Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

test drive proton iriz

camne nak ngeja nye pun aku tak tau. google dulu kot salah spelling tang iriz tu. so, pagi tadi lepas amik nia balik dari tuisyen, ingat kan nak bawak diorang jalan2 kat jusco sebab aku yg amik. wan pegi site kejap. tapi kejap je settle urusan kerja wan, then dia ajak pi test drive iriz.  nak beli kete ke? terfikir lah, nak beli kereta yang jimat minyak. sebab distance kerja - rumah jauh kan. then nak kereta kontot so senang nak mencilok. wah gitu! kalau kau atas jalan jem je manjang celah mana kau nak mencilok? nak cari yang jimat minyak lah senang cite.  niat asal nak beli jazz hybrid tapi tak keluar lagi design baru yang hybrid punya. so, iriz keluar dulu, why not kita tgk. test drive sikit.  proton iriz datang dalam 1.3 & 1.6. kalau nak jimat minyak 1.3 lah kan. and kebetulan yang sedia utk di test drive 1.3 manual. ok lah, memula wan bawak then aku pulak yang bawak. takde lah nak review macam paultan tu. sebab bukan nye banyak bawak kereta pun. and ta

sukan sekolah niadel - throwback

another throwback. sukan terakhir buat nia di smart reader kids. dari umur 3 tahun sampai 6 tahun. 4 kali dah nia join sukan sekolah dia ni. dari tak mau join sukan, sekarang dah boleh lead team. kenangan semua tu. tu nak kena tulis kat sini bia dia tengok bila besar nanti. as for adel, ini merupakan kali ke-2 penyertaan dia. adel dia lain sikit dari kakak dia. dia punya self confident tinggi. so first time join pun takde hal. redah je. sukan tahun ni lokasi nye sama. dekat futsal court sebelah dengan sekolah diorang. sama macam tahun lepas. aku kurang gemar bila dia buat kat situ. sebab begeduk kan. panas. tapi ok je lah, at least dalam compound. nak control budak pun senang. sampai pagi, students kena masuk barisan. kitorang parents duduk di tepi support anak2. dimulakan dengan budak2 berarak. adel yang dok depan sekali pakai tag SRK 2. and nia yang pakai tag SRK 4. korang tau kan yang smart reader dia punya kelas tak goes by age tapi goes by level. lepas dah settle marchi

my first jelly bunny shoes

kasut apa ni? ala, kasut macam kat pasar malam tu. hat getah tu. sekali tgk memang tak selesa. 2 kali tgk tak teringin nak pakai pun. tapi masa aku pegi clarks warehouse sale masa bulan puasa tu, masa tgh beratur tunggu turn nak masuk tu, sembang lah dgn 1 chinese lady ni pasal kasut. then dia cakap pasal kasut jelly bunny which dia tgh pakai. dia kata selesa gila but quite expensive. so aku assume mahal macam clarks lah kot. tu yang tak termasuk pun setiap kali nampak kedai tu. nampak pun kat sunway, MV & klcc. then tadi kebetulan cuti jalan2 dgn kawan aku. ajak lah masuk jelly bunny ni. takde orang so oooo betul lah mahal kot. tapi ada gang boleh lah masuk. tapi biasa lah, asal aku masuk kat 1 tempat yang tak ramai orang je, lepas je aku masuk, mesti berduyun orang masuk lepas tu. aku anggap aku ni, pembawak rezeki. kahhhhhhh self proclaimed. tapi memang betul pun. ok, abaikan. back to the topic, bila masuk tu, try lah satu kasut, apparently selesa gila2 ok. tah lah, tak

iftar kat rumah atuk kajang 2014

tak larat tulis caption throwback. as semua cerita dalam ni memang throwback pun kan. so acara tahunan setiap kali bulan Ramadhan menjelma. another gathering belah family ayah aku. hat ni je aku tak organize. datang makan je. alhamdulillah sekali lagi berkesempatan dapat join.  dimulakan dengan bacaan yaasin dan tahlil dalam pukul 6.30 petang tu.  time ni tak ramai lagi. kang time nak buka kang penuh.  rafa tekesima dengar orang ramai baca kuat- kuat... dia elok je duduk diam2. janji atas dukung. adel busy selfie dgn cik ina dia.  tahun ni lain nye ada jemput anak2 yatim kat area tu. so ada dalam 20 orang. dah tiba waktu berbuka.. menu wajib since last year. cuma tahun ni amik dgn orang lain. which lagi sedap dari last year.  lauk pauk yang memang kena dengan selera. time ni aku dgn adik aku ina dah start diet nasi. hantu kambing macam papa dia. ni paklang diorang dok repeat kambing tah berapa pinggan. solar maghrib, isyak & ter

nia start puasa... (throwback)

ok, perkara seterusnya yang nak di highlight kan ialah nia mula berpuasa pada Ramadhan tahun ini. so ada extra special bulan Ramadhan kali ni. bukan start dari hari pertama pun. dalam hari ke 12 Ramadhan baru dia start puasa. bermula dari kawan2 sekelas dia puasa. ada yang puasa penuh setakat haritu. so dia menawarkan diri sendiri nak berpuasa. sebelum2 tu dah bagitau. then bila aku tak kejut sahur dia marah. maknanya memang dia dah ready nak puasa lah kan. ok fine, hari tu bangun kejut sahur, makan nasi dia tak mau. masa tu tengah addict makan roti telur dgn sos tomato. so buat lah kan untuk dia. and bersahur lah dia pada hari itu. cuma aku ada pesan kat dia kalau kakak puasa, kakak tak yah pegi tuisyen. sebab tuisyen pukul 6 petang - 7.30 malam. bulan puasa wan extra sacrifice lah sikit. kadang jamah sikit then pegi amik nia dulu kat tuisyen then balik dari amik nia baru makan. so check dengan teacher pasal nia haritu and memang dia puasa. so plan amik dia and bawak dia pegi

lost world of tambun trip (throwback)

another throwback. pada bulan may jugak. tah macam mana timbul idea nak ajak diorang pegi tambun ni. owhh ok ingat. asal nye officemate nak berjalan ke sana. then last minute tak jadi pulak. sebab masing2 ada hal. end up aku proceed jugak pegi dengan adik2 aku. boleh balik perak jenguk mak ayah sekali.  bowling hari tu 1st may kan? so esok nye keje, then malam balik perak. sebab pegi tambun nye 3hb. gigih betul. bila takde plan, memang melepak je. tapi bila banyak plan berturut- turut. macam this coming october lah. tiap2 minggu ada aktiviti sampai november.  sampai rumah opah atuk pukul 1 pagi. then esok nye nak ke tambun. memang terbaik! yeah kami nak pi tambun. aku korang tau lah, kalau nak pegi water theme park memang liat sikit. renyah! mujurlah adik aku ikut. so ada lah yang nak tolong uruskan anak3 nanti. aku beli tiket secara online. way cheaper dari beli kat kaunter terus. ni nak pegi collect tiket. korang boleh check it out tiket kat sini. ke korang mem