Skip to main content

Day 6 - Bubye Hong Kong

malam sebelum tu, kitorg mmg mengukur citygate outlet sampai tutup lah. siap ada tragedi kat situ. masa kat adidas outlet, sementara tunggu papa beli jersi, nia nak berak. dalam masa sama aku tgk muka adel tgh meneran. bau dah 'harum' time tu. nia kata dia bole tahan. papanya kemain lama pulak memilih. time tu barang aku dah settle termasuk barang yg dikirim.

so settle papa beli, lari2 anak lah nak cari toilet kat tung chun train tu. rupanya toilet situ takde. yg ada dalam citygate. nak pegi situ agak jauh lah dgn barang yg banyak lagi. so kena lah jugak naik train sampai kat disneyland resort nye train, 2-2 dah membuat onar. sorg tu takpe berpampers. sorg lagi tu dah telepas sikit. aduuu... nak dipakaikan pampers tak mau tadi. sudah nya apa? buang terus panties dia pakai tuh. hahaha... tak sanggup nak membasuh kat public toilet. nasib tak kena seluar lagi. patut dia tak mau duduk. sabajelah. tu la insiden paling ngeri sepanjang kat hong kong ni. hehehe.. maap kalau anda sedang membaca sambil makan. :D

so, on the last day at disney hollywood hotel, i woke up early as usual to pack everything. semua aku cuba sumbat dalam luggage yg ada. tp ada gak barang tak muat, bawak je lah dalam 1 paperbag. ok takpe, kita naik taxi je kang. so, turun bawak barang siap2, and breakfast. check-out. sempat lagi membeli belah kat gift shop kat situ. lupa ada member pesan patung minnie mouse.

dah siap nak balik. nia tak nak balik ye! dia ingat kita nak tgk princess lagi.

tak lalu nak senyum dah. tak saba nak recharge energy bila balik nanti.

ambik gambar kat landskap yg ada.

kat lobi ada mini theater untuk kanak2.

taxi que yg dah standby utk amik penumpang.

heading to airport. malam tadi org awal pagi tu hujan pulak. pagi tu jalan basah. syukur sepanjang kat situ, tak hujan.

hong kong airport ada 2 terminal. let the taxi driver know kita naik airline apa. so dia tau which terminal. kalau terminal nak check in kat terminal 2. tapi naik flight kat terminal 1. berjalan jauh la tp lega sebab bag dah masuk dulu. so make sure awal lah sampai ke sini ye.

stroller pun kitorg check in jugak. sorong niadel dlm troli je lah. tak larat dah nak dukung2.

jangan lupa return octopus card kat sini. sebab each card ada deposit of HKD50. banyak tuh.

ok, nak pegi gate 41 dah. kena naik train.

sementara nak tunggu boarding. ada play area berdekatan dgn gate 41. sgt best lah. tak lah niadel lari sana sini.

ok, kami nak naik flight dah. so long hong kong! it has been a new and great experience for us. will definitely come again. insyaAllah... :)

flight was smooth. semua pun lancar. amik airport taxi and kitorg selamat sampai rumah jam 4 petang. ok, nak la tunjuk apa yg aku beli. kata nak bagi giveaway kan.

antara yg dibeli untuk niadel. gigih menyusun. lepas tu dia cakap 2 singgit, 2 singgit!! bole?

tadaaaa!!!!!

snow ball eh namanya ni? ke apa? beli kat ocean park.

family photo

ni pulak yg dibeli kat disneyland.

barang2 yg telah diasingkan. yang orang kirim dan semestinya untuk family tercinta.. babysitter niadel kirim handbag. dia baca RM100 kebawah. memula nak beli kat ladies market je. but guess what? aku dpt handbag guess kat citygate outlet RM85 saja yo! tu ada dlm guess paperbag. sungguh dia tak sangka.

mana untuk giveaway? next entry.. :)

last but not least...
dgn bangganya kami katakan 'we survived hong kong'! *LED magnetic board dibeli di ladies market dgn harga RM8 sahaja*

Comments

wdta said…
cutenye led magnetic board tu... :)
Mag said…
berjalan memang best..tapi penat tu yaAllah..tapi xpe..bukan selalu haha..
Lelord said…
tq atas info2...heheheh mmg dinanti2kan selalu je google pasal trip ke HK
pengsan membaca amazing race u al.. heheh takpe, janji semuanya smooth jerrr.. banyak batul menyopping kat sana... hehe
ryugiena said…
Weh..jgn lupa crita psl bajet ko kat sana.byk ke rm abis?pastu citer skit cmne ko packing brg ko laki bini n ank2 ko..
yantieramli said…
alya... wah!!! sungguh tabah kamu ye...dgn insiden yg tidak di duga itu... tp yanti dah agak masa2 mula2 alya bg klu memula cite psal HK tu. sabar je la erk...


sungguh menarik FM dr disney itu...Wah!!!

tak tringat langsung nk kirim patung dr disney utk saraenial... :(
Ztee_Azwanis said…
Alya.. Yg bulat tu die pggil snowglobe... :)

Wohhh.. Byk gakk alya sopwng.. Brp habis semua tu... Seronokkan? Puas hati nmpk....nya... Alya.. Mcm brg2 kt sana murah tu yg ori ke fake? Ke sbb die convert dia sana dia jd lg murah? Nti citerr eh?? :))


Byk nk tnya ni, nak tweet ke nk wassap huhu okbai!
:D
Iryani Noor said…
wahhhh bnyk nyer barang..
gigih la nk menyusun msk dlm beg.. hehe..
btw LED magnetic board RM8?? wahh murahh tu...

percutian yg mmg best la kali nih...
bi;e la kitorg nk smpi ke sana...
Shasha Mohamed said…
Wow! Saya suka sangat LED magnetic board tu. Jual kat saya boleh? ;)
Affieza said…
Suka tgk gmbr Nia mjual dua singgit, 2 singgit tu...lawaklah...hehe
Gieyana said…
seyess..bestnyer beb! Owhh baju Nia sama mcm Nureen..aku suka bila Nureen pakai bj tue..cute Nia pakai!..:)

seyess..mmg sempoi trip uols..:)
dh selesai aku khatam tau...mmg berbaloi brg2 branded kt citygate tue kan..arghhh nk pegi!!
nome said…
percutian yang mengasyikkan!! terbaek!!!
Iela Fazielah said…
akak rasa xsabar nak gi hong kong pulak... pengalaman yg sagt2 best.. tp xsabar nak tau bape kos perbelanjaan kamu semua... nak tau gak harga hotelnyer semua... leh budget nnt....
~Beb~ said…
Assalam,

sebok duk google2 jumpa n3 ni. Thanks for the coomplete info. CUma nak tanya.. Masa ni u pegi weather sejuk ke sejuk gile? Berap Celsius? insyaAllah akan pg bln 1. 18'c. Tgk ada yg pakai sweater biasa je. Ade yg pakai coat betul. Risau plak if x ready awal2.

Tq :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber