..

aku bersalin kat sini. insyaallah kalau takde ape2 yang menghalang, aku akan bersalin kat sini jugak. kat mana ni? kat venice, lumut..

orang tak ramai, urusan pun cepat selesai. ni ondway nak gi kereta...

saja biakan nia kat luar, aku da masuk kete. ape lagi, ketat la muka member...