Skip to main content

macam makcik-makcik

aku kalau tgk budak kecik pegi sekolah pakai tudung kan, runsing tgk tudung deme senget benget. mak deme tak rasa nak pakai kan elok2 ke? i mean takde ke perasaan nak betul kan elok2 tudung anak diorang. kesian tgk kadang tu serkup dah tutup dahi nyaris nak tutup kening. lepas tu tudung tak bergosok. ish, mcm jadi mangsa pulak budak tu.

kalau makcik- makcik pulak. most of them lah. tak semua. no offense ye. aku tgk, alahai takde rasa awning tudung tu nak digosok ke?  ini berombak ombak tudung nye aku nengok. mmg runsing aku tgk. takde perasaan nak nampak kemas ke? bukan lah melaram tapi nampak kemas and sedap mata memandang. ke pada diorang dah molek dah lagu tu? again, no offense.

apa jadi kat aku sekarang ni?? aku sekarang dah tak heran dgn appearance aku. kadang ada lah rasa sogan. tapi most of the time, janji aku boleh jalan boleh bawak kete boleh buat kerja sikit- sikit tu dah besar rahmat dah tu. tudung senget ke tidak aku dah tak kisah. haritu masa pegi bandung takde bawak tudung awning sebab masuk luggage tu nanti penyek pulak. malas nak iron. bawak tudung bawal jimat ruang. yang gosok adik aku. tapi aku pakai herot2 ke tak pedulik.

kalau pegi becuti makeup sebeban sebab amik gambar pakai DSLR. sure segala bintik hitam nampak jelas. tapi pegi bandung aku bawak berus gigi dgn pencuci muka je. mmg tak kuasa nak pakai makeup. nak selamat pakai spek.

bila pakai spek pakai pulak tudung yang awning senget benget tak teletak center apa jadi? tak ke macam makcik- makcik?? thats how i feel right now. haritu cakap kat wan 'hodohnya saya...' wan cakap 'mana??' lepas tu aku tunjuk muka. lepas tu dia tak cakap apa. kot dalam hati kata 'sungguhlah dah macam makcik2' kahhhhhhhhh... tapi aku tak mampu nak berkemas diri. bukan rasa muda 10 tahun tapi rasa tua 10 tahun. sekarang dapan pegi office dah syukur sangat. sikit lagi nak masuk second trimester hopefully i will be ok by then.

'cantik' tak tudung? kalau tak, time amik gambar stok nak tgk alignment tudung ok ke tak. la ni, mak tak kisah. amik lah. senget pun senget. tapi bila tgk balik gambar ni. yaAllah sanggup aku tepek gambar ni??? macam makcik- makcik.... korang alih kan perhatian korang ke gambar niadel.

Comments

shark said…
hehe..ok je..
mak anak sama comei :)
nad said…
Alyaaaaaa
Ini la yg kite rase masa preknen kan zakwan
Semangat nak bercantik2 dh takde time tu
P jln2 pun bedak tak pakai, pastu pakai track suit je
Ksian kat papazakwan, apa plak kata org hehehe

Tp time nayli aritu
Kemain bergaya
Blusher, eye liner, liptik tak tggl
Hahahaha!
Lawak aihhh!
iduraz said…
hehe...comei jer tiga beranak ni...geram tgok anak dara kamu..cute
Elyn Sani said…
Aku ms awal trimester aritu lai la teruk, nak mandi pun rase nak muntah weh. Apalai nak bersiap bagai. Dapat tgk aku pakai bj cntk sikit dh bertuah kot. Aku rase ko membwk perut baby boy ni. Huhu
amal_fc1303 said…
kngah gmbr ko okey lagi la kot. drpd aku ni ha. hahaha.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber