Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nia - outing

kembali menggunakan twin stroller

kesinambungan dari entry sebelum ni, kitorg mendapati, bila 2-2 anak nak tido, mulalah rasa kelecehan kat situ. akhirnya aku decide utk pakai balik  twin stroller kawan aku tuh. i bought from her. rasa maca guna tak lama. tapi aku rasa macam akan guna lama sebab every week mmg kitorg akan outing. mengukur mall. niadel pun makin besar. nama nak bedukung je mmg tak lah kan. mau stress dibuatnya. elok keluar nak beli barang ke terus tak jadi nak beli barang. boleh bikin spoil mood. nia pulak bukan jenis nak berjalan. ni lah sebab dah di train dari lahir duduk dalam stroller sampai ke besar malas nak jalan. disadvantage disitu. aku tgk anak org lain elok je bejalan kalau kemana2. anak2 aku mengempap aje. takpe lah, kecik lagi. kot kalau nak duduk dalam stroller sampai ke besar pun duduk lah. mak tak kisah nak.  tapi.... twin stroller bulky gila. sape lagi yang suka menyumpah stroller tu kalau bukan papa diorg. ater dia yang kena fold, unfold, kena angkat naik escalator. m...

outing yang serba tak kena

pernah tak korang kalau outing, rasa semua nya tak kena? aku penah jugak. contohnya malam tadi. siang wan takde. ada sukan. so kitorg 3 beranak duduk rumah je. tapi nak menjawab nia punya soalan asyik tanya kita nak pegi mana mama? then aku tanya balik, nia nak pegi mana? dia kata nak tgk movie makan popcorn.  wan balik je, then dia (wan) cakap booking la movie. aku pun booking lah pukul 11.30 malam punya show, citer brave. cerdik kan? bukan anak nak tgk. mak pak yg tgk. tapi nama nak keluar punya pasal kan. booking kat alamanda. so keluarlah kitorg pukul 9 malam. konon nak lepak secret recipe nak makan mee kari dia. sekali sebab dah nak pukul 10malam, waiting line pun ramai, dia soh order pasta je. alamak. then tak jadi lah. terus je ke noodle station. lagi best, terus dah tutup. begitu jugak dengan kedai2 lain. hampa. so bagi niadel main kat play area tu kejap sampai lah lampu tutup. then turun kat bowling area. meriah lagi. kot restaurant sebelah bowling tu bukak ...

mengukur ikea lagi

bukan takat ikea je. tapi kedai2 perabot yang ada. dimulakan dari puchong area. lepas tu macam sakit jiwa je tgk semua benda tak memenuhi cita rasa ajak wan ke ikea nak compare. then baru bole buat decision apa nak beli dan dimana. 2 benda major yang nak beli meja makan and katil niadel. kot ikea ada better choice ke. and nak beli study table nia tuh. walaupun katil nan ado lagi ye.   pe'el nia kalau pegi kedai2 dia akan pegi kat cashier amik pen and kertas yang ada kat situ and menulis. mmg sesuka hati je dia menulis. ini 1 of the thing yang teacher kat sekolah nia cakap lah. she get addicted to books. dimana sahaja mmg akan cari tempat menulis. that's where we thought that study table is a must have. lagi satu pe'el nya, kalau nampak swing chair ni memasing berebut nak panjat. tak berkenan aku tgk kerusi ni. makan ruang je. kat area puchong ni dah dapat lah apa yang berkenan. then terus je kat ikea kot ada better offer. punya lah jem bila dah sampai ke OU...

mickey mouse through out the years at midvalley

selesai pindah randah, aktiviti seterusnya memenuhkan ruang yang ada dalam rumah. survey macam- macam barang. tapi sabtu pagi tu, orang wiring datang betul kan plug water heater dengan kipas yang bergoyang kat dapur. and of course bayaran terakhir kepada mr jackie. pukul 12, ah sang plumber datang nak pasang sinki kat dapur. sejam jugak buat nya. wan sempat lari jap beli pili paip. sebab kitorg tak tau plumber nak tebuk dari bawah or dari dinding. dah tau, terus pegi beli. adel mengadap ahsang buat kerja. dah settle semua, kira KC aku ni dah complete la. apa tunggu lagi? boleh lah memasak. tapi wan ajak makan kat chillis sebab dia rindu kambing kat situ bukan rindu air tangan bini dia. kahhhhhhhhh... terus siap2, menghala ke midvalley.  dari luar MV dah nampak banner mickey mouse through out the years ni. ape ke benda lah ye. MV on weekend di tambah dengan cuti sekolah packed as usual. tapi kitorg kan jenis bertabah hati and selalu nasib menyebelahi kami. asal masuk ...

