mee goreng vs roti telur

bila cuti sekolah ni, aku selalu tapau aje breakfast bebudak. sebab tak yah bawak bekal segala. makan je kat transit / sekolah agama tu. pagi tadi patut keluar awal dah. ingat nak breakfast sama2 dgn niadel lepas hantar rafa. diorang kata nak tapau dulu kat kedai makcik tepi jalan tu. mihun goreng makcik tu sedap kata diorg. ok fine, mari menapau. beli mhun goreng sampai 2 bungkus. lepas tu adel beli donut sampai 5. nak bersedekah barangkali. stok suka beli banyak2. layankan.

lepas tu macam tak sempat nak breakfast sekali, tapi budak2 ni insist jugak. ok ikutkan. lepas hantar rafa, aku tanya nak makan mamak ke nak makan sajian sedap? adel nak roti telur, nia nak mee goreng. ok mari ke sajian sedap. situ pun ada roti canai. 

bila sampai tgk kaunter roti canai kosong. tanya? tak start lg ke? baru keluar kan dough belum lembut lagi. cakap ke adel, dia tak mau. nak gak roti canai. and knowing nia kalau tak dapat apa dia nak, dia end up tak kan makan. 

sudah nye aku cakap dah jom pegi mamak. masa tu aku dah haish budak2 ni... pecut kete laju2. budak2 ni tau kalau mama tekan pedal minyak bunyi bedesup kereta maknanya mama tgh pissed off dgn diorg. 

aku cakap dah sebab masing2 tak nak tolerate, pegi sekolah terus. makan je bekal tu. nia tau mama dah hangin dia diam je salam mama and turun. yg adel bila nampak sekolah dia boleh cakap 'kita tak makan dulu ke?' aku cakap, makan je donut tu. terus turun.

budak2 ni ada swimming class hari ni biasa aku teman makan dulu tapi pagi ni, korang dah bikin mama mendidih. memang mama jenis tak marah2. koman2 bebel aje. nak bagi hard lesson kat korang yang KAT DALAM DUNIA NI, TAK SEMUA BENDA KITA BOLEH DAPAT. ADAKALANYA KITA KENA BELAJAR BERTOLAK ANSUR DAN FAHAM DENGAN SITUASI SEKELILING.

sekian, mungkin mak korang nak datang bulan dah! hahahaha.. 

sekarang aku tak tau nak minyak kan anak ke nak minyak kan mak. capai STRESS AWAY sapu kat dada yang rasa sesak sgt.

Astaghfirullahalazim...

sorang kaki rempan, sorang kaki aku-tak-kisah-apa-dikeliling aku. diorang ni tak ngam. tak sebulu. padahal aku dah letak tali pusat dalam 1 tuam tau. hahahaha mitos! masa adel duduk sekolah agama, nia boleh cakap 'mama, kakak tak suka lah adel duduk kat sekolah agama tu. i need my own space' stress aku mendengar statement anak sulung aku tu. aku dah tau aku kena minyak kan dia sekonsisten mungkin untuk tackle masalah emosi dia yang tak berapa stabil itu. 

YEAH! OF COURSE MY MOM HAS AN OIL FOR THAT! 

1 comments:

Fyda Adim said...

okay itu ayat nana bila ammar nak tidur sekali..mama nana tak suka adik tidur dkt sini..walhal kdg kakak tido atas adik tido bawah...tali pusat sekalikan jgk tu.mak bidan yang suruh...hehe

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in