Skip to main content

adel 5 tahun semalam

assalamualaikum. semalam birthday adel yang ke 5 tahun. alhamdulillah seorang anak yang tak banyak ragam. eh ye ke? makin besar makin berdikari lah tgk dia. skang suruh dia laju dari suruh kakak dia. kalau suruh kakak dia kena lalu banyak toll baru nak suruh buat. kalau suruh dia zasss settle. ke sebab kecik lagi tak tau lah. moga bia molek je lah perilakunya sampai kebesar. seiring dengan muka yang comel itu. wah nampak tak angkat bakul disitu.

so semalam pagi2, aku dah keluar rumah pegi kajang collect doorgift yang aku order dengan blogger jugak. sheeda nama dia. oh sebelum tu, perihal cake, aku nak repeat order dengan dwenujang. yang aku order cake nia and rafa last year. aku memang suka kek yang dia buat. sangat hidup gitu. tapi sayangnya, few times aku whatsapp takde response dari pihak dwenujang tu. and i don't know why. kalau sibuk koba je lah sibuk bang. tapi takpelah, takde rezeki adel nak dapat kek yang diidamkan.

di kalangan warga seri kembangan memang kenal lah brand cake ni. kedai dia deret dengan mymydin kat putra walk tu. cakes d lemari ni ada jugak bukak booth kat dalam aeon equine park. dekat dgn kedai lovely lace. kek2 dia mmg sangat sedap. tapi diorang tak buat kek fondant style. tak kisah lah janji dapat kek sofia seperti yang adel nak. order cake pun sabtu lepas mujur lah diorang boleh buat. nak collect nye hari selasa.   

gitu gini selasa pagi tu, aku mmg ada hal nak ke bank, so pagi2 lepas keluar hantar anak3, aku gi kajang amik goodie bag yang aku order kat sheeda tu. masa bday nia and rafa pun orer dgn dia je. self collect boleh, nak suruh pos pun boleh. tapi sebab dekat so aku self collect je. dalam pukul 8 pagi gitu janji.

 penuh kereta. selalu dapat extra gift dia bagi anak3 aku. tak lokek, senang deal. aku pulak takde banyak songeh, apa dia cadangkan aku ok je. dia party planner so she should know better. selalu aku mmg mintak dia sediakan presents untuk teachers jugak. macam goodie bag gak la. 

lepas tu zasss pegi bank, settle tu lari pegi kedai kek amik kek then hantar kat sekolah adel. diorang nyanyi lagu birthday then aku pun masuk office. semput bunyi nye. mmg pun. hahaha.. tapi dah biasa. 

ni lah rupa kek adel. mintak design lain sebenarnye tapi hasilnya lain. tgk dek nia mmg dilaser je, kenapa kek adel tak cantik. tapiiiii rupa tak menggambarkan rasa. rasa mmg A+++. aku dah beberapa kali rasa cake dari dlemari ni mmg sangat sedap. korang kalau drop by kat area putra walk tu ce beli cupcakes dia. confirm nak repeat lagi.  so ok lah, gini je kek dia. ada sofia character macam yang dia nak.

malu2 je birthday girl ni.. senyap elok je.

gitu je lah, nyanyi lagu birthday and makan. aku pun time ni dah ke ofis. teacher yang tolong amik kan gambar.

hadiah birthday adel, dia nak benda alah ni. dia memang suka lah main rumah2 ni. last year masa dapat best student tu dia nak poney house. suka lah dia main2 macam tu. tapi hat ni dia nak yang bawah sekali. RM599 ko. apekah??? beli kotak bole lah.

so beli yang ni je dulu. tak amik pulak gambar isi dalam dia. basic je lah. nanti boleh beli tambahan accessories gitu. dapur ke, piano ke, kereta ke, gitu2 lah. aku pun tak tau ada benda ni. tapi selalu je diorang masuk toyRus. tu dok usha agaknya. aku memang dah set kan dapat mainan time birthday dengan kalau perform time exam je. 

so to adel, jadi anak yang solehah, mama sayang adel... 

till then...

Comments

nad said…
hepi bday adel!
moga jadi anak solehah :)
comey kek adel.. adiah plak mmg meletops
moga terus cemerlang dunia akhirat... :)
nad said…
This comment has been removed by the author.
arysha_fayyadh said…
Assalam yani,
waaaaaaaaa
sonok dapat hadiah rumah yer
pa pun epy belated birthday yer
moga sentiasa dalam rahmat Allah AMIN
Iela Fazielah said…
alya...k.ila dah tgk cake d lemari tu...tp mahal ek.... nnt bl patung jelah letak atas kek...lg murah...patung RM25 je...haha
Chik Na said…
dah lama tak singgah sini..dah besar adel...zaman aktif berblog adel baru lahir

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...