#letsgetcomot2 with bijakaktifians

ok, mari kira promote benda best. yaAllah lembap nye lah macbook ni. ada yang aku hempas karang. so group kakak2 aku ni ada tunjuk 1 hari tu derang ber-shell out. delivery terus ke rumah. dia kata sangatlah murah dan sangatlah sedap. so teringat kat office aku dah lama tak buat makan2. hatta raya pun tak dan buat makan2 sebab mmg tgh peak time busy, so mari call diorang nak test tgk ok ke tak. so aku whatsapp kak awin ni. untuk booking slot. alhamdulillah available. and kak awin ni sangat lah friendly. senang sembang. yang penting ko straight to the point. 

pakej dia:
basic set rm150 inclusive -
1. ketam
2. sotong
3. kepah
4. kepah
5. lala / pepahat - hat ni jadi bahan tadi. pepahat dikatanya mentarang. ape daa boss!
6. jagung
7. brokoli
8. cauliflower
9. carrot
10. capsicum
11. nasi untuk 5 - 6 orang makan.

flavor pulak boleh pilih between creamy butter or hot and spicy with curry leaves. akan datang diorang akan buat peri- peri flavor.

ok kita buat headcount jap then decided book 2 set. amik 1 flavor each. sebab kzura kata diorg order 1 set tapi makan untuk 9 orang. request add on more ketam, udang. ok niceeee.. tadi diorang pun datang on time. masa tu aku kat atas ada discussion. turun2 tgk diorg tgh setting meja.

diorang tengah set up. actually they just started the business lepas raya. so masih baru. so mari support. harap diorang kekal kan dgn harga ni. sangat berbaloi pada aku banding kalau makan kat shell-out dgn oceanhauz. diorang bawak semua barang. kita bawak perut je. 

ok diorang dah siap setting. bayar rm315. rm300 2 set and rm15 for delivery charges. ada extra food disitu. bob bawak karipap dgn puding caramel. anis buat air. 

dari tepi. kalau shell out nye gambar kena up close gini..

dari atas 

kat nasi dia cucuk small flag diorg nye trademark. comot

okeh ngap time! alhamdulillah kita semua puas hati. aku cakap kat diorang, kalau ada apa2 kurang bagitau nanti nak bgtau kat diorang. ada ruang untuk improvement. sekali cekmat cakap. ada kurang alya, ketam kurang udang kurang sotong kurang. kena tambah lagi. ceh!!  

ok ni contact untuk korang book korang nye slot. klang valley diorang cover. seremban ok lagi, melaka belum lagi. so letsgetcomot2 with them! kalau korang tanya flavor mana yang best, honestly i can't decide. 2-2 sedap! 

1 comments:

Nad MamaZN said...

menarik! leh terjah ni nnt

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in