mee goreng vs roti telur

bila cuti sekolah ni, aku selalu tapau aje breakfast bebudak. sebab tak yah bawak bekal segala. makan je kat transit / sekolah agama tu. pagi tadi patut keluar awal dah. ingat nak breakfast sama2 dgn niadel lepas hantar rafa. diorang kata nak tapau dulu kat kedai makcik tepi jalan tu. mihun goreng makcik tu sedap kata diorg. ok fine, mari menapau. beli mhun goreng sampai 2 bungkus. lepas tu adel beli donut sampai 5. nak bersedekah barangkali. stok suka beli banyak2. layankan.

lepas tu macam tak sempat nak breakfast sekali, tapi budak2 ni insist jugak. ok ikutkan. lepas hantar rafa, aku tanya nak makan mamak ke nak makan sajian sedap? adel nak roti telur, nia nak mee goreng. ok mari ke sajian sedap. situ pun ada roti canai. 

bila sampai tgk kaunter roti canai kosong. tanya? tak start lg ke? baru keluar kan dough belum lembut lagi. cakap ke adel, dia tak mau. nak gak roti canai. and knowing nia kalau tak dapat apa dia nak, dia end up tak kan makan. 

sudah nye aku cakap dah jom pegi mamak. masa tu aku dah haish budak2 ni... pecut kete laju2. budak2 ni tau kalau mama tekan pedal minyak bunyi bedesup kereta maknanya mama tgh pissed off dgn diorg. 

aku cakap dah sebab masing2 tak nak tolerate, pegi sekolah terus. makan je bekal tu. nia tau mama dah hangin dia diam je salam mama and turun. yg adel bila nampak sekolah dia boleh cakap 'kita tak makan dulu ke?' aku cakap, makan je donut tu. terus turun.

budak2 ni ada swimming class hari ni biasa aku teman makan dulu tapi pagi ni, korang dah bikin mama mendidih. memang mama jenis tak marah2. koman2 bebel aje. nak bagi hard lesson kat korang yang KAT DALAM DUNIA NI, TAK SEMUA BENDA KITA BOLEH DAPAT. ADAKALANYA KITA KENA BELAJAR BERTOLAK ANSUR DAN FAHAM DENGAN SITUASI SEKELILING.

sekian, mungkin mak korang nak datang bulan dah! hahahaha.. 

sekarang aku tak tau nak minyak kan anak ke nak minyak kan mak. capai STRESS AWAY sapu kat dada yang rasa sesak sgt.

Astaghfirullahalazim...

sorang kaki rempan, sorang kaki aku-tak-kisah-apa-dikeliling aku. diorang ni tak ngam. tak sebulu. padahal aku dah letak tali pusat dalam 1 tuam tau. hahahaha mitos! masa adel duduk sekolah agama, nia boleh cakap 'mama, kakak tak suka lah adel duduk kat sekolah agama tu. i need my own space' stress aku mendengar statement anak sulung aku tu. aku dah tau aku kena minyak kan dia sekonsisten mungkin untuk tackle masalah emosi dia yang tak berapa stabil itu. 

YEAH! OF COURSE MY MOM HAS AN OIL FOR THAT! 

Update via handphone

Ko bayangkan aku dah siap satu entry masa aku kat kampung haritu alih2 pap hilang. Menyirap lah hai. Disadvantage pakai hp tu lah dia. So, ini adalahtesting update    blog pakai hp. So do expect more typos from mrs. Simplicity. Hahahaha..

Jangan ditanya apps apa, kerana apps ini berbayar. Sejenis gigih. Blog dah lawa tapi aram berupdate. Tak meet the purpose lah ko make up blog ko tapi sendu. Sebenarnye masalah utama aku ialah nak extract gambar sebanyak 63 ribu (to date) yang ada dalam hp aku ni. So kat macbook jadi berat. Bila berat nak upload tu lambat. Bila lambat menyirap, bila menyirap end up apa pun tak buat. 

Aku dah organised kan gambar ikut aturcara dan peristiwa tapi bila tgk kemain banyak folder dah tak tau mana se nak update. Hahaha.. sejenis tah apa2 jugak disitu.

Ni dah baring letak kepala kat bantal kita update sikit try test tgk outcome dia. Bila nampak macam best, aku share lah apps apa. Kang kena kecam tak berbaloi bayar tapi masih sendu. Gitu..

So cuti panjang kita balik kedah. Lama tak balik. Nia pun cakap 'kita ni asyik jumpa atuk perak je, tak jumpa atuk kedah pun' ouch!!! Ye lah atuk perak ada je urusan kat kl ni, tu yang selalu jumpa. Maka mari balik kedah.

Kitorg baru dapat ahli keluarga baru uols. Cucu pak rahim yang ke-5 NAS ARFA ESHAN a.k.a baby eshan. Kemain urban nama. Tok rahim nak sebut pun confuse. Hehehe.. tapi kitorg tak dapat nak tgk baby lg sebab masih lagi kat nicu. Baby dah berak dala perut masa mak dia push. Latest news baby eshan dah boleh discharge esok. Yeay! InshaAllah nanti raya cina pulak maklong jumpa awak ye. Maklong ko! Hehehe..

Bertambah lagi gang rafa. Ada qory and latest edition eshan. Kat belah perak dia masih kekal cucu lelaki tunggal. Didoakan moga ada gang rafa belah perak pulak. Amin....

Syok gak. Teratur je rupa entry..

Till then..

halluuuu!!! (buang sawang, mengembalikan semangat yang hilang)

Assalamualaikum kalian semua. nak update dari sehari ke sehari tapi tak ter update. blog dah lawa tapi entry masih lagi sendu. so, aku free! tambah pulak long holiday ni. lepas tu takde aktviti. sebab wan pun keje weekend. mari kita cuci sawang.

akiviti terdekat yang berlangsung dalam hidup aku, in fact yang baru je berlangsung semalam. apa lagi, kalau bukan hal aku dan family, hal business young living essential oils aku lah. dah setahun lebih aku berkecimpung dalam nega YL ni. korang pun perasan ada musim2 pulak aku ni. kalau musim busy banyak keje sendu lah aku dari YL. istilah busy ni sangat lah luas nye ye. kalau dengar kawan2 YL lain yang hardworking buat part time ni malu gile kot. busy aku tak tara mana lah dengan busy diorg.

tapi apa yang penting, niat aku nak share. aku rasa most of YL independent distributor ni berniat untuk sharing their passion in young living. aku kalau nak ikut tak larat boleh je melayan sendu malas aku ni. tapi aku dah start kot. sayang aku stop. mmg ramai yang buat part time business terkandas di tengah jalan. aku tak nak lah jadi macam tu.

since Young Living profuct ni still new kat Malaysia ni. baru 2 tahun kan, so prospect masih lagi banyak. walaupun korang asyik tengok orang kat sana sini promo pasal YLEO ni kan, rasa macam semua dah nega minyak, tapi percaya lah circle of friends kita ni kan pusing2 banyak ni je. so mari lah kita memperluaskan kebaikan / kebagusan young living essential oils ni.

aku bukan nak promo, nak cite aktiviti aku malam tadi. upline kitorang kakak berlian, jiey ajak team kitorg ke kelas refresher session lah kekdahnye kepada semua builders under tema kita ni.

balik keje, amik rafa lepas tu amik gang aku area seri kembangan terus je ke setapak. gigih ko. nak cari masa semorang available sangat lah susah. lagi pulak kita dok merata2. so berjaya lah jugak mengumpul kan 1 team ni untuk diseru kembali semangat yang hilang.






dia benda2 beniaga ni ko kena post post post dan post je. sama jugak dgn blog ni. ko dah tak update kejadah orang nak datang rumah ko ye tak?

#mogaistiqomah
#OilRangers
#kakakoilers
#younglivingessentialoils
#younglivingmalaysia

berminat nak try EO? berminat nak jadi member dan dapat macam2 hadiah pree? pm eh.

Alyyani
012-696 4801

back to school...

and i'm sick! Allah nak bagi sakit tak kira time. dah plan macam2. bangun awal nak bagi bekal kat anak2 gini gini gini. tapi segalanya terbantu bila aku flat balik dari cherating sabtu lepas. petang sabtu tu tekak dah rasa perit. tapi ingat cam takde serious. sampai je rumah. malam tu tiba2 rasa seram sejuk badan. nak demam la ni. tekak bagai disiat2 kekdahnye. telan madu + thieves + lemon from young living essential oils. apparently tak kedah lagi. lepas tu aku top up dgn antibac blend. as mush as possible nak avoid from taking any 'drugs' tapi semalam rasa adeh, tak berdaya benar. ajak lah wan ke klinik sebab dia pun nak jumpa doktor. dia pun ada hal nye jugak. gembira sangat berjalan, makan sumbat macam2 sakit masing2. nasib anak3 maintain. 

doktor kata tekak bengkak, merah, inflammatory. doktor suruh tido cukup, tido awal. aku up dosage nigxia red + sulfuryme (young living essential oils supplements).  increase antibac bend dosage. pagi ni bangun badan dah peluh2. tapi masih huyung hayang. memikirkan distance rumah - office ada lah +/- 2 jam taking consideration jem bagai. so amik lah mc hari ni. 

so ni mc pertama aku pada tahun ni. alhamdulillah Allah bagi aku nikmat sihat selalu. sebab nak handle anak3 kot dgn jadi pekerja yang cemerlang. walau pun selalu punch in lambat khen! selain tu, benda yang aku tak lepas peluang nak buat, ialah hantar nia pegi sekolah. tahun ni ada lah 2-3 kali hantar nia sekolah. ke ni 1st time. lupa sudah. dia pun excited mama dia hantar dia gi sekolah. syok korang yang housewife dapat hantar amik anak gi balik sekolah hari. syok kan? amik dia tadi terus bagi hadiah dia dapat ustazah bagi sebab hafal doa qunut dulu kat kelas tadi. darjah 2 kak ko baru hafal doa qunut? mama rasa mama darjah 1 hafal dah kut. :p 

tu je nak cite. anak excited bila mak eh hantar dia gi sekolah. dapat buat gitu hari2 syiok! ok tu je. sambung tgk tv.. tekak perit lagi ni. ni sebab makan maggie ketam nipah ke tu eh. adeh..

#letsgetcomot2 with bijakaktifians

ok, mari kira promote benda best. yaAllah lembap nye lah macbook ni. ada yang aku hempas karang. so group kakak2 aku ni ada tunjuk 1 hari tu derang ber-shell out. delivery terus ke rumah. dia kata sangatlah murah dan sangatlah sedap. so teringat kat office aku dah lama tak buat makan2. hatta raya pun tak dan buat makan2 sebab mmg tgh peak time busy, so mari call diorang nak test tgk ok ke tak. so aku whatsapp kak awin ni. untuk booking slot. alhamdulillah available. and kak awin ni sangat lah friendly. senang sembang. yang penting ko straight to the point. 

pakej dia:
basic set rm150 inclusive -
1. ketam
2. sotong
3. kepah
4. kepah
5. lala / pepahat - hat ni jadi bahan tadi. pepahat dikatanya mentarang. ape daa boss!
6. jagung
7. brokoli
8. cauliflower
9. carrot
10. capsicum
11. nasi untuk 5 - 6 orang makan.

flavor pulak boleh pilih between creamy butter or hot and spicy with curry leaves. akan datang diorang akan buat peri- peri flavor.

ok kita buat headcount jap then decided book 2 set. amik 1 flavor each. sebab kzura kata diorg order 1 set tapi makan untuk 9 orang. request add on more ketam, udang. ok niceeee.. tadi diorang pun datang on time. masa tu aku kat atas ada discussion. turun2 tgk diorg tgh setting meja.

diorang tengah set up. actually they just started the business lepas raya. so masih baru. so mari support. harap diorang kekal kan dgn harga ni. sangat berbaloi pada aku banding kalau makan kat shell-out dgn oceanhauz. diorang bawak semua barang. kita bawak perut je. 

ok diorang dah siap setting. bayar rm315. rm300 2 set and rm15 for delivery charges. ada extra food disitu. bob bawak karipap dgn puding caramel. anis buat air. 

dari tepi. kalau shell out nye gambar kena up close gini..

dari atas 

kat nasi dia cucuk small flag diorg nye trademark. comot

okeh ngap time! alhamdulillah kita semua puas hati. aku cakap kat diorang, kalau ada apa2 kurang bagitau nanti nak bgtau kat diorang. ada ruang untuk improvement. sekali cekmat cakap. ada kurang alya, ketam kurang udang kurang sotong kurang. kena tambah lagi. ceh!!  

ok ni contact untuk korang book korang nye slot. klang valley diorang cover. seremban ok lagi, melaka belum lagi. so letsgetcomot2 with them! kalau korang tanya flavor mana yang best, honestly i can't decide. 2-2 sedap! 

#jjcmteamgp - east coast trip day 2

ok bersambung di hari kedua. kitorg tak amik breakfast kat hotel. sebab kitorg nak breakfast makan nasi kerabu nasi dagan seme. apa barang makan sarapan kat hotel tak feeling east coast lah. bajet nak keluar pukul 8 tapi flight terdelay sikit. dalam pukul 8 lebih. liat nak menyiapkan anak2. dah siap, mari check out.

 the legend resort, cherating. takat nak tido saje ok je. tgk pool pun ok. tak turun pun. bagi tau kat niadel pool tgh repair. gile bapak deme takde takkan nak aku turun kan. tidak le..

malam tu jumpa note ni kat meja lampu. sian diorang. nak mandi pool bebenar. tgk lah next month ke mama register korang swimming class. malas bebenar sebab malas nak tunggu. hahaha..

ini baru breakfast terbaik! dari legend belok kanan dia belah kiri. nasi kerabu ayam bakar, nasi dagang ikan tongkol, nasi lemak ayam bakar dengan roti canai. sedap semuanya!

 day 2, 1st spot of jjcm

lepas tu heading to terengganu. ke jjcm seterusnya. selamat datang ke terengganu. lori muatan bauksit dilarang memasuki laluan ini. bauksit area sangat lah teruk weh. kesian nye lah penduduk sekeliling.

parking kat sini. ada pulak replika tengkolok kat belakang tu. wefie satu! 

okeh mari lintas jalan. kita nak makan kat kedai kopi hai peng ni. ada apa dengan kedai ni? ntah. kalau budak2 office aku pegi outstation kat terengganu ini port wajib. dikatakan half boiled egg dia adalah paling sedap. kopi pun kaw. gitu.. try test jom

makan kedai gini, kena amik gambar gini. hp kena terbalik kan supaya nampak gambar apple. kunci kete kena kasi nampak kereta apa. patut letak buku nota kecik pen dan juga macbook. sangat propa! pui! so ini yang kitorg order. roti sudah habis. ada bun saje. takpe roti kami boleh makan di rumah saja. hahaha.. kopi dia kaw gila ok. 

eh padahal korang baru je makan heavy sebelum tu kan? makan lagi? jjcm der kena makan makan dan makan.

tak tau boleh bukak ke tak ni. test letak. rafa pun suka makan bun dia. 

mastermind of pokemon go. kantoi ye sis! ni budak2 ni ajak berjalan sebab nak cari pokemon

so here's the building. silalah singgah. wajib!

 lepas hai peng, patah balik sebab nak beli sata. suami di rumah suka sata. so kena tapau untuk dia gak. ni sata yang paling popular kat terengganu. warung aziz satar namanya. takde kena mengena dengan pelakon.

apa barang tapau2, kasi rasa sikit, makan lagi!

kalau yang tak sempat pegi warung pok nong makan ICT (ikan celup tepung), boleh makan kat sini gak. ada jugak dijual.

ok, satar dah makan, port seterusnya otak- otak geliga. juga menjual satar tapi specialty kat sini otak- otak dia. mmg lain dengan otak- otak kempas belah johor.

memula letak sepotong ikan lepas tu letak pais dia. 

rasa sikit otak- otak dia. wah! bergeliga terus orak. kedai dia opposite banglo kaler putih. dia tepi2 jalan2 jugak.

 ni yang paling hiba ni. masa kitorg nak ke hai peng keropok cap delima ni baru je bukak. so kitorg macam, ok jap gi nak patah balik kita singgah. lepas dah gebira makan macam2 sampai sini dekat pukul 12 tgk umat dah penuh beratur. rasa nak nangis. hahahaha... tapi tak terkilan sangat sebab dah penah makan.

team menguli kopok lekor mmg tak menang tangan dibuat nye. 

ok takpe kita beli yang dah siap goreng. rupanya yang tgh goreng pun beratur jugak. line tak panjang tapi sorang order kemain banyak. rm1 4 ketul. sorang order sampai rm45. ko rasa? depa beli yang half cook. nangis! kenapa korang memborong keropok lekor bagai tiada hari esok ni?

 gebu gebas kepok dia kan. sedap. sgt sedap.

so pah kata ada cawangan dia kat depan sikit. kitorg tanya org kedai bukak tak? bukak dia kata. zass ke sana. haaa lengang! sebab ikan kena mesin! hahahah.. so beli mana yang ada. dapat beli keropok lekor yang dah siap buat kudap dalam kete. sebab sampai ke malam pun akan lembut lagi. lepas tu beli keropok ikan sira. kitorg habis kan semua 32 bungkus! puas hati. zassss cargas semula ke kuantan

terima kasih terengganu! see you again next month! trip with my bijakaktifians team pulak. 

patah balik ke kuantan sebab ramai benar yang suruh ke sini. pekena ikan bakar patin tempoyak dia. ok demi tak mengecewakan semua peminat ke jaman tory kita. hipster sangat nih!

dulang rumah opah ada disini. rare and nice! seronok anak aku main teko tuang ayor dalam cawan

 kitorg amik port ber-back ground kat dapur antik ni.

atas meja tersedia ini. macam plan B pulak.

makanan yang di order. tempoyak ikan patin bakar. ada rojak buah, ada mango cheese cake y'all!

 kerang bakar.

wefie satu! time ni hujan lebat selebat2. mujur parking valet. depan kedai. tiba2 pulak trip! blackout. nasib anak3 ada dekat. kejap je la. kitorg tunggu hujan reda sikit baru gerak

 masih hujan lagi, datang idea, jom tapau mango cheese cake buat makan dalam kete. kalau nak sampai kl not advisable. sebab cheese dia nanti cair. ke lila wadi kita yang berdekatan dengan jaman tory.

dari kuantan kena pecut jugak nak ke tempat seterusnya. dalam tentatif nak pegi visit tempat family day kitorg yang akan berlangsung pada hujung september kat lembah temir, raub. so dari kuantan waze tulis ETA 5.30. dah maca aish sempat ke ni. sebab nak mengejarkan hantar ina naik tren balik perak pukul 8 kat kl sentral. co pilot kata, kngah kena laju sikit la. so laju betul aku. hahahah... sampai kl, terus kabo ke wan, kalau saya kena saman nanti bia saya bayar. kabo siap2. sebab bawak 160km/h weh. ajer gile. muhamad ridzuan je bawak laju macam tu. alyyani is berhemah.

so exit bentong timur masa tu pun dah pukul 4 lebih nak ke pukul 5. nak kena masuk ke lembah temir ada dalam 40 minit lagi. tgk kereta kat bentong menghala ke highway banyak gila. jem pulak tu. lepas tu wani nak gi toilet kat petronas. then aku bgtau pah, tak sempat ni kita nak ke lembah temir. so kita call off kita punya plan. tak nak take the risk. kita pegi visit next time sebab dia dekat je dengan kl.

so, benti kat petronas tetibe ada orang call. si mie laki nye sally. sepupu kitorg yang patut join sekali trip ni tapi sebab anak kecik lagi so tak dapat join. diorg nampak kete kitorg. diorg tgh makan doyan. so aku cakap, jom la jumpa men-doyan sesama. zasss diorg amik kat petronas. terus pegi port durian.

mendurian was not in the list. aku tak makan doyan. hehehe.. tapi sebab sana sini musim doyan, dah alang ke exit bentong tu dah rezeki nak jumpa dgn sally, mari sambung jjcm.

 beli musang king. jangan tanya sekilo bape heng. memula kata takpe amik 2 bijik. 2 bijik dekat 2 ratus ko. haa takpe sebijik je lah dulu

 si sally royan nak macam2 makan. rezeki dia la dapat puding raja, sata dgn otak2. kitorg kekah kat situ.
 
 dah makan tu, ipah tapau 2 biji utk bawak balik rumah. aku terus teringat ke wan. ok 1 bijik utk wan. lepas tu teringat ayah, masalah nye ina naik tren. tak bau ke? takpe uncle tu kata boleh buat. ok tapau 1 biji

tips dari uncle ni, batang durian tu kikis2 kan lepas tu letak dalam bungkusan durian tu utk elak bau. ina kata it works! mmg tak berbau langsung bag baju dia. hahaha..

 ok, dah settle makan, masing2 pun dah bau doyan mari lah kita pulang. dari bentong timur, kitorg stop kat hentian gombak utk jamak asar dan zuhur. jam masa tu dah pukul 6.30. waze menunjukkan sampai ke kl sentral 7.30. just nice the timing. jem sikit nak ke toll tapi sempat sampai alhamdulillah. lepas hantar ina, ipah pun turun sekali sebab adik dia amik kat situ terus je balik seri kembangan. syarina dgn wanie jamak kat rumah aku sebelum diorg balik ke rumah masing.

sebenarnye tak percaya trip ni akan berjalan dengan lancar. not to say lancar. tapi sangat lancar. semua in place. alhamdulillah takde masalah2. memang doa banyak bia elok pegi dan balik. and yang penting our mission accomplished! ada plan lari tang lembah temir tu tapi takpe benda lambat lagi. so wan tanya malam tadi, ni kira success ni nak repeat la ni? of course! eleh nak join leteww.. mungkin next round boleh ajak the husbands jugak. the more the merrier kan? tapi kalau second trip husband yg banyak songeh. third trip tinggal! #teamGP ni molek2 ada lah orang kata. hehehe... thank you korang sebab kita berjaya merealisasikan short vacation kita ni dengan jalan- jalan cari makan. thank you husband sebab bagi permit untuk saya ber 'me time'.

next #jjcmteamgp -> turun johor yaw! 

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in