Skip to main content

suction process...

pada yang tak familiar dgn process ni, suction process ni adalah utk mengeluarkan lendir2 yang blok saluran pernafasan kita. kahak / lendir biasa berpunca dari kuman / habuk yang kita sedut melalui hidung / mulut. so, paru2 kita akan proses utk menjadi kahak.

biasanya kahak akan keluar melalui selsema, or mulut semasa kita batuk. pada kanak- kanak especially babies yang tak tau nak buang kahak, bila diorg batuk, dan kahak tu diorg telan, kahak akan masuk ke usus dan keluar melalui najis.

tapi, bila proses ni pun bayi tak dapat nak buat, kerana kahak yang terlalu banyak, bayi akan melalui suction process. aku nak share apa yang diorg akan buat. masa 1st time aku bawak nia jumpe dgn physiotherapist, en. safuan, dia menerangkan proses dan aku sendiri berada sepanjang proses menyedut kahak tu.

the process...
  1. 1st thing, hati kena kuat. en safuan cakap rule no. 1, kite, kaum ibu kena kuatkan hati.
  2. biasanya, sebelum proses suction, anak diperlukan berpuasa selama 1 jam.
  3. 1 jam sebelum suction, anak akan dibawa utk buat neb dulu. tujuannya untuk mencairkan lendir2 dalam badan, supaya mudah nak keluar bila disedut nanti.
  4. sebelum suction, baby akan ditiarap kan diatas bantal tinggi dan physiotherapist akan menepuk- nepuk belakang anak kita selama 1 ke 2 minit supaya kahak dan lendir naik ke tekak. masa ni dah mmg sedih tgk diorg tepuk2 anak kite dgn agak kuat. kena ingat, hati kena kuat..
  5. baby akan dibedung supaya dia tak bergerak kaki dan tangan nya. ini kerana, kalau baby bergerak semasa penyedut masuk kehidung, tisu2 dalam hidung akan mudah luka akibat pergerakan baby.
  6. ayah akan pegang badan anak, mak pulak kena pegang kepala baby. so badan dan kepala tak bergerak.
  7. maka tiub kecil akan dimasukkan ke hidung bayi dan bermula la proses menyedut.
  8. masa ni, mmg anak kita akan meronta macam kena dera la, macam kena air panas la disebabkan diorg rasa tak selesa dengan tiub yang keluar masuk melalui hidung dan mulut.
  9. proses ni berjalan selama 10 ke 15 minit. so, selama 10-15 minit tu la, nia meraung sampai 1 floor tuh bole dgr suara dia. sangat2 kesian.
  10. sepatutnya, selesai proses menyedut tu, anak kite akan merasa uncomfortable utk beberapa jam sebab kegatalan tekak. so, diorg akan batuk utk 1 ke 2 jam.
  11. jika masih batuk, jd la macam nia, kena buat suction sampai 3 kali. 3 kali la aku menguatkan diri ni. as for nia, aku rasa dia da fobia bila ade org approach dia. dr. nak letak stetoskop pun dia menangis. aku faham ape yg dia rasa.
  12. basically suction proses akan mengeluarkan hampir kesemua kahak / lendir dalam badan kita.
  13. cost utk sekali suction + sekali neb dalam RM90 sahaja.
masih terngiang2 tangisan nia setiap kali dia buat suction tuh. mintak takkan berulang la proses ni. honestly, aku tak sampai hati nak tgk the whole process. masa 1st time suction, aku tak tgk pun. cuma 2nd & 3rd time, aku gagahkan diri tgk. tapi, credit to physiotherapist sebab selembut mungkin dia buat kat nia utk mengelakkan ade luka dalaman.

masa ni baru lepas tepuk belakang nia nak turunkan kahak / lendir ke tekak. tgk je la mata nia yg merah tu. physio soh pujuk nia jap before suction process started.

alat yang digunakan utk suction. mesin tu yang akan menyedut kahak nia melalui tiub kecik yg masuk ke hidung / mulut dia. sebelah mesin tu bekas kecik yang menunjukkan kuantiti kahak yang keluar. hasilnya, sangat2 lumayan. masa last day suction tu, da tak banyak, dan lendir pun da kaler jernih. mula2 tu, kaler hijau. kesian nia...

Comments

~chekuna~ said…
kesian nia....moga2 lps ni tak kena lagi..seingat kakna luqman kena suction sekali masa umur setahun lebih..dia batuk teruk... sampai sesak nafas...
wah sggh sedih la tgk nia cm ni ....aku pun terasa tau kalu jd ibu cm mn...minta2 la kuat aku nih...

apapun2...hg sbr byk2 k...
Gieyana said…
wei..ni br ko citer aku nk bergenang air mata..kalau sendiri kt dlm tue x sanggup aku! kena suh si suami ar masuk kalau betui2 buat benda alah nie...

Cuma kalau suntik tue aku ok ar psl kejap jer..

^^ hati ko mmg kuat la erk psl sanggup stand n pegang Nia..huks!
fazilzura said…
akil penah wat 2 kali masa masuk kat PKJ kajang ...
time dia kecik2... now x dak dh
Fiza said…
hmm kalu fiza pun tak kuat gak kalu anak nangis ni..alya ader asma ker..fiza pun ade dulu tapi skang dah ok cuma syakil high risk untuk kena sebab ada keturunan
nome said…
cian alya...aku x sanggup nengok anak kena sedut..aku dah kena dah dulu masa dlm pantang lg ko..umo anak aku baru 20 ari..dah kena gas neb dan suction...ko bygkanlah..kecik2 dah kena sedut...aku nangis giler masa tu...nak pegang anak pun lemah jer..last2 laki aku ngand doc pegang leesya...aku takut meroyan jer time tuh...
sedih baca kisah nia..
cian nye kat dia...
tengah byangkan kuat tul ye dia
menjerit tu...mesti sakit tu..
ok nia..pas ni xmo ada kahak lagi..
kawan aku pernah cerita pasal ni...
kaum ibu mmg kena kuat..kalau tak kuat jagn tengok..
tp takper sakit skit, untuk kebaikkan anak jugak kan..
Norsyakiela said…
owh mcm tue rupenye suction...sedih tgk nia mcm nie...xsnggop kalo kne pd anak sndri,mesti sedih yg teramat...
elani makrai said…
aduhhh, kecian nyer nia terpaksa go tru benda yang meninggalkan trauma masa kecik2 lagi...

agak2 nanti diorg ingat x?
coz klu x, mmg trauma stiap kali g bawak jumpa dr n klinik kn.

mmg kaum2 mak nie kn kuat, sbb slalunya bapak x kan sekuat mak.

p/s : aritue bwk ammar g jab tok 1 year vac pon abah dia takot masok. masa kn operation, umi jer yang hntr ammar ke ot n angkat ammar bla setel. uuuu, mmg kn kuat hati oooo...masa dia meronta, mmg x sampai hati...nurin nk bersih2 luka bole jer, tp bila dia nangis meronta mmg x tahan. sib baik x takot darah bagai heheee..
Ibu Mifzal said…
alya..ainey pernah tgk baby kena wat suction..thn lps ms mifzal admit ward..ada baby dpn katil mifzal ada asma...mmg kesian sgt..menangis2..ainey pun nangis gak..sambil riba mifzal..sbb x tahan tgk baby tu nangis..huhu..sian sgt..
Mrs. Simplicity said…
chekuna : luqman penah gak ek? mmg skang ni ramai budak kene physio la kan. environment tak bagus. budak pun tak terhandle. nia pulak nak kena. kesian nia..

zura : aku kena kuatkan diri nak go through the whole process. mmg tahan je hati ni. kalau tak tahan, mmg meleleh kot dpn physio tuh..

gie : aku kena pegang nia kuat2 supaya dia tak gerak2. kalau internal bleeding lagi susah. luka yg tak nmpk. sure nia lg sakit. demi nia, aku tahan la jugak weh. kalau ikutkan mmg tak sanggup. bila doktor ckp kena buat lg, aku da tebayang2 dah cmne keadaan nia nanti tu..

zura : akil pun penah ek? alhamdulillah dia ok dah. harap nia tak kena suction lagi la..

fiza : kalau bole, monitor syakil bila dia da start batuk2 tu, cepat2 bg ubat. fiza ade ek? alya mmg takde asthma. cuma papa dia masa kecik ade semput. skang da besar takde. jgn nia asthma dah la. nauzubillah..

nome : kalau nia kena masa dalam ari lg, confirm aku nangis. sebabnye, time nia kena jaundice dulu, ari2 kena amik darah kat tumit kaki pun aku da nangis. tak kuat weh. da la anak kite tu fragile lg.

strawberi : mak aku pun ckp, kesian sgt kat nia. kecik2 da kena lalui mcm2. kitorg dulu kecik2 takde pun cmtu sekali. kecik2 nia da kena x-ray, neb, sedut kahak sume. mmg kesian sgt aku kat anak aku tuh..

tinie : yg buat aku kuat tu sebab nak nia cepat sihat. tu pasal aku relakan jugak. janji, nia punye pernafasan clear. takde bunyi2 dah. tp tak sangka smpi kena 3 kali.

firsya : nak amik gmbr pun tak sanggup kiela. tak sanggup nak tgk. menangis smpi kejung. smpi merah muka, lebam mata. mesti sakit dia sepanjang proses tuh..

nurin : mmg alya rasa dia da fobia bla org sekat dgn dia especially doktor. even mama dia nak lapkan hinugs dia pun dia da geleng2 kepala tanda tak mau. time bagi ubat pun gitu. dia da tau sure sakit bila org sentuh2 dia especially kat hidung dgn mulut.

p/s : la, abah dia takut? tak sampai hati la tuh. tp kite mmg kuat semangat kan? heheh..

ainey : ramai yg tgk akan tak sanggup nak tgk keadaan budak terutama baby yg tgh buat proses tu. ni anak sendiri, lagi la. huhu.. tak nak la nia ade asthma...
hopefully NIa terus sihat alhamdulillah.. Take care..

memang sian nengok time kena suction tue...

** alya, iman jumpa paed kat HKL, dia bg antibiotik (tiada ubat lain) dulu. After 1week, dtg balik untuk xray semula sama ada still ada kahak lagi ker tak. Alhamdulillah tak jadi kena suction.. memang takut time dengar duk kata kena suction next week if xsihat lagi...
Mrs. Simplicity said…
jue : iman ok lepas dpt antibiotik eh? mcm nia lak, mmg dapat antibiotik lepas 2nd time jumpe paed tuh. da abis antibiotik still tak ok lg. maka, kena la suction sekali. ingat lepas sekali ok dah, rupenye tak ok lg. kena buat smpi 3 kali. kesian nia, kahak dia mmg banyak dlm badan. jgn la iman kena suction lak ek
shah-ila-ain said…
wahh..ngeri aku bace weihh...lagi ko n nia yg menanggungnya...alahaii...kesiannnyerrr...kalau hubby aku sure tak leh tahan anak dia nenes...

hope nia sehat n tak kene lagi buat suction tu sume..amin..
azyyati anuar said…
niaaaaaaaa.....sgt mengerikan...

yg penting nia sihat dan aktif semula...
ibu damia said…
TAK DAPAT BAYANGKAN KALAU ALEESYA @ AYYUNIE BERADA DI TEMPAT NIA....HUAHUAHIA.....WALAU MACAM MANAPUN SEBAGAU SEORANG IBU, HATI MESTI CEKAL...........
elani makrai said…
tue la mmg penakot. sendiri amik darah pon takot. hikkk3x...

kita la kena jadi kuat n jadik superwoman kt diorg dua tue...
hehehe

p/s: pasni alya jd superwoman tok 3 orang...bahagia kn?
r|nA @ ja|j|na said…
kesian btul bace kisah nia ni..kalau kene tang rina pon tak tahan ni kan pulak dak kecik..

dulu rina penah lah skali buat neb tu..

ape pon hope nia get well so soon & pada allya & hubby walau camne, u 2 kene kuat..
turtlegal said…
Sis,selain kena neb, doc ada bagi x antibiotik n ubat cair kahak? Saya rasa was2 nak bagi ubat since ank saya baru 38hari 😭

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber