Skip to main content

Day 4 - Disney hollywood Hotel, Citygate outlet

ok, dah masuk hari ke4 kita ye puan2. pagi tu, aku bangun awal nak pack barang semua. settle semua terus siap kan anak2 dan terus je check out. dalam hati, nak gak ke avenue of star. tp mmg tak daya. so, check out semua ok. amik gambar sikit kat lobi tu, then kitorg amik taxi ke disney hollywood hotel.

beginilah hidup diperantauan. nak cari makan kena pandai survive. hehehe.. tak lah, kat sini tempat makan halal banyak. so tak yah risau bab makan. rajin dgn tak je nak cari. mcm kitorg tak sempat nak pegi. so fast food is the second option. adel tgh sarapan. punya la sempit bilik, makan celah kaki katil je.

checking out. bag yg dah start beranak pinak..

the lobby. bubye hong kong town, ke disneyland pulak kita.

kalau naik train berstation2 kena berenti. kena interchange. kalau naik taxi tak rasa lama. cuma beza on harga lah. tp sebab kitorg tak mampu nak bawak barang dgn handle niadel, tu decide amik taxi. lambang nak ke disneyland mmg mickey mouse. tak yah tulis. comel eh?

dah sampai ke Disney Hollywood Hotel. teruja!

suasana agak sibuk kat lobi. dalam disneyland resort ada 2 hotel, disney hotel dgn disney hollywod hotel. kalau mampu nak spend lebih, bole stay kat disney hotel. hotel lebih exclusive. siap ada disney cartoon character yg greet visitor. bilik pun mmg mewah. kalau golongan kebanyakan ni ke disney hollywood hotel le kita ye. check-in time kat sini is 3pm. so utk yg sampai awal mcm kami ni, bag akan dijaga oleh bellboy kat situ. mmg banyak bag masa tu. so diorg akan bagi tagging. lepas tu kita bole keluar semua ke disneyland or ketempat lain

belum sampai disneyland niadel dah teruja. sementara nak register, diorg meninjau gift shop kat sini. kalau tak dan nak beli kat dalam disneyland, bole beli kat sini. selain tu, tiket masuk disneyland jugak bole dibeli kat reception counter. so aku beli kat situ. kitorg beli 2day-passes. untuk nia kena bayar. untuk adel free. tiket masuk disneyland RM200 duit kita utk dewasa.

dah selesai urusan check in, kitorg keluar semula nak naik shuttle bus. kat sini perantara nya ialah bus. bus tak putus2. sentiasa ada. beratur je. mama tgh buat susu

bus berenti betul2 depan entrance disneyland. tgk signboard dah teruja. tp kitorg amik gambar je dulu sebab bukan nak terus masuk kat disneyland. nak ke tempat lain dulu iaitu citygate outlet. apa tuh? keep on reading..

yeay, dapat naik mickey mouse train. ingat tak dapat naik. MRT station pun betul2 depan entrance disneyland. so mmg senang. station nya sunny bay.

lepas tu kitorg amik train utk ke tung chung.

rupanya citygate outlet ni mmg attached dgn train. so tak yah bejalan banyak. sangat best. apa ada kat sini? sini ada pelbagai branded boutique. cakap je brand apa, semua ada. jualan secara outlet / factory. bila sebut outlet / factory harga mmg sgt2 murah. yes, mmg murah. kalau kalau levis jeans harga RM289 kat sini, disinun tak lebih RM200. maka, papa dah tak keruan. semua kedai nak diterjah. yg bini nya apatah lagi. berharap dapat handbag idaman hati. ewah.

sementara mama memlei perfume di sasa. ada yg mengirim. contoh perfume ralp lauren, kat sini RM300++ kat sinun, RM100 saja. so kalau mmg ada niat nak spend barang2 macam ni selain nak beli souvenir, spare duit lebih. mmg berbaloi2.

niadel kepengsanan. kena himpit pun rilek je tido. maka acara bershopping lebih lancar. ramai tul org menengok. samada diorg menganggap mak pak kedekut tak mampu nak beli another stroller atau mmg nmpk comel.

mcm ni la gayanya dalam satu2 kedai. ni menunggu papa membelek barang kat nike.

dah selesai membeli apa yg patut. sebab dah pukul 3, dah kena check in and nak masuk disneyland, kitorg patah balik ke disneyland resort. ok, jom tgk rupa bilik dia. best sebab mickey mouse theme. nia sampai skang dok mintak nak masuk bilik mickey mouse. mama cakap 'duit ada?'

ondway to our room. harini tak letih macam sebelum ni sebab tak banyk berjalan. and most of the places mesra budak2. yg becakap dalam lift ni pun suara mickey mouse. niadel tercari2 suara itu.

the room. kitorg amik 2 queen bed. baru lah rasa mcm hotel kat malaysia. lapang sikit.

channel pun mmg disney channel yg banyak. niadel layan lah.

toiletries pun bertemakan mickey mouse

langsir pun mickey mouse.

cafe pun mickey mouse theme. bilik ni termasuk pakej sarapan. so tak la mcm perantauan makan maggie. bannyak pilihan. kitorg makan, mickey waffle, pancake, nia makan veggie mee, cereals, roti, fruit & salad, dan makanan india yg lain. wah, nia 6 hari dok hong kong terror pakai chopstick dah. konon! tgk mama pakai chopstick. dia pun nak ber chopstick.

oh, nak share, antara barang yg dibeli kat citygate tadi. crocs niadel ni kalau tgk kat sini, harga dia RM169 kan. new arrival lagi. tapi kitorg beli dengan harga RM60 sahaja sepasang. heaven tak? suka sgt. mmg bahaya lah pegi citygate ni. semua nak beli.

esok kita masuk disneyland pulak ye...

Comments

mRs aGed said…
bestnye..akak ssh tak nak beli mineral water kat sana?perlu ke bawak mineral water from malaysia?saya pun nak bwk bb (1yr 11month) act saya nak pg sana nxt week on 18th...tu yg bnyk soklan tu...best bc blok akak..bnyk info psl hkg..tenkiu
Mrs. Simplicity said…
MRS AGED : OWH NAK KE HKG EH NEXT WEEK. MINERAL WATER TAK YAH BAWAK DIK. BUT DEPENDS ON AWAK STAY KAT HOTEL MANA. KALAU HOTEL YG STANDARD NI MMG ADA ELECTRIC KETTLE AND ADA WATER DISPENSER. KAT DINEY HOLLYWOOD HOTEL MMG TAK YAH SUSAH BAB MINERAL WATER. SETIAP PAGI DIORG AKAN BAGI 3 BOTOL MINERAL WATER. COMPLIMENTARY FROM THE HOTEL. KALAU NAK TANYA LEBIH DETAIL EMAIL LAH KAT AKAK YE. TGH2 FRESH NI, BOLE BANTU APA YG PATUT. HAVE FUN IN HONG KONG YA! email : alyyani@gmail.com
Ztee_Azwanis said…
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nk pergi nak pergi !! sume mikimous !
Mrs. Simplicity said…
mama likha? en syahmi dah approved next year kaaannnn??? :D
mamashasha said…
salam...entry ke HKG amat di nanti2 kan tiap hari jengah ke blog ni...

teruskn bercerita dgn gambar2 yg menarik..

dari 1st entry HK keluar smpi yang ini aku akan belek atas bawah each photos....suka sgt tgk keceriaan korang anak beranak....

kenangan di HK beberapa tahun yang lalu kembali bertaut....senyum sensorang depan lappy wehh.. memang best dapat jln2 ke tempat2 mcm ni dgn suami dan anak2..

tempat tak banyak berubah, tourist yang makin pack!

apa pun aku tabik spring dgn ko alya...the way ko plan itinerary + budgeting mmg superb! good job..

tak sabar nk tunggu next entry...
Salina@IbuAqil said…
Alololo!!
Sayu tgk dua beradik tu lena beradu..
Sonoknya sis jenjalan.. ;)
Mag said…
best lahhhh..gambar 1st comel giler kut..ahaha
Lelord said…
wahhh sudah semakin teruja ni, flight kami ke HK insyaallah 21hb
Gieyana said…
sgt teruja beb..mau ajak hb g sini lah instead of USS..tp kena menabung dulu..tmbah3 uols g kt citygate outlet tue..mau meroyan aku ngan brg2 dier..ekekeke

seyesss! mmg happy for uols psl dapat jejak kaki kt sini..
Anonymous said…
NAK PEGI HONGKONG JUGAK!!!!! UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...messyF
mama leen said…
comel jek tido berdua.. penat sgt la tu
Siti Asiah said…
comelnye kasut croc tu...;)

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...