Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

hari-hariku kini

sejak kebelakangan ni aku tak sempat nak online. aku dah mula terasa kemeriahan punya dua anak ni. dari siang sampai ke malam sibuk uruskan anak- anak je. kadang tu makan pun tah kemana. sekarang ada orang assist. tolong masak semua. esok dah balik rumah sendiri sure ekstra letih tambah pulak bila dah masuk kerja. adakah dapur rumahku makin tidak berasap nanti? harap- harap tak lah. skill memasak pun dah berkarat sangat ni. camne korang (yang ada anak 2) eh? kagum aku. adel sekarang pun dah pandai demand. kalau dulu dibiarkan dia dalam playpen, dia senyap je. sekarang dah pandai bunyi- bunyi nakkan perhatian. mintak diagah & dibawak pusing- pusing. tu belum kira perangai kakak dia pulak. sejak dah mula bercakap ni. demand pun makin tinggi jugak. kalau dia mintak apa dia nak, masa tu jugak kena buat. kalau tak, mengamuk la nia tuh. contoh, kalau dia sebut 'air, air...' silalah ke dapur dengan segera amik kan air untuk dia. contoh lain kalau dia da sebut 'yak, yak...&#

misi hujung minggu berjaya!

salah satu tanggungjawab parents bila anak lahir adalah untuk cukur kepala anak kita. alhamdulillah hujung minggu lepas, terlaksana tanggungjawab itu. sepatutnya buat masa majlis cukur jambul. tapi disebabkan akikah adel hanya akan berlangsung pada 1/5/2010 di rumah mertua aku, maka kitorg decide nak cukur dulu la rambut adel. seelok- eloknya 7 hari selepas dilahirkan. masa nia dulu hari ke-20 da buat sebab majlis akikah dgn cukur jambul buat masa aku dalam pantang. adel versi punk. heheh..amik gambar jap sebelum dibotakkan nia yang sangat blur bila tgk kepala adel dibotakkan. tapi tetap nak posing jugak time adel ni peralatan lengkap so tak amik banyak masa nak cukur. dulu time nia amik masa 2-3 hari jugak sebab pakai pisau cukur semata- mata. tukang cukur pakai mesin paksu adel. tgk tangan nia tu nak enterframe gak tuh. selesai fasa pertama. tgk la betapa banyak nya rambut adel tuh. kalau pakai pisau cukur je tuh, mau seminggu baru licin. huhu.. lepas setel mesin rambut adel, mandika

tag gaji oh gaji dari bed

korang layan kan je la entry tag yang berturut- turut ni ek. dah dapat, kena la buat dengan segera nanti banyak lagi yang tertunggak. tag kali ni ciptaan bed . jom tgk.. 1. anda makan gaji? ya saya. 2. bila kebiasaannya anda dapat gaji? antara 25 - 30 haribulan setiap bulan. 3. pernah dapat gaji lambat? rasanya tak pernah. 4. perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji? hari dapat gaji aku akan buat bajet setiap bulan. tolak semua hutang, ansuran then tgk available balance untuk aku berjoli- joli. dengan ada nya bajet, aku stick to that bajet je. 5. anda happy dengan gaji yang anda dapat? syukur dengan income yang aku dapat. 6. apa yang anda buat dengan gaji pertama anda sewaktu mula- mula bekerja? balik kampung belanja my family. satisfaction to the max! 7. berapa anda simpan dari gaji anda? paling banyak masa sebelum kahwin RM700 sebulan, lepas kahwin RM500 sebulan. ada lebih macam bed kalau time bonus, simpan lebih. aku disiplin sikit bab- bab savings ni. sapa ajar aku? wan le

award 2 from shida

lagi satu award yang aku terima dari shida. patut bole buat satu entry macam shida tu, tapi aku nak buat 2 entry berbeza. again, tq so much shida atas ingatan :) 1. thank and link the person that give you the award. tq shida! 2. Pass this award onto top 20 bloggers you've recently discovered and think are fantastic apsl mcm sama je instruction dia dgn award sebelum ni? hehe.. tak kisah la, aku nak bagi award ni kepada senarai berikut. 1. amalina 2. akmal 3. ada 4. bed 5. ryn 6. nome 7. aieza 8. jue 9. suhida 10. fazilzurakil 11. mel 12. nurin 13. leen 14. nadja 15. farah 16. izzah 17. rina 18. lea 19. fidah 20. along aishah

award from shida

latest award yang aku terima ada la dari gorgeous mama a.k.a shida. she is really gorgeous. with 2 kids, mcm anak dara je tgk. :D 1. bagi ucapan terima kasih kepada siapa yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing- masing terima kasih shida atas anugerah ini. :D done 2. listkan tarikh lahir anak yang 1st dan seterusnya, letak sekali nama anak yang ke-2, 3, 4... dan seterusnya (kalau ada lagi, sila berbuat demikian ya..!!) Nama : Rania Ayesha Binti Muhamad Ridzuan D.O.B : 5 Oktober 2008 Nama : Rihana Adelia Binti Muhamad Ridzuan D.O.B : 17 February 2010 3. Sesiapa yang pregnant, boleh letak gambar pregnant ye.. Pantang pun tak habis lagi ni. heheh.. 4. Sila serahkan award kepada sesiapa yang anda rasakan hot mama - bed mama shasha - ryn mama adam - jue ibu iman - nome ibu leesya - suhida mak razi & izzat - aieza mummy hana - zura ibu akil - mel ibu ain - chekuna mama luqman - ainey ibu mifzal - nurin ummi ammar - elyn mummy wafiq - leen ummi rayyan - fidah mama adria

tag dari bed

tag seterusnya datang dari puan rafidah a.k.a bed . kalau pegi blog dia, ada tag, nama aku tak penah terkeluar dari list dia. dan kalau aku lak ada tag, aku ni tak sah kalau tak tag dia. gitu kan bed? ok, jom kita tgk tag nya. 1. siapakah anda dirumah? isteri & mama 2. siapakah diri anda disamping rakan? rakan jugak la ye tak? 3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai? 1. rumah sendiri 2. kalau boleh dengan izinNya nak seorang anak lelaki 3. nak amik ACCA or Master 4. ya, aku mau bebas dari hutang macam bed. 5. sama cam bed gak, rumah tangga yang lebih terurus 4. siapakah nama pasangan anda? Muhamad Ridzuan a.k.a wan 5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda? 1. his sense of humor. 2. hands on jugak - bab kerja rumah mmg ringan tulang especially sejak ada anak ni. 3. kesungguhan dia dalam nak tingkatkan ekonomi keluarga 4. romantic in his own way 5. handsome. hahha.. bole tak? laki aku kan. hahah.. 6. bila tarikh couple? tak ingat! 7. kenangan

tag & award from suhida, bed & shida

tag seterusnya beserta dengan award, diterima dari puan suhida dan puan bed dan puan shida. sekarang anak- anak suhida tengah sakit. sama- sama kita doa kan moga razi dengan izzat cepat sembuh ye. begitu jugak dengan anak- anak kita. amin... tag ini datang bersyarat. syarat- syarat nya seperti berikut. 1. Thank & link the person tq puan suhida & puan Rafidah & puan shida! :D 2. pass this award on to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic ok, award ni aku bagi kepada korang yang aku rasa sangat FANTASTIC! 1. amalina 2. akmal 3. bed 4. ryn 5. nome 6. suhida 7. nome 8. aieza 9. fazilzurakil 10. jue 11. ada 12. nurin 13. ibu damia 14. chikna 15. farah 3. contact said blogs and let them know they've won the award insyaAllah 4. state 7 things about yourself 1. full name : alyyani binti anuar 2. D.O.B : 7 September 1982 3. P.O.B : Hospital Besar Kuala Lumpur 4. T.O.B : 5.57am 5. Status : Married 6. Husband : Muhamad Ridzuan Abd Rahim 7. Children

tag dari lea

entry- entry berikut nya semua pasal tag ye. harini aku sangat senang hati nak langsaikan hutang tag yang makin banyak. aku suka kena tag. sebab apa? rasa diri diingati oleh rakan- rakan blogger. terima kasih atas ingatan ye. tag ni aku dapat dari lea mama khalif & kipi. dan aku rasa aku penah dapat tag yang sama dari lya jugak. mama asya. jom tgk.. 1. adakah anda rasa HOT? kalau ikutkan, fahaman aku kat soalan ni, aku tak rasa panas sekarang ni sebab cuaca mendung macam nak hujan. hehe.. aci tak? anyhow, aku tak hot la. aku kan cool! ;) 2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang 3. cerita pasal gambar ni my new header at my blog. 4. bila kali terakhir anda makan pizza? last week masa pegi cucuk adel untuk 1 bulan. pizza baru tuh tak try lagi. tunggu nak makan dgn wan nanti. 5. lagu terakhir anda dengar? sedang dengar lagu khatimah cinta. baru nak minat weh! :D 6. apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini? monitor nia yang tgh kehulu hilir tengok helper mak aku

hari ini saya sakit

pagi tadi aku terjaga pukul 5pagi. macam biasa la nak feed adel. then adel tido balik, aku rasa mata segar la pulak. aku pun terus online jenguk blog kawan- kawan sambil tinggalkan jejak. tiba-tiba mata aku jadi kabur sebelah. ni salah satu tanda kalau aku migraine. ah sudah! time ni la pulak. dah la hari bekerja. mak ayah keje lak tu. aku tawakkal je la. aku pun lumur minyak cap kapak then cuba baringkan diri. nak lelapkan mata mmg takkan berjaya punya. sakit kepala makin kuat. dalam pada tu aku cuba jenguk2 nia dengan adel yang masih tido. dipermudahkan urusan, nia dengan adel tak meragam langsung. alhamdulillah by noon dekat kul 1 tuh aku dah rasa ringan sikit kepala. lama betul tak kena, sekali dah kena mak oi, memang sakit sungguh. yup, aku mmg ada migraine sejak form 3 lagi. dulu masa belajar sangat kerap diserang terutama masa matrix & degree. bila dah keje tak sekerap masa belajar. bila dah ada anak ni ade la kena sekali dua. punca? biasanya stress lah. tak cukup tido. meng

ole- ole turkey

ahad lepas mak selamat sampai di KLIA dari turkey jam 7.30 pagi. daki KLIA ke ipoh dalam tengah hari. ayah amik mak kat ipoh dan selamat sampia ke rumah dalam jam 2 petang gitu. kami sangat excited! kami tu sape je, yang ada rumah aku dgn adik aku je la and of course the 2 babies. sebab dah hari- hari dok umah ni, bila mak takde 10 hari, terasa sangat. alhamdulillah semua selamat & mak aku sangat seronok sebab merasa main salji. aku jadi tukang dengar je la. bila nak sampai tak tau la. huhu.. ni la ole- ole mak aku bawak dari turkey untuk kami 6 beradik. biasala, kalau dah gi bejalan mak aku mmg akan beli something. jalan kat malaysia pun mak aku akan beli, ni kan pulak ke luar negara. apa ye mak beli? kalau gi mana- mana mmg la wajib beli tshirt kan? ha kepada yang berkenaan sila lah pilih nak design mana. advantage untuk yang duduk rumah ni, dapat la pilih dulu. haha.. kalau korang susah sangat nak pilih, yan dah tolong pilihkan untuk korang ye. heheh.. untuk cucu tercinta opah t

adel's 1 month check up

khamis lepas, 18/3/2010, adel punya appointment dgn doktor yasmin untuk check up dan inject 1 bulan. aku yang terlebih excited sebab nak keluar berjalan- jalan. heheh.. tapi kitorg keluar rumah kul 11 gak sebab driver aku a.k.a paksu nia pagi dia start dgn kul 11. time ni baru nak bangun. so, aku siapkan adel dgn nia la dulu. bagi nia makan, bagi adel susu. siapkan bag nak bawak keluar. driver kami yang baru dapat lesen. dah nama pun baru dapat lesen, wajib la bawak kancil je. kalau bawak perdana kang, ramai yg makan hati terutamanya abang si driver ni. hahah... macam berani bawak adel enjoying the view outside. dia pun macam teruja je bila dapat berjalan- jalan sampai hospital pun dalam kul 12. turn kitorg pukul 1. orang ramai. progress on adel? berat dia di usia sebulan 4.5kg. lilit kepala 38cm, panjang adel 54cm. semuanya ok. wajib la meraung time injection, tapi lepas aku dukung ok je. nia yang boring nak tunggu turn. macam- macam aktiviti dia buat. tak kisah la, asalkan tak menang

ya, itu gambar saya!

pagi tadi dapat sms dari cdiq (coursemate adik aku, ina ). dia bagi aku satu website suruh aku bukak. dia cakap dia rasa gambar dekat blog tu gambar kawen aku. gambar masa naik moto. lepas tu elyn pun buzz aku bagitau benda yang sama. aku dengan pantas mencapai lappy dan bukak web yang cdiq bagi itu. terpampang gambar kawen aku. waaa... mana mamat khai ni dapat gambar aku ni? difahamkan, blog khai ni glamour dan ramai pengunjung. klik kat nama khai tu ye untuk tgk blog dia dan gambar aku itu. mmg la aku. hati tak bape nak sedap la bila tgk gambar sendiri kat blog stranger tanpa pengetahuan lak tuh. tambah pulak gambar tu TAK PERNAH AKU PUBLISH kat blog aku ni. lagi pulak khai tu bukan la salah seorang dari photoG masa aku kawen dulu. gambar mana ye? ini gambar nye. sah2 le aku dgn wan tu kan. da la gmbr ni aku tak bape suka sgt. tah macam apa je aku posing. walaupun gambar tu candid. hahah.. jadi tak sedap hati bila dia buat watermark kat gmbr aku tu as if dia yg amik gambar tu. tap

adel dah sebulan

oh, sungguh cepat masa berlalu. pejam celik my baby adelia dah sebulan. how time really flies. apa pun aku bersyukur kerana diusia adel yang sebulan ni dia seorang yang sangat cool. she is really behaving so well. and she manage to corp up with her sister's behavior. contoh? kalau nia nangis adel mesti senyap dan tengok je. memang most of the time nia lagi banyak nangis ye. huhuhu.. kalau nia terlepuk (sengaja sebenarnya) dia tak nangis pun. mcm da lali dengan perangai kakak nye tuh. betul la anak ke-2 ni mmg jenis yang sangat cool la. macam mama nya ni. kan? hehehe... kecik2 dah terserlah sifat cool itu. memang lain la macam masa nia dulu. bukan nak banding cuma 2 beradik ni punya perangai yang berbeza masa diorg baby. nia ni banyak ikut perangai papa dia. nanti- nanti la aku cerita ye. esok appointment untuk cucuk adel. gambar malam tadi.

tag from chikna

salam. mood blogging merudum la sekarang ni. apasal tah. sebab busy handle anak- anak kot. btw, tadi jalan- jalan tgk blog kawan- kawan, singgah blog cikmas, then nampak tag yang dia buat. baru la ingat yang tag ni pun aku kena buat. tag ni adalah dari chikna. tengah takde cerita ni, kita layan tag la ye. 1. first time jumpa with your hubby, bila and kat mana? tak ingat date, tapi masa tu aku baru je keje, wan lak masa tu keje kat penang, kena outstation kat johor. dia singgah amik aku balik keje kat ofis. masa tu baru keje aku takde kete lagi. gi balik keje naik komuter. 2. love at first sight? tak la. dah berkenalan melalui phone then baru jumpa. 3. who is he when the first time you meet him? management trainee (engineer) at his workplace. 4. how long it takes for him to ask you out of a date? tak ingat la tapi masa 1st time jumpa tu la 1st date kami. sebelum tu tak ingat berapa lama bersembang through phone jek, 5. first place dating? katne eh abang? ya ampun, tak ingat aku. tapi k

macam- macam cerita

"weh, tak update blog ke?" "weh, ko ok ke? lama tak update blog" tu la antara pertanyaan baik dari family mahupun kawan- kawan kat aku. bila sepi je 2- 3 hari tak update, mula la diorg tanya- tanya ayat kat atas tu. terutamanya adik beradik aku lah. siap ada yang baik hati bagi aku topik untuk cerita. hahah.. ye la akmal, aku update ni. both nia & adel are doing fine. :) khamis lepas adik aku a.k.a paksu nia & adel telah dapat result yang cemerlang dalam SPM. so aku beri dia pelepasan dari tugas menjadi bibik nia, untuk celebrate dengan kawan-kawan dia. makanya, aku sorang handle anak- anak aku. takpe, practice dari sekarang kan? btw, tahniah la asyran ye! pilih course yang terbaik supaya tak menyesal di kemudian hari aku pun dah semakin cargas. selamat tinggal kain batik! selamat kembali track bottom. stokin tetap kena pakai ye. jumaat lepas pulak mak aku a.k.a opah nia & adel telah berlepas ke turkey. rombongan cik kiah la ni. maka, aku kena lebih cerg

adel & susu mama

2 hari lepas aku dapati, adel tak berak pun. masa hari pertama dia tak membuang tuh aku macam ok lagi, tapi bila dah menjelang malam hari ke-2 aku baru bukak mulut cite kat mak aku. tekejut gak mak aku. mak aku cakap something wrong kot. so esok nya (harini) decide nak bawak adel gi klinik nak cek. tapi malam semalam aku google la search pasal bayi tak berak. dapat la masuk dalam forum susuibu.com. bila baca baru la aku tau yang perkara biasa bila bayi yang fully b/f ni kalau jarang berak. sebab nya badan baby cepat menyerap khasiat- khasiat yang ada dalam susu ibu. sebab sebelum ni adel nye digestion ok jek. bila jadi camni mau tak risau. nia dulu takde gitu. so kitorg cancel nak bawak adel ke klinik. sebab dalam forum tu cakap ada sampai seminggu tak berak. ish, ade ye. pelik jugak. tapi pagi tadi, adel telah membuang dengan jayanya nyaris berlaku kebocoran. tak keras pun, macam biasa je. lega... tu pasal berat adel pun naik dengan jaya nya. hari tu nurse datang cek adel dgn timbang

tanda lahir

mereka anak saya bila... mereka punya tanda lahir yang sama. nampak tak? gambar 1st tuh, tanda lahir nia terletak kat bahu nia. adel pulak, tanda lahir dia dekat tangan kiri dia. nampak kan? kalau korang nak tau diorg punya patern tanda lahir sama dengan patern tanda lahir aku. tak sangka lak bole sama patern, sama size, sama warna lak tuh. cuma di tempat berbeza. aku nya kat mana? hehehe...tak sesuai la nak amik gambar then tepek kat sini. tapi mmg exactly the same. korang macam tu tak?

kerana bisul

ok, kenapa aku amik langkah drastik tuk pendekkan rambut nia itu? kerana bisul! mmg aku tak tau camne rasa sakit bisul ni sebab aku tak penah kena. seingat aku lah. nauzubillah mintak dijauhkan. tapi dari anak- anak aku yang kena, baik aku yang kena. sebab aku rasa nia macam tak tertanggung sakit nya. aku tak tau bila bisul tu mula timbul. tapi aku perasan bila nak dishampookan rambut nya, mesti dia cakap 'akit, akit' (sakit) or 'epi, epi' (tepi). sampai 1 malam, mak aku gosok- gosok kepala dia rasa macam ade benjolan. ape lagi. mak aku bising la tanya aku dgn adik aku, nia ade jatuh ke sampai lebam gitu. kitorg cakap takde pun. bila diselak rambut nya, nampak warna merah benjolan itu dan semacam ada mata dipuncak. adik aku cakap bisul ni. ah sudah, bisul la pulak. aku terus google, rupa nya mmg biasa budak kena bisul ni disebabkan kelenjar peluh diorg blok. so dia kan kua jadi bisul tuk kuakan darah kotor tuh. nia dah tak keruan. esok nya bisul tu dah pecah! aku tgk

another transformation

last week baru je nia buat fringe kat depan. tapi atas masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan, nia sekali lagi telah ditransform kan rambut nya. kali ni bukan opah yang buat, sebab opah nia ada meeting kat melaka sampai esok. kali ni, maklong nia dgn paksu nia yang bawak nia ke saloon untuk ditransformasikan. mari kita saksikan.. sebelum transformasi kejadian di saloon. paksu nia yg tolong menenangkan nia tesedu sedan nia nak tunggu sampai rambut dia habis digunting ok, dah nak siap. korang dah nampak camne rupe baru nia kan? mmg aku tetunggu nia balik. dia balik je, terkejut tgk rambut baru nia tapi teruja jugak. mmg aku sgt lega bila dah dipotong rambut nya. ni la rupa terbaru nia. baru la terang muka nia ni. baru la nampak area mana yg dia suka garu tu baru la nak senyum. aku tgk video yg diorg rekod, mcm kena dera je nangis nye, sampai penat nangis dibuat nya. kesian, tp kena potong gak happy kan da potong rambut tuh. ringan je kepala. posing sikit dengan adel dengan rambut bar