sabtu pagi- pagi sebelum subuh kitorg dah keluar rumah. set alarm nak bangun pukul 3 pagi masa tu. sebelum tu, wan dah letak semua barang dalam kereta, so bangun pukul 3 tu, cuci2 muka, tukar pampers nia & adel, pakai kan sweater then terus gerak je. gitu gini kul 4 pagi gak kitorg gerak.
janji jumpa family aku kat toll sg buloh kul 4 pagi. tapinye, time diorg sampai kami baru kua simpang rumah. gitu la kan ada anak kecik. alasan tu mmg kukuh ye. so terus tukar tmpt jumpa kat R&R Seremban. kitorg pun jumpa kat situ pukul 5 pagi.
subuh subhi dah keluar rumah ni, kemana sebenarnye kitorg ni? sebenarnye, kitorg sekeluarga nak pegi menziarah sahabat ayah aku ni. dan dalam masa yang sama nak menghantar uncle kembar nia & adel ke UTHM. dah nak naik sem kan. gitu la rutin ayah aku tiap sem. tapi nape aku pun sibuk nak ikut ni? saja la since takde aktiviti dan dah lama sangat tak ke johor. last aku pegi pun 4 tahun lepas kot. masa tu bujang lagi la kan. wan pun sama masa dia ada projek kat JB je masa bujang dulu. lepas tu sampai sekarang belum penah sampai lagi.
memula kitorg masih lagi berkira- kira nak pergi. sebab adel kan demam. risau la kalau nak berjalan jauh. tapi, keadaan adel ok dan dia pun dah sihat. tambah pulak dah booked hotel. eceh, macam takleh cancel. so, kitorg pun decide nak join sekali. johor, sampai jugak kami kesitu...
ondway ke seremban nak jumpa family aku. lepas dah jumpa, kitorg terus kan perjalanan dan berhenti untuk Subuh di R&R Ayer Keroh. lepas selesai, teruskan perjalanan lagi. adel yang muka dah ngantuk. tapi gigih jugak nak tgk mama dia. nia yang nak melekap kat papa dia.
kami berhenti di R&R Pagoh untuk breakfast, mandi dan bersiap.
kami- kami yang belum mandi.
parents aku yang suka travelling. 25/7 ni ayah aku pencen. lepas ni lagi panjang kaki la dia.
nia yang tgh makan mihun sup. sambil ditangan memegang chipsmore. kalau berjalan, kenalah sediakan makanan lebih untuk nia ni. sebab dia mesti nak makan je.
lepas semua dah bersiap kitorg terus ke Batu Pahat, ke rumah sewa adik- adik aku nak unloading barang dulu. sebab lepas tu kitorg nak ke pontian rumah kawan ayah aku tu. walaupun mereka kembar tapi mereka tak tinggal serumah. kena la pegi kat 2 tempat. takpe lah, masa banyak lagi.
lepas ke Batu Pahat, kitorg terus bergerak ikut jalan dalam ke Pontian. Pontian Kechil to be exact. perjalanan dirasakan jauh jugak sebab ikut jalan dalam kan. ada dalam 100 km kot. time ni, dah sampai ke rumah kawan ayah aku. nia yang nampak ABC matt, terus je tuju ke situ.
sampai- sampai kat sini je dah lunch time, kitorg pun tumpang Zuhur kami jamak la kan dulu. lepas semayang, terus tuan rumah hidang makanan. mak oi, lauk dia mmg betul2 buat aku lapar. sup ayam, fav nia. macam tau- tau je. sambal udang fav wan. macam tau- tau gak ni. ayam masak berlada. sayur campur, ikan bawal goreng, tempe goreng, ulam timun. fav aku? aku semua suka! adat orang kita kan, macam ni la. :)
kami pun bersila panggung menjamah hidangan yang disediakan. bertambah- tambah makan.
ini menarik perhatian aku. pakcik ni suka sangat sangat kat nia. asal ade peluang mesti dia peluk nia, cium nia. aku tanya mak aku. mak, pakcik tu takde anak ke? mak aku cakap; dia ada 2 anak. tapi 2 2 lelaki. ooohhhh... mungkin nak nak pompuan kot. mungkin.
nia pulak mau pulak dgn pakcik ni. kejap je la. tapi ok la kan.
makanan belum lagi habis hadam, kitorg dihidangkan dgn kuih muih dan air teh. mmg kenyang. terima kasih tuan rumah. insyaAllah boleh datang lagi. :)
lepas selesai semua, aku dgn family aku bawak haluan lain. parents aku ke batu pahat balik hantar adik- adik aku. lepas tu terus menghala ke utara nak hantar adik aku sorang lagi ke UNIMAP, Perlis. kitorg pulak terus menghala ke Johor Bahru untuk check-in hotel. next entry la ek. :)
Comments
lagi satu adat la tu family hantar kalau nk masuk sem baru...tapi macam parents kau ni mmg tabik spring la pas ke kl ke johor dan ke perlis.
lagipun ayah & mak kau nampak steady lagi alya...pas ni lagi panjang langkah nye travel nih.....pak cikkkkkkkkkkkkk......hehhe
mak ai kalau aku pun bertambah nengok kan lauk pauk tu...adat org kita kalau tetamu datang mesti hidang makanan...kalau dekat tghari harus la makan tghari...pas tu sambil borak minum teh kuar kuih muih pulak.....
bende2 macam ni mmg biasa dan bukanla kena plan beria baru nak hidang bagai kan....ini kan adat org kita! masak apa yang ada....
btw sedap nyer lauk2 yg member ayah alya hidang tu.. tempe goreng cicah ngan kicap perghh sedapp tu...=p
tak sabar nk tgk n3 utk jb lak.. tetiber rindu nk p jhr plak =p..
mmg meriah tol rombongan cik kiah ke johor...ramai yg join pegi...
mujur aku dulu kat ukm je. senang la parents aku nak ulang alik pun. skang ni utara ke selatan la mak ayah aku pusing. mmg jenis suka berjalan gitu la. kitorg pun tumpang sekaki.
mmg menu yg dihidang sgtla best bed. variety, kena dgn tekak aku. tu la kan, tak kira dirancang or tak, tetap kena jamu tetamu.
iryani : yg syok jln ramai2 ni kita tak penat sgt sebab ramai assistant :D
oowhh, sambal kicap tu untuk dicicah dgn tempe ke? hahah.. mmg hampeh la kitorg. kitorg gi cicah dgn bawal goreng. :D sah la bukan asal johor ni.
oh, aktiviti takde sgt pun sebab letih sangat2. :)
fieza : skang dah senang kalau family nak berjalan sebab adik2 dah besar. dah bole harap, dah bole tukar2 driver. so tak lah penat sgt, eh bukan alya yg untung, beruntung la parents alya :)
iem : sesekali mmg seronok dpt travel ramai2 ni :)
mrs. ecam : awak asal johor ye? tu pasal la tau kan? ooo yeke gitu? baru tau gak tuh. alamak, buat awak rindu kt johor lak ek. johor ktne tuh?
nome : la yeke me? bday leesya sama dgn ayah aku la.tu la dia, lepas ni takde komitmen lg banyak tempat bole pegi.
semua ada kecuali adik bongsu aku yg masuk utm tu. dia masih orientasi lagi so tak dpt la join.
tapi makanan yg dihidangkan tu memang sedap lah..kalau datang johor, tak sah tak dihidangkan tempe kan...ekekekek...pisang goreng pun cicah ngan sambal kicap tu..
bahaya ah ayu tgk nia atas wan tu..ngan adelnya lai..huhuhu...semua duduk depan....nasib jer lah behave...tapi takut gak "ter" kan...sebab malang tak terbau...better jangan bagi nia duduk macam tu lah alyya...ngeri tengok..
tu la, baru tau sambal kicap tu cicah dgn tempe. kitorg ni punye la tak tau. hahaha... lepas ni tau la. pisang pun cicah sambal kicap eh? penah dgr gak tuh. oh adel, mmg ada seat belt kat car seat tu, in case kalau jd apa2, dia stay kat seat dia je. tu tujuan letak dia kat car seat. nia pulak, tak lama kat situ. lepas tu, ke belakang balik :)
kak mas : kot lepas ni luqman nak jalan jauh ke oversea ke kan? heheh..
itu lak yg aku nmpk eh.hehehe...
suhida : ish, dlm banyak2 itu yg ko nmpk eh. makanan yg aku tunjuk tu tak ko pandang ke? ekekeke..
re"alyyani..thanks..mudah2an.. doa dari ko aku ucapkan terima kasih.
haah alyyani..mmg btl2 bed rest..
walaupon aku jemu..tapi aku buang smua tu..demi sikecik ni
ina : ye2, dah kua entry baru. tak sempat la weh.
imah : ye, semoga family ko pun berbahagia juga hendak nya ye. :)