Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

takde tajuk

tadi dapat color printer baru kat ofis direct ke desktop aku. maka benda pertama yang aku print adalah gambar pertama adel yang di cuci. kalau tak, ade ke nak cuci? hehehe... ala, adel je ke? nia takde? tu gambar nia. mereka penyejuk hati saya. kalau agak- agak tertekan kat pejabat tu, tgk diorg sejuk hati kan? motif entry : badan letih, tak cukup tido, mata berat, kerja banyak, takde game best malam ni dan semestinya takde modal nak create entry.. note : layankan aje la ye. nak tido, adel mata nye bulat lagi. sejak dia dah ok dari flu & cough ni, malam- malam dia macam siang je. mungkin sebab sebelum ni dia 'on drugs' sebab dok makan ubat yang pead bagi. bila dah switch to homeo, dia dah elok, nmpk lebih fresh. alhamdulillah, serasi...

rilekskan diri di jusco

sambung cite hari sabtu. penat amik gambar kan, rugi la kalau tak publish :p lepas ke pusat perubatan homeopathy kat selayang tu, kitorg patah balik ke seri kembangan tercinta untuk beli groceries kat jusco. port nia kalau dalam kereta. aku cakap kat wan, lepas ni "kita beli lori la bang. kan ada tempat duduk kat tengah2 tuh. bole nia duduk." hehehe... adel kalau duduk dalam car seat dia, insyaAllah takkan menangis ye. kalau tak dia tgk gelagat kakak dia tu, mesti dia tido. barang yang dibeli. hari sabtu = hari tanpa plastic bag ye. nak plastic kena bayar 20sen. so better bawak bag sendiri. senang. masa banyak lagi, wan pun masuk kat play area kat sini. dia nak ber-car race. apa mimpi papa nia dgn adel ni pun tak tau la. selama- lama lalu sini tak penah pulak nak singgah. ni tiba- tiba je. layankan aje. nia time tu baru lepas nangis tau. nak tau sebab apa? sebab mary go round ni. penat je papa masuk kan token. sekali letak nia, meraung dia sampai terhempas camera kat ta

increment = syukur

"Dear Mdm, The company is pleased to inform you that your salary has been revised to RM****.00 with increment of RM***.00 w.e.f 1 st June 2010. We have processed your salary and credited to your account. Your allowance of RM****.00 and all the other terms and conditions of your appointment remain unchanged. We appreciate the efforts put in by you and expect that you would continue to do so in the future. Thank you. On behalf of Managing Director," ALHAMDULILLAH, SYUKUR... note : ye boss, less blogging, less FB, more work :p

pusat perubatan homeopathy

sabtu tak terikat dengan apa- apa appointment. cuma pagi kami anak beranak dah keluar rumah menghala ke selayang. kemanakah? ke sini kami ke pusat perubatan homeopathy selayang. alkisah, selsema adel masih tak menunjukkan sebarang tanda nak kurang. pergi paed, doktor hanya cakap 'anak you ni nak asthma ni, so tanda dia prolong flu' eh gitu lak ek diagnose dia. aku cam, ok fine, tunggu je la bila asthma tu tiba baru nak cure? macam takleh terima la pulak kan.  maka sahabat baik aku ni memperkenalkan pusat homeopathy ni untuk dapat kan rawatan. sebab anak dia pun ada asthma. tanda pun sama macam adel. aku tak tunggu la, terus ajak wan ke sini. aku belum habis kaji lagi beza nya rawatan biasa dgn homeopathy ni. banyak homework yang aku perlu buat. tapi yang pasti, homeopathy dapat pengiktirafan ministry of health, malaysia dan rawatan homeopathy ni dah meluas di seluruh dunia. eh panjang nya aku cite, korang baca kan?  the view of the clinic. macam ofis je. ni view kat ruang m

hari ahad = hari kutip award

lega bila dah settle buat kerja rumah. masa untuk beronline la pulak. hari ni, aku nak kutip award yang tertunggak yang telah diberikan kepada aku. award 1 : creative blogger award pemberi award : bed . thanks bed! kreatif ke aku bila ber blog? bole la kan. award 2 : we love pink award pemberi award : mummyar . thanks kak! award c/w tag 1. link kepada orang yang bagi award ni : mummyar 2. nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink : sebab masa sekolah dulu aku masuk puteri islam. puteri islam uniform dia kan kaler pink. hehehehe... tak lah, sejak lahirnya 2 RA aku ni. sebab most of baby girl's stuff is in pink color. 3. sejak bila suka kaler pink : sejak lahirnya 2 RA 4. nyatakan 5 barang yang anda paling sayang yang kaler nya pink : alamak, apa eh, sandal nia, crocs nia, pinggan makan nia, sudu garfu nia, baju- baju nia. barang sendiri nye nan ado! minat pink ke tak ni? hehehe 5. snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink : alamak!  ini ok kan? :) 6. tag 5

transformasi saya

transformasi apa : ber-shawl bagaimana ianya bermula : aku ditawarkan oleh seorang sahabat untuk membeli shawl since kedai online dia tgh buat clearance. dalam hati tu ada keinginan nak ber-shawl jugak. tambah pulak bila tgk makin ramai orang pakai. eh, cantik lak diorg pakai ni. kalau aku yang pakai, camne lak rupenye. berkira- kira dalam hati, tapi masih lagi membeli. bila ianya bermula : aku dapat shawl yang aku order tu 2 hari sebelum pulang ke perak & ke pangkor. pagi nak ke pangkor tu saja la ber test shawl dgn akak aku sambil meminta survey kepada seisi rumah terutamanya wan la kan. kalau dia kata macam makcik- makcik, haruslah aku lupakan ber-shawl. dalam mamai baru bangun tido , dia cakap hmmm..bole la... (jenis tak penah puji, tapi kalau dah kata bole la tuh, means ok di mata dia) aku pun ber-shawl la selama dipangkor. kena angin pun tak yah risau tudung senget. ok, dah mula rasa minat gila kat shawl ni, rasa macam nak ber-shawl je lepas ni. tapi camne nak mula pa

haritu menang contest

haritu ada menang contest. teka teki kat blog fidah ni. saja je teka present apa yang dia bagi kat officemate dia. sekali betul la pulak kan. aku lah pemenang untuk teka teki yang dianjur kan oleh fidah tu. klik sini untuk result teka teki tuh. jumaat lepas, sampai lah hadiah di meja kerja aku ni. apa aku dapat eh? perfume body powder goat's milk body lotion hat ni yang paling best. dapat 2 tupperware! semangat sungguh terus guna masa dinnet kat pizza san fracisco aritu. tapi basuh dulu ye. tak yah soh org tapaukan. terus tapau sendiri. hehehe. senang- senang je dapat 3 hadiah sekaligus. rezeki la tu kan? thanks fidah for the presents. nanti organize lagi. bole join lagi. aku ni dari sehari ke sehari nak organize contest tapi masih fikir- fikir nak buat contest apa. nanti la ye. ntah bila..

i challenge myself to eat...

hari rabu sama dengan hari ke pasar malam dekat dengan rumah aku.  pasar malam taman pinggiran putra.. dulu pasar malam ni tak mendapat perhatian pun sebab tak banyakyang ditawarkan. tapi sekarang, nak cari parking pun susah. tetap naik kereta walau pun rumah depan mata je.  semalam punya menu, aku mencabar diri aku untuk makan... bakso! erk, mmg tak boleh masuk la. nape eh? tah la. aku ni kalau makanan pelik- pelik mmg payah skit. mmg tak leh masuk fear factor macam ni. apa lagi nak jadi pengacara jalan jalan cari makan. sebab aku terasa nak makan sangat bila lalu kedai bakso kemain penuh lagi customer. tak kurang jugak org yang makan kat situ terus. tu yang nak try sangat. tapi gagal ye. mesti ramai yang suka bakso kan? termasuk la wan. nia pun tak makan gak. bagi mee dia je pun dia tolak. maka, papa yang kena tolong habiskan. abaikan rumah yang macam singapura dilanggar todak itu.

dinner kat luar pada hari bekerja

kebiasaannya, kami akan dinner dirumah kalau hari bekerja. tambah pulak sejak adel lahir. tapi malam isnin lepas tempah baju tu, kitorg decide nak terus dinner kat luar. sebab tgk mood anak- anak ok. kalau dah ke bangi tu, mata papa nia & adel ni nampak pizza san francisco dia lah. nak makan kambing tak mandi dia. kalau musim bola ni, mesti nak cari port depan tv. kalau dekat dengan dapur pun sanggup! time ni yang portugal lawan korea score 7-0 mood adel mmg ok sangat malam tu.   our meal. notice me? malam hanya susu mama.  nia yang tgh makan aglio olio... adel pun dah kekenyangan dan tido. bole la mama makan dengan amannya pulak. sampai muncung- muncung nia makan tuh. sedap sangat la tuh. note : ni kira mama belanja papa untuk father's day la. al-kisah masa celebrate hari papa kat midvalley haritu, wallet bole pulak tertinggal dalam kereta. masa kat kaunter nak bayar, baru perasan. sudah nya, papa jugak yang bayar. so kali ni, treat by mama pulak. :)

kami pergi tempah baju raya

isnin lepas, lepas balik kerja & amik nia & adel dari nursery terus kami ke bangi tempat tailor aku. kak zah tailor namanye. nama kedai lupa dah aku. kain yang dibeli kat jalan TAR haritu kitorg dah selamat tempah. maka, ni adalah pengalaman pertama nia & adel gi fitting. saja amik gambar untuk kenangan. nak share dengan korang. nia dulu amik ukuran. confuse dia apa yang sedang berlaku ni.  ni la tailor aku, kak zah. aku dengan dia since belajar lagi sampai sekarang. baju tunang dengan kahwin pun tempah dengan dia gak. so dia tau la ukuran aku dari kecik dulu sampai dah besar aku ni. kata dia. huhu.. ok, kakak sudah, adik pulak. nak tergelak pulak masa kak zah amik ukuran adel ni. heheh.. adel yang nak pegang muka aunty zah. yang menarik perhatian. kucing yang sangat cantik milik anak kak zah. mata oren tuh! nia teruja betul. selesai satu bab. tak yah pening macam last year nak cari baju last minute. mid july dah bole amik baju- baju ni. baju kurung pertama nia. time

celebrating father's day

ahad lepas kami ke midvalley nak belanja papa makan la sempena hari bapa ni. niat nye nak lunch kat tony romas. tapi memasing sebenarnye lapar nasi. opposite tony romas, chicken rice shop kegemaran kami  terus la kami tuju ke chicken rice shop je. save duit mama   nak share. kalau berjalan skang ni, nia tak mau dok dalam stroller. jimat lagi duit  tapi dia pulak nak sorong stroller tuh. agak jenuh jugak la sebab nak kena ikut step nia kan. mmg menarik perhatian ramai la sebab org dok tgk kesungguhan dia sorong stroller tuh. yang dirai. oh, present untuk father's day yang wan tgh pakai tu ye. tak plan pun nak bagi present tapi masa gi sogo nampak t-shirt tu kena kalau wan yg pakai. terus la beli. tambah ada no. 8 mmg his favorite number. oh, maklong nia pun join the celebration jugak. us. korang ingat muka wan dengan senyuman dia yang ni ek. makanan pun dah sampai. 'yaAllah sedap nya pai tee ni mama.' aku baru tau dia suka makan tu. 3 ketul dia saja yang makan. nanti