Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pregnancy

check up semalam : CTG & VE

semalam check up. check up 39 minggu. not really at 39weeks. kiraan sebenarnya 38minggu 5hari. lebih kurang, kurang lebih lah kan. kebetulan masa aku jumpa doktor tuh perut aku mengeras. so nak sampai ke bilik doktor tu pun becinta. and yes, i'm all alone. superwoman lah aku ni. kahhhh self proclaimed.  aku masuk2 je kat bilik doktor terus "doctor, please take my baby out...." sambil oh eh oh eh. hahahaha... so doktor pun yakin je menjawab "boleh. bila u nak deliver? khamis or jumaat?" well swasta, ko mintak je semua dapat. ikut nafsu mmg nak admitted je. sebab tak melarat. so doktor bagi rileks kejap and baring. nak buat VE (vaginal examination) a.k.a bahasa bukan saintifiknya seluk. pintu nya tertutup lagi. kepala baby masih 2/3 engage. ada lagi 1/3 nak kebawah. then scan pulak nak tgk air ketuban. air ketuban kurang lah pulak. berat baby dah 3.2kg. so doktor suruh naik labor room untuk buat CTG. whether baby's condition is ok. CTG dalam 20 ...

37 weeks check up

semalam check up minggu yang ke 37. dedebar lah gak kot baby takde progress on weight. then next week aku kena induce. nunggu punya lama sebab malam tadi masuk 4-5 patients nak bersalin. pagi tu pulak 2 org nak deliver. semua nak gynea tu je maka jenuh gak lah nak nunggu. penat aku makan. kena makan sebab tu yang doktor pesan. 'u makan banyak sikit yang...' tu ayat favorite dia. berat aku naik 2kg. maknanya belum lg nak beranak lah kan. sebab kalau nak dekat bersalin berat start turun or maintain. ok je. i need to be in the office at least sampai next week. month end lah katakan. ok baby, sila bagi kerjasama ye.  berat mak nya naik 2kilo, risau kot baby tak naik2. tapi aku rasa perut aku mmg besar. and masa jumpa pun doktor cakap perut aku slightly bigger. haaa.. hope kat dalam pun membesar dengan berat yang sepatutnya. scan2 alhamdulillah dari berat baby 2.3kg last week, this week naik dgn jayanya jadi 2.7kg.  so aku boleh katakan, mmg trend aku pregnant toward...

36 weeks check up

dah janji kan nak cite pasal baby RA pulak. mmg kena cerita pun sebab ada kerisauan banyak. so harini ada check up. 36 minggu. bertuah rasa badan sebab ditemani oleh suami buat julung2 kali nya. gitew!!! ceh, takde maknanya. sebab kami2 ni banyak urusan tertunggak yang perlu diselesaikan maka, dia pun amik cuti sekali. niat mmg nak amik MC sebab sepanjang check up ni tak pernah lagi amik MC ni. teringin lah nak bermalas- malasan tak rushing nak masuk office lepas tu. sekali, pucuk dicita ulam mendatang. kau nak sangat MC kan? bukan dapat sehari MC, tapi 3 hari MC. why? what happened? apa tak kena? begini... last 2 weeks punya check up berat baby 2.3kg. then pagi tadi punya check up berat baby sama jugak. cecah tak cecah 2.4kg je. gitu lah. so by right dihujung pregnancy ni berat baby naik mendadak.  actually setiap kali check up mmg doktor menyuarakan baby ni tak kan keluar besar macam2 kakak2 nya. nia 3.5kg. adel 3.35kg. so doktor risau lagi bila baby mcm takde progre...

setengah bulan Ramadhan

bismillah. we are half way through Ramadhan guys. kejap je kan? pejam celik. insyaAllah kalau berjaya harini genap lah 15 hari kita berpuasa. selepas hidup aku yang agak disaster last 2 weeks dek peristiwa hitam yang melanda diri serentak pulak dgn ISO audit, finally harini aku rasa lapang gila. idak le lapang. lembik ni ha. hehehe... saba.  eh time sahur korang tgk tv tak? aku tgk tv. tu lah peneman aku time sahur. nak bagi celik bijik mata. then sangkut lah kat 1 cite ni. aku tak tau la glamour ke tak cite ni. tapi aku rasa best la cite ni. ke cite novel jugak?? kalau ye, sila koba kan ke den supaya den bole cari novel tersebut. cite fizz fairuz berlakon tu. kahwin dgn driver dia. best betul minah tu berlakon. rasa mcm diri aku je. ala2 ganas and ada pendirian and yet sayang gila kat laki dgn family. gitu! nak jugek. cinta kau dan aku tajuk nya. rilek je tgk fizz fairuz tu berlakon. kalau adaptasi novel sila bagitau ye.  dah lama ke baru cite ni aku tak tau lah. y...

7th months check up - a worried mom

semalam aku punya routine check up. dah masuk 7 bulan. next check up 12 august. start dari situ check up 2 minggu sekali. makin hampir. makin suspen. makin tak sabar. mixed feeling. so, apa yang dirisaukan tu? actually 2 hari sebelum puasa, aku found out, baby's movement is very very slow. selalu dia akan gerak sampai keras perut mak. adalah rasa tak keruan disitu. tapi dalam masa yang sama mmg tgh busy gila. so mungkin aku tak perasaan kot dia gerak. masuk lah 1st day puasa. rileks la sikit. tak larat nak tekejar sana sini. so mmg boleh monitor baby gerak. rasa macam slow jugak. hati ada risau. risau sangat. so kebetulan aku ada keje kat luar aku singgah klinik. tanya ada scan tak kat situ? ok ada. jumpa doktor, bagitau lah apa kerisauan dihati. then terus doktor scan. masuk hari tu kira dah 3 hari baby cam silent. terus nampak heart beat. ok heart beat is strong. then lama dia scan siap tambah jelly tuh. belemuih perut aku. aku cakap, "anything wrong doctor?" ...

masalah- masalah aku bila pregnant

aku kalau pregnant mesti akan mengadap masalah2 berikut. heartburn (pedih ulu hati) bila tau pregnant aku mmg tak boleh minum benda2 yang angin. kipas angin tu tak leh makan tu. ok tak kelakar. aku tak leh minum teh. minuman kegemaran. kalau aku minum teh O ke teh tarik ke. mencari nahas la. confirm malam aku tak boleh tido. kalau makan kekacang pun tak bole. makan sikit ke mmg boleh tangkap sakit. nak tido mmg merana lah. nak jadi cerita, kali ni punya pregnant kan berbeza dgn kakak- kakak nya. mmg lagi teruk la. bukan lagi teruk tapi sangat teruk. kaki cramp (kejang) ni dah start kena serang last week lagi. tapi yang sampai tahap nangis sabtu lepas la. kena je terus terduduk pegang2 kaki. kena serang kat betis la. sampai sekarang jangan lah menggeliat. menggeliat kalu, mmg menangis la dibuatnya. skang, nak tido kena sapu minyak panas kat betis. elok nya pakai stokin. tapi tak tersarung lak stokin. sebab panas.  nafas pendek kali ni mmg cepat la rasa. baru nak masu...

detail scan adik niadel

first time aku buat detail scan ni. kenapa nak buat? ok, firstly memang aku tak nampak gender baby. i mean mata aku mmg tak nampak. walaupun doktor tunjuk tapi tu 2D puya version. tidak pulak doktor tukar kan ke 3D or even 4D masa aku dok cakap tak nampak. cuma doktor sebut 'punai ' je. tapi mata aku mmg tak nampak. bila kandungan dah menginjak ke bulan ke-7 ni, awok nak le prepare apa yang patut. kalau girl, nak kena kemas2 baju bajan niadel. korek mana hat baby (walaupun mmg dah takde). tapi sebab same gender bole lah tgk2 apa yang adik diorang bole pakai balik kan. if let say gender nya lelaki (alhamdulillah sangat), kena lah tune kepala ni kalih kan pandangan ke boy punya department. aku lupa bila kena prepare beli barang2 baby ni. honestly speaking mmg takde apa dah barang niadel masa baby kecuali baranga besar2 macam car seat, stroller of course, bath tub dgn changing matt. sahaja.  barut ke mittens ke booties ke sehelai sepinggang nan ado dah. so decided to ...

wordless wednesday - adik niadel

dah 6 bulan bersamaan 24minggu. doktor kata BOY. tapi kot keluar nanti girl ke tu bukan keje kita ye tak? patut lah sokmo je senak je rasa perut ni. adik niadel bantai main futsal dalam ni kot. serious tak tipu. baru 6 bulan jalan dah bersepah (bak kata acik ryn).  tu je. kata wordless. tp bagi sepatah dua kata lah sikit. kang penat2 bukak takkan tulis 'BOY!' je. keji sangat tuh. dah lah 8 tahun tak update blog. ok, take care readers. nanti cerita lagi ye.

mak niadel dah gemuk

 gemuk tak? tak nampak? sila tgk gambar bawah pulak... cerita gambar : keluarga aku tgh karaoke. kalau ada apak den, kena iring dgn banner BN! hahaha... mujur tak nyanyi lagi jom kita mengundi. ha sila lah percaya aku dah besar ini sekarang ni. 17minggu baru ni. 36minggu besar mana lah agaknya ye. kali ni badan cepat naik. alahan teruk tapi badan elok je mengembang. mmg dah sedia kembang lah ye tak?

mabuk hyper?

aku nampak term mabuk hyper ni kat magazine pa&ma ke ma&pa. tah. aku lah kot eh. sebab kata nya by 16weeks the sickness should be gone. gone. gone with the wind. GONE. tapi..... aku dah 16minggu, minggu ni. kenapa tak rasa OK lagi eh? tolong lah kuatkan semangat aku. kadang rasa nak duduk kat stor bawah tangga gelap tido je. apa pun tak boleh buat. lagi aku buat, lagi dia tangkap kat kepala.   so far, muntah2 banyak dah kurang. tapi masih ada lagi. purata sehari, sekali je lah. cuma part pening kepala ni. kalah migraine kot. migraine kalau ko jolok anak tekak, muntah then settle lah. ini, ko muntah lagi sakit kepala. astghfirullahalazim... sabar banyak dik. sabar...   purata sakit kepala pulak dalam seminggu ada lah 2 hari penuh aku takkan bergantung pada minyak cap kapak. 5 hari lagi, sakit kepala ni akan amik separuh hari aku. hari2. aku mana boleh outing lama2. kalau keluar, mula aku macam2. oh eh oh eh... keluar kejap2 je. lepas zohor keluar, sebelum maghr...

macam makcik-makcik

aku kalau tgk budak kecik pegi sekolah pakai tudung kan, runsing tgk tudung deme senget benget. mak deme tak rasa nak pakai kan elok2 ke? i mean takde ke perasaan nak betul kan elok2 tudung anak diorang. kesian tgk kadang tu serkup dah tutup dahi nyaris nak tutup kening. lepas tu tudung tak bergosok. ish, mcm jadi mangsa pulak budak tu. kalau makcik- makcik pulak. most of them lah. tak semua. no offense ye. aku tgk, alahai takde rasa awning tudung tu nak digosok ke?  ini berombak ombak tudung nye aku nengok. mmg runsing aku tgk. takde perasaan nak nampak kemas ke? bukan lah melaram tapi nampak kemas and sedap mata memandang. ke pada diorang dah molek dah lagu tu? again, no offense. apa jadi kat aku sekarang ni?? aku sekarang dah tak heran dgn appearance aku. kadang ada lah rasa sogan. tapi most of the time, janji aku boleh jalan boleh bawak kete boleh buat kerja sikit- sikit tu dah besar rahmat dah tu. tudung senget ke tidak aku dah tak kisah. haritu masa pegi bandung takd...

setengah bulan tak masuk ofis...

kalau aku MC lagi esok, maknanya hampir setengah bulah aku tak masuk ofis. oh eh oh eh aku ni sekarang ni korang tau tak? where to start? nak cite percutian kat bandung mmg tak lah for now. view gambar pun tak habis lagi. aku cerita percutian aku kat columbia asia hospital sejurus pulang dari bandung. kitorg touch down hari rabu lepas petang. petang tu, family aku terus balik perak sebab mmg kitorg dah overdose cuti. yang keje hari sabtu terpaksa amik cuti 4 1/2 hari cuti. yang kitorg ni pulak 4 hari cuti. tak kecik biji mata boss? bukan nya cuti sekolah ke apa kan. so nak tak nak mmg kena terus balik perak. and kitorg mmg kena keje esok nya (khamis) so my check up was supposed to be on that Wednesday. tapi aku pegi lah khamis kan. sebelum masuk ofis aku singgah kejap. terdatang awal lah cam biasa sebab hantar nia sekolah kan. oh on my condition that time, sama lah mcm hari2 sebelum nya bila aku disahkan mengandung. pening, muntah, u name it. semua aku sedang melalui nya. kat ...

cerita aku pregnant : 3rd edition

ye aku pregnant. bukan cerita pregnant masa nia dgn adel. cerita pregnant terkini yakni yang ke-3. alhamdulillah positif bila aku buat UPT test tuh. macam aku cakap kat entry awal 2013 tuh, sebahagian dari wishlist 2013 la ni. it is a plan pregnancy. tak macam 2 sebelum ni. terkejut. buat2 lah terkejut ye. ko dah buat tak kan lah nak terkejut. ye lah, tak terfikir akan pregnant. naif  'sangat'! masa tu lah. masa ni dah ready, dah cek bila nak conception date. semua plan. so masa tu jauh disudut hati, hope jadilah. tapi masa nak dekat tarikh jangkaan period nak mai tuh keluar lah jerawat. boleh tahan besar gak. dah lah dalam hidung. baik punya port. sakit! then keluar lagi seketul bawah dagu. owh, ni mmg tanda kalau aku nak period ni. selain dari tu mmg lah ada pening segala. tu tak fikir apa lah. sebab aku sokmo pening. naik pening wan dengar aku asyik ngadu pening. mak ada migraine kan. tu takde lah fikir apa2. ok lah hari2 diteruskan macam biasa.  lepas tu cakap...

bila adel nak jadi kakak?

wah wah wah wah wah.... kemain lagi korang ye. aku mmg teringin nak ada baby lagi. tapi aku tak nak lalu pantang, kena jaga malam, jadi zombie. nak pregnant best, nak beranak pun ok, tapi nak harung pantang tu masyaAllah..... aku enjoy jaga baby aufa walupun dapat 2 hari je. 2 full day. dari kat hospital sampai lah aku nak balik KL dah. mmg enjoy. sebab apa? time bagi susu bukan aku, time jaga malam bukan aku. so mmg tak de rasa stress lah kan dan yang paling penting, takde rasa sakit bersalin tu. yang aku lemah bila bab bersalin ni, dah lah kita sakit, dah tu nak jaga baby lagi, movement sangat sangat sangat limited. kalau boleh mmg kita nak buat sendiri. tapi tu lah, semua terbatas. mmg seksa. tu belum campur nak mengirakan anak2 yang dah lama keluar dari perut. tapi aku tgk, ramai je yang sekapal dengan aku dah bukak kilang untuk no. 3. ramai jugak yang pregnant for 3rd baby. bila dapat tau tu, ish masing- masing dah menambah, kitorg bila? but then again, macam aku cakap ...

alat ujian imbasan hanyalah mesin kan?

bila pregnant seawal kurang lebih 20minggu kita dah boleh nampak gender kan? macam nia dgn adel dulu, gynea yg scan cakap 99% is girl untuk keduanya sebab nampak 'burger sign' kalau girl, istilah nye 'burger sign' tu lah. so, aku mmg agak yakin dgn scan doktor tu sampai lah dilahirkan. tapi, apa jadi kalau memula scan nampak girl, then bila last scan nampak pulak boy? jadilah muhammad azry zaquan berbaju pink! hehehe... cute je kan? ni lah anak kawan baik aku lin yang baru deliver haritu.  asalnya, mula- mula scan mmg doktor kata girl, bila masuk 3rd trimester last scan aku pun tak sure kalau kat KK bila last minggu yg discan, doktor cakap nampak 'bird' nye. aisey, barang udah beli pinky- pinky ni. after all, alat ujian imbasan hanya lah mesin kan? :) note : to those yang pregnant, kalau doktor kata 99% gender tu, insyaAllah betul, kalau doktor kata girl 'kot', boy 'kot' sebab tak nampak gender, beli yg unisex nye barang ye. semoga korang semu...

