Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Page 27 of 365 : hujan + lavendar YLEO

Assalamualaikum. Semalam apa cerita eh? Takde apa yg nak dihiglight kan except for masa amik nia hujan lebat gila and habis basah kuyup even berpayung pun. Mujur lah gate bukak so parents boleh tunggu anak kat kantin. Tidak memang haru lah. Tapi nak pegi kat parking area pun air dah berlopak2, habis basah kasut nia apa lagi kasut aku. Tak senonoh kan anak aku, tala baju kat aircond nak bagi kering.  Makanya adalah penting to have extra shoes kat dalam kereta. Ni nak kena singgah grand union so pakai lah selipar mama. So papa jangan nak membebel sangat kalau kasut penuh dalam kereta. Ada kegunaan disitu. Balik rumah masak, bagi budak makan, semayang, siap bag segala sekali tgk adel dah diam je. Rupanya sakit mulut. Actually punca dia, dia lari2 main kat sekolah dengan kawan dia and tesembam. Tu luka. Tapi dah bape hari tak baik2, kesian pulak cakap pun tak betul. Dia x berani nak basahkan bibir dia. Pedih kot. Baru teringat ada minyak senyonyong ni. Sa

page 26 of 365 : minggu baru

assalamualaikum. minggu baru semangat baru. untuk nia actually. segala hiccups yang berlaku for the past 2 weeks aku akan sedaya upaya bantu dia untuk atasi. and alhamdulillah hari ni memberi keceriaan kepada nia. haa gitu. tak leh blah kan ayat. aku masa nak amik dia tadi kat sekolah kebangsaan memang berdebar2 apa lah kabar nya hari ni. ebab all this while, nak update pasal anak whatsapp ada penghubung. any problem boleh sampai awal. sekarang sumber kita dia je. and kena sabar sampai lewat petang baru dapat update. amik dia, dia pun ok, ada lah dia kata boring sikit. apa tah aku lupa tapi its all minor thing. dia pun boleh manage diri sendiri dah, kalau lah cikgu kat sekolah cina tu boleh main whatsapp2 kan. hehehe.. ini tidak, hp pun aku tak penah nampak kat tangan cikgu2 sekolah nia. ok la tu nia, itu yang sepatutnya.  dia balik sekolah pun boleh siap kan homework dulu then bole pegi tuisyen, came back from tuisyen ceria lagi, settlekan baki homework, supper roti dgn air t

page 25 of 365 : from maxis to celcom to maxis

assalamualaikum. alkisah patutnya hari semalam tak plan nak kemana. hari itu dalam sejarah alyyani anuar masak nasi lemak ko. gila kagum kat diri sendiri. sebab teringin nak masak, bukan teringin nak makan. nak masak. hahahah.. sebab mikirkan nak bagi makan anak3 kan. sejak nia masuk sekolah ni dapur hari2 berasap lah. so ingat nak lepak2 sekali ada lah orang maxis ni call kata request aku nak tukar dari celcom ke maxis tak boleh proceed sebab ada outstanding. ahhh menyampas.. kisah kitorg be2 dari maxis bertukar ke celcom then decided to switch back to maxis. adalah alasan kitorang and ada lah yang tak kena dengan celcom. so bubye celcom. for now. mana tau service maxis lousy balik tukar balik. haa yang best nye entitle for henpon free tu. ok la tu.  so nak tak nak kena keluar juga. ke alamanda kita sebab ada celcom centre situ. sekali punya lah ramai umat. semua berparidah. rupanya ada butik fareeda baru bukak kat situ ye. hadoi lah. wrong time pulak. so settle bayar b

page 24 of 365 : lice ninja bandar baru bangi

assalamualaikum. sabtu hari yang ditunggu. kutu treament for niadel. memang aku looking forward lah hari tu. sebelum tu jumaat malam masa hantar nia pegi tuisyen kitorg pegi bawak adel dgn rafa gunting rambut, memang adel kena gunting rambut dulu. kalau tak mau setengah hari mengerjakan rambut dia je. so appointment was supposed at 9am tapinya lewat sudah. sebab drop by kat tuisyen nia hantar homework je tak dapat nak datang tuisyen then singgah makan jap lepas tu sapai dalam pukul 9.40 pagi. so lewat lah.  sampai2 je tempat dah tersedia untuk niadel. ada 2 partition. 1 treatment area. 1 lagi ruang menunggu. terus je start. 2 orang penternak kutu berjaya ni mesin yang digunakan untuk memecahkan telur2 kutu. memula dia pakai mesin ni. macam vakum. lepas tu diorang sapu cream and sikat yang macam kita selalu buat tu sampai lah habis keluar semua telur2 then sekali lagi diorang pakai vakum ni untuk clear kan semua. pakcik ni mundar mandir lah. nia bertabah ha

page 23 of 365 : tough week for nia

assalamualaikum. aku cuba cerita. sebelum drag lagi. so kisah nya jumaat ada kisah tragis juga pasal nia. takde yang tak tragis. mmg tough lah. alkisah jumaat ada pendidikan jasmani and kena bawak baju PJ lah orang kata kan. so kisahnya aku terlupa nak masuk kan baju PJ nia dalam bag sekolah and masa tu dah sampai sekolah agama pun. so call wan mintak dia hantar kan baju PJ nia. nak cari memang impossible. mujur lah dalam almari bawah tu ada seluar track nia sehelai dgn tshirt putih adel terletak antara kat atas tu. mintak wan hantar kan itu je. dalam masa sama aku whatsapp ustazah mintak dia try kan nia tshirt adel tu muat ke tak. kot senteng nampak pusat ke. tapi aku rasa ok. cuma fit lah. ustazah kata ok muat and tak yah risau. so memang tak risau lah. tak terfikir aku malam tu nak pesan ke nia soh pakai tshirt PJ sebelum sarung baju kurung. memang tak teringat lah citer nye. so i was hoping msg yg aku bagi kat wan and ustazah clear lah.  so petang aku amik nia berdebar lah

Page 22 of 365 : go with the flow

Assalamualaikum. Banyak benda aku belajar hari ni. Percaya dengan anak. And just go with the flow. Dont think too much. Asalkan anak ok and tak de effect pelajaran tak yah nak fikir banyak sgt. Nanti memudaratkan diri sendiri sebab stress fikir hal yang remeh. Kang senang jadi laki, alaa takde hal lah. Hal budak2 tu. How i wish i can feel like that. Tapi tu lah, mak kan naluri kewanitaan tinggi tu emo lebih. Lagi2 perihal anak3, boleh jadi tak rasional. Tapi dalam hal ni aku kena realisitik, jangan terbawa bawa. Yang penting anak3 masih ceria dan happy. Kalau murung tu yes i need to do something. Doa pada Allah, dipermudahkan semua urusan. Amin.. Gambar yang takde kena mengena dengan luah rasa : sejak nia sekolah aku dah masuk kategori ibu2 yg gigih bangun awal pagi prepare bekal anak3 segala. Aku tak sangka aku akan tergolong dalam ibu2 yg gigih ni. So far belum miss sehari pun aku sediakan bekal. Nia pun memang makan bekal je sebab sekolah cina. Boleh lah sikit2.. Takde makna

Page 21 of 365 : macam - macam hal niarafadel

Assalamualaikum. Macam2 hal anak3 aku harini. Nia : Aku dah tahap stress and kesian gila kat nia, tak tau sape punca. Dia cakap kat kelas music tadi dia duduk belakang sekali. Dia malu dia cakap semua orang tgk dia lepas tu dia tunduk je pandang bawah baca buku. Mujur 1 subjek je. Kalau sepanjang hari tak tau nak kata. Tabah nye nia. Tak tau mama nak cakap macam mana. Rasa bersalah pun ada sebab tak take serious dan bertindak segera dalam hal  ni.  Nampak ada kakak aku yang baik hati ni komen try klinik dr hamid arshad kat bangsar. Rasa kalau bukak pukul 10 malam ni nak pegi je. So dah book appointment sabtu ni kat bangsar. Kat bangi, sabtu ahad tak bukak lah pulak. 1 kepala rm100. With 1 treatment dah cukup kata orang tu. dia cakap sekali datang habis sekali dgn telur2 dia. Baik lah. Nia guna duit bantuan khas yang dapat itu hari ye.  Adel : Siang tadi panjang lebar teacher dia bagitau kat aku yang adel sejak2 naik kelas ni asyik main je dalam kelas. Tak f

Page 20 of 365 : feeling annoyed

Assalamualaikum.  Ubat marah adalah... Tido. Kalau aku taip lagi aku buat dosa memaki orang. So moh tido. Haaa nak kata rafa tido nganga macam aku la tu. Dah lah bibir tebal sama ye. Kehkehkeh.. Good nite. Till then...

Page 19 of 365 : sembang sembang

Assalamualaikum. Petang tadi masa amik nia dari sekolah, aku keluar agak lewat dek kerja ofis. Sepanjang jalan hati berdebar debar biarlah sampai before 6.10pm. Alhamdulillah 6.05 sampai. Sekian nak cari parking. Belasah je lah parking kat mana pun, janji amik nia on time.  Amik nia tak sabar nak dengar cerita hari ni, antara yang meruntun jiwa  Nia : kakak rasa macam rindu mama lah hari ni kat sekolah. Mama rindu kakak tak? Aku : *menangis dalam hati* mesti lah mama rindu kakak tu pasal mama amik kakak cepat2. Nia : mama macam sedih tak bila kakak cakap kakak rindu mama? Aku : *dalam hati dah banjir* mana ada sedih. Mesti lah mama happy. Kakak sedih ke? Kakak nangis ke kat sekolah tadi? Nia : mana ada. Kakak okey .  Aku : *syahdu weh!* *cover macho* kakak rehat dengan sape harini? Nia : kakak rehat dengan kawan kelas kakak lah. Chinese. Nama dia abby. Masa lepas kakak beli mihun kakak nak beli vitagen kakak cakap dengan dia "can u look after my mihun,

page 18 of 365 : aku tanya apa khabar?

assalamualaikum. gigih tak, esok nak keje. eh pukul 5.30 kang nak bangun tapi masih gigih menaip. tak ngantuk lagi der. akibat terlelap siang tadi masa tgh susukan rafa. selemat 2 jam tido. lepas tu tgk pulak AJL. hati gembira lagu favorite menang. tu terbawak2 lah kegembiraan itu tadi. hamboi kepoyo-an sangat kan.  masa memula dengar lagu ni, adik aku asyran yang introduced lagu ni kat aku. ingat lagi masa tu kat perak "wei kak ngah ko dah dgr lagu baru joe flizzow dia tuju kan kat malique?" aku cam mesti lah tak. so dia pun pasang lagu tu kat utube. suruh tgk video clip dia. aku ingat lagi that moment, aku rasa uish, kalau malique dengar ni boleh buat comeback balik ni. memang ada rasa lagu ni cukup rasa lagu ni.  kat ofis, 'kak, ko suka lagu ni kak?' tah apa2 tah punya lagu. ewah, ni dah jadi juara lagu macam, wa ada taste lah dalam mendengar lagu sampai dinobatkan jadi juara lagu. hamboi, over exaggerate sangat kan, kekdah macam song writer. nampak tak ke

page 17 of 365 : settle!

assalamualaikum. fuh, settle dah hari ni punya task. penat dia kalahkan hari bekerja. pagi2 bangun, tapi mata tak berapa nak bukak so lelap kejap balik. lepas tu, kerah tentera2 mandi. ops kutu.  bukan main kutu duit ye. kutu lice. niadel ni penternak kutu. tah bila nak settle tak tau lah. budak ofis aku kata tinggal nak letak minyak tanah rasanya, letak 1 kali then settle kata dia. tu je tak try lagi. nanti lah. skang ni pakai shampoo kutu je. esok repeat lagi. dapat pulak mama yang tak reti cari kutu. settle satu hal. then wan hantar nia gi tuisyen. apekah nia tuisyen je ye. aku lak settle kan baju. separuh hari siang settlekan lipat baju. masak, makan. wan settlekan balut buku nia. aku jahit lencana kat baju nia. lencana sekolah dia patut boleh iron on je. tapi basuh sekali tertanggal maka terpaksa gak la jahit. jenuh. tapi settle gak tadi jahit. lepas ni dapat nama, kena jahit lagi. adeh.. lemah.  sementara tu dok hadap nia buat homework. homework english 4 muka surat kena

Page 16 of 365 : selesai seminggu

Assalamualaikum Percaya atau tak yang nia kata kenapa esok cuti? Kakak suka lah pergi sekolah. Oh my, rasa macam tak percaya. Aku expect dia akan cakap yeay cuti boleh bangun lambat. Petanda baik yang dia dah mula suka dengan rutin harian dia.  Dah ada gang sekelas? Takde pun. Dia kata dia sembang je dgn semua orang tapi rehat tetap dgn kawan darjah 2. Up to u nia. In nia mama trust. Hari ni lega sikit sebab takde insiden2 hiba yang meruntun jiwa. All went well. Alhamdulillah. Moga semua baik2 saja hendaknya.  Homework dah mula menunjukkan peningkatan. Tapi sekarang dia sudah pengsan lepas balik dari tuisyen. Takpe nia, esok ada. Aku ni cite macam ada sorang anak je. Adel pe cite? Adel skang papa yg hantar gi sekolah and amik. Muncung lah pagi2 jenuh pujuk sebab nak pegi sekolah dengan mama. So pagi2, mama meredah jem kat MRR2, papa dgn adel berbahagia duduk kat mamak  sarapan. Kitorg keluar serentak so wan ada banyak masa tu boleh sarap dulu. Huntunglah of

Page 15 of 365 : 4 hari berlalu

Assalamualaikum.. 4 hari dah berlalu since nia masuk sekolah rendah. Kejap and cepat je rasa dah nak jumaat. Mungkin sebab jadual seisi rumah yg pack tup2 jumaat sudah esok. Dah 4 hari nia kat sekolah memang macam2 perkara yang aku boleh highlight kan Day 1 : dia duduk tepi sekali sebelah dia takde orang. Aku sedih kenapa takde orang dok sebelah dia. Padahal dia rilek je. Sebak weh apekah? Sedih weh. Aku tak boleh. Mula lah. Masa ni fikir orang tak nak kawan dgn anak aku. Fikir bukan2 lah. Benor nye 4 org budak melayu dalam kelas ni datsng dari tadika yg sama tadika ho serdang tu so dah click la masing2. So anak aku Lone Ranger. Highlight hari pertama lagi masa dalam dewan, budak darjah 1 lain semua sibuk melilau2 tgk sana sini. Anak aku sorang je bukak buku weh. Aku cam kenapa nia baca buku?? Mixed feeling time ni. Bagus + sedih. Huhu Day 2 : aku observe je. Intai dalam kelas tgk cikgu tgh bagi buku tapi dia buat dek je tak beratur pun amik buku. Either r

Page 14 of 365 : homework

Assalamualaikum  Bila homework adel lagi susah dari homework kakak. Kakak punya English homework joint the dot and color. Sangat umur 3-4 tahun punya homework kan? Layan kan je kak, semua orang memang boleh kaler, tapi tak semua boleh mewarna dengan kemas & cantik. So kakak amik yg kemas & cantik tu. Aku suruh adel color kan tapi nia tak bagi. Kakak nak buat sendiri katanya. Bagus kakak. Amanah.  Esok amik duit bantuan khas rm100. First   time ko. Sekolah anak2 korang udah? Till then...

Page 12 & 13 of 365 : LETIH

Assalamualaikum.. Keletihan... Dek nia masuk sekolah... Till then..

Page 11 of 365 : Al-fatihah

Assalamualaikum. Bila aku ingat hari ni hari bersantai2 di rumah nak menghadapi rutin baru esok, lain yang jadi nye. Pagi tadi lepas sarapan dengan mak ayah and ainal, dekat pukul 11 tu diorang pun berangkat pulang sebab esok pun mak first day sekolah. Si ainal keje. Then wan pun keluar nak repair kereta dia. Aku pun lek2 je lah kat rumah sambil jahit kain sekolah agama nia.  Then dapat call dari maksu. Maksu tanya ayah dah balik ke? Aku cakap lah dah sejam. Maksu suruh call ayah balik sebab maksu call tak dapat. Paklong meninggal  dunia. Mengejut. Sama macam masa arwah maklong (isteri) meninggal mengejut. Aku call ainal diorang dah kat kat slim river patah balik. Sementara tu aku tunggu wan then gerak terus ke taman mesra kajang. Selesai semuanya sebelum asar. Dah sampai ajal. Kawan2 arwah cakap malam tadi elok je sembang sama2. Al-fatihah.. Then pegi jusco balik rumah settle kan semua barang2 budak2 ni esok, ni baru boleh nak tido. Mujur juga cuti esok at least otak dan mind