cerita twin stroller

alkisah, twin stroller pinjam masih berada ditangan. nak pulang ke member aku, memasing busy. dia mmg tak guna dah la stroller tu. tu aku lenjan kejap. so balik dari hong kong kalau outing ber twin stroller la kitorg. time nak keluarkan kat bonet mmg azab la. sebab bonet kete kecik. tapi bila 2-2 dah duduk kat dalam tu, best la nak bejalan. tak yah dukung2 dah.  tetibe mcm jatuh cinta sama ini twin stroller. nak sangat memilikinya. tapi kan, last saturday, kitorg pegi ikea, nak merealisasikan rumah impian katanya, masyaAllah umat dalam tu, mmg weekend pack eh? weekdays ok tak? nak merempuh org2 yg ramai tu agak stress la jugak. org ramai sgt lah kat ikea. nak try makan kat foocourt ikea tu pun tak nampak tempat duduk. pegi semata2 nak survey je dulu. then balik umah amik sempoa congak2 nak beli mana2 dulu.  balik pada tajuk, setiap kali kitorg bawak stroller rasa cam tua je. hahahah... rasa mcm sorong troli gitu. bab org memandang toksah cakap lah. sampai satu tahap ada yg m...

Bila musim perayaan tiba..

bila2 time festive season ni, macam2 lah yg shopping mall akan buat. especially time krismas. ada je show2 yg menarik untuk attract kid's attention. sebab kitorg ni kan suka bawak niadel mengukur shopping mall every weekend, so ada je lah mcm2 benda menarik bole niadel tgk (selain pokok krismas la kan) Bangsar Village ada lego land. diorg built pakcik santa setinggi 8 kaki. ada mcm2 replika lagi yg dibina menggunakan lego ada 1 tempat diorg tunjuk star wars nye binaan. aku tak familiar sgt dgn star wars ni tp kagum lah dgn diorg nye binaan. dan ada R2D2 in the making. nak bina setinggi 8kaki gak by using more than 90k pieces of lego. tapi kalau korang gi sekarang dah siap la kot. kitorg pegi minggu lepas ni. organizer yg suruh kitorg amik gambar 1 family then suruh upload kat fb, bole? view from the top. lego pun dijual dgn discount sampai 70%. aku takde la nak membeli. kang aku sendiri menyesal beli sebab jenuh aku kutip. E curve kebetulan tadi gi ecurve ada chipmunks nye sh...

behind the scene : outing

sebenarnya, ramai gak yang bertanya, mcm mana la aku bole handle niadel everytime outing. kira diorg ni kata, aku ni kategori tabah hati la nak handle niadel bila outing. bole sampai ke sabah bagai. ha tu baru sabah2 ye tuan2 puan2. kita tgk mcm mana ke hong kong esok. ada bran? kalau nak ikut kan tak larat handle, tak de lah sangat. tapi tu lah, dpt mak bapak jenis kuat berjalan ni, tak bole la duduk2 saja dirumah. so all the obstacles tuh tutup mata je lah. i told wan, eh bang, tau tak, diorg nak tgk camne kita handle budak2 ni bila nak keluar rumah.  kebetulan masa tu kan cuti deepavali, and we were about to get ready to aqiqah kat kuala selangor. mmg masa tu waktu puncak la. waktu puncak dimana, bila aku nak bersiap adel akan meraung bagai nak rak dan2 tu la nak mintak dukung sebab takut kena tinggal dengan mama. ini akan berlaku setiap masa ye. mcm ada suis petik adel. time mama nak bersiap mesti bersidai tepi mama. cakap ukung, ukung... kalau tak jalan jugak, menangis baga...