berpuasa ketika mengandung

aku ditanya oleh ramai orang bagaimana berpuasa ketika mengandung. ramai yang tahu (malah ramai gak yang tak tau) masa 1st pregnancy aku mengandungkan nia, usia kandungan aku mencecah 35minggu semasa hari pertama puasa. mula- mula aku musykil jugak ok ke nak puasa nanti. aku refer pada gynea. then gynea cakap takde masalah pun nak puasa. cuma baby's movement akan kurang dari biasa sebab baby pun puasa jugak. ooo, aku take note disitu. maka berpuasa la aku dengan jayanya selama 30hari. larat ke ek? bila aku recall balik, dengan keadaan aku yang agak sarat. sebab pregnant kan nia perut aku sangat besar. dengan kena naik ofis turun naik tingkat 3 agak mencabar jugak. tu pasal bila time puasa je, pukul 3 petang je aku dah melepek. bukan lah lapar sangat cuma penat. tak larat nak gerak sana sini. tu belum kira shopping raya kat sogo dengan jalan TAR lagi. ish, kenangan la masa tu. bila tiba time beli juadah pulak semua wan yang buat. sama jugak dengan time siapkan hidangan berbuka. ak...

belum jugak bersalin...

hehehe.. penat tak? penat weh, aku lagi penat yg bawak perut. dengan pe'el nia yg tak yah la nak di elaborate bagaimana. wan pun da selamat balik ke kl nak keje esok. penat dia tunggu bila la baby ni nak kua. tapi muka memasing maintain cool. pagi tadi ade show tu lagi. semacam lendir. sakit makin kuat banding yang sebelum ni. tapi by noon sakit tu main acah- acah lak. gitu je la perkembangan aku yang makin mengembang ni. baby's movement ok. ingatkan dah ada sakit yg constant, tapi nmpk nye belum lagi. asyik tgk jam je nak kira kekerapan sakit. kejap selang 10 minit, kejap kang selang 20 minit. kejap kang tak berselang dah. sampai bole tido tunggu. tarikh aku kena serah diri 22hb. kita tunggu la ye. tapi kamis ni ada check up utk 40minggu 3hari. kalau dah kena serah diri, kena la mentally ready nak kena induce. aku ni semacam fobia nak kena induce ni. tapi, for the sake of baby, mama tak mo jadi selfish, yang penting both of us selamat. amin.. note : mood blogging merudum..hara...

belum bersalin

entry sebelum ni cam suspen je. hehehe... sampai entry ni ditulis aku belum bersalin lagi ye. semalam lepas turun tanda tuh, dalam tengah hari aku dgn wan ke hospital nak cek. i was just having a mild contraction at that time. tapi apa pun nak kena cek jugak kan sebab da turun tanda. sampai je, macam biasa la terus buat CTG nak cek heartbeat baby & kekerapan kontraksi aku. dekat 2 jam buat, baby's condition ok, contraction tak heavy so doktor bagi aku balik. oh seluk itu wajib! aku da dilate 2 cm nak masuk 3 cm. baby pun mmg da turun bawah sangat dah. doktor cakap tunggu contraction tu kerap baru datang balik. syukur ade progress gak dari takde sebarang tanda. sampai sekarang, tanda tu ada lagi. contraction pun tak heavy. will update more later...

wish me luck!

salam semua, update on me. aku da turun tanda (turun darah). contraction yang mild2 saja. jap gi nak gi hospital dah. nak tunggu sakit kuat sikit baru gerak. harap ada good progress on dilation. doakan aku eh. tq!

perlukan komen anda

sesiapa yang singgah ke blog ni & baca entry ni, saya perlukan komen anda... check up hari ni : 39 weeks 3 days berat hari ni : 58 kg (sama dengan minggu lepas dan minggu sebelumnya) berat baby : 3.1kg (minggu lepas 2.99kg) bp & urine : normal as usual tadi doktor tak bole nak scan sebab contraction all the way. sempat estimate berat based on abdomen dia dengan nmpk heartbeat dia je. melihatkan keadaan aku dan aku bercerita kat doktor yang sakit tu makin lama makin kuat cuma akan hilang gitu je. then datang balik, doktor telah membuat tawaran untuk induce aku esok. untuk kuatkan lagi sakit itu & cepatkan bukaan. doktor tak cek aku da dilate ke tak sebab belum cukup 40weeks. doktor ckp not necessary. so cerita nya begini kalau esok aku tak induce, doktor suruh datang balik khamis depan. masa tuh 40weeks 3 days. kalau condition aku masih sama, doktor suruh pilih dari hari tu sampai 22hb, untuk aku induce. masalah nye sekarang risiko yang bakal aku hadapi. once da induce, saki...