Skip to main content

Day 3 - Stanley, The Peak, Madame Tussauds

hari ketiga, aku masih bersemangat lagi walaupun lenguh kaki. aku tgk wan maintain berselubung. rupanya pagi tu bukan anak buat hal tapi bapaknya buat hal. kaki cramp katanya. ah sudah! aku tukang plan ni kena la fikir alternatif lain. tukar tempat dulu ke or opt for taxi je. tak yah kena berjalan ke station nak amik train. urut2 janggut dia sikit, baru la nak bangun. tidak kalu, dia nak keluar kul 12. oh no way, lari timing mak.

sebab semalamnya dia fully incharge carry bagpack letak susu niadel dgn dukung nia. so harini, i'll take the task. sebab nak elakkan kaki dia jd lagi parah. aku rasa ok je masa tuh. korang tunggu la apa jadi diakhir hari ke-3 ni nanti. hehehe.. wan aku suruh tolak stroller dgn angkat stroller je. mclaren stroller tak berat eh. kalau twin stroller tu ye mmg berat.

pagi tu, itinerary aku adalah utk membeli belah di stanley market. dikatakan, kat situ lebih banyak pilihan and tempat dia pun menarik. so to stanley we go. 

rutin pagi cam biasa...

untuk ke stanley, macam pegi ocean park jugak, kena naik tren berenti kat hong kong station dan jalan ke station bus. naik bus yg tulis ke stanley. aku yg sedang tgk map arah jalan. kat setiap station mmg ada map ni. pagi2 train mmg sesak sebab org pegi kerja. kul 9 pun sesak lagi.

berjalan menuju ke bus station. kena merentas jejantas. cantik kawasan hong kong ni. bersih je. mmg diorg jaga betul la. nak ke stanley naik bus no 6, 6A, 6X, 66. yg tulis stanley lah. perjalanan ke stanley mengambil masa setengah jam. kawasan dia atas bukit. sangat lah tinggi. how on earth diorg bole terfikir buat kawasan2 mcm ni. jalan pun sempit. ngeri tgk bila bus tu lalu mcm nak bersentuh dgn batu je. kita akan menyusuri kawasan laut nak ke sana.

dah sampai kat stanley. signboard merata.

kitorg berjalan ke stanley waterfront mart. mmg best lah lepak sini dengan cuaca sejuk. angin sepoi2 bahasa gitu. amik mood nak bershopping..

ha tu dia, dah mula lah aktiviti mengepung niadel. semua benda yg menarik di mata diorg, diorg akan tuju. tak cukup mama beli panda semalam nak? nia nak angry bird. kat malaysia banyak angry bird nanti mama beli kat giant rumah kita tu ye.

ha tu dia, dah start sauk apa yg patut. niadel teruja dgn patung botak tuh. kemain nia posing.

kemeroyanan bertambah bila dah berada di tengah2 stanley market. udara nyaman buat kitorg rasa syok je nak berjalan. masa ni aku membeli apa yg patut lah kat sini. souvenir kat sini lebih cantik compare yg kat ladies market. harga sama saja kalau pandai nego.

sedar tak sedar dekat 2 jam habis masa kat sini. banyak kedai nak kena pergi. sebab masa tu dah tengah hari, kitorg nampak ada signboard ada mcDonanld. so terus je follow signboard tu. mcDonald terletak kat stanley plaza. stanley plaza bersebelahan dgn stanley market.

 beli fillet o fish set dgn jagung. harga sama mcm kat sini. ada tempat makan kat luar lg. sebelah ada playground. apa lagi, laju je lah niadel kesana. haritu aku rasa cuaca paling sejuk. tak pulak aku pakaikan adel fluffy jacket dia.

kawasan stanley ni mmg cantik. mmg sesuai untuk para pelancong. untuk menenangkan minda. 1 last photo sebelum gerak balik. jam dah nak pukul 2. timing lari sudaa.

terus naik bus ke hong kong station balik. nak balik ni dapat naik bus baru. rasa safety la sikit. hehehe.. macam mana nak tau bila dah sampai kat satu tempat tuh? tgk second pic tuh ada signage tunjuk berenti kat mana dan ada announcement sekali. sistematik gitu. tak perlu nak risau kat mana nak turun semua.

sampai je kat hong kong station terus amik tren balik ke hotel. stop kat jordon station. balik hotel hantar barang- barang yg diborong tadi then gerak terus nak menuju ke destinasi seterusnya.

tempat seterusnya ialah the peak. ok, ni lah contoh signage yg ada kat setiap MTR. nak pegi main, berenti kat mana. then exit pintu mana. and nak interchange naik apa. semua ada tunjuk. so sangat senang. confirm tak sesat. cumanya nak bejalan jauh ke dekat je.

rupanya dari central station kena menapak boleh tahan jauh jugak la nak amik tram naik ke the peak. tram yg macam nak ke bukit bendera tuh. so kitorg berjalan menyusuri bandar hong kong. open area pun non smoking area.then kitorg follow je org ramai yg menuju ke tempat yg sama. jauh weh!

fuh, sampai jugak. semput la jugak kan. so papa beratur, aku beli tiket. beli combo tiket tambang nak naik tram+view sky terrace+madame tussauds. sky terrace and madame tussauds are in the same building. patung liling pertama yg kitorg nampak, aku tak kenal sape. menteri hong kong kah? ke founder madame tussauds hong kong?

ok, mai hong kong ni bukan saja banyak berjalan tapi banyak beratur. kat main attraction sentiasa penuh dgn pelancong. tak kira musim. sepanjang masa. ni tgh beratur nak naik tram. 1 tram bole memuat kan 125org. tram sampai setiap 5 minit. tak lama, tapi kalau ada anak kecik, bole tahan lah lama nya.

perjalanan nak naik ke the peak mengambil masa 5-10 minit. sementara tu bole menikmati view kat keliling. tapi mostly dilitupi pokok2 la. so dah sampai kat atas. keluar je dari tram, ada banyak gerai jual souvenir. harga sama je dgn stanley and ladies market.

sampai je, terus ajak wan naik ke sky terrace dulu sebab dah petang. nanti malam, tak nampak pulak hong kong view. ni dalam lift. jakun la jugak, lift nye lawo. :D

dah sampai atas. so this is the hong kong town view from the sky terrace. naik atas lagi lah sejuk nye. nia tahap gigil2 la jugak. sebab sweater dia tak cukup tebal.

suka bila dpt naik atas ni. kalau korang sampai sini, better beli combo tiket. bole jugak kalau tak nak naik kat sky terrace ni. tapi cam rugi pulak kan. alang dah sampai. harga tiket semua2 nanti aku cerita kat last hong kong entry.

sojuk! tapi sempat tinggal jejak kat sini. nasib baik bawak comfort kit twin stroller yg aku pinjam kat kawan aku tu. nia berbungkus dalam tu je la. adel gigil2 posing. gelak je org tgk. hehehe..

nia mmg dah tak nak keluar stroller. sky terrace ni ada 2 tempat nak view bandar hong kong. so posing la kami d 2-2 tempat. mmg best tempat ni.

dah habis pusing kat sky terrace ni, kitorg turun balik terus masuk kat madame tussauds. sebenarnye, aku mmg tau ada tempat patung lilin ni kat beberapa negara. tp aku tak tau namanya madame tussauds. apa maknanye ye? malas nak google lagi. anis, masa ko pegi europe tu pun pun ada kan? so hong kong pun ada madame tussauds ni. tak sure banyak ke sikit patung liling compare to other madame tussauds. ater, sini je baru sampai. kalau ada madame tussuds malaysia, confirm boleh compare. :)

ok, madame tussauds tak mesra budak2. sebab dia ada 3 tingkat. kena turun tangga. lift ada kat 1 level. ke ada lift tp aku tak perasaan? tah, tapi masa masuk je, terus kena turun tangga. entrance madame tussauds ni ada jackie chan dgn bruce lee. jackie chan kena bayar nak amik gmbr. tu yg kitorg beli. bruce lee ramai sgt org so kitorg turun dulu. so ni lah antara patung lilin yg terdapat disini. tatau dah nak tulis caption apa. korang tgk je lah ye.

with all the hollywood retis!

retis cina pun ramai. ramai yg aku tak kenal. ada gak yg kenal tapi tatau nama.

turun lagi. owh edward cullen! kacak nye kau! sebelah dia tu la pengasag madame tussauds. haaa baru igt, madame tussauds tu nama pengasas dia. then ada ladyD. papa amik gmbr dgn jet li. sama tinggi je jet li dgn wan.

 bush, queen of england, obama, kembar papa. hahahaha... suka wan dpt jumpa kembar dia. :p and picaso.

saddam hussein, hitler, mcm muka atuk aku tu tatau sape, yg melambai keluar airplane tu pun tatau sape.

Einstein, spiderman, astro boy, madonna. siap ada wig lagi. dan of course sir amitabh. ala, nape takde shah rukh khan. kalau ada, confimr 100 keping dgn beliau je. :D

top 2 tatau sape, bawah tu wajib la kenal. pengetahuan hiburan agak cemerlang banding dgn sejarah. :)

dan juga ahli sukan terkenal dunia. takde pulak lee chong wei mahupun nicol david. belum lagi la gamaknye ye..

the Beatles, Madonna, mary j blige, elvis, micheal jackson.

ok, last one. nak keluar baru pegi amik gmbr dgn bruce lee balik. dari sejuk kat sky terrace tadi terus panas masuk dalam ni. banyak sangat nak cover. tp dapat lah cover semua. sempat lah buat susu 1 round bagi kat niadel ni. lepas dah tgk semua, baru la keluar.

the peak ni mcm shopping mall la. so banyak kedai2 dalam ni. kalau nak makan, dalam ni ada bubba gump. kitorg meninjau la apa yg patut. menambah bekalan souvenir. style kitorg beli sikit2 kat semua tempat yg ada jual souvenir. sebab harga sama saja. nak mengelakkan mengankut banyak2 barang serentak. tapi banyak tak banyak, mcm banyak je.
kalau tak sempat nak ke hard rock cafe kat wan chai, bole beli hard rock item dalam ni. so sempat singgah membeli tshirt niadel dgn kiriman rakan2.aku bukan pengumpul tshirt hard rock sebab tak bape paham apa best nye dan signifikannya hard rock ni. sebab aku bukan brand freak kot eh. tapi beli jugak untuk niadel sehelai. ikut org. org beli, aku beli. hehehe.. tatau mahal ke murah tshirt kat sini. sebab tak tau tempat lain berapa. kat sini harga starts at RM60 sehelai dan keatas.

bila adel tido, mmg super jenuh la. time ni kitorg beratur nak balik naik tram untuk turun. hari pun dah malam. adel tido, bukan nia nak bagi duduk dalam stroller.mama bertahan mode.

bole tahan gak nak beratur time ni. sampai terjaga adel. tp sebab cuaca sejuk tak lah rasa mcm seksa je menunggu.

turun dari tram. teruja niadel.

selamat turun dari tram. korang tgk, dah malam, org still beratur nak naik kat the peak. dari luar dah beratur. siang tadi tak seramai ni. kitorg berjalan semua nak ke train bermandikan cahaya lampu bangunan2 sekeliling.

disebabkan malam ni malam terakhir kitorg akan stay di hong kong town. so kitorg amik kesempatan untuk singgah di ladies market sekali lagi. gigih ko nak membeli belah lagi. nia pulak pengsan. malam nya kitorg tapau burger king. makan fish burger. time ni skru dan bertaburan jatuh kot. aku baru nak rasa sengal badan.

ha dah nampak hotel. sikit je lagi. bertabahlah.

sikit lagi nak sampai bilik. seharian berjalan, dukung adel, bawak bagpack. aku rasa aku push badan aku beyond the limit. melecet tau tak! apa yg melecet? yang tau, tau lah. huhu.. horror! nasib bawak minyak gamat. mr safety sentiasa disisi la katakan. mujur tak bawak fire extinguisher sekali. hahaha..

balik bilik korang tau apa jadi? haaa ni dia. bole pulak terlompat2. tadi masa bejalan, si nia dok penat lah, tak nak jalan lah. nak tido lah ape lah. balik bilik, elok je memasing. mama nya apa lagi, jadi tarzan la paksa semua tido. sabajelah anak2 aku ni. nak pack baju malam tu pun tak daya. esok bangun pukul 5 pagi pack baju. sebab bag dah mula beranak. belum sampai disneyland lagi ni...

oh sepatutnya, lepas ke the peak tu, aku plan nak ke avenue of star nak tgk symphony of light. nak bawak niadel nak star ferry. tapi masa dah banyak habis. so tak dapat tgk symphony of light. salah 1 tempat wajib pegi dan tonton. takpe, niadel besar sikit kita pegi lagi.

Comments

Iryani Noor said…
madame tussauds tu yg buat patung2 lilin tu.. kire nama muzium tu sempena nama die.. wahhhh besttt tgk gambo2 patung tu... wahhhh robert pattinson!!! .. awwuuhhh =p

lif naik ke sky terrace tu lantai die see tough ke?? mcm best je .. hehehe =p
@lfidah @dim said…
bestnya...sy mengikuti jalan cerita alya nie..cepat2 cerita seterusnya...:-)
nome said…
bestnya stori mori korang....terasa bagaikan aku di hong kong plak....kim salam aku kat jackie chan tak? ekeke....

sabar je la bile ko ckp kembar wan tu mahatma gandhi...kahhhhhh gelak aku tau...gurau2 ye wan....
Mrs. Simplicity said…
iryani : haa tu lah. baru teringat. thanks! tu tlg hug kan robert pattinson utk yanie sebab tau minat dia. hehe.. btw, sky terrace tu, lantai dia bukan see through. kalau nak lantai see through bole try naik cable bar kat ngong ping. serem! :D

alfidah : ok, entry seterusnya akan keluar tak lama lagi. :D

nome : laa ko minat jackie chan ke? lupa nak sampaikan salam. kahhhhhh aku tgk seiras je muka deme. tu kata kembar. :p
wdta said…
alya,mmg detail ko cter..amek masa gak ni nak karang,edit gambo lagi.hihihih..sabar je ler..
real tu patung2 lilin tu.bestnye kan?tp takde lak patung mahathir ke..kan?tak sbr na tgk gmbr disneyland lak pasni.yg niadel pas smpi bilik aktif semacam tu,sama la mcm razi izt.huhuhu..
Mrs. Simplicity said…
suhida : gigih tak aku? hehehe.. senang jadi reference kat diri sendiri kalau kata nak pegi lagi bila anak2 dah beso. :D
Alida Ali said…
Salam Kenalan...bestnya pegi hong kong..
Mrs. Simplicity said…
alida : salam kenal kembali. best2. nanti ada peluang pegi ye. nanti kita jenguk blog awak ye :)
Gieyana said…
seyesss best Alya..aku pon turut teruja dgn trip survive uols nie..takleh tahan bila ko urut janggut Wan ms kejutkan dier..ekekeke..

overall mmg best n cantik view Hong Kong..:)
Anonymous said…
Thanks for sharing saya dan family pergi between 5-8 nov 2012 guna pedoman blog nie sama stanley market,ocean park etc termasuk city gate cuaca dalam 20 deg c betul miss simplicity kata back to back dengan disneyland boleh tercabut skru badan tapi really enjoy


Mrs. Simplicity said…
anonymous : seronok dengar kita bolhe jadi reference for your trip. mmg tercabut skru kan kalau back to back. tapi sebab nak make sure pegi main attraction kat hong kong taha je lah ye tak? esok dah balik malaysia menyesal. nak pegi bukan senang :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...