Skip to main content

Day 2 - Ocean Park & Ladies Market

Day 2 kat hongkong, hari utk mulakan amazing race. mmg teruja. awal pagi dah bangun siap kan diri dgn sarapan. wah sarapan ko. sarap ape tuh? maggie in a cup. niadel makan biskut oreo cicah nestum. awal pagi kitorg keluar. harini, kitorg akan ke ocean park. ocean park ni ada macam2. kalau nak samakan kat malaysia, gabungan antara genting highland + aquaria + sunway lagoon + zoo + hot air balloon. so we have to spend 1 day kat sini saja.

untuk tips yg aku baca, kalau nak pegi ocean park, make sure ianya tak back to back dgn disneyland. let say harini pegi ocean park, jangan esok ko pegi disneyland pulak. bukan kata melecet dah, mau pitam kot. so aku plan harini pegi ocean park, esok pegi bejalan kat tempat lain. 

ocean park terbahagi kepada 2 bahagian. the waterfront dgn the summit. perantara antara 2 bahagian ni ialah menggunakan cable car atau train. masa sampai, kita akan sampai kat the waterfront dulu. 2-2 tempat mmg kena pegi. sebab ada tarikan tersendiri.

rutin pagi2 kat sini. kat bilik takde kettle. so nak amik air kena pegi kat pantry kat yg disediakan kat each level. amik air panas dulu. dah siap2 pakai kan niadel dgn warm jacket.keluar dari lobi hotel, terus saja kitorg menuju ke station MRT yg terdekat iaitu jordon station. dekat tak dekat, kalau bawak budak kecik terasa jugak. tp sebab dah biasa beberapa hari kat situ ok je. tp 1 bab yg fail bila takde lift disediakan utk yg bawak stroller. so kanak2 riang kena berjalan turun naik tangga. ber-anak2 tangga jugak ye. kalau time diorg tgh tido, mmg jenuh.

aku ckp kat wan, mujur tak bawak twin stroller, tidak kalu, lagi jenuh. dia cakap kalau kita bawak twin stroller dia tak angkat2 dah. campak terus ke bawah. amik kat bawah je. kahhhhhhhhhh... mengong!

so dari jordon station kita berhenti kat admiralty station then exit B utk amik bus ke ocean park. macam mana tau? kat each station mmg ada tunjuk camne nak pergi all attraction places. bak kata 1 blog yg aku baca sebelum ni, asal ko tak buta hruf, insyaAllah kita tak kan sesat.

tiket masuk ke ocean park bole dibeli kat stesyen bus ni jugak. senang tak yah nak beratur bila sampai kat ocean park tu nanti. tiket bus pun tak yah beli ye. touch pakai octopus card je. harga tiket seperti tertera. convert to MYR, adult RM120 gitu.

org mmg ramai tp menunggu tak lama. walaupun kat sini banyak guna public transport, takde la nak kena menunggu mcm naik komuter tu. sekejapan je. beratur ikut arahan. kalau potong line confirm kena maki. so ikut je arahan. naik bus dok port belakang sekali. nia dah buat hal. apsl tah, nak susu agaknya. tgh beratur dah bising mintak susu. si adel teruja naik bus dlm hati mesti ckp apa lah masalah kakak aku ni. hehehe..

dah sampai. orang ramai time ni. tp tak lah bersesak.

the entrance. ada musical fountain. sejuk je time ni.

terus tuju kat tempat yg paling dekat dgn entrance. the grand aquaria. mmg grand lah. aquaria klcc ni diinspirasikan dari sini la kot. semua sama. design pun sama. cuma kat sini 2 kali lebih besar. 

a lot of fish in here. dari sebesar2 sampai sekecik2. eh bukan fish je, juga hidupan laut lain.

at gift shop. muka paksa rela kena pakai head band jerung. heheheh...

keluar dari grand aquaria, kitorg singgah sewa stroller. kalau dtg sini, budak2 bawah 6 tahun mmg better duduk stroller. sebab akan banyak berjalan. turun naik bukit. cuaca panas tp sbb musim sejuk tak lah rasa bepeluh. aku tgh study ocean park map. mana hala nak pegi dulu. mmg besau. nak kena kejar show kat ocean theater lagi.

setelah mentelaah guide map sekali lalu, kitorg decide naik the summit terus. kitorg pilih naik pakai cable car. stroller 2-2 bole masuk ye. yg sendiri punya kena fold. ada assistant tolong masuk kan stroller masa gondola tu bergerak. nice view and weather bila kat atas, nyaman je. niadel pun seronok.

naik je kat atas masa tu jam dah pukul 12. so perut dah nyanyi. lapar gila. kat sini ada food court yg menyajikan indian food. kalau dtg hong kong ni, kita kena get used to indian food sebab itu je paling sesuai kalau takde restaurant arab. kitorg makan nasi lauk kari dgn roti canai. nak ke food court dia pun turun naik tangga. menangis jugak nak bawak turun naik stroller. sangat letih tp terpaksa. restaurant dia sebelah dgn cable car kat the summit.

perut dah kenyang. mata dah terang, teruskan perjalanan. paling dekat dgn restaurant tu seajelly house. cantik2 kot obor2 dia. glowing gitu. lemah gemalai je.

 meneruskan perjalanan, tgk jam dah kul 2.30, so decide terus ke ocean theater. show pukul 3. lambat kang tak dpt tempat duduk. kat sini ada pertunjukan dolphin dgn sea lion. wajib tgk ye. mmg best dan amazing.

sementara menunggu, nia dah pengsan. so kitorg duduk belakang sekali bole park stroller kat situ. masa ni seat tak penuh lg. tp sekelip mata je dah penuh. org dah berpusu- pusu ke sini.

pertunjukan dimulakan dgn persembahan oleh band ni. lagu apa tah dia nyanyi. macam2 la. bukan nyanyi bahasa cina je. english pun ada. enjoy la jugak.

the show began. seronok sgt bila dolphin ni buat formation, ikut instruction tuan dia. mmg terhibur. rasa ralat pulak nia tido. so aku gigih kejut kan dia. jenuh jugak. tp berjaya memujuk cakap ada dolphin. rugi besar pulak kalau dia tak dpt tgk.

ada 4 ekor dolphin. tgk tuh, seragam je semua. mmg syok lah. then sea lion pun keluar buat persembahan. but i love the dolphin more.

time ni angin sejuk. nia nak tutup kepala. sambil enjoy the rest of the show. gambar last tu dolphin say bye kat audience, aahhhh... best!

settle show kat ocean theater, kitorg pusing- pusing tgk game apa yg ada. kitorg main game ni. ape ke namanya mcm eye on malaysia tuh. nak beratur kemain panjang. bejela. so main 1 je lah.

pusing2 lagi. banyak tempat menarik untuk amik gambar. haagen dazs penaja bersama ocean park.

jalan lagi, jumpa pulak chinese sturgeon aquarium. khas untuk ikan jenis ni je. tak tau kenapa tak boleh share dgn ikan lain. malas nak google.

siap ada replika dibuat dari bunga ikan tu tadi. mesti sesuatu ikan ni.

ada golden of joy park. feeling2 perkampungan mcm kat dlm cite kungfu panda tu. ada ikan jugak. sini ada kerusi nak lepak tepi kolam.

dah habis pusing kat the summit, kitorg turun balik naik cable car kat the waterfornt. wah seronok korang ye anak2. mama papa kembang kempis hidung tahan penat. tgk muka happy anak2 rasa berbaloi and hilang penat. ayat sedapkan hati. hehehe...

ok, korang fokus kat makcik tua sebelah adel tu eh. nanti aku cerita. dah turun tu, terus naik kuda ni. beratur tak lama. dah elok sampai turn, kitorg naik lah bentuk kereta so muat lah kitorg ber-4. bukak pintu terus meluru memasing. termasuk lah kitorg. tetiba makcik tua ni masuk sekali dalam kereta kitorg. aku pandang wan, wan pandang aku. terpinga kejap. makcik tua tu buat dek je bila kitorg pandang dia. dia bercakap bahasa dia.

orang hong kong ni ada 2 jenis. 1 yg bejenis, 1 yg tak bejenis. yg berjenis bole tgk cara diorg dress up. yg nampak urban la. bila kitorg tanya tempat, diorg willingly to help even struggle nak communicate in english tp diorg treat kitorg politely. jenis yg tak bejenis ni mcm makcik tua ni lah. pakai langgar je. tak hormat org langsung. kitorg tak lah marah. tp tegelak dibuatnye. punya la toktok bole buat dek je duduk situ. aku tgk gmbr ni, aku gelak lg. apa pun, tetap lah jalan kuda2 ni sambil kitorg geleng kepala.

dah settle main tu, tak selesai lagi ye menjelajah. kitorg ke amazing asian animals pulak. dalam ni ada binatang2 asia. main attraction dia panda lah. ada 2 ekor. sekor besar sgt. bole tido pulak time tu. sekor lagi ada melilau2 tp mcm malu2. then ada beberapa binatang lain.

ada pulak board utk make a wish. aku pun tumpang la menconteng. hehehe.. tinggal jejak gitu.

then masuk pulak dalam gold fish punya area. macam2 jenis gold fish. cantik2 semua. pelik2 pun ada.

akhir sekali harus la merempuh gift shop. niadel bekenan betul kat panda bergerak tu. langsung tak nak berganjak. so belikan seekor utk diorg. keluar ocean park rasa kaki tak boleh pijak dah letih yang amat. terus kitorg balik hotel petang tu. rehat kan badan.

ikut itinerary aku, petang tu ke down town hong kong nak mengukur mall. tp sendiri tak terdaya nak berjalan. so ajak wan pegi ladies market tgk apa yg menarik utk dibeli. kat sini mmg tempat beli souvenir lah. so malam tu, keluar balik dari jordon station naik train turun kat ya mui tei station. keluar station tu terus lah nampak ladies market. terlalu ramai manusia kat situ. yg baru balik kerja, yg berniaga, tak kurang jugak pelancong mcm kitorg. banyak branded boutique kat situ. tp kat situ harga still sama mcm kat sini. nanti aku cerita kat mana yg betul2 murah stok harga jatuh menjunam habis.

kitorg yg bijak bestari ni  adalah sangat bijak bila tidak membawak stroller. takpe, kejap je. kata aku. kejap mmg kejap tp nak kena menapak jugak. nia dah tak larat nak berjalan, mintak dukung saja sebab dah penat. kesian dia. kesian jugak kat diri sendiri. so papa terpaksa lah dukung sebab mama dok mengendong adel je. adel bukan nak bila papa dukung. sudah nya tak berjalan sangat lah. tgk sikit2, terus balik. sebab rasa nak tercabut skru2 kat badan ni.

bandar yg sibuk. org bertali arus. macam2 jual kat sini.

ada jugak hiburan di sepanjang jalan...

suasana di ladies market. ala2 petaling street. tp kat sini mcm tak sesak. nak beli barang pun aman. yg tak aman nya yg menjual. paksa sampai kita beli. so dtg sini mintak diskaun separuh kebawah ok. baru boleh angkat.

ni bukan tgh nego dgn penjual tp tgh nego dgn anak sendiri. pantang nampak, semua nak. tetibe tak penat pulak ye. soh jalan je penat.

papa dah cramp kaki dah time ni. nia dah terlentok.

makcik ni mmg rilex je lah sebab most of the time mmg atas dukung mama! mama nye yg lunyai.

dah tak mampu meneruskan ukuran jalan, terus saja kitorg balik ke hotel. lenguh badan tak tau nak cakap macam mana. pengsan sampai ke pagi. sekian day2.

