Skip to main content

KL-BATU PAHAT-PONTIAN-JB

sabtu pagi- pagi sebelum subuh kitorg dah keluar rumah. set alarm nak bangun pukul 3 pagi masa tu. sebelum tu, wan dah letak semua barang dalam kereta, so bangun pukul 3 tu, cuci2 muka, tukar pampers nia & adel, pakai kan sweater then terus gerak je. gitu gini kul 4 pagi gak kitorg gerak.

janji jumpa family aku kat toll sg buloh kul 4 pagi. tapinye, time diorg sampai kami baru kua simpang rumah. gitu la kan ada anak kecik. alasan tu mmg kukuh ye. so terus tukar tmpt jumpa kat R&R Seremban. kitorg pun jumpa kat situ pukul 5 pagi. 

subuh subhi dah keluar rumah ni, kemana sebenarnye kitorg ni? sebenarnye, kitorg sekeluarga nak pegi menziarah sahabat ayah aku ni. dan dalam masa yang sama nak menghantar uncle kembar nia & adel ke UTHM. dah nak naik sem kan. gitu la rutin ayah aku tiap sem. tapi nape aku pun sibuk nak ikut ni? saja la since takde aktiviti dan dah lama sangat tak ke johor. last aku pegi pun 4 tahun lepas kot. masa tu bujang lagi la kan. wan pun sama masa dia ada projek kat JB je masa bujang dulu. lepas tu sampai sekarang belum penah sampai lagi. 

memula kitorg masih lagi berkira- kira nak pergi. sebab adel kan demam. risau la kalau nak berjalan jauh. tapi, keadaan adel ok dan dia pun dah sihat. tambah pulak dah booked hotel. eceh, macam takleh cancel. so, kitorg pun decide nak join sekali. johor, sampai jugak kami kesitu...

ondway ke seremban nak jumpa family aku. lepas dah jumpa, kitorg terus kan perjalanan dan berhenti untuk Subuh di R&R Ayer Keroh. lepas selesai, teruskan perjalanan lagi. adel yang muka dah ngantuk. tapi gigih jugak nak tgk mama dia. nia yang nak melekap kat papa dia.

kami berhenti di R&R Pagoh untuk breakfast, mandi dan bersiap.

kami- kami yang belum mandi.

parents aku yang suka travelling. 25/7 ni ayah aku pencen. lepas ni lagi panjang kaki la dia.

nia yang tgh makan mihun sup. sambil ditangan memegang chipsmore. kalau berjalan, kenalah sediakan makanan lebih untuk nia ni. sebab dia mesti nak makan je.

lepas semua dah bersiap kitorg terus ke Batu Pahat, ke rumah sewa adik- adik aku nak unloading barang dulu. sebab lepas tu kitorg nak ke pontian rumah kawan ayah aku tu. walaupun mereka kembar tapi mereka tak tinggal serumah. kena la pegi kat 2 tempat. takpe lah, masa banyak lagi.

lepas ke Batu Pahat, kitorg terus bergerak ikut jalan dalam ke Pontian. Pontian Kechil to be exact. perjalanan dirasakan jauh jugak sebab ikut jalan dalam kan. ada dalam 100 km kot. time ni, dah sampai ke rumah kawan ayah aku. nia yang nampak ABC matt, terus je tuju ke situ.

sampai- sampai kat sini je dah lunch time, kitorg pun tumpang Zuhur kami jamak la kan dulu. lepas semayang, terus tuan rumah hidang makanan. mak oi, lauk dia mmg betul2 buat aku lapar. sup ayam, fav nia. macam tau- tau je. sambal udang fav wan. macam tau- tau gak ni. ayam masak berlada. sayur campur, ikan bawal goreng, tempe goreng, ulam timun. fav aku? aku semua suka! adat orang kita kan, macam ni la. :)

kami pun bersila panggung menjamah hidangan yang disediakan. bertambah- tambah makan.

ini menarik perhatian aku. pakcik ni suka sangat sangat kat nia. asal ade peluang mesti dia peluk nia, cium nia. aku tanya mak aku. mak, pakcik tu takde anak ke? mak aku cakap; dia ada 2 anak. tapi 2 2 lelaki. ooohhhh... mungkin nak nak pompuan kot. mungkin.

