depart from home to pangkor

gambar melambak. baru gi pangkor ni. kalau gi london, mau beribu kot. dicelah kesibukan melayan nia dan adel, aku gigih update jugak. bila ayah aku call teluk dalam resort tu balik sabtu pagi tuh, org resort cakap tinggal 1 bungalow yg kosong. terus confirm booking. dengan segera kami anak beranak siap segala barang. dalam kul 9.30 pagi kami gerak.

sebelum gerak. kalau dah ramai peserta, sepatutnya nak gerak 8.30, drag sejam. biasala tu kan?

singgah sarapan di restoran walid & ummi. port ayah aku sarapan time kerja. nia moody, sebab tunggu punya lama baru nak gerak. dia kalau dah bersiap, kena terus kua umah

part of our menu. banyak choice dan sedap tapi mahal. adel steady je tido.

singgah di teluk batik resort. aku ada urusan kerja jap. mintak quotation utk family day ofis aku akan datang.

nia masih moody. tgh tunggu sales manager dia provide quotation. not bad harga dia.

dah sampai jetty jam 12 tgh hari. unloading barang. kat situ ade list hotel pangkor dgn phone no.

kalau stay kat teluk dalam resort or pangkor island resort, ada  jeti khas yang terus bawak kita pegi resort. so kalau tiket untuk public ferry RM6 pergi balik, kitorg kena caj RM19 per head. lebih nye lagi, luggage semua diorg bawak kan

feri dah sampai. jenuh gak tunggu sebab feri kitorg sampai dalam kul 1.45 petang. tapi tak rasa sgt sebab kitorg ramai.

nia sgt teruja dalam feri. dengar suara dia je. mengusik adel tetap ye. tak kira dimana.

diorg naik atas tgk laut. aku tak dpt la kan

aksi- aksi poyo adik- adik aku

dah sampai. perjalanan dari jeti nak ke pangkor mengambil masa setengah jam. sampai je, van resort dah stand by menjemput kami. cuaca menyebelahi kami setakat ni. 

cerita bersambung...

alhamdulillah, segalanya lancar

salam. kitorg selamat sampai di rumah jam 9 malam tadi. percutian yang tak dirancang berjaya dilaksanakan. betulla ramai yang cakap, yang dirancang tak jadi. tapi yang tak dirancang lak jadi. biasa jadi kan?

khamis lepas, lepas balik kerja, kitorg terus balik perak. jumaat lepak2 rumah je. menikmati masakan mak yang sedap & catch up dgn semua adik beradik aku yang dah lam tak jumpa. dalam pada tu aku mmg dah ajak ayah aku gi pangkor. cuma ada halangan bila mak aku ada meeting lak hari sabtu.

time tu, dah rasa tak jadi program ke pangkor ni. bole je family kecik aku nak gi sendiri. tapi rasa kurang enak la nak berjalan kan. dah la balik kampung lepas tu gi tempat lain lak. apekah?

maka, dengan pujukan anak- anak, mak aku escape dari meeting tu dan terus ayah aku cek hotel mana yang available. sekali semua pun fully booked! adeh, merudum lagi harapan.

pagi sabtu, ayah aku gigih lagi call kot ada yg cancel ke. sekali ada! yeay! cerita bersambung... ni aku bagi teaser je dulu. :)

us at pangkor island. ye, aku bershawl

meniarap

kalau dulu aku catatkan achievement nia meniarap kat entry ni. maka, tak adil lah kalau aku tak rekodkan achivement adel gak. nanti bila diorg dah besar, bila tanya bila kitorg start meniarap mama? baca je blog mama ni kan?

sebelum ni ada 3 kali dia berjaya. tapi harini baru stable dia meniarap. lmbt sikit dari nia. nia belum masuk 3 bulan dah meniarap. ye la, adel takde peluang nak dok kat tempat yang lebih spacious. kalau letak je, tau la, kakak dia mesti nak menyerang.

ni gambar masa dia cuba nak meniarap sendiri masa kat rumah kitorg haritu. seronok tgk kegigihan dia nak buat gak.good job baby!

note : insyaAllah, esok, kami ke pulau pangkor..

hai lah hati...

hati org susah nak diramal...
kadang mulut cakap lain, hati cakap lain...
tapi aku jarang sangat sangat menyakiti hati orang...
kalau aku jenis begitu kawan aku takkan bertambah kan?..

orang cakap kalau hati dah sekali terusik...
ingat 7 kebaikan dia pada kita..
maka, akan sejuk lah hati..
tapi kalau baik nye tak cukup 7, mcm mana?
walau banyak baik sekalipun, bila hati dah terusik susah nak dipujuk
tapi kalau maaf datang dari hati yang ikhlas
mungkin dapat menyejukkan hati

apa pun hati aku happy
kadang- kadang ada terasa itu dan ini
mmg susah nak dibaiki bila dah ada terasa itu
syukur ada suami yang sentiasa memahami
syukur ada anak- anak disisi
dan aku bersyukur sokongan kawan- kawan tak pernah berhenti.

i'm mrs simplicity. am living in a good life. but life aint always good right?

mereka kekuatan saya...

motif entry : minggu yang banyak menguji kesabaran disana dan sini.

note : bersiaran dari service centre. kereta sedang diservice. malam ni akan bertolak ke perak.

dah lama tak pegi jj equine

sejak bersalin, ahad lepas la pertama kali masuk jj. apsl tah lama sgt tak pegi. sebab adel kecik lagi nak kua kejap2 ni pun banyak benda kena siap kan. lagi pulak jj tu sekangkang semut depan rumah je. 

so, ahad lepas, kitorg lunch kat jj. menengok kan mama adam nye entry dia tapau kenny, tekak ni dah terasa- rasa nak makan kenny pulak. bukan ibu mengandung je bole ngidam, aku ni pun bole terliur. 

 tengah fikir nak makan apa. nak makan apa ek?

sebelum dish sampai, refill adel dulu. kang time makan senang la, tak la dia rengek- rengek.apa aku tgk ek? ayam tgh bergolek- golek tgh masak. ayam dia semua sama size.

 muffin dah sampai. kesukaan nia..

my dish. segala pasta aku amik as side dishes. kalau ada spagetthi harus aku amik. tp nak bagi nia makan nasi aku add nasi.

mac & cheese, his favorite. belum penah buat dgn air tangan sendiri. nanti nak try la. bila gaknye nanti tu ek?

sekali suap mesti cakap "nyum nyum nyum.." letih gak nak melayan. ater dah sekali suap nak kena cakap nyum nyum nyum. huhu..

adel pun, kenyang perut suka hati.. mama nak makan pun lagi lah senang hati :D

sebelum bayar parking nia naik ni. kemain kuat gegaran nye. dah naik motorboat ka. konon betulla atas laut ye. pandai tul diorg letak benda2 ni kat tepi mesin bayar parking. budak- budak pun ramai la nak naik. sekian...

bertukar panel

what a hectic day today. banyak benda jadi yang buat aku panas hati. berbakul gak aku ngadu kat wan tadi. ni baru free nak update blog. 

ahad lepas, kitorg dah kua umah seawal jam 9 pagi.kitorg ke bangi. adel belum nmpk tanda- tanda nak elok selsema dia. ditambah dengan nia yang dah mula batuk- batuk. tapi yg lega nye nia tak cranky. steady je nmpk cam dah tau nak handle bila selsema dgn batuk tu. lega aku. 


stok ubat pun dah takde sebab nia hampir 5 bulan tak batuk or selsema. kalau dulu kitorg biasa refer paed kat an-nur sebab claim under company aku,  kali ni kitorg pegi kat paed az-zahrah lak. sebelah je dengan an-nur

reason tukar panel? paed an-nur ni mmg lah terkenal dgn kesesakan pesakit yg nak dpt rawatan. maka waktu menunggu giliran pun dah sama level dgn kalau pegi klinik kesihatan. so kitorg decide nak tukar paed lah kan dgn harapan service nya memuaskan la. tambah pulak az-zaharah panel company wan. banyak save disitu

service nya? sebab kitorg sampai agak awal, belum habis wan isi form yang melambak detail kena isi tuh, ater dah free kan terus nama nia dipanggil. wah, puas hati sgt ni. 1st impression dah bole bg A. maka, ni la panel baru kami. 

nia yang sekarang sgt senang dibagi ubat. siap dgn ubat adel pun dia nak mkn. adeh. alhamdulillah, serasi nia dgn ubat yg diberi.

masam nye muka..marah sebab mama dok sedut hingus adel pakai mulut mama sendiri. tak tahan dgr wheezing sound kat hidung dia. doktor bg ubat mkn untuk 3 hari je then stop to see how it works. harap ok la adel. nak gi holiday tepi pantai weekend ni. kang ade yg cancel lak.

ramai dtg visit adel hari sabtu

malam, bila budak dah tido, baru dpt blogging dgn aman nye. kalau kat ofis rasa terkejar- kejar je. bila dah terkejar, typo pun berjuta.

sabtu lepas, rumah comel kami telah didatangi dengan ramai orang.seriously aku tak expect pun ramai yang dtg. mengikut kiraan aku tolak dengan shasha dan mama dia yang tak dapat dtg sebab masalah teknikal, rasa mungkin byk lebih apa yg aku masak. 

tapi, bila loceng rumah ditekan, aku dapati segerombolan yg dtg. actually 3 family je. tp terasa ramai dan sgt meriah. aunty nome, aunty aieza & aunty ryn yg dtg visit adel. diorg dah berhajat lama nak visit adel since adel dlm perut lg. sebab aku deliver kat perak, ni baru ada kesempatan. terasa sgtlah meriah dan sempit rumah harap korang selesa la ye & tq so much for visiting. next time dtg lagi ye. :)

sampai je dah lunch time, aku invite diorg makan dulu sementara dish tgh panas. dalam hati cakap cukup ke tak ek. sikit sama sikit la ye korg. :)

nome yang yg sgt sporting. pantang nmpk camera. :)

kata hardcore blogger, snap apa saja. ye tak mummy hana? 

ryn yang sampai- sampai terus makan.makan utk 2 org ye tak? ryn is expecting. dah 8 minggu.. kids were busy playing around.

sessi suai kenal dgn adel. leesya jelous nmpknya tgk ayah dia pegang adel. ops, kat belakang tu bibik nome tolong cucikan pinggan. ish susah- susah je bibik ko ni tau me ;)

lagi sorg jeles mummy dia pegang adel cik hana
adam, satu- satu nya kumbang didalam semua bunga.

kaum bapak yang handle anak- anak..

mak-mak buat persidangan meja bulat sementara bibik nome dgn mak aieza jadi pemerhati. aieza, ko sampai naik tgn tu. ape cite hot weh?

last but not least, sebelum balik, amik gmbr sama- sama. dgn blogging aku kenal diorg. the greatness of blogging kan?

adel dapat gown dari aunty aieza, bodysuit dari aunty nome, romper and knitted hat by auty ryn. ko kait sendiri ryn, mmg tabik spring aku kat ko!

ada org sudah berkenan dgn topi itu lah...

tadaa.. pandai pulak dia pakai sendiri tuh.

nia seronok sgt sebab ramai kawan.ada gang main. sampai kepenatan dia. lepas semua balik, terus dia tido.

kan dah banyak kali aku tanya korang, resit dah amik ke belum? ade jugak yang tertinggal resit dalam present adel ni. sape punya resit ni sila angkat tangan? hehehe.. buat- buat tak nampak je la harga tu tapi sangat lah terharu

again, thanks so much to 
for visiting and thank you for the presents too. we had a blast saturday. harap korang pun mcm tu gak ye :)

award dari ainey & ryn


selamat hari isnin. banyak benda nak buat. banyak benda nak cerita. banyak gambar nak share. tapi bila part gambar tu banyak la pulak kerja bila kena upload & resize bagai. part ni yang paling malas tapi gigih jugak buat tu. kasik warm up dulu aku amik award yang aku terima dari ainey dan ryn

tq ainey dengan ryn for the award. award comes with tag. jom tgk soalan- soalan dia

1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??
P.O to J** kena email harini. invoice to T*** kena courier harini. document to bankers kena siap harini. semua pasal kerja.

2- Apakah nama samaran u'all??
al, aly, alya, adik, kak ngah

3- Berikan 3orang yg u'all sayang...
wan, nia, adel

4- Panggilan utk siDIA
abang 

5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..
DSLR. aku kembali crave kan ini..adeh..

6- Blog mane yg korang suke visit??
semu bloglist kat tepi ni

7- Tag kan kepada 15org rakan blogger korang
amalfc_1303
lamkasorous 

note : sape perasan apa skill yang aku bole buat padahal orang lain dah lama terror buat kat entry ni? :D

dah rezeki dia menang kan? congrats SHAHIR

masih terkesan lagi dgr suara dia nyanyi dalam hati ni. paling terasa masa ending tadi. mmg dah rezeki dia la nak jadi juara kan? persembahan dia tak la terbaik pada aku, tapi cukup layak untuk dinobatkan sebagai juara. tahniah AHMAD SHAHIR ZAWAWI!

to shahir, yup, i'm one of your fan now. aku support career ko all the way lepas ni. jgn tenggelam udah le ye. ater teman aghini cakap peghok jele ye. ater oghang kampung teman udah menang! dan2 orang kampung kan. hahahaha...

note : aku rasa mcm aku ni ade relate dgn shahir jek, shahir menang, kemain ramai SMS aku. terima kasih atas sokongan dan keperihatinan korang. hahahaha... aku happy weh!

note 2 : caller ringtone aku lagu kebahagiaan dalam perpisahan ye sejak 2 minggu lepas :D over kah? ;)

Kenyir Fishing X-Treme Adventure '10

sebelum tu, jangan cari gambar aku, mahupun wan apetah lagi nia dan adel dalam entry ni.

last weekend office aku organized aktiviti memancing kat tasik kenyir. semestinya untuk kaum lelaki sahaja or spouses yang nak join.

boss aku : alya, husband u tak memancing ke? dia tak nak join ke trip ni?
aku : oh, saya tak sure dia memancing ke tak, tapi trip ni wife dia tak bagi join.
boss aku : (gelak!) kenapa?
aku : ade 2 budak kecik kena jaga. wife dia tak bole handle sorang- sorang.
boss aku : (senyum je la dia..)

so some of the photos I'd like to share here. ramai staff mahupun ex -staff Bijak baca blog aku. tu yang nak share gmbr2 ni. penat je amik kan tapi tak tunjuk. :D

tasik kenyir yang glamour dengan aktiviti memancing

korang tak mandi ke sampai- sampai je terus memancing ni? excited sgt ni..

cantik gambar ni. tapi aku tgk dah macam nelayan je dak2 ofis aku ni. heheh..

aku diceritakan diorg bole memancing naik sampan or kat boat tmpt diorg menginap tu je.

nak makan, kena bawak makanan sendiri. dapur disediakan. so kena masak sendiri la. tapi kalau dah lelaki kan, diorg ala kadar je la makan nye asalkan kenyang.

memancing pakai kain pelekat, cute je kan? :)

dah malam, memancing lagi..

tak tido- tido ke diorg ni ek?

ada astro tuh...not bad!

mereka dengan hasil tangkapan mereka. hasil tangkapan korang ke hasil tangkapan orang lain tpai korang tumpang nak amik gambar je? :D

bergambar sebelum meninggalkan tasik kenyir.

seronokke memancing ek? masuk shopping mall lagi seronok kan? ;)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in