Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bij-Ak

#letsgetcomot2 with bijakaktifians

ok, mari kira promote benda best. yaAllah lembap nye lah macbook ni. ada yang aku hempas karang. so group kakak2 aku ni ada tunjuk 1 hari tu derang ber-shell out. delivery terus ke rumah. dia kata sangatlah murah dan sangatlah sedap. so teringat kat office aku dah lama tak buat makan2. hatta raya pun tak dan buat makan2 sebab mmg tgh peak time busy, so mari call diorang nak test tgk ok ke tak. so aku whatsapp kak awin ni. untuk booking slot. alhamdulillah available. and kak awin ni sangat lah friendly. senang sembang. yang penting ko straight to the point.  pakej dia: basic set rm150 inclusive - 1. ketam 2. sotong 3. kepah 4. kepah 5. lala / pepahat - hat ni jadi bahan tadi. pepahat dikatanya mentarang. ape daa boss! 6. jagung 7. brokoli 8. cauliflower 9. carrot 10. capsicum 11. nasi untuk 5 - 6 orang makan. flavor pulak boleh pilih between creamy butter or hot and spicy with curry leaves. akan datang diorang akan buat peri- peri flavor. ok kita...

april...

sebenarnya bulan ni agak tak best bagi aku. sebab bulan ni adalah bulan terakhir ofis aku beroperasi sama poskod dengan rumah aku. perasaan? bercampur baur gak la. tah lah. tak boleh fikir. hujung bulan ni kitorang akan pindah ofis ke setiawangsa. bukan setiawangsa ye tapi puncak setiawangsa. atas bukit nu... kena get ready fizikal & mental untuk ofis yang jauh dari rumah. 1 of the reason gak lah nape wan tukar kerja. tempat kerja dia dekat dengan rumah. dekat sangat. so niadel mmg dia je yang handle. amik dari sekolah, anta nia tuisyen. then amik nia tuisyen. so rasa half burden aku tu dah settle.  bukan apa, kualiti time bersama family tu akan kurang lah kan. mentally tortured kot bila kena dok atas jalan tak kurang dari sejam. kot ye sejam. so tak boleh fikir apa akan jadi kat aku ni. ofis tu confirm tak kan ber alih address for the coming 10 years at least. aku ke kena ber alih tempat kerja? tah. betul tak leh fikir.  well, mungkin permulaan nya akan berla...

jamuan merdeka raya bijakgroup 2013

ok, aku rasa ni last cerita raya kat blog aku. jumaat lepas telah berlangsungnya majlis rumah terbuka kat office aku. asalnya nak buat macam last year je . actually tak tau jadi ke tak sebenarnye majlis ni. isnin lepas barulah tertanya2 jadi ke idak ni. kalau macam last year kitorg buat style potluck je. jemput pun sikit2 je lah. sebab masak sendiri. syok nye sebab ye lah, masing2 bawak juadah masing2 kan. masa monday aku whatsapp kat group confirmkan balik. boss pun follow je. then selasa lepas boss tanya aku, kalau kita pasang khemah ok tak alya? kita order kambing golek ke. aku cam haa?? haa tu dalam hati je lah. i mean very the short notice lah kan. dah diarah begitu, aku pun kerah lah AJK2 lain untuk buat apa yang patut. ingat kan masa majlis buka puasa family belah ayah aku ada kambing golek kan? aku mintak contact no tu kat pakcik aku. mujur lah orang tu bole slot in untuk kitorg. then kena lah top up cater main dish kan. takkan nak harap yang kitorg2 yang berapa kerat...

iftar ofis - royal lake club, KL

semalam second time berbuka kat luar. cam biasa, via invitation je. kalau kata nak pegi sendiri book sendiri harapan je lah tahun ni. nak pegi jusco beli groceries pun bercinta. tahun ni lokasi nye adalah di Kelab Taman Perdana DiRaja (The Royal Lake Club) Kuala Lumpur. mana dapat tau tempat ni? boss aku nampak kat billboard kat jalan jelatek kot. so credit to him.  lokasi mmg betul2 tgh bandar KL. buat pulak time cuti nuzul Al-Quran, so mmg kena pegi awal. kitorg gerak dekat pukul 5.30, sampai ngam2 dekat nak berbuka. jem gila babas. budak ofis aku dah pesan jangan ikut jalan loke yew. tapi termasuk jugak konon nak elak jem kat jalan tun razak. terbaik punya jem. waze tunjuk 2.9km je lagi tapi 2.9km tu amik masa 2 jam. camne lah korang bertabah hati kerja kat kl ye hadap jem. kira aku tak cukup cool lah sbb aku pun panas hati gak la. hahaha.. lagipun selangor kan cuti so double jem bila org selangor masuk kl nak shopping tambah pulak org KL kerja / sekolah.  apa pun ...

ke keratong & segamat : hanim & fendy's wedding

hanim masuk keje kat ofis aku, baru aku tau wujud nye nama tempat keratong. hehehe... aku geografi mmg gagal. nama tempat, negeri mana mmg gagal. tu tak tau wujudnye keratong. sabtu lepas sampai kami 7 kereta ke keratong. hanim punya wedding. dah jadi tradisi kat ofis aku, kalau ada wedding jauh mana pun kita cuba attend. gerak konvoi seperti biasa. sebab distance tak berapa jauh mcm kat kelantan tu, kita balik hari je.  so seperti yang dirancang, pukul 9.30pagi kita gerak jumpa kat depan ofis since nak lalu LEKAS. 9.30 gedebuk gedebak 10 lebih jugak gerak nye. depan ofis dah ada yg muntah. biasa lah kalau bawak anak2 kecik ni. macam2 ragam. 7 kereta, 7 jenis lah ragam nye. itu biasa.  lepak kedai makcik mok sebelah ofis. sementara menunggu yang lain2 settle down. niadel kat rumah dah makan. kat sini makan roti canai lagi. mau makan, takpe.. mak oi, kereta bersusun. lepas tu construction area tu make traffic worst. dengan ada yang nak tekucil lah, dgn lampu mi...