Skip to main content

Hong Kong Itinerary, Budget & Giveaway winners

berakhir sudah minggu ni dengan jayanya. it has been a hectic week. audit with LHDN was horrible. malas mau cerita. they will visit again to view each project. yes, each project. bukan 1-2 project. beratus kot. 3 tahun punya project. haish, korang kalau kena income tax nak buat audit should be scared lah. sampai demam aku dibuatnya. demam sebab tonsil lah. dugaan.

ok, back to the topic, as i promised before, aku nak present aku nye itinerary sepanjang aku nye visit ke hong kong beserta bajet untuk dijadikan panduan korang. i received a lot of phone calls, SMS, dan email lah yg paling banyak on hong kong ni. mintak maaf sgt kat sorang reader ni yg aku rasa dia ke hong kong weekend ni tapi tak dapat nak reply email beliau. sangat sibuk dan kesihatan sangat tak mengizinkan. mmg i owe u guys big one. dan yg paling aku berhutang ialah result giveaway. ok, aku langsaikan semua harini. sebab juri pun baru je bagi decision diorang pagi tadi. so here we go.

CURRENCY RATE
updated entry. ni sebenarnya yang paling penting nak kena tunjuk. our currency rate dengan hong kong dollar. matawang kita tinggi by 2.5 times for each 1 hong kong dollar. bole refer kat table bawah ni untuk reference korang.

  1 MYR is equal to 2.57 HKD. masa aku tukar tu was 2.51 HKD. skang tgh untung lah nak tukar duit. tapi kat sini foreign exchange akan tukar duit every 100 HKD. sama macam kita pegi indonesia lah. bawak duit juta2. tapi tidak lah juta. puluh ribu itu confirm. bole check kat www.xe.com for current exchange rate.

BERAPA HARGA TIKET?
AA promo fare harga tiket kitorg anak beranak dapat RM95 per head one way. adel still kategori infant RM50 one way. so total price for ticket is RM750 plus meal pergi balik, plus excess baggage 30kg pergi, 60kg balik. return tu letak extra ye. confirm beranak pinak luggage.

PERGI HONG KONG KENA ADA VISA TAK?
no need. just pack your bag, make sure your name is not in the black list of PTPTN and you are ready to go. aku selalu la time to time check status kat PTPTN. kang dah siap2, tetibe tak lepas nak check in. malu disitu.

MAIN ATTRACTION, TICKET PRICE, TOTAL HOUR TO SPEND
ok, based on our experience aku list out kan tempat apa kena pegi, berapa jam kena spend kat situ and so on. sambil tu aku selitkan itinerary kitorg.

DAY 1
ARRIVAL - kalau korang tak nak bazir sehari kat sini beli tiket awal pagi. so dapat lah berjalan. aku haritu tiket pagi dah habis. yang ada petang je. so tak dapat ke mana. flight dari KUL ke HKG menagmbil masa 4 jam. ok, korang jangan panic bila nak plan itinerary ni. mana nak mula. aku suggest korang pegi kat MTR system hong kong punya website dulu. then buat macam aku. 

memula mmg panic. mana nak start ni. hari nak dekat dah. ye lah, nak imagine jarak2 satu tempat tuh kan. masa tu mmg nak hire travel agent je sebab mcm tak tau nak buat sendiri. tapi aku fikir balik then start with the MTR system map. so bila dah nampak MTR map ni, baru lah dapat clear picture. semua attraction mmg ada station nye dan jarak nya. sebab ni main transport kat sana. so dari sini korang boleh jadi panduan nak pilih lokasi hotel. aku cadangkan cari kat area Tsim Tsa Sui, Kowloon, Jordon, Mong kok. and this map mmg jadi guidance aku sepanjang kat sana. dah siap hafal dari sini lagi.

 sampai je airport amik HONGKONG MAP ni dulu. dan interactive map yang lain untuk jadi panduan. tapi kalau macam aku, aku follow MTR map kat atas tu je. sebab aku dah study pakai tuh.

OCTOPUS CARD - wajib beli. DEPOSIT REFUNDABLE UPON RETURN OF THE TICKET HKD50 / HKD2.50 = RM20. semua public transport menggunakan octopus card ni kecuali taxi. naik taxi kena bayar cash. TOTAL SPENT SEPANJANG 6 HARI KAT SINI RM150 FOR EACH CARD, NOT INCLUDE THE DEPOSIT

BP INTERNATIONAL HOTEL - berhampiran dengan Jordon Station. kalau nak lagi dekat pilih SHAMROCK HOTEL. boleh google banyak hotel yang sebelah je dengan MTR. HOTEL RATE UNTUK 1 MALAM IALAH RM250. mmg bayar dalam RM sebab book dekat www.agoda.com. or bole pilih kat www.booking.com. hotel kat sini mmg mahal. itu je lah obstacle dia.

DAY2
OCEAN PARK - (amik bus kat admiralty station) korang perlukan pagi sampai petang nak visit sini. kalau yang ada anak kecik, petang tuh nak berjalan mmg tak mampu. kalau yang tak bawak anak kecik, petang korang boleh amik kesempatan ke Hong Kong town. ala2 Bukit Bintang KL. 

 sampai je amik guide map dia ni. ada 2 area nak pegi. perantara dia cable car. banyak tempat nak di tengok kat sini. tapi ocean theater tu wajib. tgk show time dia. refer kat entry aku yang ni apa attraction dia. 

tiket boleh dibeli kat station bus yang akan bawak ke ocean park. so tak yah beli tiket kat entrance. HARGA TIKET - HKD280 / HKD2.50 = RM112 (ADULT), HKD140 / HKD2.50 = RM89.20 (CHILD). mak oi mahal nye ye? kalau korang gi sunway lagoon RM90 ye tak? kat sini aquaria + genting + sunway lagoon + zoo. so berbaloi la. nak maintain berapa ratus ke ribu binatang dalam tuh, nak maintain tempat tu lagi. staff yang daily entertain visitor yang datang. mmg berbaloi. banyak attraction.

LADIES MARKET - (amik tren ke mong kok station) kalau nak beli souvenir kat sini ada semuanya. tapi aku suggest korang tak memborong semua kat sini. sebab ada few places yang bole memborong jugak. kat sini boleh dapat tshirt I LOVE HONGKONG 6 helai HKD100 / HKD2.50 = RM40. kualiti kain dia ok jugak. tak lah macam tshirt pagoda. keychain, fridge magnet pun banyak. tapi yang paling banyak fake item la. handbag, baju, kasut. dan banyak jugak barang bukan2 contoh macam LED magnetic board yang aku beli untuk niadel tuh. spend 2 jam kat sini dah ok. oh kat sini ada banyak kedai gadget dgn kedai sasa yang besar. so bole spend extra hours kat sini. HARGA TIKET - HK$ 0

DAY3
STANLEY WATERFRONT, MARKET, PLAZA - (amik tren ke central station dan naik bus menghala ke stanley. perjalanan mengambil masa setengah jam) kat sini korang kena spend at least separuh hari. kat sini ada apa? STANLEY WATERFRONT untuk sight seeing sahaja. kalau pegi time winter mmg syok lah nak jalan2. STANLEY MARKET tempat nak beli souvenir jugak. barang kat sini lebih kualiti. kedai dia lebih terususun. souvenir untuk ladies banyak yang best kat sini. dan harga pun murah. STANLEY PLAZA tempat shopping mall. bole lunch kat sini. kitorg tak sempat nak masuk mall dia sebab rushing nak ke tempat lain. SPEND TIME 3-4 HRS HERE

THE PEAK, MADAME TUSSAUDS, SKY TERRACE - (amik tren ke central station dan berjalan hampir 10 minit ke tempat nak naik tram) THE PEAK ni macam bukit bendera kat sini. membawa naik bukit ke atas. kat atas ada 1 building dimana dalam ni terdapat MADAME TUSSAUDS. madame tussauds ada patung lilin. tingkat atas sekali bangunan ni ada SKY TERRACE.  so bila sampai sini terus naik sky terrace then baru masuk madame tussauds. sebab kalau gelap tak nampak apa dah kat atas tuh. dalam ni jugak ada HARD ROCK CAFE. KAT SINI KITORG HABISKAN HAMPIR 4 JAM JUGAK. jangan lupa beli souvenir kat the peak. sebab souvenir dia cantik2 dah harga murah jugak.

ticket the peak

sky terrace ticket. ticket masuk madame tussauds kena bagi orang tu. HARGA TIKET COMBO 2 WAY TRAM + MADAME TUSSAUDS + SKY TERRACE - HKD220 / HKD2.50 = RM88 (ADULT), HKD115 / HKD2.50 = RM46 (CHILD)

DAY 4 & 5
DISNEYLAND - (amik tren ke sunny bay then ke disneyland resort) ni lah tujuan pergi hong kong kan? so sehari boleh cover semua ke? kalau korang ada hajat nak amik gambar dengan semua character disney dalam masa yang sama nak kejar kan must see punya show aku tak rasa korang sempat nak cover untuk sehari. dah datang sini rugi kalau tak dapat tgk semua show dia kan? apa yang wajib tgk? banyak! bole refer kat sini aku nye schedule. semua nya ikut turutan and timing 


 sampai je amik guide map dgn times guide kat entrance eh. tgk language nye. jangan amik bahasa cina pulak. plan mana nak pegi. kalau boleh stay sampai kul 9 malam untuk fireworks show. wajib tgk. parade show kat mainstreet USA wajib tgk. live show such as the golden mickey, festival of lion king & the philmagic wajib tgk. games yg adult & child bole main macam its a small world, adventure of winnie the pooh. banyak lagi. refer kat entry disneyland aku.

HARGA TIKET : 1 DAY TICKET - HKD399 / HKD2.50 = RM159.60 (ADULT), HKD285 / HKD2.50 = RM102 (CHILD 3-11Y.O), 2 DAY TICKET - HKD499 / HKD2.50 = RM199.60 (ADULT), HKD355 / HKD2.50 = RM142 (CHILD 3-11Y.O). for 2 day passes korang bole keluar masuk beberapa kali. contoh pagi masuk disneyland, tgh hari nak pegi citygate outlet then datang disneyland balik. make sure, u keep your own ticket. sebab nanti kena masukkan ticket dgn thumb print.
CITYGATE OUTLET - (dari Disneyland Resort ke Sunny Bay ke Tung Chun station) kalau korang mmg ada niat nak shopping macam2 macam kitorg, boleh bawak HKD yang lebih. jangan lah bawak duit kepok2. activate lah PLUS system kat ATM card korang (thanks to bed on this) so anytime bole buat withdrawal without any charges. dia kua HKD lah ikut current rate. barang kat sini MURAH GILA. AND ITS NOT A FAKE ITEM OR ADA GRED AAA KE AA KE. ITS ALL ORIGINAL. korang may have to spend half day kat sini. sejam dua mmg tak cukup.

updated : kalau korang tak nak stay kat dalam disneyland resort pun, korang boleh stay kat hotel yang attached to citygate outlet ni. nama hotel tu NOVOTEL CITYGATE HONG KONG. kira bukak2 mata, boleh terus pegi shopping lah. menarik jugak kalau korang nak consider to spend more hours kat sini.

DISNEY'S HOLLYWOOD HOTEL - (perantara dari hotel ke disneyland ialah shuttle bus) part ni yang paling gerun nak cerita ni. hotel dalam ni mmg mahal. tapi sebab nak merasa dah alang sampai ke sini. nak feeling fantasy semalam dua. stay jugak lah. HARGA 1 MALAM KAT SINI HKD1250 / HKD2.50 = RM500 INCLUDING BREAKFAST.  imagine DISNEY HOTEL tuh bape rate dia? mmg cecah riban lah 1 malam.
 sebab harga bilik mahal, we got to keep the room key. tak sangka lak. maka simpan elok2 buat kenangan di hari tua.

sebab harga bilik mahal lagi, semua bneda yang boleh angkut aku angkut termasuk lah do not disturb punya sign ni. hahahah...

so ni itinerary aku, total expenses aku. other attractions yang famous dan wajib pergi tapi kitorg tak dapat pergi ialah.
  • AVENUE OF STAR (naik tren stop kat tsim tsa sui) - wall of fame artis2 hong kong.
  • SYMPHONY OF LIGHT - pegi avenue of star petang then malam bole tgk symphony of light
  • NGONG PING 360 (naik tren stop kat tung chung sation) - ni naik cable car tgk kuil2 org buddha, yang suka kan sejarah dan seni, boleh la pegi. macam aku bawak budak2 ni tak sesuai pulak. 
  • ABERDEEN FISHING VILLAGE (naik tren stop kat hong kong station) - menarik kalau nak naik boat. tapi diorg cakap quite boring untuk kitorg yang bawak budak- budak ni.
dan banyak lagi attraction kalau korang ada banyak lagi masa. pada aku kalau dapat 6 - 7 full day dah cukup nak cover main attraction. flight ticket kena awal pagi lah. best time to visit hong kong is december to april. cuaca tak panas. kalau boleh cari yg bukan peak season. so tak lah penuh sgt org. 
overall korang boleh total up sendiri lah. tapi untuk memudahkan korang, korang boleh standby RM1000 untuk each person, tak termasuk yang berumur 3 tahun kebawah. ini untuk masuk main attraction dgn makan. kalau overall budget aku RM5000 termasuk harga flight ticket, hotel, shopping dan makan. kalau korang rasa nak shopping banyak, banyak lah cost nya. 
bunyi mmg banyak tapi korang kena ingat aku bukannya dan2 tu nak pegi hong kong dan2 tu aku booking tiket. as i told u guys before it is a 1 year plan. so ada tabung untuk ke hong kong. and aku pegi awal tahun sebab ASB nya dividen tu dapat awal tahun. boleh lah ada back up. ye lah, aku bukan ada business apa. makan gaji je. so kena pandai manage duit lah. 

kalau tak pegi hongkong dapat aku kitchen cabinet sebijik ye tak? tak pun bole buat car porch cantik sikit. tapi peluang nak ke sana bukan nya datang selalu. kalau kitorg tak pegi sekarang, belum tentu kitorg akan pegi di masa akan datang. bila dah pegi ke sana, kitorg confident untuk ke luar negara lagi. maknanya boleh je survived. tunggu lah kalau ada rezeki lagi. maka, adik2 ku yang ada cita2 nak ke hong kong, moh menyimpan.
hope guidance yang aku bagi ni dapat memberi sedikit gambaran untuk korang yang akan kesana. sebarang kemusykilan feel free to ask at anytime. kalau tak balas tuh, mmg tgh tak sempat nak balas eh. 

maka, tanpa membuang masa, aku ingin mengumumkan 3 pemenang utama I LOVE HONG KONG GIVEAWAY.
  1. SUHIDA - kata juri : it takes a lot of effort and courage to be the first contestant. therefore she need a recognition and deserve the grand prize. hehehe.. tetiba terbayang diri sendiri. ye lah, berapa banyak contest ada kat dunia ni. kita tgk org menang 'best nye lah dia menang' tapi kita takde courage nak join dulu ye tak? nak masuk tapi malas. aku lah tuh. tgk je lah orang menang macam2. bak kata ex-officemate aku u never know untill you try. bila kita dah cuba, 50% chances is there. 50% lagi dkalau ada rezeki. ini komen beliau Aku join dulu! :) Saya nak ole- ole dari Hong Kong.Mrs Simplicity bole memperbaiki cara penulisan blog dengan hmm...tak reti aku nak komen.dah ok sgt dah pun blog ko ni.aku cuma mengharap luck adel cabut undi je ni. hahahaha...(nak fridge magnet disneyland tu kalau kata terpilih)..boleh dak aku komen cenggitu.kuikuikui.. so suhida, tahniah! FM dan FRAME GAMBAR DISNEYLAND MILIK KAMU!
  2. YANTIE - kata juri : komen yang bersahaja dan lain dari yang lain. ni komen beliau "Mrs Simplicity bole memperbaiki cara penulisan blog dengan teruskan membebel pun ok. saya suke bace. perbaiki ejaan skit2. namo singkatan yg pelik2, sbb kadang2 x tahu dan pelik. OMG bleh paham lg...hik3x.. letak pic bnyak2 pun comel.. boleh lepas rindu kat niadel.nak suruh update selalu x bleh kot, sbb saya faham kdang2 tak de masa. rest pun tak cukup, dgn anak 2 org lg kan... :)" *sayang sgt kat diaorg w/pun tak pernah jumpa.* tahniah yantie! FM DISNEYLAND HONG KONG dan JEWELLERY BAG MILIK KAMU!
  3. AZI - kata juri : komen yang dekat dihati. ni komen beliau Mrs Simplicity boleh memperbaiki cara penulisan blog dengan teruskan corak & gaya penulisan sekarang ni...dah ok dah. Pastu selalu2 update sbb bila baca rasa macam dok dekat jer....kalau pi jjcm atau bercuti kena update macam gi hong kong ni so bagi yg tak pi bila baca pun rasa macam dok join sekali ngan korang... tahniah kak azi! FM HONG KONG dan JEWELLERY CASE MILIK KAMU!
last but not least cabutan bertuah pulak antara mrs. spicy, wanie md zain, Lelord, atanayuiman@Jue, anisalya, wan syamzaima, nana aziz, Princess Solehah, cikpia, gieyana, nad @ mama ZN, Shasha Catering, A-zu, eizan nor, dahlia dania, alfidah adim, norhana, ilasuzi, Imaan009, Ladybirdluvone, zana, tinie, Affieza, zue dan Iryani Noor, ni bukan juri kata, tapi bapak segala juri kata iaitu laki aku berbesar hati untuk memberi 1 HONG KONG SOUVENIR TO EACH OF YOU. CONGRATS TO ALL AND THANK YOU SO MUCH FOR JOINING MY SMALL GIVEAWAY.

note : jangan lupa emailkan nama, alamat, no phone kat email aku di alyyani@gmail.com. tahniah dan terima kasih sekali lagi. FUH, HABIS HUTANG HONG KONG!

more HONGKONG entry :

Comments

sal ya said…
eh, nama saya sangkut jgk ke utk conso. terima kasih. tak dapat pergi Hong Kong, dpt cenderahati kecik pun dah suka melompat2. hahaha...
Marlina Mohtar said…
wah...terima kasih kak :) nanti saya e-mailkan maklumat ye...
Affieza said…
Wow...dpt souvenir from HKG...thanks kak
wdta said…
wow!!!tq alya. :) pos adel sekali ke uma aku.tak penah dpt jupe adel.mcm cocok je ngn izt.kekeke...
yantieramli said…
Wah!!! X sangka.... Alhamdulillah... Terima kasih mama niadel.... :-)
ryugiena said…
wahh..tq aly..terselit jgk aku..hehe..terima kasih daun keladi..nnt aku bg details..
Anis said…
aly, ko mmg rajin. aku baca sikit je dh x larat nk baca. bkn apa, sbb nmpk sgt aku malas. kalau aku pegi cuti, mmg cuti habis. xde mana aku nk pikir sendiri mana nk pegi utk jln2. itu keje tour guide. ko sblm cuti siap study dulu, so mmg rajin. mcm nk masuk exam. hehe
Iela Fazielah said…
alya..thanks utk info ni...insyaallah... kalau jd pergi entah bila2 mmg kena rujuk initiary kamu ni... la ni jugak akak print out maklumat ni sbb bc kat blog xpuas... kena bc ulang2 kali br betul2 paham...hehe
Ztee_Azwanis said…
wat can i say.... can wait this jan 2013 hiks...
Iryani Noor said…
Muehehe yayyyy dpt gak.. Anyway tahniah pd pemenang
Baiti said…
Salam, nak tanya..ur cost spend RM5000 is for per person ke?
Mrs. Simplicity said…
baiti : salam. RM5000 is for the whole family. kalau bajet sorang. sorang dalam RM1000.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...