Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

7th Maternity & Children Expo

memang nak pegi. terketar2 nak pegi. tapi si rafa lak tak sihat since last saturday. mujur harini totally ok so boleh lah pegi. nak cari apa? nak cari 1 benda je. baju kurung or dress untuk menyusu. sebab banyak kenduri kendarat tahun ni, payah pulak nak menyelak kalau rafa nak menyusu. so kena lah mencari kan barang sehelai dua. aku sejak ada rafa ni memang kalau outing pakai nursing wear je. senang. sopan sikit nak nursing in public. tu pasal baju aku rotate itu je adalah dalam 4-5 helai since masa nia. jadi lah kan.  dari pagi dah siap kan bebudak lepas zohor baru keluar. sampai2 je terus naik ke exhibition hall. agak meriah. tapi cam biasa lah bersempit2 nak masuk. dapat lah cover semua. lepas tu pegi makan konon2 nak naik balik, tapi tak kemampuan pulak. ok lah tu. tapi dapat ke apa yg di aim? aram!! dapat benda lain..  menungg papa balik dari repair no plate kete vios. tah bila masa kena langgar. masa aku kat ofis. aku tak perasan balik rumah baru wan kabo. tahap bole

msg yang kita tunggu- tunggu..

dulu masa bercinta, dapat message dari boifren je rasa nak terbang je kan. excited. tesengih2. kalau time gaduh, tunggu jugak. tunggu nak orang tu reply apa. lepas tu ketar2 nak menjawab balik. hahaha.. dah kahwin belum ada anak gitu gak lah. tapi lebih kepada komitmenlah. nanti singgah ni tolong beli ni. tolong bayar bill tu and so on. dah ada anak pulak, kita tanya anak ok tak? yang suruh2 tadi tu upgrade bukan mintak tolong dah. arahan. ko balik rumah tak buat kang, ada yang tarik muka. suruh beli barang, balik kang takde mula lah buat muka sentap. aku lah tu hahahah... standard lah kan. tapi skang ni bila ada anak kita suka bila dapat message2 macam ni. bukan message la. whatsapp kan zaman sekarang ni... haa... walaupun orang cakap 'no news is good news', pada aku, dapat simple update macam ni, aku rasa lapang dada and boleh buat aku tekenang anak2 aku kat taska / sekolah macam mana. sampai laa tesengih kot. sebab apa? aku dgn pengasuh2 rafa belum really close.

cerita strawberi karipap kat 611

ni rasa nak marah ni. bila marah kita ada tempat luahan perasaan. haritu niadel tgk cerita upin ipin kat 611. biasa nya lepas tu diorang tukar channel 613 or 615 pulak. sambung cite kartun. tapi agaknya diorang pun ralit buat benda lain at the same time, bia je lah tgk channel 611 tu kan. lepas tu ada lah cerita strawberi karipap ni. yang ada mia sara dgn nelydia senrose berlakon tu. episod dia haritu nelydia lambat hantar mia dgn sape sorang lagi budak lelaki tu pegi sekolah. then kat dalam kelas tu ada pulak cikgu bawak sorang lagi budak baru masuk dalam kelas tu. masa dia kenal kan diri tu sungguh tak boleh blah. 'nama saya...(tah lupa).. saya handsome, macho & bergaya.. (something like that lah)  aku cam..what???? reaction budak2 dalam tu semua whoaa....especially budak2 pompuan dalam kelas tu. sebab ada budak handsome baru masuk dalam kelas diorang tu. boleh????? tu satu hal lah. then tetiba mia tu baru masuk dalam kelas then budak baru tu terpandang mia tu

baju kat carrefour

eh bukan carrefour. dah tukar jadi AEON big. tadi pegi alamanda. singgah AEON big. nk cari inner. then pusing2 area baju budak2. not bad gak eh baju2 dia. aku tak penah beli baju bajan kat situ. selalu jusco je lah. dah tu je seposkod. so tadi pusing2, rembat baju ni untuk rafa.   beli sebab ada caption 'little brother' tu. tshirt tu berharga rm6.90. mangai murah bebeno. kualiti kain pun ok. mmg sedap pakai lah.  rugi lah beli se. beli lah lagi beberapa helai. dari beli tshirt macam ni yang bole jadi 10 kali ganda lagi mahal kat mothercare, gap mahupun poney, yang hanya boleh dipakai boleh jadi tak sampai 10 kali sebab budak cepat besar, baik lah beli kat pasaraya2 macam ni je kan? pakai tak lama pun tak ralat. ok pe, design ni kan? eh, kau ni tak basuh baju dulu ke sebelum bagi budak tu pakai? errr... excited dapat baju baru katanya. :)

cucuk 3 bulan

1 hari 1 entry katanya. boleh blah. lain kali jangan berjanji. niat tu ada, tapi ye lah, macam2 hal nya. macam semalam, aku dah sampai awal, dah semangat nak buat keje, sekali wan call bgtau kunci moto dia hilang. sobajelah. aku takde bebel2 de. benda dah jadi. boleh ke jumpa kunci tu balik kalau bebel. khen? ce kalau mak yang hilang kunci tu.... tet.... ok full stop. pagi pegi balik rumah amik kunci spare kat rumah. lepas tu masuk ofis balik. sebab ada meeting pukul 11. kena sampai klcc before 2. pukul 1 tak sudah2 lagi. aku kalau kena masuk kl, mulalah tak senang duduk. dkt pukul 1.20 zasss lari pegi klcc. sempat grab bag pam. kot jem bole sambil2. ye. otw tu, oh damn! bag pam nye ado, tapi pam kat atas meja. bagus!!. last pam tau pukul berapa? pukul 9.30 pagi! aduuu... then sampai ngam2 pukul 2. pass kunci lepas tu boss ajak pulak pegi tgk ofis kat setiawangsa. sebab ID nak datang situ untuk renovate. wah, jadi pindah ye. jadi ler. so pukul 3.30 jumpa boss2 lain kat sana. t

MC 3 hari

Yang semalam aku cerita aku tak boleh nak pijak kaki tu kan, kaki belah kanan. Pagi tadi aku bangun lagi parah. Nak turun katil pun tersangatlah seksa. Aku cam tak leh jadi ni. First thing lepas hantar niarafadel ke sekolah kena pegi hospital. Ye hospital. Apsl hospital? Tak cari makcik urut? Kalau aku kat perak aku tau nak cari sape. Cari mak. Mak cari tukang urut. Ni duduk bandar sebatang kara kena handle anak3 sendiri, celah mana aku nak pergi berurut? Tukang urut kadang bukan sekali urut terus elok. Ko kena merepeat bagai. Aku takde masa itu untuk buat semua tu. Aku kena cepat sihat demi anak3. Aku sakit, anak3 terabai habis lumpuh operasi rumah tangga. Kalau hospital adalah ubat ke apa kita boleh consume kan. Makanya ke hospital kita. Tapi punch in dulu. Sebab masuk ofis pukul 8 pagi. Gi hospital pukul 9. Mujur kena nya kaki belah kanan. Mujur kete auto. So boleh survive.  Sampai je amik parking yang terdekat dgn pintu masuk. Terus staff hospital (columbia asia) nak offer

Bukan cerita jalan mahameru

Fuh struggle nak tidokan rafa ni tadi. Aku rasa dia sedang melalui growth spurt. Apekah? Baby nak membesar bole jadi cranky tetiba and he eat/drink alot. Gitulah. Alih bulan org kata. Ye lah, dah kenal orang, dah sensittif. Ni dia tido atas aku. Kelasss kau jah anak dok atas badan bole update blog. Azam katanya. Harini ada lah beberapa perkara yang berlaku nak di highlight kan. First is i cannot step on my feet. Since pagi tadi aku jalan terhencot hencot. And now it getting worse. Mana tukang urut ni tak mai2 lagi. Dah lebur dgn niadel kat bilik diorang gamaknya. Tah apa aku langgar aku pun tak tau. Rasa takde langgar apa2. Hopefully lepas urut adalah kurang sikit. Jem jugak dibuatnya. Nak dukung si bulat sorang ni.  Tu cite aku. Another story that happened today... Masa aku amik rafa tadi kan hujan. So aku tunggu turn lah nak tunggu kete tu keluar dari car porch taska tuh. Sekali aku cam nampak, 2 orang tgh dok tepi kereta macam do something. Sahlah anak dia dalam umur 2 tahu

Niadel first day at school

Update cepat2 sebab dah lewat. Lewat tido lewat bangun, semua akan jadi kelam kelibut. So harini secara rasminya hari pertama niadel memulakan persekolahan bagi sessi 2014.  Nia tahun ni masuk kelas SRK 5. Final level dalam SRK. And adel SRK 2. Tahun ni jugak merupakan tahun terakhir nia berada di kindy. Ok, ada lagi setahun nia nak masuk darjah 1 mak dah kecut perut. Harap sangat dapat sekolah yang dipohon. Tu lah lambat buat decision, lambat daftar. Tu je yang dirisau kan. Takut quota dah penuh. Kena cari kabel 8inci ni.  Masuk tahun ni jugak dah 4 tahun nia belajar kat kindy. Gila kentang tak? Macam takde life je kekdahnya ye? But these are the decision that we made and never at once we feel regret on what we have planned to our kids. Plan kau! Apa kau plan weh? Macam ye ye je. Semua cikgu2 punya keje.  Tahun terakhir nia. Kuatkan asas dalam semua subjek tau nia. Esok nak masuk darjah satu dah ada strong basic senang nak naik sekolah. Belajar rajin2 tau. I know u

niarafadel at 3 months old

harini 5 january 2014, bersamaan rafa 3 bulan. so nak share gambar niarafadel diusia diorang 3 bulan. :) nia. taken on 5th January 2009 adel. taken on 17th May 2010 happy 3 months old baby! dengan ucapan, mama sayang anak3 mama.

Sabtu-day

Kari tumpah atas meja makan masa nak keluar hantar nia tuisyen... Kat klinik masa nak amik antibiotik adel,  EBM dalam botol susu boleh tertumpah masa tgh tunggu amik ubat. Selambak.... Tgh hari tikar depan sinki dapur basah kuyup sebab niadel 'tolong' basuh pinggan lepas mama masak... Malam secawan air buat guna water color tumpah ke lantai... Tadi nak kemas dapur baru perasan sebalang gula dimasuki semut sebab aku tak tutup rapat lepas masak siang tadi... There goes my sabtu-day....  Rafa 3 bulan harini. Bila nak meniarap ni rafa? Betul lah ye ada yang cakap kalau boy lambat sikit. Kakak2 dia dulu belum 3 bulan dah meniarap. Tu bukan dia menerap. Aku yang terapkan. Till then... Denyut2 kepala  Havoc kan sabtu aku?