Skip to main content

senyap lagi??

wah, lama dah tak jengah blog nih. al-kisah, aku pulang ke kedah sabtu lepas. balik kampung sebelum bulan puasa. sebab bulan puasa kitorg plan tak nak balik kampung. nak stay sini je. rasa penat jalan jauh dibulan puasa nanti tambah2 dengan kerenah nia dalam kete. banyak benda nak cite. aku summarize kan dulu ek cam biasa sebelum cite details..

sabtu 8/8/2009
  • kitorg balik kedah sabtu lepas. perjalanan ok, cuma hujan bila da sampai penang.
  • wan da mula rasa tak sedap badan bila da nak sampai tuh. mula aku kerisauan. musim H1N1 kan. sape2 bole kena.
  • sampai rumah, badan dia jadi panas gile, aku soh dia ke klinik dia tak larat nak drive. aku nak drive pun nanti takde sape nak tgk nia. nia kan tak mau kat org. so bertahan utk malam tuh.
  • sepanjang malam dia tak tido. sebab badan panas sangat. dia rasa mcm nak putus nyawa katanya. mana tak risau. so, dengan aku sekali tak lena malam tu
ahad 9/8/2009
  • ahad pagi- pagi, wan terus ke klinik. alhamdulillah, bukan H1N1. takde kena mengena langsung. suhu badan pun 37 je. cuma dia jadi lemah sebab jumaat malam tu main badminton non-stop. lega skit kepala otak aku ni
  • petang nye kitorg jumpe maklong nia kat sg petani. ade ape? nanti aku cite details ek.
  • sebelum balik mencari kek birthday. birthday sape? birthday suami saya a.k.a papa nia jatuh pada esok hari 10/8/2009.
  • malam, buat small celebration kat umah. nanti aku buat entry lain. dengan gmbr sekali.
isnin 10/8/2009
  • harini genap umur wan yang ke 27...tapi..
  • harini, masa lepas subuh, aku rasa kepala aku berat sgt. rasa pusing nak pitam. sah, aku sedang diserang migraine. oh tidak, jgn la sekarang. da la kat umah mertua. sape nak mandikan nia, bagi nia makan sume?
  • nak taknak, nia kena dimandikan oleh maktok nye. meraung bagai nak rak. mmg da agak. lepas mandi terus dia landing atas aku. sebab aku mmg takleh bangun. nak bukak mata pun takleh.
  • dalam tengah hari, aku da mula recover. jamah nasi skit, besiap2 balik ke kl..
  • ondway ke kl, aku pulak rasa tak sedap badan. rasa nak demam. rasa lemah badan.
  • sampai kat area umah, terus ke klinik. dekat 2 jam nak tunggu turn. ramai pulak yang sakit.
  • demam tonsil kembali! suhu aku 38! agak tinggi tuh. tapi mmg masa pregnant kan nia, aku kerap demam sebab tonsil aku ni. bila la diorg decide nak buang tonsil aku nih.
  • malam sampai rumah terus pengsa.
selasa 11/8/2009
  • harini aku diberi mc. sepatunya ade meeting, tapi terpaksa di tangguhkan sebab mmg tak larat nak bangun.
  • badan masih rasa tak sedap. selera makan langsung takde.
  • tepaksa gagahkan diri bawak nia ke an-nur nak sedut gas. batuk dia tak elok2 pulak. doktor cakap getting bad. hai, takpela, janji nia tak demam. batuk tu da biasa.
  • lepas hantar nia ke nursery, aku amik peluang utk rehatkan badan. lega dapat tido sekejap. badan pun rasa ringan
sekian hujung minggu kami yang sakit...aku selalu doa, jangan la aku sakit ke pening ke sebab bila aku tak larat nak bangun, takde sape yang bole jaga nia selain dari aku. mmg susah. tapi dalam masa yang sama aku tak nak wan pulak yang sakit, nanti aku susah hati. mcm tu jugak dgn nia. moga kami diberi kesihatan yang baik. amin...

layan la wajah kesayangan mama & papa ni. btw, nia da 2-3 step melangkah. cepat jalan ek nia!


note : this note is special to wana. FYI, aku baru dapat invitation ke b'day izz hari isnin haritu. malangnya majlis nye sudah lepas. aku nak tanya gak ko sebelum tu, adakah nia dijemput. tp macam malu pulak kan. so aku tunggu gak sampai sabtu tuh. bole la singgah sebelum balik ke Kedah sebab kitorg ikut Guhtrie. tapi, apakan daya. takde lagi rezeki den nak jumpa ko & tak dapat la lg anak dara aku nak jumpa dgn anak teruna ko. kite jumpe kat birthday nia je la ek ;) btw, tq so much jemput nia :D

Comments

Ryn said…
Diam ada cerita rupernya...
Hope semua pn OK...
Nia pn dah memulakan step2...

Bila dgr kes H1N1 ni terus bdn aku rasa tak sehat...huhuhu~~~
akak_bieza said…
helley ley ley..comeinyer nia..siap rambut bertongcet dua lagik..meh sini auntie nak gomoi

migrain ni jgn biarkan berlarutan nanti boleh mengganggu sistem peredaran darah dan keseimbangan hormon.

nak tau lebih lanjut nanti jengok-jengok blig link akak. ada tips dan maklumat yg boleh kita kongsi bersama. http://cniforbetterlife.com

akak nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubaraq dan selamat menjalani ibadah puasa dgn tabah dan istiqamah. insyaallah

take care
r|nA @ ja|j|na said…
owh, patutlah snyap aje balik kampung rupenya nia..

skang ni kalau rase tak sihat je cepat2lah pegi cek, takut skang ni..tapi seb baik allya & family takde ape2 kan..

hubby rina tu dah baik demam tapi still batuk2 & lemah2 badan katanya..riso gak..
fazilzura said…
emm cite psl H1N1 .. takut sehh ..

** alahai gebu betui pipi dak nia ni
patutlah lama tak hupdate..

semakin comel anakmu itew..bilakah ko nak jumpa aku ???
Gieyana said…
Salam Alyyani ~ kesian kat ko yer...mesti penat sgt tu psl travel kan..aperpon take care yer..

^^ Nnt Nia ok la tue..Nureen dulu pon sama gak cam Nia..bila dh besar cam skrg..suma owg dier dh ok dah..:)
AieZa said…
sian alya.. moga cepat sembuh k.. jaga kandungan tu jugak.. jgn simply amik ubat.. better refer to o&g walaupun demam.. sbbnye tgh prgnt..
n3 yg diciter sekaligus sng kan...sian ko ek travel dh la bbdn dua...ye la blk kg sblm posa kan nnti penat la nk blk time posa...
elani makrai said…
kita nie mcm berpakat kn?
nurin off blogging kt 4-5 hari alya pon sama. dh macam kembar lak kt blogspot nih heheee :D

sib baik korang sume sihat, alhamdullilah...

p/s: nia dh 2-3 step eh? ammar baru 1-2 step, tue pon macam takot jer nk melangkah. tp mmg x mo merangkak jer dh...dok tatih2 jer kat mana yang bole pegang. x sabar diorg nak jalan kn? biar la bole jalan cepat jadi masa birthday diorg bole la berlari2...comeeeellll :D

p/s 2: alya, klu rasa nk borak2 bila senang n nurin login msn add la nurin yer...tenkiu.
Norsyakiela said…
owh ,ptot la alyya diam jek tnpe brite...btw alya,tke cr ye...smoga cepat sembuh taw,kila pon br je g klinik wat check up td
Ibu Mifzal said…
alya...aku pun tgh demam ni..dr 11/8 mlm..smlm g klinik..dpt MC dua hari..suhu check..sgt la panas..39.5..huhu..

lg satu..besday papa nia sama la nga aku..ihik..10/8 gak...
wanie md zain said…
alya..kan wanie ckp bdn xsedap rasa nak demam..semalam g check...rupanya tonsil bengkak...demam tonsil jgk ..sama la kita...
Jiey^Mien said…
aku pun dok bertanya, bila la nak buang bahagian tonsil yg asyik membengkak nih..
sebulan sekali akan demam sbb tonsil nih.. haihhh..
azyyati anuar said…
wei...aku x dan nak bace...
yg pasti nti update gmbr kiter kat pizza hut...hehe...

to nia..good girl..
Anonymous said…
cepat nia boleh jalan ek..syakil lambat tul..skang dah dekat 9 bulan baru boleh merangkak
mamashasha said…
alya...ingatkan aku je senyap kamoo pun sama...semoga cepat sembuh k...wehhh nia pun panggil maktok ye? same cam shasha heeeheee...nia dah jalan ye? gud girl...shasha 14 mths baru jalan tau...dia ringan mulut....hepi birthday to wan...
miemiey said…
balik kg rupa nya..patutlaa lama tak jenguk blog ite..hehehe...selamt kembali...bahaya tosil kan,,takut saya rasa,,mkn ubt cpt2 sembuh yer
nizza-abira said…
alahai...
comelnya nia apatah lagi dgn lesung pipit dia tu :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber