Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

nur kasih...

best la sesekali dapat bercuti panjang mcm ni then takde aktiviti. melepak je kat rumah. korang mesti ramai yang balik kampung, shopping raya, jalan2 sana sini kan? aku lak, tak ke mana2. mmg 3 hari cuti, 3 hari duduk rumah. ape aku buat eh? hari sabtu mmg takde aktiviti. gi jalan2 ke bazar ramadhan je beli juadah. hari ahad (semalam) paling best! aku tgk nur kasih marathon kat tv3 online. al kisah, aku biasa dengar org cakap2 pasal cite ni. tp tak pnh nak tgk. sampai la 1st day sahur, kul 5 pagi, ade cite ni 1st episode. so, aku tgk la & layan gak. tambah lak cite kabir bhatia. lagi la aku rasa jalan cite dia tak lembap mcm cite2 melayu yang lain. so semalam aku melayan cite ni dari episode 1 smpi episode 14. tahan mata tak tido. hahaha.. sgt best! penat akak aku promote soh tgk, skang ni baru nak layan... ok long, mmg best! nasib baik la maxis broadband tak jd maxis beruk-band semalam. mmg tak de sangkut langsung. tu yang dapat tgk dgn jayanya.. tetibe, kecairan lak tgk hero dia

zuriat yang dinanti...

pagi tadi, lepas subuh, sebelum nak lena balik, dengar hp wan ade terima 1 sms berbunyi "bagitau k.yani, noni da bersalin pagi tadi tapi anak dia meninggal" dari adik ipar aku, mastura. aku yang bukak msg tu, tersentap sekejap. terus aku jerit kat wan yang ade dlm bilik tgh surfing. Subhanallah.... sebenarnya, noni ni sepupu wan, anak pak ngah wan. noni ni da kawen lagi lama dari aku. rasa nye da dekat 3 tahun. tapi masa aku bersalin kan nia pun, dia masih menanti cahaya mata. sampai la diberitakan yang noni da mengandung. gembira sangat aku dengar. due date sepatutnya sebelum puasa. tapi masuk bulan puasa, belum dpt kabar berita lagi yang noni da bersalin. sampai la pagi ni aku dpt sms tu. rupenya disyaki anak dia da meninggal dalam perut sejak khamis lepas (harini sabtu). sebab masa hari jumaat time dia da sakit2 pagi tu, bila doktor buat CTG, heartbeat da takde. pastu doktor terus induce nak bagi noni bersalin. bila keluar je, anak dia da meninggal. mas cakap, cute sgt an

award day...

hari ni, hari kutip award kat rumah kawan. sebelum tunggakan makin panjang, baik buat cepat2. award yg tgh terpampang dikebanyakan blog list aku, ialah pemberian dari : nome, ainey , suhida , bed & aja. tima kasih kawan- kawan sebab bagi award ni. aku sangat menhargai nya... award ni, datang bersyarat. syarat- syarat nya... 1. letakkan logo award ini di blog anda 2. anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra... aku mesti bagi award ni kat 1. ina (adik aku), 2. nurin (jauh dimata, dekat diblog. heheh..), 3. chekuna (mama luqman, kak na amik ek!), 4. gieyana (sure ko tak sempat nak amik ni), 5. cik mas (cikmas amik tau!), 6. ada (ko amik jugak, jgn tak amik!), 7. rina (mummy to be), 8. ibu damia (mother of 2 princesses), 9. leen (ko amik ek, jgn malas2 update, list raya pun da siap, award ni takkan tak sempat nak amik. hehehe...) 10. nana (satu2 nya coursemate kat ukm dulu yg keep in touch through blog ni) 3. menyatakan pengh

makin mudah...

dulu masa nia lahir, terutamanya masa dalam pantang, nia mempunyai habit yang pada aku sangat menduga. nia jenis susah nak lena. tak bole ade bunyi bising sikit, mesti tejaga & nangis. kalau malam tu, sepanjang malam nak menyusu. smpi aku lak yg tersengguk2 menahan mata. siang pulak, maula dia tido sekejap2. tapi kita siang mane la bole nak tido sgt kan. mmg dugaan besar la pada aku. sampai mak ayah aku kesian sgt aku sebab tgk aku tak tido2 siang malam. ayah aku siap belikan rocker lagi. tp tak efektif pada nia. masih tak mau tido2 jugak. so diorg suggest balik kl nanti, lepas pantang, aku pasang buaian kat umah. aku sebenarnya nekad tak mau aja nia tido buai nanti susah kalau nak travel. tapi, aku hampir give-up jugak sebenarnya. mmg mengharap wan carikan buai utk nia. masa balik kedah pun sama. mertua kesian sgt tgk keadaan aku yg kurang tido. diorg ckp, baby yg kurang tido pun tak elok takut effect kat tumbesaran. lagi la kuat aku nak beli buai. tp wan cakp, sabar, lama2 mesti

1 week after discharge...

lepas seminggu nia discharge dari an-nur, nia diminta sekali lagi utk datang buat follow up. nak tgk progress. pagi tadi, aku gerak ke an-nur bawak nia yang ceria2 cam biasa. sampai dalam kul 9.30, hanya dapat berjumpa dengan Dr. arbaiyah jam 10.30. dalam pada tunggu turn tu, mestila ada sessi bersosial mak2 budak ye tak. bekenalan dengan mama amirul rafiq (kalau korang perasan, nama dia AR instead of nia yg RA. sebabnya nama dia mula dgn R, hubby dia A, terbalik dengan kami). rafiq datang sebab asthma. kesian tgk dia. nafas berbunyi. pernah beberapa kali admitted sebab tercungap2. seawal 4 bulan kena suction. huhu.. dalam hati, mintak dijauhkan la nia dgn asthma. sebab aku takde pengalaman nak handle org asthma. macam mama rafiq tu ,dia sendiri ada asthma. mungkin dia lebih tau kan. nia pun hampir didiagnos mengidap asthma. tapi belum sampai tahap tu lagi. Dr. cakap kalau sampai umur 2 tahun bronchitis nia tak setel, kemungkinan membawa ke asthma. mintak sgt dijauh kan. i really hate

bersiaran di waktu malam...

aku tak tau ape dah jadi. tapi, mungkin ni salah satu dugaan dibulan puasa kot. ape tu? hehehe... macam gempak je kan. aku takleh nak online kat ofis dah. aku tak tau ape masalah nya. tapi yang pelik nya YM bole pulak. pelik tak? kalau bukan bulan puasa ni, da lama aku carut. (oooppss, maap, geram sangat sebenarnya) yang pelik nya lagi, pc / laptop org lain bole pulak surfing. aku tgk manager aku rilek je tgh view facebook (tak taula ape org gila sgt dgn facebook ni) , aku try to actively updated tp gagal nampak nya. mungkin dah jatuh cinta sangat dengan blog kot. sebab macam ada komuniti kita sendiri kan? makanya, utk mengekalkan status BLOGGER TEGAR (sendiri declare. heheh..) , aku terpaksa, ya betul, TERPAKSA, bersiaran waktu malam. sebenarnya, kalau dah kat rumah ni, masa2 aku dihabiskan dengan keluarga tercinta & merehatkan badan. tapi, ku kuatkan hati utk meng-on kan pc. hehehee... kenapala sekarang ni pulak internet ofis aku buat hal... dah la bulan puasa. momentum buat kej

nia di waktu sahur...

tahun ni, kali pertama kitorg berpuasa dgn anak. last year kan nia dalam perut lagi. nia pun puasa sekali tau. so, cam biasa la, rutin dibulan puasa aku, hari aku mula seawal alarm h/p berbunyi tepat kul 4 utk masak sahur. 1st day puasa, nia tido. pengsan tak sedarkan diri. kagum tengok dia lena je. sebab biasanya, kalau mama dia takde kat sebelah dia, dia bole perasan. kitorg kan tido berpeluk- pelukan. heheh... tapi mungkin sebab letih main disiang hari, buat dia tak sedar yang kitorg tengah bersahur. ku sangka hari- hari seterusnya camtu gak, (cewah, padahal baru masuk 3 ari kita puasa, heheh) rupenya tak. masuk 2nd day, nia nak tolong mama dia masak. papa dia takleh nak halang la sebab papa dia pun still tebongkang lagi. harini, hari ke-3, nia bangun lepas aku da setel masak. dengan muka yang ceria macam da pukul 7 pagi, time nak gi sekolah pulak. melayan nia sampai aku terlewat ke ofis harini. sepatutnya office hour during Ramadhan 8.30. tapi 8.30 baru nak kua umah. ape cite? bua

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi... penghulu segala bulan... bulan yang dinanti oleh semua... Ramadhan datang lagi... kita akan berpuasa selama sebulan... kita akan berterawikh selama sebulan... Ramadhan datang lagi... marilah kita mengambil peluang ini.. mengerjakan amal ibadah lebih dari biasa... kerana pahala yang diberi berlipat kali ganda.. Ramadhan datang lagi... jaga lah tutur kata kita... jaga lah tingkah laku kita... elakkan dari melakukan keburukan.. kerana syaitan tiada utk menghasut kita... hanya nafsu akan mengawal akal kita.. Ramadhan datang lagi... sekali lagi aku berpuasa dengan bayi dalam perut ku... seperti tahun lepas.. bezanya..tahun lepas aku sedang sarat.. moga tahun ni di mudahkan segalanya... Ramadhan datang lagi... mohon maaf atas keterlanjuran kataku... mohon maaf atas keterlanjuran perbuatanku.. mohon maaf atas keterlanjuran dalam penulisan ku... Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua... e-kad dikirim dari miemiey. terima kasih atas ingatan... :) e-kad ditujukan kep

14 weeks ++

isnin pagi lepas, sebelum nia kena admit, aku pegi check up kat gynea cam biasa. sekejap je da tambah lagi sebulan usia kandungan aku. bertemankan nia kitorg pun pegi check up bersama-sama. tapi aku nak warning la kat korang, kalau be-2 je dgn anak (anak yang seusia nia & kebawah) tanpa org dewasa ke-3, tak yah la pegi sebab nanti korang ade masalah bila nak timbang berat dgn amik urine. masa nak cek BP ok lagi. bole beriba. tapi bila nak timbang berat, nia da mula protes. sebab dia pun tak bape sihat, meraung la sebab aku kena letak dia ke tepi. adela sorg akak ni tolong dukung kan nia kejap. glamour la aku time tu org tgk betapa kelam kabut nye aku time tu. tima kasih banyak kat akak tu sebab tolong dukungkan nia. masa jumpa doktor & nak scan pulak, nia siap baring sebelah aku lg. so nia pun dapat tgk adik dia dalam perut mama dia ni. hehehe... aku agak risau check up kali ni sebenarnya. sebab aku rasa selera makan aku makin teruk dek demam sepanjang minggu lepas. risau taku

suction process...

pada yang tak familiar dgn process ni, suction process ni adalah utk mengeluarkan lendir2 yang blok saluran pernafasan kita. kahak / lendir biasa berpunca dari kuman / habuk yang kita sedut melalui hidung / mulut. so, paru2 kita akan proses utk menjadi kahak. biasanya kahak akan keluar melalui selsema, or mulut semasa kita batuk. pada kanak- kanak especially babies yang tak tau nak buang kahak, bila diorg batuk, dan kahak tu diorg telan, kahak akan masuk ke usus dan keluar melalui najis. tapi, bila proses ni pun bayi tak dapat nak buat, kerana kahak yang terlalu banyak, bayi akan melalui suction process. aku nak share apa yang diorg akan buat. masa 1st time aku bawak nia jumpe dgn physiotherapist, en. safuan, dia menerangkan proses dan aku sendiri berada sepanjang proses menyedut kahak tu. the process... 1st thing, hati kena kuat. en safuan cakap rule no. 1, kite, kaum ibu kena kuatkan hati. biasanya, sebelum proses suction, anak diperlukan berpuasa selama 1 jam. 1 jam sebelum suction,

2 hari 1 malam di hospital..

salam korang. mane aku nak mula ek. banyak sangat benda nak diceritakan. major things nye, nia was admitted last monday due to acute bronchiolitis . tu pasal aku menyepikan diri dari hujung minggu. al-kisah, cerita bermula pada sabtu lepas. pagi bawa nia ke klinik utk kali yg ke 3 sebab batuk nia makin teruk. tidur2 malamnya tak lena dek batuk & kesukaran nak bernafas sebab hidung seakan tersumbat. maka, dr arbaiyah, setkan appointment kami dgn physiotherapist utk suction jam 3 petang, sabtu. suction process mmg mengerikan. nanti aku cite details ek. muka nia before kena suction. nak bagi kuakan semua kahak. tgk kat hidung nia, penuh dgn hingus, dari kaler jernih ke kaler hijau. kesian tgk.. lepas suction process tu, sepatutnya batuk dah tak berpanjangan. mungkin akan berakhir lepas sejam ke 2 jam saja. tp lain pulak halnya dengan nia. batuk nya bertambah teruk. kali ni beserta dgn muntah ape yg dia makan / minum. mmg kena standby mangkuk kat tepi. ini takleh jadi, kebetulan isnin

it's my husband's birthday...

10 ogos datang lagi. hari yang dinanti- nanti. empunya badan tak la menanti sangat kot sebab diorg style tak amik port pasal hari jadi ni. tapi, kalau aku, mmg aku akan tunggu la. yela, hari jadi yang tersayang. at least 2 bulan sebelum da fikir nak bagi ape, nak sambut kat mana. kena la start kumpul duit sume. kumpul duit tau! hahaha... (eh, betul aku buat simpanan lain sempena birthday wan tau) maka, kebetulan masa birthday dia kitorg balik ke kedah. so, aku decide kena beli kek kat umah tu. tapi kitorg buat a day earlier sebab 10hb tu kitorg da nak balik kl. hari ahad petang tu kitorg meet-up maklong nia kat sg petani sebab maklong nia nak belanja kitorg pizza hut sempena birthday wan. maklong nia kan mengajar kat uitm merbok. so bole la jumpe.. first time pi pizza, diorg bagi pinggan budak2. kat sini tak penah dapat pun. extra mark kat sini! nia kalau da makan, kiri kanan mesti pegang makanan. tgh makan tembikai. sila jangan kacau... jangan dilupa, baju tu mesti dilapik dengan nap

senyap lagi??

wah, lama dah tak jengah blog nih. al-kisah, aku pulang ke kedah sabtu lepas. balik kampung sebelum bulan puasa. sebab bulan puasa kitorg plan tak nak balik kampung. nak stay sini je. rasa penat jalan jauh dibulan puasa nanti tambah2 dengan kerenah nia dalam kete. banyak benda nak cite. aku summarize kan dulu ek cam biasa sebelum cite details.. sabtu 8/8/2009 kitorg balik kedah sabtu lepas. perjalanan ok, cuma hujan bila da sampai penang. wan da mula rasa tak sedap badan bila da nak sampai tuh. mula aku kerisauan. musim H1N1 kan. sape2 bole kena. sampai rumah, badan dia jadi panas gile, aku soh dia ke klinik dia tak larat nak drive. aku nak drive pun nanti takde sape nak tgk nia. nia kan tak mau kat org. so bertahan utk malam tuh. sepanjang malam dia tak tido. sebab badan panas sangat. dia rasa mcm nak putus nyawa katanya. mana tak risau. so, dengan aku sekali tak lena malam tu ahad 9/8/2009 ahad pagi- pagi, wan terus ke klinik. alhamdulillah, bukan H1N1. takde kena mengena langsung. s

and the winner is...

hampir tak ingat aku pasal unique wedding photo contest tu. sedar2 ade org wish congrats kt shoutbox. tesengih jap pagi2. heeheheh.. hari jumaat kan, friday blues.. so pagi2 layan blog la jap. dari 80 penyertaan, gambar kawin kami yang kami rasakan unik, telah mendapat TEMPAT KE-3! :D korang bole tgk senarai pemenang kat sini e-car's blog . tq e-car, sape yang pilih ek? juri kan? tq to all the judges. ingat kan pemenang hanya satu, rupenye 10. hadiah yang aku dapat.. 3rd Prize 1. barangan HPA sumbangan http://myhpafamily.blogspot.com/ 2. baucer 20% ::cupcake-caR:: sumbangan http://cupcake-car.blogspot.com/ wow, cuppies! bole la pakai utk buat time birthday nia kan? ;) hari ni hari jumaat yang ceria! yippie! oh, congrats to the grand prize & 2nd prize winner. mm g aku da bajet 2 gambar tu antara yang terbaik. oh, utk yang tak tau gambar mane yang aku masuk tu, ni gambar dia.. credit to ely, my best friend. sekarang da hilang ntah kemana. mane ko wei? background gambar ni

sekali lagi...

semalam masa dalam kete ondway nak amik nia, dapat 1 msg berbunyi: "Salam Along, Adik (ini aku), Wan, Ainal, akmal & Amalina, malam ini 15 Syaaban 1430 iaitu Nisfu Syaaban - dituntut membaca surah yasin 3 kali. Niat pertama mohon Allah lanjutkan umur dan taat kepadanya. Niat bacaan kedua elakkan / jauhkan daripada segala macam bala bencana. Niat bacaan ketiga mohon Allah kurniakan ketenangan jiwa, tetap iman serta murah rezeki. Digalakkan membaca berjemaah selepas Maghrib - AYAH" oh, mujur dapat balik before maghrib. lepas amik nia, wan tanya "dapat msg ayah?" "dapat" . wan cakap rasa macam baru je dpt msg ayah tahun lepas, tahun ni da dpt balik. mmg dunia nak kiamat la kan? cepat betul masa berlalu. alhamdulillah, sekali lagi kitorg dapat menunaikan amalan ini. tapi tak dapat la nak bejemaah sebab nanti, nia pun nak join berjemaah sekali. amik giliran la kitorg. dulu masa bujang aku dgn akak aku berebut la mengejar malam nisfu Syaaban ni sebab masing2

cerita hari ini..

sebelum sambung entry family gathering, tetibe nak share satu insiden kat nursery nia pagi ni. pagi ni hantar nia awal sikit so ade chance nak sembang dgn cikgu2 taska mawaddah tu. tapi masa nak pegi ke dalam, ade sorang mak ni tgh sound cikgu2 nia ni. "u all harini bagi perhatian lebih kat anak2 i ok. semalam anak2 i komplen u all ab aikan diorg. harini menu ape nak bagi budak?" cikgu ila, menjawab macam benda tu da jadi rutin pulak. bila mak budak tu da blah, aku pun amik kesempatan nak tanya "sape tuh?" ila - "tu, mak datin kak. anak- anak dia tak bole nak ditegur. ape nak buat tak bole dilarang. hari2 lepas amik anak2 dia, 5 minit lepas amik, mesti call marah2 kitorg. ade je tak kena" "wah, ade gak mak bapak camni ek? apsl tak amik maid je kalau dah nak suruh org bg perhatian lebih kat anak2 dia?. macam korang takde budak lain nak jaga pulak k an" cikgu ain - "maid dia dengar nye semua lari sebab tak tahan kerja dgn dia. mak datin la ka

family gathering - belah mak

hari sabtu tu memang best. sebab dapat jumpe sedara belah mak dengan belah ayah sekali. bila lama tak jumpe, tau la kan. riuh rendah dibuatnya. da la volume kitorg ni tinggi2 belaka. tak kira la belah ayah ke mak. mmg da keturunan. tp hati kita baik kan? cakap lemah lembut tapi nyakitkan hati buat ape kan? lepas wan balik keje, kitorg ke bandar tun razak dulu ade majlis cukur jambul sepupu baru nia muhammad haziq imran. anak ketiga yob dgn kak fiza. kak fiza haritu ceaserian sebab imran da berak dlm perut. lgpun imran kua besar, 3.8kg. ape2 pun ibu dgn baby selamat. sekarang imran da 2 bulan, mmg da macam 4 bulan aku nengok nye. jom kite tgk.. sepupu baru nia, cicit opah aku yang ke 8. haziq imran. baru 2 bulan, berat nak cecah 7kg. kus semangat. sebahagian dari sedara aku belah mak. time ni yob (ayah imran) tgh bukak kedai. macam2 bisnes dia buat. aku pun beli h/p case. tapi tak dapat lepak lama, sebab nak ke tempat lain. nanti raya kita jumpe lagi ek. sebab tahun ni ramai yang raya k