Comments

Iryani Noor said…
huuuuu cantik cantik.. suke tgk gambo kt ocean park tu especially grand aquaria.. suke tgk2 ikan nihh =p..

suke tgk replika ikan.. kalerful lg.. patung panda tu pun cute....

wahhh faham sgt bile siang dh penat berjalan, mlm pulak anak nk berdukung je mmg confirm kaki cramp.. hehe.. tp kalu tak berjln rasa rugi pulak kn.. redah je la...
Anis said…
wei, aku baca entry ko pun aku penat! hahaha... so tips utk aku, tunggu anak besar sikit br jln2 overseas. kalau masih kecik (masih dlm umur berdukung) jln dlm negara je la. lg 1, kalau aku travel (local or oversea), mmg kena ada tourist guide semua. x pandai la buat semua sendiri. ni mak aku la ajar ni. hehe
Mrs. Simplicity said…
iryani : mmg puas tgk ikan kat sini. habis kat satu tempat ada lagi. mmg ocean park lah. hehehe... replika ikan tu nia mmg teruja betul. tu sengih je bila time amik gmbr tuh. itu lah dia. kalau tak pegi rasa rugi. kalau melayan penat je, baik duduk rumah tak yah bejalan ye tak? :)

anis : aku setuju tunggu anak besar baru ke oversea. tp tu lah, sendiri menggedik. so kena la take the risk. btw, kalau takat nak jalan ke hong kong self guide je wei. tak yah pakai tourist guide. senang gila. tp kalau mak2 pegi bejalan, mmg wajib ada tourist guide. mak aku kalau bejalan pakai travel agent je. senang tak pening. kitorg muda2 ni redah sendiri je. lgpun, banyak jimat. hehehe..
nome said…
seronok dan teruja sgt tgk korang sefamily...walaupun penat gak la nak handle anak2...tp korang nampak enjoy....muka masing2 happy memanjang...wan pun seronok nampaknya tuh...ko lagi lah beb...berseri2...kalaulah aku diberi peluang ke hongkong...wajib ko jd reference aku nnt...
Unknown said…
wahhhh wahhhh..memang salute lah kat alyya dan wan sebab sabar dan mampu handle niadel yang masih kecik tu kat HK...cabaran jugak tu...sebab tempat org, banyak yang kita still tak tahu kan...pastu kena pulak handle 2 anak kecil...but apa2 pun, kalau anak2 happy sure kita pun tak rasa penat sgt kan...(walaupun kaki dah lenguh tahap gaban dan pinggang hampir patah...hehe)..

next time kalau ayu nak gi HK, confirm alyya juga jadi reference ayu...hehe
Mrs. Simplicity said…
nome : mmg penat gile me. tp bila nmpk camera harus buat muka paling manis. kahhhhhhh...

ayu : lepas ni tak buat dah ayu. tobat dah. tunggu diorg besar and dah pandai handle diri sendiri. lagipun bawak diorg bejalan masa kecik, nanti diorg lupa. hehehe..

no problem! hong kong tempat yg sesuai nak bawak anak2 berjalan.
Marlina Mohtar said…
alahai...sgt teruja dan seronok tgk keluarga akak jalan2 kat sana :) bila agaknya dapat ke sana ni hehehe
Shasha Mohamed said…
Cantik2nya tempat kat Hong Kong ni ;)
Shasha Mohamed said…
Cantik2nya tempat kat Hong Kong ni ;)
Mrs. Simplicity said…
princess solehah : insyaAllah mesti auni sekeluarga sampai juga. :)

shasha catering : cantik. banyak tempat menarik :)
Gieyana said…
Makcik kecik tue mmg comel lah dgn rambut perangnyer..suka tgk both of ur kids! cute!

Perghh..mmg mau tercabut kaki n skru2 bagai bila kena dukung anak kan..sku mmg surrender kalau dukung Nureen..berat!
Ztee_Azwanis said…
baca balikkkkkk ! hehehe
mama leen said…
adel memang cute... geram je tgk dia dgn baju sejuk tu.. comel

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber