#jjcmteamgp - east coast trip day 2

ok bersambung di hari kedua. kitorg tak amik breakfast kat hotel. sebab kitorg nak breakfast makan nasi kerabu nasi dagan seme. apa barang makan sarapan kat hotel tak feeling east coast lah. bajet nak keluar pukul 8 tapi flight terdelay sikit. dalam pukul 8 lebih. liat nak menyiapkan anak2. dah siap, mari check out.

 the legend resort, cherating. takat nak tido saje ok je. tgk pool pun ok. tak turun pun. bagi tau kat niadel pool tgh repair. gile bapak deme takde takkan nak aku turun kan. tidak le..

malam tu jumpa note ni kat meja lampu. sian diorang. nak mandi pool bebenar. tgk lah next month ke mama register korang swimming class. malas bebenar sebab malas nak tunggu. hahaha..

ini baru breakfast terbaik! dari legend belok kanan dia belah kiri. nasi kerabu ayam bakar, nasi dagang ikan tongkol, nasi lemak ayam bakar dengan roti canai. sedap semuanya!

 day 2, 1st spot of jjcm

lepas tu heading to terengganu. ke jjcm seterusnya. selamat datang ke terengganu. lori muatan bauksit dilarang memasuki laluan ini. bauksit area sangat lah teruk weh. kesian nye lah penduduk sekeliling.

parking kat sini. ada pulak replika tengkolok kat belakang tu. wefie satu! 

okeh mari lintas jalan. kita nak makan kat kedai kopi hai peng ni. ada apa dengan kedai ni? ntah. kalau budak2 office aku pegi outstation kat terengganu ini port wajib. dikatakan half boiled egg dia adalah paling sedap. kopi pun kaw. gitu.. try test jom

makan kedai gini, kena amik gambar gini. hp kena terbalik kan supaya nampak gambar apple. kunci kete kena kasi nampak kereta apa. patut letak buku nota kecik pen dan juga macbook. sangat propa! pui! so ini yang kitorg order. roti sudah habis. ada bun saje. takpe roti kami boleh makan di rumah saja. hahaha.. kopi dia kaw gila ok. 

eh padahal korang baru je makan heavy sebelum tu kan? makan lagi? jjcm der kena makan makan dan makan.

tak tau boleh bukak ke tak ni. test letak. rafa pun suka makan bun dia. 

mastermind of pokemon go. kantoi ye sis! ni budak2 ni ajak berjalan sebab nak cari pokemon

so here's the building. silalah singgah. wajib!

 lepas hai peng, patah balik sebab nak beli sata. suami di rumah suka sata. so kena tapau untuk dia gak. ni sata yang paling popular kat terengganu. warung aziz satar namanya. takde kena mengena dengan pelakon.

apa barang tapau2, kasi rasa sikit, makan lagi!

kalau yang tak sempat pegi warung pok nong makan ICT (ikan celup tepung), boleh makan kat sini gak. ada jugak dijual.

ok, satar dah makan, port seterusnya otak- otak geliga. juga menjual satar tapi specialty kat sini otak- otak dia. mmg lain dengan otak- otak kempas belah johor.

memula letak sepotong ikan lepas tu letak pais dia. 

rasa sikit otak- otak dia. wah! bergeliga terus orak. kedai dia opposite banglo kaler putih. dia tepi2 jalan2 jugak.

 ni yang paling hiba ni. masa kitorg nak ke hai peng keropok cap delima ni baru je bukak. so kitorg macam, ok jap gi nak patah balik kita singgah. lepas dah gebira makan macam2 sampai sini dekat pukul 12 tgk umat dah penuh beratur. rasa nak nangis. hahahaha... tapi tak terkilan sangat sebab dah penah makan.

team menguli kopok lekor mmg tak menang tangan dibuat nye. 

ok takpe kita beli yang dah siap goreng. rupanya yang tgh goreng pun beratur jugak. line tak panjang tapi sorang order kemain banyak. rm1 4 ketul. sorang order sampai rm45. ko rasa? depa beli yang half cook. nangis! kenapa korang memborong keropok lekor bagai tiada hari esok ni?

 gebu gebas kepok dia kan. sedap. sgt sedap.

so pah kata ada cawangan dia kat depan sikit. kitorg tanya org kedai bukak tak? bukak dia kata. zass ke sana. haaa lengang! sebab ikan kena mesin! hahahah.. so beli mana yang ada. dapat beli keropok lekor yang dah siap buat kudap dalam kete. sebab sampai ke malam pun akan lembut lagi. lepas tu beli keropok ikan sira. kitorg habis kan semua 32 bungkus! puas hati. zassss cargas semula ke kuantan

terima kasih terengganu! see you again next month! trip with my bijakaktifians team pulak. 

patah balik ke kuantan sebab ramai benar yang suruh ke sini. pekena ikan bakar patin tempoyak dia. ok demi tak mengecewakan semua peminat ke jaman tory kita. hipster sangat nih!

dulang rumah opah ada disini. rare and nice! seronok anak aku main teko tuang ayor dalam cawan

 kitorg amik port ber-back ground kat dapur antik ni.

atas meja tersedia ini. macam plan B pulak.

makanan yang di order. tempoyak ikan patin bakar. ada rojak buah, ada mango cheese cake y'all!

 kerang bakar.

wefie satu! time ni hujan lebat selebat2. mujur parking valet. depan kedai. tiba2 pulak trip! blackout. nasib anak3 ada dekat. kejap je la. kitorg tunggu hujan reda sikit baru gerak

 masih hujan lagi, datang idea, jom tapau mango cheese cake buat makan dalam kete. kalau nak sampai kl not advisable. sebab cheese dia nanti cair. ke lila wadi kita yang berdekatan dengan jaman tory.

dari kuantan kena pecut jugak nak ke tempat seterusnya. dalam tentatif nak pegi visit tempat family day kitorg yang akan berlangsung pada hujung september kat lembah temir, raub. so dari kuantan waze tulis ETA 5.30. dah maca aish sempat ke ni. sebab nak mengejarkan hantar ina naik tren balik perak pukul 8 kat kl sentral. co pilot kata, kngah kena laju sikit la. so laju betul aku. hahahah... sampai kl, terus kabo ke wan, kalau saya kena saman nanti bia saya bayar. kabo siap2. sebab bawak 160km/h weh. ajer gile. muhamad ridzuan je bawak laju macam tu. alyyani is berhemah.

so exit bentong timur masa tu pun dah pukul 4 lebih nak ke pukul 5. nak kena masuk ke lembah temir ada dalam 40 minit lagi. tgk kereta kat bentong menghala ke highway banyak gila. jem pulak tu. lepas tu wani nak gi toilet kat petronas. then aku bgtau pah, tak sempat ni kita nak ke lembah temir. so kita call off kita punya plan. tak nak take the risk. kita pegi visit next time sebab dia dekat je dengan kl.

so, benti kat petronas tetibe ada orang call. si mie laki nye sally. sepupu kitorg yang patut join sekali trip ni tapi sebab anak kecik lagi so tak dapat join. diorg nampak kete kitorg. diorg tgh makan doyan. so aku cakap, jom la jumpa men-doyan sesama. zasss diorg amik kat petronas. terus pegi port durian.

mendurian was not in the list. aku tak makan doyan. hehehe.. tapi sebab sana sini musim doyan, dah alang ke exit bentong tu dah rezeki nak jumpa dgn sally, mari sambung jjcm.

 beli musang king. jangan tanya sekilo bape heng. memula kata takpe amik 2 bijik. 2 bijik dekat 2 ratus ko. haa takpe sebijik je lah dulu

 si sally royan nak macam2 makan. rezeki dia la dapat puding raja, sata dgn otak2. kitorg kekah kat situ.
 
 dah makan tu, ipah tapau 2 biji utk bawak balik rumah. aku terus teringat ke wan. ok 1 bijik utk wan. lepas tu teringat ayah, masalah nye ina naik tren. tak bau ke? takpe uncle tu kata boleh buat. ok tapau 1 biji

tips dari uncle ni, batang durian tu kikis2 kan lepas tu letak dalam bungkusan durian tu utk elak bau. ina kata it works! mmg tak berbau langsung bag baju dia. hahaha..

 ok, dah settle makan, masing2 pun dah bau doyan mari lah kita pulang. dari bentong timur, kitorg stop kat hentian gombak utk jamak asar dan zuhur. jam masa tu dah pukul 6.30. waze menunjukkan sampai ke kl sentral 7.30. just nice the timing. jem sikit nak ke toll tapi sempat sampai alhamdulillah. lepas hantar ina, ipah pun turun sekali sebab adik dia amik kat situ terus je balik seri kembangan. syarina dgn wanie jamak kat rumah aku sebelum diorg balik ke rumah masing.

sebenarnye tak percaya trip ni akan berjalan dengan lancar. not to say lancar. tapi sangat lancar. semua in place. alhamdulillah takde masalah2. memang doa banyak bia elok pegi dan balik. and yang penting our mission accomplished! ada plan lari tang lembah temir tu tapi takpe benda lambat lagi. so wan tanya malam tadi, ni kira success ni nak repeat la ni? of course! eleh nak join leteww.. mungkin next round boleh ajak the husbands jugak. the more the merrier kan? tapi kalau second trip husband yg banyak songeh. third trip tinggal! #teamGP ni molek2 ada lah orang kata. hehehe... thank you korang sebab kita berjaya merealisasikan short vacation kita ni dengan jalan- jalan cari makan. thank you husband sebab bagi permit untuk saya ber 'me time'.

next #jjcmteamgp -> turun johor yaw! 

2 comments:

Nad MamaZN said...

BESTNYA.. !!!!! salute kat korang :D
tahniah, tahniah..!

Nana Aziz said...

bes korang jjcm belah sana ek..rs mcm nk blk kg sekarang..kihkih..kulacakes, haipeng, the best..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in