Skip to main content

nursery anak aku bukak saloon

salah satu specialty nursery nia dgn adel kan, diorg bukak saloon. eh tipu di situ. diorg ni mmg suka mendandan budak. termasuk la anak- anak aku. rekod yang anak- anak aku pegang setakat ni adalah, diorg baby yang terawal yang rambut nye boleh diikat. baik nia mahupun adel. mmg keturunan rambut lebat. baik wan mahupun aku. maka, anak2 nye rambut jadi 2 kali ganda lebat. kadang ada org tgk kesian. sebab kesian budak lagi, cepat peluh. eh kesian ke? aku ok je. lain org lain pendapat kan. 

semalam amik budak2 ni dari nursery, lmbt pulak diorg keluarkan anak- anak aku rupanya menyorok dibalik pintu. lepas tu tadaa!!! ha buat dah... tgk gmbr kat bawah ek. aksesori mmg sentiasa aku bekalkan. upon instruction ye. pengasuh diorg yang suruh. kak, nanti beli getah lagi ye. gitu- gitu la.. aku ok je. budak2 ni pun dah macam2 adik2 aku. umpama mama- mama nia dgn adel gak sepanjang aku bekerja. ok, drag dah ni, tgk gmbr je la kan.

ada 8 tocang ye kat rambut adel ni. gigih tul budak2 ni mendandan rambut adel ni. dah tu ramai yang assist. kalau nak soh mama yang buat belum tentu jadi ni.

rambut nia pun mmg akan ditocang gak. mcm2 style. rambut adel lagi lebal dari rambut nia. tapi rambut nia lagi lembut dari rambut adel. rambut adel kasar.

tapi, nia ni tangan tu asyik nak bukak tocang je. penat je cikgu ikatkan rambut dia.

dah tu lak, cikgu diorg ni suka minyakkan rambut anak2 aku. maka bila dibuka tocang, jadi lah wolverine gini. hehehe...

gambar arkib : ni nia masa 6 bulan jugak. jugak menjadi mangsa fesyen nursery dia

Comments

AieZa said…
cepatnye rambut adel tumbuh?? aritu kan botak.. laa nih dh bole ikat?
Unknown said…
alahai..comelnyer...
r|nA @ ja|j|na said…
lebat sungguh rambut adel ye..rambut echa plak segan nak tumbuh, asek org cakap baby boy aje..
wanie md zain said…
heheheh cute jer adel...rambut iris bukan makin lebat..makin ilang jer...
Rizziela said…
Wah! bestnya...tak lah serabai bila kita ambil anak kan :D
nome said…
cun la adel dan nia...baik2 tol dak2 nursery tuh....rajin derang wat tocang2 kat nia ngan adel...
amai @ mai said…
alahai comeinye.. teringat masa aleya kecik2 dulu, suka ikat rmbut dia, skarang ni dh besor.. asal ikat cabut ikat je cabut.. bile nak comeinyer... hehehe... :)
OneSimpleMother said…
awat adel macam muka tekejut jer tu.. cumell.. hehehe.. lain sikit ye rupa adel n nia masa baby tu..
s.h.a.d.h.i.a said…
sama la macam kat neseri lama anak saya.. tiap2 hari ade je fesyen.. siap boh bunga2 plastik lagi.. hahaha
eiNa said…
comel.. rajin betul cikgu2 die..
mamashasha said…
tak tahan aku tgk muka adel yg tak bersalah rambutnya di tocang sebegitu! hehe cute la...mmg nampak pun alya rambut adel lagi lebat then nia... nia dah besar alya harus la men tarik2 kalau dah diikat tu....
cikpuanhady said…
so cuteeee..esp adel yg ditocang bnyk2..saya pon cube nak ikat rambut zahra, tp getah sng tercabut..maybe sbb rambut halus dan x tebal..hohoho..
amal_fc1303 said…
sebijik muka adel mcm nia. tu je la nk ckp. n gmbr cntik sgt.
ch@ said…
ahaha... sangat comelll...
Hamizah said…
alalala comelnya..
izzahazfar said…
omei tul la ada anak gigil ni..heheheh

geram la kak
suhida said…
keke..comel adel.dorg rajin mendandan best gak.takde la rambut tu nmpk tak kemas time parents amek anak2,kn?
myaishahhafiz said…
comelnya ikat tocang,
puteri sya umur dah dkt 2 thun tp rambut ciput jer, nak sikat pun payah apatah lg nak ikat tocang ... he he he
Yu'xan Lee said…
Cutenyer............geram tgk rmbut adel cam tue...
~aSHa~ said…
nak je si adel tahan ye rambut diikat...besar nanti mesti suka bergaya ni..

cikgu2 pun bagus je..rajin
Iela Fazielah said…
allyani ok lah tu.. mcm taska anak akak gak.. ada 1 cikgu ni nama dia cikgu siti.. rajin betul mengerjakan rambut anak2.. rmbut syafiqah dulu mcm bob marley dikerjakan... tu sib baik rambut nia & adel agak xbape panjang.. kalau x siap tocang lg tu...
Iryani Noor said…
alalal chomel nyer kena tocang mcm tu..
lebat nyer rambut adel..
si sofia nie rambut alahaii, sejemput jer.. kekekek
Unknown said…
alahai....comell bebenor rambut adel tu...rajin tul penjaga kat nursery tu erk...adel pun sporting bagi jer ikat rambut cam tu...hehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber