Skip to main content

masalah- masalah aku bila pregnant

aku kalau pregnant mesti akan mengadap masalah2 berikut.

heartburn (pedih ulu hati)
bila tau pregnant aku mmg tak boleh minum benda2 yang angin. kipas angin tu tak leh makan tu. ok tak kelakar. aku tak leh minum teh. minuman kegemaran. kalau aku minum teh O ke teh tarik ke. mencari nahas la. confirm malam aku tak boleh tido. kalau makan kekacang pun tak bole. makan sikit ke mmg boleh tangkap sakit. nak tido mmg merana lah. nak jadi cerita, kali ni punya pregnant kan berbeza dgn kakak- kakak nya. mmg lagi teruk la. bukan lagi teruk tapi sangat teruk.

kaki cramp (kejang)
ni dah start kena serang last week lagi. tapi yang sampai tahap nangis sabtu lepas la. kena je terus terduduk pegang2 kaki. kena serang kat betis la. sampai sekarang jangan lah menggeliat. menggeliat kalu, mmg menangis la dibuatnya. skang, nak tido kena sapu minyak panas kat betis. elok nya pakai stokin. tapi tak tersarung lak stokin. sebab panas. 

nafas pendek
kali ni mmg cepat la rasa. baru nak masuk 7 bulan aku rasa mcm cepat mengah. semput la orang kata. membawak kepada cepat letih. kalau macam dah busy sangat or buat sesuatu kerja tu malam nak tido aku jadi tak selesa. mula lah aku mengeluh sana sini. semua serba tak kena. rasa mcm nak putus nyawa pun ada. adeh lah. time tu rasa hidup lagi ke aku esok pagi bila aku nak tido tu. membawak kepada masalah susah nak tido. 

perut mengeras
awal pulak kali ni ye. kalau dulu masa pregnant kan niadel sampai nak beranak pun kira steady lah lagi kan. kalau diserang braxton hicks tu kira steady lah lagi. sekarang kalau perut mengeras je kalau aku tgh drive, nak tekan paddle minyak pun tak larat wei. kalau tgh duduk tu, kalau perut keras, rupa aku mmg pucat la. mcm nak beranak pun ada. kalau bejalan tu, mmg besepah la. ke mmg gini kalau bawak baby boy dalam perut? ke sebab faktor usia.

tak lalu makan
kalau dulu time niadel, ko tak yah susah2 fikir nak makan apa. masuk minggu baru tu dah bersusun menu dalam kepala nak makan apa. kudap2 sentiasa ada disisi. sebab nak mengunyah. tapi kali ni, lapar tu lapar, tapi tak tau nak makan apa. tak berselera lah orang kata. tapi kalau dah hadap tu, mmg mcm tak makan 3 hari. tapi nama aku nak mengunyah selalu tu mmg tak la. kali ni mana ada standby kudap2. tahan je la aku kalau bukan time makan tu. sebab tak tau nak makan apa.

all in, kali ni punya pregnant mmg menduga aku dari awal kandungan sampai la sekarang. first trimester all day sickness sampai 17 minggu kot. lepas tu bila perut dah semakin membesar ni, begini pulak hal nya. masuk 3rd trimester sure lagi macam2. moga senang lah aku beranak esok. amin...


SELAMAT BERPUASA YE KORANG...

Comments

nad said…
Sabar ye alya...
Selamat berpuasa jugak
Elyn Sani said…
Selamat berpuasa beb!! Aku dh raya duluuuuuu
Iela Fazielah said…
mudah-mudahan alya... mudah beranak...amin.... klau kak ila dpt ngandung mcm kamu ni...mesti selim melim kak ila... tp xsanggup... seksanyer....

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...