nia pulak mau pulak dgn pakcik ni. kejap je la. tapi ok la kan. 

makanan belum lagi habis hadam, kitorg dihidangkan dgn kuih muih dan air teh. mmg kenyang. terima kasih tuan rumah. insyaAllah boleh datang lagi. :)

lepas selesai semua, aku dgn family aku bawak haluan lain. parents aku ke batu pahat balik hantar adik- adik aku. lepas tu terus menghala ke utara nak hantar adik aku sorang lagi ke UNIMAP, Perlis. kitorg pulak terus menghala ke Johor Bahru untuk check-in hotel. next entry la ek. :)

Comments

mamashasha said…
alya, mmg subuh betul ni...ehhh slumber je nia dok atas riba wan sambil drive? tak kacau ke?kalau shasha dh bersilat tu....yg aku kagum ni bukan ke kete kau manual? tak menggugat ke tgn wan nk menukar gear tu? wahhh byk soalan la pulak aku ni...

lagi satu adat la tu family hantar kalau nk masuk sem baru...tapi macam parents kau ni mmg tabik spring la pas ke kl ke johor dan ke perlis.

lagipun ayah & mak kau nampak steady lagi alya...pas ni lagi panjang langkah nye travel nih.....pak cikkkkkkkkkkkkk......hehhe

mak ai kalau aku pun bertambah nengok kan lauk pauk tu...adat org kita kalau tetamu datang mesti hidang makanan...kalau dekat tghari harus la makan tghari...pas tu sambil borak minum teh kuar kuih muih pulak.....

bende2 macam ni mmg biasa dan bukanla kena plan beria baru nak hidang bagai kan....ini kan adat org kita! masak apa yang ada....
Iryani Noor said…
baca tajuk je dh tau betapa penuh nyer activiti korg satu keluarga minggu lepas... jln ramai2 mcm tu sonok kn..

btw sedap nyer lauk2 yg member ayah alya hidang tu.. tempe goreng cicah ngan kicap perghh sedapp tu...=p

tak sabar nk tgk n3 utk jb lak.. tetiber rindu nk p jhr plak =p..
fieza said…
Best jer tengok family Allya..Jalan sama2..pastue adik2 sama besar jer..blaja pun sama2 gak..beruntung betul la allya
eim said…
bestnya jalan ramai2 camtu..mesti meriah betul tu..
mrs.ecam said…
gilos la lauk tu...cam lauk kenduri...bese kenduri jek de lauk timun2 tu...huwaaaaaaa nk blk johorrrrrrrr
nome said…
25/7 besday anakku leesya...25/7 adalah ari pencen apak ko alya...ekeke...lagi sonoklah ayah ko ye bile dah pencen sok

mmg meriah tol rombongan cik kiah ke johor...ramai yg join pegi...
Mrs. Simplicity said…
bed : auto la bed. kalau manual mana mampu nak meriba si nia tu. tapi still kena jaga tangan kaki nye. tetuka gear tu selalu dah.

mujur aku dulu kat ukm je. senang la parents aku nak ulang alik pun. skang ni utara ke selatan la mak ayah aku pusing. mmg jenis suka berjalan gitu la. kitorg pun tumpang sekaki.

mmg menu yg dihidang sgtla best bed. variety, kena dgn tekak aku. tu la kan, tak kira dirancang or tak, tetap kena jamu tetamu.

iryani : yg syok jln ramai2 ni kita tak penat sgt sebab ramai assistant :D

oowhh, sambal kicap tu untuk dicicah dgn tempe ke? hahah.. mmg hampeh la kitorg. kitorg gi cicah dgn bawal goreng. :D sah la bukan asal johor ni.

oh, aktiviti takde sgt pun sebab letih sangat2. :)

fieza : skang dah senang kalau family nak berjalan sebab adik2 dah besar. dah bole harap, dah bole tukar2 driver. so tak lah penat sgt, eh bukan alya yg untung, beruntung la parents alya :)

iem : sesekali mmg seronok dpt travel ramai2 ni :)

mrs. ecam : awak asal johor ye? tu pasal la tau kan? ooo yeke gitu? baru tau gak tuh. alamak, buat awak rindu kt johor lak ek. johor ktne tuh?

nome : la yeke me? bday leesya sama dgn ayah aku la.tu la dia, lepas ni takde komitmen lg banyak tempat bole pegi.

semua ada kecuali adik bongsu aku yg masuk utm tu. dia masih orientasi lagi so tak dpt la join.
Unknown said…
kiranya memang penat lah berjalan hari sabtu hari tu erk....

tapi makanan yg dihidangkan tu memang sedap lah..kalau datang johor, tak sah tak dihidangkan tempe kan...ekekekek...pisang goreng pun cicah ngan sambal kicap tu..

bahaya ah ayu tgk nia atas wan tu..ngan adelnya lai..huhuhu...semua duduk depan....nasib jer lah behave...tapi takut gak "ter" kan...sebab malang tak terbau...better jangan bagi nia duduk macam tu lah alyya...ngeri tengok..
OneSimpleMother said…
puas bejalan dak berdua ni.. utara selatan ye.. luqman paling jauh balik kg jer.. tu pun sejam pejalanan.. hehehe..
Mrs. Simplicity said…
ibu damia : ish mmg openat gila ayu. bayangkan lah kul 3 pagi dah bangun, then jalan sana sini lagi.

tu la, baru tau sambal kicap tu cicah dgn tempe. kitorg ni punye la tak tau. hahaha... lepas ni tau la. pisang pun cicah sambal kicap eh? penah dgr gak tuh. oh adel, mmg ada seat belt kat car seat tu, in case kalau jd apa2, dia stay kat seat dia je. tu tujuan letak dia kat car seat. nia pulak, tak lama kat situ. lepas tu, ke belakang balik :)

kak mas : kot lepas ni luqman nak jalan jauh ke oversea ke kan? heheh..
Mag said…
macam-macam lauk ade..huhuhu..best nyer. bagus lah adel ngan nia ni. berjalan jauh tak buat perangai. nia nampak happy jer. boleh la berjalan selalu.hehe.jalan ramai2 best kan.
Mrs. Simplicity said…
farah : mmg best. :D so far diorg senang nak bawak jalan jauh. dah di train dr kecik kot. jalan ramai2 mmg best. tak penat sgt. kalau semua dah besar la. :)
Chik Na said…
tak sabar tunggu N3 pasal kat JB plak ;-)
Mrs. Simplicity said…
chik na : tak kemana pun kak mas. duk hotel je. sebab tak larat sgt. hehehe..
::Kak Sambal:: said…
wahhh...dari johor ke perlis pula...manyak jauh ooo..
suhida said…
weh,lawa baju kotak2 ko tu. :)
itu lak yg aku nmpk eh.hehehe...
Mrs. Simplicity said…
mamalyna : tu la, kalau kita dgr mmg impossible, kalau parents kitorg ni mmg jadi je. mmg jenis suka jalan2.

suhida : ish, dlm banyak2 itu yg ko nmpk eh. makanan yg aku tunjuk tu tak ko pandang ke? ekekeke..
Elyn Sani said…
aku dh lama tak jln jauh dgn family. tp mata aku duk layan tempe pebret aku tu ekekekek.
amal_fc1303 said…
update la blog. nie entry dh brp hari dah.
Ummi Nuhlan said…
alya..seronoknya tgk happ family ko;;smoga berbahagia selamanya..amin

re"alyyani..thanks..mudah2an.. doa dari ko aku ucapkan terima kasih.
haah alyyani..mmg btl2 bed rest..
walaupon aku jemu..tapi aku buang smua tu..demi sikecik ni
Mrs. Simplicity said…
elyn : feveret eh? cicah dgn kicap pedas tu tau. aku baru tau ko! heheh..

ina : ye2, dah kua entry baru. tak sempat la weh.

imah : ye, semoga family ko pun berbahagia juga hendak nya ye. :)
amal_fc1303 said…
ala ko nie busy bebnor yer sejak2 balik dri johor nie.
Mrs. Simplicity said…
ina : tu la pasal. tak sempat la weh.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber