salah satu specialty nursery nia dgn adel kan, diorg bukak saloon. eh tipu di situ. diorg ni mmg suka mendandan budak. termasuk la anak- anak aku. rekod yang anak- anak aku pegang setakat ni adalah, diorg baby yang terawal yang rambut nye boleh diikat. baik nia mahupun adel. mmg keturunan rambut lebat. baik wan mahupun aku. maka, anak2 nye rambut jadi 2 kali ganda lebat. kadang ada org tgk kesian. sebab kesian budak lagi, cepat peluh. eh kesian ke? aku ok je. lain org lain pendapat kan.
semalam amik budak2 ni dari nursery, lmbt pulak diorg keluarkan anak- anak aku rupanya menyorok dibalik pintu. lepas tu tadaa!!! ha buat dah... tgk gmbr kat bawah ek. aksesori mmg sentiasa aku bekalkan. upon instruction ye. pengasuh diorg yang suruh. kak, nanti beli getah lagi ye. gitu- gitu la.. aku ok je. budak2 ni pun dah macam2 adik2 aku. umpama mama- mama nia dgn adel gak sepanjang aku bekerja. ok, drag dah ni, tgk gmbr je la kan.
ada 8 tocang ye kat rambut adel ni. gigih tul budak2 ni mendandan rambut adel ni. dah tu ramai yang assist. kalau nak soh mama yang buat belum tentu jadi ni.
rambut nia pun mmg akan ditocang gak. mcm2 style. rambut adel lagi lebal dari rambut nia. tapi rambut nia lagi lembut dari rambut adel. rambut adel kasar.
tapi, nia ni tangan tu asyik nak bukak tocang je. penat je cikgu ikatkan rambut dia.
dah tu lak, cikgu diorg ni suka minyakkan rambut anak2 aku. maka bila dibuka tocang, jadi lah wolverine gini. hehehe...
gambar arkib : ni nia masa 6 bulan jugak. jugak menjadi mangsa fesyen nursery dia
Comments
geram la kak
puteri sya umur dah dkt 2 thun tp rambut ciput jer, nak sikat pun payah apatah lg nak ikat tocang ... he he he
cikgu2 pun bagus je..rajin
lebat nyer rambut adel..
si sofia nie rambut alahaii, sejemput jer.. kekekek