Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

ain hawani vs adel

ada je yang nak petik mama masa tgh mama nak tgk adam&hawa. sape lagi comel?? ain hawani ke adel? hahahah... ni dia nari oppa adel style!

tonsillectomy on 8th October

setelah beberapa serangan- serangan terburuk, kali ni aku give up. tah mana datang berani kali ni aku agree nak remove tonsil aku ni. tapi, hari tu, aku bangun pagi, dalam keadaan sangat lemah, aku terus ke klinik yang selalu aku dapat rawatan, mintak referral letter ke ENT specialist. ok, kita rewind. jumaat lepas, cam biasa dah rasa macam serangan tonsil tu nak datang. tekak sakit, badan lemah. feverish. terus pegi klinik amik antibiotik. over the weekend mmg on ubat je lah. so ingat hari isnin boleh settle. tapi, bangun pagi nak pegi keje, rasa macam makin teruk. antibiotik pun dah habis. sebelum wan pergi kerja, dia dah pesan terus mintak surat doktor. ni kira dah tahap peras ugut lah. yang jadi aku berani nak pegi tuh, dia dah jadi mr Mama start semalam. he will be joining new company on 15th oct. so, dia bole fully in charge niadel la if let say aku nak operate. pegi klinik, masuk jumpa doktor, nganga je mmg dah makin teruk lah. penuh putih2 kat tonsil area macam ken

sticker

dari jumaat lepas aku tak sihat. sampai harini pun rasa belum ok 100%. masih bergantung pada dadah. pasal sakit tu, nanti kita cerita lain. malam tadi, dan kebiasaan malam2 aku, aku akan tido bilik niadel sebab nak bagi diorg tido. konon2, aku tido dengan diorg. tapi bila dah lena, aku masuk bilik aku balik. macam adel, ok je, pandai nak tido sendiri. macam nia pulak, dia jenis penakut, nak mama tido kat sebelah dia. peluk dia. sampai dia lena. sape adik, sape kakak tak tau. gen penakut turun ke nia. well, i can't blame her. setiap malam jugak, aku tido kat tempat nia, dia yang set kan tempat tido aku. tepis semua bantal nak bagi ruang untuk aku tido. dia pulak akan bangun ngadap rak buku then akan amik sebuku 2, untuk dibelek2 sebelum tido. dan akan letak ditepi bantal katanya, nia nak buat buku ni esok. so, malam tadi, same routine, habis adam&hawa semua kena naik atas, tido. tapi malam tadi, mama yang tido dulu. masa tu tgh nampak nia belek2 buku. then bila aku terj

Complementary

Malam tadi dinner kat wadihana islamic kitchen kat bangi. Dah settle order semua, tak lama lepas tu air pun sampai. Elok je waiter tu nak letak air kat atas meja kitorg, tah macam mana, dengan sekelip mata dia tertepis air wan, habis tumpah semua. Masa tu pulak, wan ada kat tepi. Mmg tindakam refleks yang pantas lah, dia terus kebelakang dan bangun. Kalau tgh mengelamun confirm habis lencun baju dgn seluar. Ni kena kat seluar je. Semua orang pandang. Mesti diorg ingat niadel yang tumpah kan. Kalau diva divo yang kena tu mesti dah mendapat waiter tu. "what have u done!!!!" Haaa gitu. Tapi kitorg senyum je lah. Walaupun Iphone wan habis kena mandi dgn ice lemon tea. Mak senyum jugak. Dia pegi clean up kat toilet then dia datang balik bole cakap kot2 kita dapat ice cream free ke kan. Ye lah tu. Dah nak settle makan tu, staff dia bawak dessert which kitorg tak order pun. Hah, masin mulut wan. Dapat 2 sets pulak tuh. Complementary from us sebab insiden tadi, kata

sessi beraya 1433H

aku sum up kan raya session untuk tahun ni punya. tahun ni, masa terasa sangat singkat. sebab 2 hujung minggu pertama je dah ada kat kampung kan. so ada 2 weekend je lagi. 1 weekend mmg pulun pegi beraya. 1 weekend lagi orang pulak beraya rumah kita. sampai habis Syawal pun ada jemputan lagi. extended Syawal namanya. raya kemain sakan, puasa 6 sempat buat tak??  aku dapat sehari je. start lewat, dah tu datang bulan pulak, tak sempat lah. dan yang paling rasa macam tak bape nak lengkap this year punya raya, bila aku tak dapat jenguk sedara mara. belah ayah dgn belah mak. huhuhu.. rasa bersalah lah jugak kan. next year kita tebus. ala tak yah tunggu raya pun boleh kan? :) RUMAH # 1 : EN SUHAIDI raya, selain dari mengeratkan silaturrahim, benda lain yang kita look forward ialah makan! ni masa cuti merdeka kat rumah boss aku kat ampang. breakfast jamuan raya. siap ada slideshow versi terbalik lagi. teruja nia tgk mama dia kat dinding. tiap2 tahun mmg wajib beraya kat s

cerita beli bean bag

tak tau apa ke nama sebetulnya. ada yang sebut bean bag, ada yg sebut big bean. malas google. so paham sendiri lah ape kebenda nye tu. masa raya haritu kan ramai yg datang rumah, so ramai gak lah yang berminat dengan benda alah tu. cerita nak beli bean bag ni dah lama. kat mana beli? kat jusco equine je. ni bukan brand big bean yang glamour tuh. ni takde brand but similar to it lah. harga pun sama. kualiti? hat kitorg beli ni lagi banyak bean dia. so mampat sikit lah. kira kalau yang overweight duduk tak lah bontot cecah lantai even though dah lama duduk. kitorg beli masa bulan puasa haritu. rasanya masa nak dekat raya lah. asalnya nak beli awal lagi. unfortunately, tempat jual tu is a temporary booth / kiosk. kejap ada kejap ada. tapi selalu ada. masa kitorg nak beli awal tu, pegi dah, sekali takde. hampa gila and menyalahkan wan. hahahahaa... patut beli awal lagi tau. takpe lah, takde rezeki.  then masa nak dekat raya tuh, aku pegi lah jusco nak bayar bill maxis. sekali tgk