Skip to main content

Posts

Showing posts with the label raya 2011

penutup Syawal yg awesome!

sabtu lepas dah puas berjalan sana sini. hari ahad, turn kitorg lak terima tetamu. gang matriks aku nak dtg beraya. dalam masa yg sama babysitter niadel pun nak dtg beraya. ok la tu diorg dtg sekali. so bole prepare food lebih sikit. hari sabtu dah clear kan rumah. tp kalau dah ada budak kecik, kemasnya adalah barang 10minit, lepas tu punggah balik. apa kitorg buat, sorok siap2 bakul mainan so diorg tak la memunggah. sabtu beli bahan nak masak. almaklum aku ni kan minah gantung kuali. so malam tu buat puding roti karamel dulu. ater itu je teman tau buat. :p pagi ahad tu, lepas subuh, dah prepare bahan- bahan lain. then masa kari dulu. oh menu haritu aku masak mee kari and for western aku masa fettuccine carbonara. apa lagi eh? itu je lah. patut nak goreng chicken ball dgn keropok lekor, tp tetamu2 aku ni mmg dtg ontime. sebab diorg nak dtg hari yg sama, aku soh babysitter niadel dtg kul 12. kul 12 +/- dah terpacak dpn pintu umah. so tak dan nak goreng kudap2. lepas tu anis lak dtg. t...

kawan blogger?

kalau nak pegi beraya ni, nak- nak pegi open house, kalau kita dtg rumah org tu, mesti tetamu akan sembang sesama sendiri. lepas tu tanya, kawan kat mana ni? aku pun jd mcm errrr nak ckp ke kawan blogger eh? ada sedikit malu kat situ sebenarnya. hahahah... poyo tak? org- org tua paham ke tak term kawan blogger tu? kalau mcm parents aku diorg mmg tau la kawan blogger tu. sebab aku nye best friend pun ada yg mulanya dari kawan blogger. skrg ni org dah biasa kot eh dgn term 'kawan blogger' tuh. sebab aku rasa ramai je yg dah ada blog. cuma nak convincekan org tua tu susah kot. tp aku tak penah la lagi hadap org tua yg tanya kawan blog tu apa. makin hari makin ramai blogger2 yg aku jumpa. amboi, glamor benar gamaknya ye. tak lah, ada la a few bloggers yg kita keep in touch selain dari drop comment kat blog je kan. so, Syawal tahun ni pun masih mendapat undangan dari teman- teman blogger. ada yg tak dpt pergi sebab clash dgn benda lain. tahun ni dapat pergi 2 rumah blogger. nak k...

weekend sambung beraya

semalam (sabtu) kitorg beraya ke klang. dorm mate aku masa matriks dulu buat open house. bestnye along umur baru 29, dah ada tanah lot dgn rumah banglo sebiji. x kisah la kat area mana kan, janji rumahku syurgaku. kitorg berkonvoi dgn pa'e sebab rumah kitorg dekat. tp on the way, bole terpisah pula sebab wan silap masuk jalan. masalah dia ni, kalau tgh syok bersembang dgn aku, mula la jadi tak fokus. terlepas simpang. tapi sebab kitorg familiar dgn area tu, so terus je la jumpa kat situ. then baru tau, yg rumah dia dekat pulak dengan rumah maktam aku. sepatutnya nak ke rumah maktam pulak, tapi sebab anak maktam (cousin aku) along ayu, baru je bersalin pagi tu, 2 pagi, so maktam kena ke hospital. by the way, congratulations to you along and ezad for your newborn baby girl. selamat berpantang. and hope baby boleh keluar hospital cepat2. lepas tu, kitorg terus ke bukit raja, gi rumah bed. nak menjenguk rumah baru dia. actually nak tunggu cukup korum baru nak pegi. tapi, discuss puny...

extra mithali aku semalam

hehehe.. org mithali tak kata diri sendiri mithali. sama la dgn org cantik, tak kan puji diri sendiri cantik kan. khamis lepas, lepas balik keje, pegi jusco. beli barang sikit, bawak niadel main2 kejap, lepas tu wan belikan aku hadiah. hadiah penaik semangat suruh aku memasak. selalu tgk dalam iklan, haritu baru beli. beli 2 barang je. nanti kumpul sikit. dapur pun berasap sekali sekala, lagi mau beli banyak2. apa dia? periuk belanga la.  so, semalam ada org dtg beraya kat rumah, sakan la aku. padahal takde tefal tu pun bole je masak. dah ada tu, lagi rasa seronok. setakat ni la kan :p semalam tak kemana- mana, tetamu dtg lepak sampai lewat petang. patut ada blogger buar open house, tp tak sempat lah nak pegi. malam pulak papa ada futsal. harini baru nak gi beraya. wah, ada sehari lagi cuti. seronoknya weekend ada 3 hari kan? :D jeng jeng jeng! sebenarnye mintak oven. tp ada deal menarik antara aku dgn along aku bab oven ni. so akan dapat jugak soon! amboi, kemain semangat lagi b...