page 10 of 365 : ops darjah 1

assalamualaikum. selagi belum bukak sekolah, selagi tu ada je benda nak dibeli. kebetulan mak ayah aku ada kat sini, pegi sekali dengan mak aku yang juga merupaka cikgu sekolah rendah. opah nia lagi arif apa yang murid kena ada. i follow je.  pukul 12.30 tengah hari tadi ada appointment dengan doktor gigi kat klinik pergigian qistina. cabut lagi sebatang gigi nia yang dah goyang jugak. bila dah cabut memang nampak gigi kekal tu dah tembus gusi. elok lah settle bab gigi nak naik sekolah. dengan tampal sebatang gigi. bila tgk doktor buat tu sambil dia sembang2. baru lah timbul kesedaran diri yang aku pun sebenarnye kena pegi cek gigi. tapi nak cari doktor lain lah. malu lah dgn doktor tu sebab dah kenal. hahaha.. rasa macam2 hal gak gigi aku ni. cuma kurang berani je nak serah diri. then terus lunch lepas tu ke warta bangi cari kain sekolah nia yang color maroon tu. seperti yang dijangka. mmg takde dah size nia color morrron. yg ada banyak kaler merah je. masa tu rasa nak beli sa

page 9 of 365 : to do list

assalamualaikum. lewat hari ni sebab baru habis tgk MLM. makin nak habis ni makin kelakar semuanya. so time ni lah nak meregang otot muka lebih sikit setiap hujung minggu. all the best semua peserta especially nabil. :D esok (hari ni) nak kena settlekan final errands untuk nia masuk sekolah isnin ni. buku semua tak berbalut lagi. nak kena beli selotape. stock up food untuk bekal dia. air minum dia sebab aku tak bagi dia beli air kat sekolah. nak air kotak ke apa ke, bawak siap2. duit belanja berapa nak bagi ni? RM2 cukup kan? mana ke letak wallet nia aku beli itu hari. adoi, merata... nak cari kain sekolah agama lagi. then dah kena allocate separuh hari dari weekend untuk menggosok baju sekolah nia untuk 5 hari. hazabedah tu pada aku. lencana tak berlekat lagi kat semua baju. semua perkakas sekolah belum labellings lagi. nampak macam takde benda kan, tapi sebenarnye banyak benda nak kena buat. tema seram kan MLM tadi, maka kena lah serious mukanya. bila ko nak tido ni ra

page 8 of 365 : GST, adakah kita semua bersedia?

assalamualaikum. akhirnya dapat peluang nak attend GST training. baru first day dah rasa penuh kepala otak dengan macam2 input dan semua benda yang kita kena prepare untuk GST. persoalan nya adakah kita semua dah bersedia? menurut pegawai kastam sendiri, diorang sendiri rasa berdebar2 nak mengahadapi dengan GST ni. apa lagi kita sebagai sebagai end consumer. info - info penting yang aku boleh kongsikan dengan korang untuk pemahaman korang : GST bermaksud Good & Service Tax menggantikan Sales Tax & Service Tax GST dikenakan kepada semua BUSINESSES / PENIAGA yang jualan tahunan melebihi RM500,000.00 kenapa kena ada GST ? jawapan mudah nya adalah untuk menambah pendapatan negara. apa penting nya kepada kita yang rakyat marhaen ni ye? dengan pendapatan negara yang bertambah baik, in return rakyat akan sama- sama dapat menikmati nya. kekdahnye gitu lah sepatutnya. kena ke ada GST? kena. again same answer macam kat atas tu. dalam masa yang sama negara dapat detect mana2 yang so