Day 1 - departure KUL - HKG, BP International Hotel

ok, let the journey begin. lagi tangguh, takut tak terbuat. seperti yang telah tertera dalam itinerary, 1 feb pun tiba. the first few weeks aku bole kata gabra nak mati sebab mcm tak prepare segala. tp bila slowly dah booked hotel, dah plan itinerary sepanjang kat sana, bila tiba haritu, aku tenang sikit. mmg rileks je lah. tak de rasa apa. excited pun tak. bole gitu? biasa je. cuma dalam hati nekad ok, lets do this. org lain bole survived, kitorg pun boleh.

pagi tu, dah call van sekolah nia, sekolah nia inform nia tak datang sekolah. sambil tu final packed semua barang. seperti yang dijanjikan, taxi yang kitorg tempah pun sampai tepat pada masanya. infact lebih awal. kali ni tak mintak adik aku hantar sebab takut reban kereta dia. so pakai airport taxi terus.

memula dah ada dugaan kecil. elok je nak turun lift, lift rosak pulak! sudah. so benda ni mungkin kitorg kena hadap kat sana. nasiblah big boss tak mengomel. kalau ada pun dalam hati la kot sebab nak mengusung luggage dgn stroller. nak masuk dalam kereta nia buat hal pulak tak nak naik kereta tu. nak naik kereta blue katanya. incident ni berlarutan sampai kat sana. naik taxi je nangis. bukan kereta nia katanya. adel gak steady.

entry updated : lupa taruk gambo ni. naik minicaravan. ok gak kete mcm ni. tak mcm kereta, tak macam van. luas. nia muka sentap kena paksa naik kereta green.

sampai je kat LCCT aku rasa mcm kat pudu pulak. penuh sesak dgn kereta, penuh sesak dgn orang. aku rasa kat pudu sentral lengang lagi kot. masing2 amik kesempatan gunakan cuti yg panjang. terus kitorg ke balai perlepasan antarabangsa. beratur check-in luggage. semua urusan lancar.

sementara nak tunggu boarding. panas kot menunggu kat sini. nasib la tak kena tunggu lama. sembang dgn orang new zealand kat sebelah, flight diorg kul 12malam. aku cam, seriously? sempat lah refill susu niadel, main game seround dua, ke toilet then terus boarding. baik je nampaknya ye...

tunggu nak masuk airplane pun tak lama. dah naik tu, lega dah la. niadel ni bab nak pakai seat belt mmg liat. kejap2 nak bukak. adel pulak buat hal nak tgk upin ipin kat tab. agak jenuh nak ditenangkan. roda kapal terbang belum angkat dah buat hal. perjalanan 4 jam terasa macam 8 jam. time nia tido lega sikit. adel tido kejap2 je. terbau makanan dia bangun nak makan nasi. belum kira bab nak suap sendiri tuh. sabajelah budak ni.

time ni nia dah bangun. masa bertolak aku dah siap pre-booked meal. sampai lupa apa aku order sebab dah dekat setahun kan. kitorg makan chicken roasted, spaghetti utk niadel. lagi satu lupa sudah. masa nak touch down, boleh pulak nia nak pee. toilet kat dlm flight penuh saja. nasib la sempat nia pee. bab anak tak pakai pampers ni mmg syok. tp bila kena time tak betul haru jugak. ada kisah lagi tragis. tunggu aku cerita ye.

sementara tu jugak, pelancong hong kong dikehendaki mengisi borang ketibaan di hongkong. procedure kalau masuk hong kong. aku rasa nak ke luar negara sama je jugak kot. so papa yg isi segala bala form itu. form tu kena simpan elok2 sampai lah hari nak balik esok. 

flight safely landed at 8pm seperti yg dijanjikan. belum rasa sejuk lagi time ni sebab nak berjalan utk ke imigresen bapak jauh! siap kena naik train nak lepas imegresen dgn amik luggage.

jauh berjalan. sampai nia tak larat nak jalan. maka kena dukung. bila dah dukung mak pak yg penat. ni tgh tunggu nak train nak collect luggage. masa kat imigresen beratur panjang. tp sebab kaunter banyak. so urusan tak lama. tp rasa lama bila dgn niadel berkejar- kejaran. org tgk niadel mmg rasa comel je 2 beradik ni. tp aku dok geram je kat deme ni. tak reti dok diam. aku jerit kang, malu pulak. panggil2 manja je lah. manja tak manja telepas jugak suara tarzan aku. 

imigresen hongkong agak strict. mmg nak tgk muka niadel. tunjuk kat depan pegawai tuh. kaunter sebelah lagi haru siap suruh visitor dari indonesia tu bukak tudung sebab gmbr pasport tak bertudung. mujur lah dpt convince kan tu mmg dia. haru la kalau gitu.

dah lepas imigresen nak collect luggage lak. dah collect luggage, stroller tak dapat2 lagi. ah sudah. memula org airport tu silap bagi stroller. nasib la lepas pusing2, jumpa jugak. dah dapat semua barang, terus je ikut signboard yg ada. semua ada tunjuk arah mana.

sebelum tu beli octopus card siap2 (yg mana akan digunakan masa naik MTR (train)) sepanjang perjalanan kat sana nanti. dari airport, kitorg amik train menghala ke kowloon. macam mana tau? tanya masa kat kaunter tu. which is the easiest way to go to BP international hotel. take the train and then take free shuttle bus to the hotel. so terus naik train.

kekaguman tgk sistem MRT diorg ni. untuk turun naik tren kat airport ni agak mesra pengguna. ada lift untuk yg bawak barang banyak. so follow je route dia. sentiasa ada announcement dah nak sampai ke tak kat destinasi tuh. time ni, niadel dah mintak susu. mujur bawak milo kecik2. bagi derang minum milo dulu. 

dah sampai kat kowloon station, we were supposed take a bus. tp kitorg decide nak naik taxi je. tak larat lak nak naik bus bagai dgn budak2 ni. so ikut je arah signboard kat mana nak amik taxi. nak jadi cerita masa tu ada 2 org bujang (i assume anak dara) kat situ jugak. so kitorg gerak sekali. tp sebab stay kat hotel berbeza, naik taxi lain2.

masa nak naik taxi nia bersinetron lah cam biasa. tak mo naik taxi. kat sini tak yah susah2 rebut2 public transport. sebab semua nya ready depan mata. ada org assist. taxi que pun banyak. jarak dari kowloon station ke hotel kitorg tak jauh. tp sebab jem, terasa jugak. masa ni badan rasa nak baring je.

dah sampai kat hotel. hotel tepi2 jalan je. bandar hong kong mmg padat. korang tgk adel dah telepas kemana. guard2 kat sini yg pakai kot tuh mmg strict. nampak budak2 melilau2 diorg soh beralih. sementara nak check in tu diorg melilau. tak penat2 aku tgk. masa booking aku book utk standard room. tp sebab nampak kitorg ber-4 receptionist offer to upgrade to family room with no extra charge. rezeki disitu. terus amik. tapi katil nye pulak. just wait untuill u see the room eh.

masa turun taxi tadi, dah terasa sejuk nye. walaupun hari dah malam, kat bandar hong kong nampak sibuk lg. ramai tourist berjalan sana sini. lampu pun terang benederang. aku booking hotel kat www.agoda.com murah compare to other website and bole free cancellation 2 days before check in.

the room. mmg lah sempit. family room katil double decker la pulak. hahahah... apa kitorg buat? 1 tilam letak bawah, atas tu letak barang.

tilam bila dah letak bawah jadi muat2 je lah..adel buat senaman regangan kaki sebab banyak berjalan.

the toilet. semua lengkap tp ruang mmg limited.

shower.

we stayed at level 14. so nampak bangunan2 yg tinggi2 dari bilik kitorg. ada hati nak keluar cari restaurant ziafat kat area situ. tp tak mampu dah nak keluar. so kitorg rehat saja on day 1.

11 comments:

Mama Likha said...

ok done reading.. kelakar tang imigresen HK yang sruh indon tu bukak tudung hahaha..


next please :)

ada. said...

pergh bestnya jalan jauh. tak penat ke akak jaga dua orang budak kecik?

alyyani said...

mama likha : tu lah dia. terpinga jap kitorg. bia betik? hehehe.. ok, day 2 is up! :D

ada : penaaaaaaaattttt sangat!

Iryani Noor said...

wahhh katil double decker, camtu ghuper nyer family room... hehehe.. xpe la janji boleh tido yg penting nk jln2 kt sana..

anyway, member yani nk p sana next week.. die nk tau la brg2 kt sana mahal tak?? sbb die pergi under package siap hotel & makan minum, agak2 kalu bwk RM500 - RM1000 cukup tak nk jln2 & beli souvenir kt sana??

Lelord said...

Imigresen HK sama cam kat qatar ni mmg kena tayang muka najlaa dpn mata dorang

Iela Fazielah said...

hmm..perjalanan smooth je....seronoknyer.. mcm diri ada kat situasi kamu pulak....

alyyani said...

iryani : tu lah. bilik2 hotel kat hong kong ni mmg kecik. so ni antara yg terbesar la sbb 20sqft. ada yg 16sqft je. nak bentang sejadah pun tak muat kot.

yani, kalau takat bawak rm500 - rm1000 tu mmg cukup la nak beli souvenir. sebab kita dapat 2 kali ganda duit hong kong. tapi kalau dalam itinerary ada nak ke citygate outlet better spare lebih sebab mmg akan meroyan tgk branded item kat sana murah gila2. tp kalau utk souvenir mmg cukup nak shopping kat hong kong town dgn disneyland :)

lelord : yeke? mmg procedure diorg begitu la kot eh. bab bukak tudung tu yg tak tahan. hehehe..

k.iela : alhamdulillah dipermudahkan urusan kak :)

Gieyana said...

bestnyer Yang..lebih baik g sini compare g USS SIN kan? wht do u think..tgh bkira2 nie..mn tau da rezeki smpai sini..ekekeke

The.Geng.Meja.Bulat said...

hye, bole tau x u stay hotel ape ek?

Mama Likha said...

tgh round tour balik entry ke HKG :))

haa nia mcm likha kt china aritu, tknk naik taxi.... buat pangai. jenuh nk pujuk...

mama leen said...

comella niadel... tapi adel memang independent.. anak no 2 memang macam tu kot cool je.. yg sulung manja lebih.. datang baca entry HK .. :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in