Skip to main content

nia nak basikal baru kaler pink macam shasha

aku rasa, takde la pulak aku amalkan belikan hadiah setiap kali birthday. sebab sentiasa je membeli utk anak2 ni. tapi kali ni, bila nia dah pandai mintak, aku saja tanya dia masa kat chilli's tu. harini birthday nia, nia nak apa? jawapan dia adalah di tajuk entry tuh. sape shasha? refer entry ni. sebab naik basikal shasha haritu, dia request nak basikal baru kaler pink. mcm mana dia bole recall? i wish i know how to answer that. anggap je la memori budak ni kuat. so bole ingat. 

papa tanya, sape ajar dia cakap ni? aku ckp, sape ajar? masa tu dia jawab spontaneously. dah kebetulan kat midvalley tu cari kan la apa yg dihajat. mmg plan nak bawak dia masuk toyrus situ, pilih apa dia nak. nama nak beli basikal dalam tu, jgn harap ye. baik beli kat kedai ah seng. sama je. basikal dlm toyrus  tu dok dlm aircond, so mahal la sikit. hehehe..

best gambar nih!

apa pun nia tak nak. ada la yg dia nak, tp tak sesuai dgn umur. so kitorg ronda2 lagi, ternampak kat exhibition hall ada learn & play exhibition. mmg cari nahas la masuk situ dgn bawak budak. grollier tak grollier nya, brill kids nya, mcm2 lagi lah. semua kena approach. masa buat IQ test kat grollier, nia terror je buat. org tu tanya, both of u teacher ke? sentap jap. ape teacher je ke pandai ajar anak? kalau bukan teacher tak leh ajar anak ke? sekali papa mengkantoikan "she already go to school, smart reader" aiseh, baru nak belagak, mama yg ajar. kahhhhhhhh.... so org grollier tu tak surprise la sbb part of of SR syllabus pakai grollier. maka kami beredar cara elok.

kena tahan lak kat brill kids. sebab nampak adel. yg bole membaca masa umur 2 tahun tuh. tapi i have to agree with wan bila dia kata, kalau dah 2 tahun dah pandai baca, esok masuk darjah 1 apa je diorg nak belajar? mmg la nak anak pandai, tp kalau too advance payah gak. kitorg bukan nak hantar anak gi international school or private school. nak hantar kat sekolah kebangsaan taman U dkt dengan umah tu je. so kitorg beredar cara elok gak.

jalan2 lagi, banyak booth kat situ. semua menarik. Qdees bukak booth gak. antara booth terbesar. SR takdok la pulok. lunatots, petrosains, kids furniture, kids supplements, sampai terberhenti kat hadiah birthday yg nia nak tuh. kitorg pun try test tgk..

cool gila kan basikal ni? tapi aku dok belek2, mana extra tayar nye? mana pengayuh dgn rantai basikal nya? rupanya basikal ni dibuat bertujuan utk balancing, so budak akan lebih cepat kayuh dgn basikal 2 tayar. harga dia? RM330. normal price RM360, which still pricey for us.

aksesori lain ada dlm kotak kat atas kepala nia tuh..

nia nampak seronok walaupun tahan pakai kaki. mmg utk balancing la. kitorg pun berkenan design basikal ni. balik rumah dok becakap pasal basikal tu. mmg cun. unfortunately, dlm banyak2 pamplet yg kitorg dapat, kitorg bole lupa lak amik contact no. booth ni. sudahnya, cari kat giant kinrara je lah. papa ajak gi giant kinrara, katanya lagi besar dari giant equine. tp bila gi sana tak banyak choice basikal pulak. patah balik pegi giant equine. poyo pegi jauh2, padahal ada kat depan mata. hehehe... maka dapatlah apa yg diidamkan oleh nia. 

test cycle kat giant kinrara. harga RM179.90. nia nampak mcm tak selesa

then test basikal kaler merah ni. RM129.90. nampak mcm tak stable. and nia jatuh 2 kali masa ni

then test lak basikal pink ni. aku suka kaler dia. adel pun nak gak. tp idak la beli. basikal ni nia pusing 3-4 kali tak jatuh langsung. RM129.90 gak. so nia amik basikal mana?

BASIKAL BARU KALER PINK MACAM SHASHA! ha amik, tgk tv pun duduk atas basikal ko! lepas ni bole la gi taman, bole mama gi jogging sekali. dah kena makan tikus agaknya kasut sukan mama tuh..

Comments

Elyn Sani said…
Aku suke tgk gambar tetige bwk stroller tu!

Owh ye beskal wafiq, we all beli kat kedai ah seng je sbb situ je yg murah ekekke. Tp amik hok besar sikit sbb ko tau la anak aku tu kan tinggi ala model ehem!

Seb baik masa pilih tu die x meraung nk pink. Kalau idak mak die yg meraung beb!
Gieyana said…
sweet gmbar bw stroller tue..ritu Nureen demand sgt nk stroller nie taw..then ku belikn juga..in the end..jd habuan tong smpah psl bw g mah bb sitter n rebut2 ngan bdak lain smpai rosak..ekeke

weh..kalau ko beli kt kedai apek aka kedai yg juai basikal, cfm dpt rega murah lg tau..aku beli beskal mcm Nia nie for Nureen cuma RM60 jer...
mamashasha said…
alya...nnt shasha tgk basikal nia..mesti shasha pulak ckp nk basikal mcm nia...hehe bdk2 zaman sekarang ckp diorg mcm di ajar2...advance weh...

anw, colour dia mmg ceria sesuai tuk nia...suka la dia dpt basikal....mmg gitula kekdahnye pon...tgk tv atas basikal & kalau bole basikal tu dok atas katil sama!

pic yg 1st tu i like....hehe
nadja said…
hah thank god still new.. Fitri punya dah macam nak kena jual kat besi buruk.. dah la bengkang bengkok tayar.. seat pun patah tak leh pasang lagi dah.. bontot dia macam ada gergaji.. tajam agaknya.. pening..
nome said…
gambar anak banak tolak stroller tu mmg cantek bangat! i nak like sejuta kali :D

cantek basikal nia! thanks to mama and papa...
Rizziela said…
Comelnya basikal Nia..padan dengan orangnya...
Mama Damia said…
time besday kyra dl bl basikal kt dia..bl kt kedai basikal dpt la rm70..klu kt tesco 129.90..

a'aa comel sgt gmbr diaorg tolak stroller tu
Yana Kama said…
gambar bertiga dengan stroller tu memang best kak..priceless..seronok Nia dapat hadiah beskal heee
wanie md zain said…
best nya dia dapat hadiah basikal...dah big girl kan...
Iela Fazielah said…
wah2... suka nia dpt beskal baru... boelh tahan harga dia... tp kalau bl kat kedai ahseng mmg lg murah... bestnyer kalau gi midvalley aritu.... momok tgk sibuk nak set up bilik syfqah n irfan sbb nak saparatekan tmpat tido diaorg dr kami
Marlina Mohtar said…
amboi...basikal baru ye nia? seronoknya..
Romai Adzlan Mohd Sharip said…
hehehe.. bila ah seng bukak kedai basikal.. xtau pun aku... :p

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber