Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nia - progress

page 8 of 365 : GST, adakah kita semua bersedia?

assalamualaikum. akhirnya dapat peluang nak attend GST training. baru first day dah rasa penuh kepala otak dengan macam2 input dan semua benda yang kita kena prepare untuk GST. persoalan nya adakah kita semua dah bersedia? menurut pegawai kastam sendiri, diorang sendiri rasa berdebar2 nak mengahadapi dengan GST ni. apa lagi kita sebagai sebagai end consumer. info - info penting yang aku boleh kongsikan dengan korang untuk pemahaman korang : GST bermaksud Good & Service Tax menggantikan Sales Tax & Service Tax GST dikenakan kepada semua BUSINESSES / PENIAGA yang jualan tahunan melebihi RM500,000.00 kenapa kena ada GST ? jawapan mudah nya adalah untuk menambah pendapatan negara. apa penting nya kepada kita yang rakyat marhaen ni ye? dengan pendapatan negara yang bertambah baik, in return rakyat akan sama- sama dapat menikmati nya. kekdahnye gitu lah sepatutnya. kena ke ada GST? kena. again same answer macam kat atas tu. dalam masa yang sama negara dapat detect mana2 yang so...

SALAM MAAL HIJRAH

santai nye harini. jarang weekend dapat lepak2 kat rumah macam ni. malam karang nak makan kat ikam mikail. korang penah dengar? ada kat area puchong and 1 lagi kat shoplot belah kiri yang ada petronas nak ke seri kembangan kalau dari puchong. kedai dia berkonsepkan ikan bakar. semalam aku cuti. ada few plan untuk nia. pasal hal tuisyen nye, sekolah agamanya. lepas tu macam ada hati nak hantar dia belajar main instrumen, lepas tu tgk matematik dia ada lemah sikit. so saja nak tgk kumon tu pulak. tu belum kelas takewondo, swimming. kahhhhh.... budak zaman sekarang, serba serbi nak difikir.  dulu masa kita kecik, masa sekolah rendah, bab tuisyen takde amik kisah pun. sekarang zaman dah berbeza. serba serbi kena berdaya saing. budak2 makin pandai. skang, takat boleh membaca BM, BI boleh mengira tu kira biasa je. bukan kata nak extra ordinary pun. aku nak bia dia boleh survive bila dia besar nanti so asas nye kena di bentuk dari kecik.  tanya nia semua dia tak nak. mem...

nia start puasa... (throwback)

ok, perkara seterusnya yang nak di highlight kan ialah nia mula berpuasa pada Ramadhan tahun ini. so ada extra special bulan Ramadhan kali ni. bukan start dari hari pertama pun. dalam hari ke 12 Ramadhan baru dia start puasa. bermula dari kawan2 sekelas dia puasa. ada yang puasa penuh setakat haritu. so dia menawarkan diri sendiri nak berpuasa. sebelum2 tu dah bagitau. then bila aku tak kejut sahur dia marah. maknanya memang dia dah ready nak puasa lah kan. ok fine, hari tu bangun kejut sahur, makan nasi dia tak mau. masa tu tengah addict makan roti telur dgn sos tomato. so buat lah kan untuk dia. and bersahur lah dia pada hari itu. cuma aku ada pesan kat dia kalau kakak puasa, kakak tak yah pegi tuisyen. sebab tuisyen pukul 6 petang - 7.30 malam. bulan puasa wan extra sacrifice lah sikit. kadang jamah sikit then pegi amik nia dulu kat tuisyen then balik dari amik nia baru makan. so check dengan teacher pasal nia haritu and memang dia puasa. so plan amik dia and bawak dia pegi...

cute conversation with nia

suatu hari aku dah sampai depan taska nak amik niadel, biasanya dari dalam taska dah dengar adel panggil aku 'mama, mama, mama....'. nia pulak, kalau tak tido masa amik dia, dia akan meluru peluk aku mcm setahun tak jumpa. haritu dia pun sembang kat cikgu dia... nia : ni mama saya... saya ada mama, saya ada papa... cikgu ain : cikgu ain pun ada mama. tapi cikgu ain takde papa... nia : papa cikgu mana? cikgu ain : papa cikgu dah takde.. nia : papa cikgu work? cikgu ain : ha'ah papa cikgu work... mama tgk senyum je lah.. banyak dah cakap nye sekarang ni. org perak cakap berlepik- lepik. tp dengan org yg dia kenal la. kalau org tak kenal, dia tgk je... besar dah anak mama sorg ni. bulan 10 ni genap 3 tahun. kat school belajar macam- macam. alhamdulillah she's progressing.  yg seronok nya, kat sekolah pun belajar, kat taska pun belajar jugak. smlm masa amik nia, nia tunjuk, mama, nia color rabbit. kalau tak, aku tak tgk pun gambar tu sebab aku ingat budak tadika s...

mama, nia nak pigi (pegi) sekolah...

hari khamis lepas kot, pagi lepas mandikan ni, aku dah kua kan lah baju yg nak dipakai macam biasa. sekali lepas lap2 badan dia, dia bukak almari baju dia sendiri, lepas tu amik baju jalan biru dia. ok lagi la kalau nak pakai. lawa benau pulak nak ke taska. sekali sebelah baju jalan ada baju sekolah. nia pun tak fikir dua kali terus amik lepas tu cakap  "mama, nia nak pigi sekolah" haish, berperang gak la nak suruh dia pakai baju lain. last- last aku bagi gak la pakai. siap full attire berstokin dgn kasut sekolah lagi. masa hantar ke taska tu, aku cakap kat pengasuh dia, "ha, korang jangan cakap apa2 ye" tegelak je deme. pengasuh cakap "kak, ni kalau tanya mana van nia cmne kak?" aku cakap "pandai- pandai la korang, akak handle sampai sini je" hehehe... 2 minggu cuti, rindu gamaknye kat techer zai, teacher mala, teacher zuri dia. isnin dah nak start sekolah dah. sure nia excited. dah ready nak pegi sekolah katanya... dah la time tu dah lam...

bila nia dah tau nama kitorg

last weekend kitorg dok nia, sape nama papa? sape nama mama? gitu la kekdahnye ulang- ulang sampai betul jawapan nya. ye la, nia bole tau nama ainal, akmal, ina, yan, ali, ciktah, cikmas, ciksham, kena la tau nama papa mama kan? :D kalau tanya sape nama papa? nia jawab "muhamad iwan" (muhamad ridzuan) kalau tanya sape nama mama? nia jawab "alyyani" mmg exactly the same. nama mama simple kalau tanya sape nama kakak? nia jawab "rania ayicha (rania ayesha) kalau tanya sape nama adik? nia jawab "riana adila" (rihana adelia) nama adel awal lg dah lulus aternye, dah over the weekend kitorg dok repeat benda ni, sekali nia panggil aku alyyani! alyyani! tekejut mama! papa pulak muhamad iwan! tadi masuk giant nak beli mr.potato pun dia panggil alyyani!  hahahha.... nak practice takpe. :)  gambar arkib. makin besar, makin macam- macam anak aku ni...

potty training versi nia : day 2

al-kisah, harini kitorg memerapkan diri dirumah kerana misi PTD-2 (potty training day 2). cam biasa, nia bangun pukul 7pagi, bila pampers dah basah mesti nak mandi. dalam kul 8 tu dah tak berpampers. serentak itu jugak, mulut aku ni tak berenti tanya "nia nak pee tak?" sampai papa mahupun nia tak larat nak dgr. naik kejung jugak mulut ni sebab kejap2 kang tanya. 1st pee, ada terkucil. seluar pun diganti misi diteruskan. start dari 2nd pee dan seterusnya nia dah bole control pee dia. sampai toilet baru pee. lepas mandi petang tadi, nia bukak seluar sendiri sambil cakap "mama, nak pee" then lari- lari ke toilet. cuma tgh hari td, ade masalah bila dia tak nak biyak kat toilet bowl. maka, kena pakai kan pampers utk dia biyak. kalau tak, dia tahan je. so, besok (ahad) baru nak beli potty training seat itu. baru nak beli ye. kalau tak rasa mcm tak nampak keperluan dia. bole je pakai toilet bowl kat bilik air tu. tp mcm susah pulak. ni nak tido, aku pakai kan pampers....

misi cuti thaipusam!

selamat tengah hari. rumah dah kemas? lunch dah masak? baju dah sidai? anak- anak dah makan? harini hari penting sebab hari ni aku dah mulakan misi PTD-1. a.k.a potty train day-1. setakat jam 12.30 tgh hari ni, belum keluar lagi mop atau kain basah untuk mengelap. tapi, mulut mama ni takde aya lain. mesti tanya "nia nak pee tak?" kalau dia diam means dia takmo la tu. kalau dia cakap "nak pee" lari- lari la dia terkedek- kedek ke toilet. terkucil masa untuk 1st two pee. seluar basah sebelum sampai ke toilet. ni dah seluar ke-3. belum berganti lagi. everytime masuk toilet, nia berjaya pee. ada jugak 2 kali tadi, dia cakap "tade pee pun" . tak pe lah, asalkan tak menceceh. so, caiyok2 untuk nia ok! note : entry bergambar, selepas ini ye!

bila aku kat rumah...

kitorg balik keje dah malam. so masa dgn anak- anak tu ada la 4 ke 5 jam sahaja sebelum masuk tido. tu pun kalau tido lewat, kalau tido awal, jumpa esok hari je la. apa je yang bole dibuat. banyak benda nak diuruskan. nak mengajar anak tak terajar. maka layan aje apa yg diorg nak buat. disuatu malam jumaat, sewaktu aku nak baca yassin, cam biasa, nia mesti nak duduk kat aku. bila aku baca bismillah, nia pun ikut sama. dan nak jadi terkejut bila nia baca doa makan. oh, besar dah anak aku. tp yg nak sebak tu, bukan mama yang ajar. mungkin dia dgr kat taska bila time makan, ramai2 baca doa makan. alahai, sibuk sgt mama ye, sampai nak ajar anak pun takde masa. ish, tak patut. harus la meningkat usaha mendidik anak- anak ni. harap dipermudahkan semua.. motif entry : gambar kejadian dah ada, maka nak kasi panas enjin kat blog ni, keluarla entry ni. nak upload video, tuan punya blog tak cukup sabar nak tunggu video loading. lepas bagi salam kedua, terus sarjan- sarjan datang menyerbu. yang...

18 months check up

blogging time. masa sekarang 7.27am. kita tgk adakah entry ni akan terperam atau bole siap terus. isnin lepas 5/4/10 genap nia berumur 18 bulan. its time for her 18months immunization. takut sebab takut kalau nia demam lepas injection tu. nia kalau dah demam perlukan perhatian yang lebih. mana nak handle adel lg. tapi dalam masa sama nak seronok sebab imunisasi wajib seterusnya hanya bila nia berumur 6 / 7 tahun. lega....... lega jugak sebab nia tak demam. 2 bulan duduk rumah mmg sihat walafiat. kalau masuk nursery esok, paham je la ye. harap antibodi nia kuat la ye. amin... less talk, let see the pics. ondway to klinik yasmin. masa nak keluar rumah kemain panas lagi, lepas tu tetiba hujan turun dengan lebatnya. mujur la ada bawak cardigan nia. kalau tak, bole demam kot. dekat sejam la jugak menunggu giliran. mujur adel lena je dalam pangkuan aku. nia yang tgh tak tau apa yg bakal dihadapi nya nanti. lambat pulak doktor ni masuk. nia main stetoskop yang ada kat sini dulu la. insyaAllah...

bila nia da pandai mintak

skang kan, kalau budak besar nia ni dah pandai mintak apa yang dia nak. kita tau la kalau dia nangis apa yang dia nak or apa yg dia protes kan. tapi amik masa sikit la nak paham. kena tunjuk ini ke, nak ini ke. kalau diam, itu la dia nak. kalau nangis lagi, kena la tunjuk2 lagi sampai la dia dapat apa yang dia nak. kalau bangun tido, dah tunggu depan bilik air, pegang baju nak bukak baju, nak mandi. kadang, kita tak bukak mata pun lagi. hehe.. kalau dia da pegang- pegang seluar, macam nak bukak baju tu, tau la yg dia yak. kalau dia dah membuang mmg tak senang duduk dia. asyik menonggeng je la. geli hati pun ade gak. yang paling senang bila nak bagi makan or nak minum susu. kalau dia dah diri tepi meja makan, sambil tunjuk bekas biskut dia, tau la yg dia lapar. kalau dulu, kena bagi susu setiap 4 jam kena cek time, sekarang tak payah lagi. kalau dia nak susu dia cakap je "nana..nana" aaa nia panggil susu nana. mana dapat eh? maybe dari nenen kot. aku pun tak sure. tapi kalau ...

tinggi nia

masa nia lahir dulu nak tau tak bape panjang nia? 57cm! panjang kan? aku tak tau bape panjang baby bila lahir, tapi doktor yg bersalinkan aku masa tu cakap 'your baby is long'. masa pun berlalu, nia dah 14 bulan. masa aku belek buku penjagann ibu dan bayi tuh, aku baca kat bahagian perkembangan bayi, kalau untuk umur 1 tahun, tinggi anak dalam lingkungan 80cm - 95cm. tapi, kalau korang nak tau, tinggi nia baru 75cm. pada aku, kalau nak banding dgn kawan- kawan kat nursery dia, nia dikategorikan sebagai rendah tau. siap sedara mara aku yg jumpa nia cakap, 'nape pendek nia ni dik' (dik is me, adik). tu yang kalau nak lepas kan jalan kat public, takut org tak perasan nia, dipijak nye nia. hehehehe... nia rendah, tapi nmpk tembam. tak la tembam sampai tahap obes, cikgu dia cakap badan nia pejal. especially tang pipi. mungkin nia ikut aku kot part tinggi tuh. sebab masa sekolah dulu pendek. start ketinggian aku naik mendadak masa form 3. terus meninggalkan rakan- rakan ...

her first time...

sebelum tu, nak lepas geram sikit. sepatutnya, nak buat scheduled post kat umah. tapi, minggu lepas maxis broadband da jadi BERUK-BAND. maka nya, sebagai blogger tegar, aku masuk ofis awal nak buat post siap2. hehehe... ok, kembali pada topik asal. sejak nia 'dapat kaki' ni. tak penah lagi bawak dia jejak shopping mall. jumaat lepas, nia telah menjejakkan kaki utk buat kali pertamanya di jusco equine. perasaan? sedikit gayat sebab ruang yg besar, tak familiar lak tuh, so macam takut2. tapi bila ada mama or papa dia, baru dia berani nak jalan2. keterujaan nia jelas ditunjukkan diwajahnya bila dapat berjalan- jalan kat tempat baru. cewah, ayat aku, tak tahan tul! tp belum tahap nak kejar- kejar lagi la, sebab nia pun tak berani nak kesana sini lagi. jalan skit2 je lepas tu tak leh terlepas pandang. konon nya tak nak bawak stroller sebab kejap & dia nak bejalan. tp ikut mood dia gak. tetibe je dia duduk, kenala bedukung pulak. nasib kejap je, kalau lama, masak gak nak bedukung...

jalan- jalan...

video ni ditujukan khas kepada yang ramai bertanya (terutama opah dgn atuk nia. yup, opah dgn atuk selalu gak tgk blog ni sebab nak tgk gmbr nia) samada nia da bole berjalan ke belum. alhamdulillah, hari demi hari langkah nye makin jauh. walaupun aku letakkan target hari raya haritu nia bole jalan, tapi target tak jauh lari bila genap setahun nia mula melangkah dengan lebih stabil. ape lagi yg seorg ibu mau? tak penah puas kan? lepas ni nak tgk dia laju berlari pulak. heheh.. tamak ke? tak salah mengharap. tapi kita serahkan kepada dia utk membesar seadanya. kita hanya bersyukur dgn ketentuan-Nya. ok la, less talk, more action :) few snippets. jenuh la nak upload video. bejanggut menunggu. ni kurang seminit nye video, kalau lebih seminit, mmg confirm tumbuh janggut. hehehe....

genap setahun...

pada tarikh ini, 5 October , setahun yang lalu anakanda tercinta kami selamat dilahirkan pada jam 11.11 pagi dengan berat 3.5kg dan panjang 57cm. alhamdulillah, hari ini, nia genap setahun. nama diberi RANIA atas pilihan aku. sebab pernah dengar nama ni bukan dari safi rania mahupun Princess Rania, Princess of Jordon, tetapi back at 2005, sewaktu friendster tengah glamour, aku perasan ade sorang ni, nick dia Rania. ditambah bersuamikan Ridzuan, wajib la aku amik nama ni. dengan maksud yang mempesona. AYESHA timbul bila sepupu mencadangkan utk meletakkan aishah. tapi ejaan telah diubah oleh wan semasa mengisi borang pendaftaran, dengan maksud hidup bahagia. dilahirkan secara ceasarian kerana low progress tak dilated & fatal distressed. senyuman pertama pada usia 1 bulan meniarap pada usia 2 bulan demam campak pada usia 2 bulan makanan pertama diperkenalkan di usia 6 bulan duduk dan merangkak pada usia 7 bulan stop breast feed pada usia 7 bulan pertama kali diorrhea pada usia 7 bul...

2 Syawal...

hari ke-2, kitorg lepak2 rumah je sebab ramai tetamu yang datang bertandang. tapi petang nye kitorg ke rumah tok sedara aku kat seri iskandar. wan tak penah lagi pegi rumah tokwe tu. time ni la nak bawak dia kenal- kenal dengan 2 pupu kitorg. lepas tu singgah jap ke rumah kawan aku yang bakal menamatkan zaman bujang hari rabu. tak dpt pegi, sebab nak raya ke kajang pulak. dia pun satu, buat kenduri hari rabu, buat la weekend ye tak? begambar sebelum kua umah. nia muka masam sebab kena kejut dia dari tido nak gi beraya.. muka masam lagi... posing kat rock garden opah..dah mula senyum.. dan itulah dia senyuman yang dinanti... :) sebelum tu, aktiviti disiang hari, melayan nia la. nia pun da mula nak berjalan, so, aku dgn wan tak putus2 berlatih nia berjalan. & nia pun jenis tak cepat putus asa. kalau nak ikut kan, dahi tu da bape kali benjol sebab cubaan berjalan sendiri. so this time, kitorg assist sampai dia betul2 stable nak berjalan... lokasi : belakang rumah sebab kat depan ade ...

nia dah 9 bulan..

tak nak cite pasal perkembangan nia, nak cerita apa yg aku suka pasal nia... aku suka bila dia kejutkan aku subuh. selalunya pukul 6.30 nia da bangun, so dia akan memanjat atas muka or badan aku nak aku melayan dia. aku suka nia diwaktu pagi. sebab mood yang paling ok adalah waktu pagi. nia akan bercakap bahasa nye dan pusing satu rumah aku suka bila time nak pakai kan pampers dan baju dia. mesti 'berperang' nak pakaikan semua tuh. sebab nia da tak suka nak dibaringkan. mesti nak duduk or merangkak. tak terkejar aku suka bila dia tunggu aku depan pintu bilik air sambil mengetuk- ngetuk waktu aku tgh mandi. pagi dia tak menangis, hanya bercakap2. aku suka bila time amik dia kat nursery, mmg tak sabar2 rasa nye walaupun seharian penat di pejabat. mesti cikgu2 nya akan memberi laporan ape yg nia da buat seharian. aku suka bila balik rumah, nia sangat happy dapat jumpa mama & papanya. mesti dia menjerit2 dan mengejar2 kami aku suka bila time bagi nia makan terutamanya kalau h...