Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

tombol raya

3 hari cuti panjang. tak keluar duit sesen pun. walaupun gaji dan masuk. vitamin B dah masuk. aku je lah yang paling rilek sekali. 3 hari cuti aku membuta je. i have to agree on jue's comment dia kata kalau pregnant kan baby boy ni malas bebeno. ke aku je? lantak lah. tapi mmg ye. keje aku tido je. tambah lak bulan puasa ni. wan ajak pegi bejalan pun mak buat dek je. owh napsu raya, where are u??? tapi lega sebab dapat kemas rumah semalam. bukan aku lah kemas. aku duduk je. yang aku kemas barang mainan niadel dgn buku2 diorang. semua aku campak ke atas dah. sakit mata aku tgk barang mainan diorg. memunggah je pandai. kemas tak berapa nak pandai. especially nia. liat. skang ni tak kemas mainan, no susu. nia sanggup tak minum susu tu, nama nak kemas mmg takde. adel rajin. kemas. tapi semua dia longgok atas kabinet tv. they have their own room. tapi tak larat lah aku nak ngadap diorg. kat atas nak bagi main. maka, atas bawah ada. tak cukup dgn memunggah, siap nak masuk dalam ba

iftar ofis - royal lake club, KL

semalam second time berbuka kat luar. cam biasa, via invitation je. kalau kata nak pegi sendiri book sendiri harapan je lah tahun ni. nak pegi jusco beli groceries pun bercinta. tahun ni lokasi nye adalah di Kelab Taman Perdana DiRaja (The Royal Lake Club) Kuala Lumpur. mana dapat tau tempat ni? boss aku nampak kat billboard kat jalan jelatek kot. so credit to him.  lokasi mmg betul2 tgh bandar KL. buat pulak time cuti nuzul Al-Quran, so mmg kena pegi awal. kitorg gerak dekat pukul 5.30, sampai ngam2 dekat nak berbuka. jem gila babas. budak ofis aku dah pesan jangan ikut jalan loke yew. tapi termasuk jugak konon nak elak jem kat jalan tun razak. terbaik punya jem. waze tunjuk 2.9km je lagi tapi 2.9km tu amik masa 2 jam. camne lah korang bertabah hati kerja kat kl ye hadap jem. kira aku tak cukup cool lah sbb aku pun panas hati gak la. hahaha.. lagipun selangor kan cuti so double jem bila org selangor masuk kl nak shopping tambah pulak org KL kerja / sekolah.  apa pun selamat s

setengah bulan Ramadhan

bismillah. we are half way through Ramadhan guys. kejap je kan? pejam celik. insyaAllah kalau berjaya harini genap lah 15 hari kita berpuasa. selepas hidup aku yang agak disaster last 2 weeks dek peristiwa hitam yang melanda diri serentak pulak dgn ISO audit, finally harini aku rasa lapang gila. idak le lapang. lembik ni ha. hehehe... saba.  eh time sahur korang tgk tv tak? aku tgk tv. tu lah peneman aku time sahur. nak bagi celik bijik mata. then sangkut lah kat 1 cite ni. aku tak tau la glamour ke tak cite ni. tapi aku rasa best la cite ni. ke cite novel jugak?? kalau ye, sila koba kan ke den supaya den bole cari novel tersebut. cite fizz fairuz berlakon tu. kahwin dgn driver dia. best betul minah tu berlakon. rasa mcm diri aku je. ala2 ganas and ada pendirian and yet sayang gila kat laki dgn family. gitu! nak jugek. cinta kau dan aku tajuk nya. rilek je tgk fizz fairuz tu berlakon. kalau adaptasi novel sila bagitau ye.  dah lama ke baru cite ni aku tak tau lah. yang aku t

iftar kat rumah atuk kajang

ianya acara tahunan. tahun ni kali ke-3 dianjurkan. tapi kali pertama aku dapat join. sebab 2 tahun sebelumnya clash dgn buka puasa ofis dgn aku balik kedah time tu. apa pun, tahun ni paling happening kot sebab ramai boleh join. sejak2 ada whatsapp group ni, masing2 lebih rapat la. keep in touch and takde yang terlepas info. that's the advantage of having a smartphone. tapi banyak gak yang boleh menjahanamkan! ok, back to the topic. majlis start pukul 6.30 petang. dengan majlis tahlil sebelum berbuka. we managed to arrive early. early lah sgt. setengah jam awal je pun. hehehe.. masa tu kambing tgh tegolek2 lagi. tahun ni first time ada kambing. hantu2 kambing dah tebeliak biji mata. dah tak tau nak cite apa, moh tgk gambar sambil bercerita.  sampai2 je rumah atuk, kambing ni greet kita. tempting je rupa kan? tapi sebab ai is tak makam kambing, ai buat dek je. prepare apa yang patut. orang yang paling jauh sampai dulu. family aku. itu biasa..   mak buyung ngempap

7th months check up - a worried mom

semalam aku punya routine check up. dah masuk 7 bulan. next check up 12 august. start dari situ check up 2 minggu sekali. makin hampir. makin suspen. makin tak sabar. mixed feeling. so, apa yang dirisaukan tu? actually 2 hari sebelum puasa, aku found out, baby's movement is very very slow. selalu dia akan gerak sampai keras perut mak. adalah rasa tak keruan disitu. tapi dalam masa yang sama mmg tgh busy gila. so mungkin aku tak perasaan kot dia gerak. masuk lah 1st day puasa. rileks la sikit. tak larat nak tekejar sana sini. so mmg boleh monitor baby gerak. rasa macam slow jugak. hati ada risau. risau sangat. so kebetulan aku ada keje kat luar aku singgah klinik. tanya ada scan tak kat situ? ok ada. jumpa doktor, bagitau lah apa kerisauan dihati. then terus doktor scan. masuk hari tu kira dah 3 hari baby cam silent. terus nampak heart beat. ok heart beat is strong. then lama dia scan siap tambah jelly tuh. belemuih perut aku. aku cakap, "anything wrong doctor?"

masalah- masalah aku bila pregnant

aku kalau pregnant mesti akan mengadap masalah2 berikut. heartburn (pedih ulu hati) bila tau pregnant aku mmg tak boleh minum benda2 yang angin. kipas angin tu tak leh makan tu. ok tak kelakar. aku tak leh minum teh. minuman kegemaran. kalau aku minum teh O ke teh tarik ke. mencari nahas la. confirm malam aku tak boleh tido. kalau makan kekacang pun tak bole. makan sikit ke mmg boleh tangkap sakit. nak tido mmg merana lah. nak jadi cerita, kali ni punya pregnant kan berbeza dgn kakak- kakak nya. mmg lagi teruk la. bukan lagi teruk tapi sangat teruk. kaki cramp (kejang) ni dah start kena serang last week lagi. tapi yang sampai tahap nangis sabtu lepas la. kena je terus terduduk pegang2 kaki. kena serang kat betis la. sampai sekarang jangan lah menggeliat. menggeliat kalu, mmg menangis la dibuatnya. skang, nak tido kena sapu minyak panas kat betis. elok nya pakai stokin. tapi tak tersarung lak stokin. sebab panas.  nafas pendek kali ni mmg cepat la rasa. baru nak masuk 7

detail scan adik niadel

first time aku buat detail scan ni. kenapa nak buat? ok, firstly memang aku tak nampak gender baby. i mean mata aku mmg tak nampak. walaupun doktor tunjuk tapi tu 2D puya version. tidak pulak doktor tukar kan ke 3D or even 4D masa aku dok cakap tak nampak. cuma doktor sebut 'punai ' je. tapi mata aku mmg tak nampak. bila kandungan dah menginjak ke bulan ke-7 ni, awok nak le prepare apa yang patut. kalau girl, nak kena kemas2 baju bajan niadel. korek mana hat baby (walaupun mmg dah takde). tapi sebab same gender bole lah tgk2 apa yang adik diorang bole pakai balik kan. if let say gender nya lelaki (alhamdulillah sangat), kena lah tune kepala ni kalih kan pandangan ke boy punya department. aku lupa bila kena prepare beli barang2 baby ni. honestly speaking mmg takde apa dah barang niadel masa baby kecuali baranga besar2 macam car seat, stroller of course, bath tub dgn changing matt. sahaja.  barut ke mittens ke booties ke sehelai sepinggang nan ado dah. so decided to