nia 6 tahun, rafa 1 tahun...

nia dengan rafa genap 6 tahun and 1 tahun pada 5 october lepas. so, jatuh pada hari ahad iaitu raya haji. time tu kat kampung perak sebab raya haji tahun ni turn balik perak. decided to celebrate birthday diorang kat sekolah / taska masing- masing hari jumaat tu. hari tu aku amik cuti. cuti lagi?? cuti banyak! baca entry sebelum ni. 

so, first kita cari adalah kek. aku dapat 1 contact dari officemate aku. duduk kat puncak jalil je. ok best senang nak pick up. so tempah kat dia je. nia nak kek Doc McStuffin mean while rafa mesti lah tak tau dia nak kek apa kan. aku google and pilih ikut apa yang nia nak. and rafa aku pilih buat kek no. 1 je. 

then door gift aku nampak 1 blogger ni sheeda nama dia, dia ada buat set party pack. so tempah kat dia je. instead of bagi jajan2 or foods, bagi barang. kat rumah aku ni lambakan jajan sebab hari2 ada je birthday kawan2 diorang so goodie pack is a must. tempah kat dia je then amik jumaat pagi tu jugak. molek lah aku cuti kan. goodie pack pulak collect kat kajang. ok lah, within area jugak.

nak dijadikan cerita pulak, wan tak sihat sejak weekend sebelum nye. so ingat time nak dekat balik kampung ni ok lah kan sebab dah 2 kali pegi klinik. so dia dah tak sihat, semua benda aku kena handle lah. malam khamis tu pegi puncak jalil collect kek. teruja gak lah nak tgk rupa kek nye. 

ni lah kek yang nia nak. dia google sendiri. and yes 2 tier. kemaen ye. ok lah, boleh makan banyak sikit 1 sekolah tu. morning and afternoon session. 


kek rafa ni cantik jugak dia buat. 3D. dah amik malam tu kena letak dalam aircond kalau ada aircond. 

oh lupa nak cakap, kisahnya semua anak3 aku tak sihat. dari wan ke nia ke adel. semua mendapat jangkitan papanya, actually aku pun tak sihat tapi cepat2 mengambil langkah untuk membaik kan diri, tidak kalu, dah semua sakit sape je yang boleh harap ni? so nia actually demam jugak malam masa amik kek tu. tapi nampak je kek dia macam aura apa tah datang terus segar bugar. betul lah, untuk budak2, kek adalah segalanya kan. happy sebab dia happy.


korang boleh order kat sini. yang buat cake ni lelaki. bak kata principal nia, orang lelaki kalau buat kek ni dia sabar and more detail. ye ke? kalau kat laki mak mmg tak apply kot. pelbagai flavor ada. 

pagi2 jumaat tu hantar niadel dgn rafa macam biasa. kek rafa letak kat rumah dulu sebab plan nak buat petang. so aku hantar kek nia dulu masa hantar diorang pagi tu. then shoot ke kajang nak collect door gift. sebelum 10 kena sampai balik kat sekolah sebab diorang nak mula pukul 10. patut 10.30 tapi 10.30 katanya principal music nak datang check budak2 ni punya concert preaparation. ok, dah jumpa sheeda and collect door gift, siap bagi 1 patung barbie tu. then terus ke sekolah niadel balik. manage to arrive on time. 

tepat pukul 10 dah ready. ramai gak tak datang sebab tgh musim jerebu so budak2 pun on off datang sekolah. sama gak lah dengan niadel yang tgh tak sihat. 

lilin pinjam. lupa nak beli lilin and brother kek tu pun cakap dia lupa nak bagi lilin. happy dia tu. 6 tahun dah dia. tahun last celebrate birthday kat smart reader. 

amik gambar dgn adel 

dengan classmate dia. kitorang siap ada whatsapp group untuk budak2 class ni. semua mak2 lah dgn teacher. senang nak update info ke, nak inform spelling apa budak2 kena hafal ke.  

sessi mengkokak kek. handbag doc mcstuffin tu perisa oreo vanilla kalau tak silap. yg bawah tu rainbow. satu yg aku lupa bawak. pinggan mangkuk plastik / polistrin.  lupa. banyak sangat benda kena handle.


niat nak masak spageti jamu diorang tapi sebab aku je kat rumah handle budak2 aku memang helpless gila. so aku pegi giant beli kan drummet, nugget dgn scallop mintak helper diorang goreng kan. mujur lah diorang ni baik2. so budak2 makan tu lah sekali snack time. 

adel with doc mc stuffin 


bersembang dengan classmate nia. semua pakat2 nak besembang. layankan. 

lupa nak snap gambar goodie bag diorang. lepas dah settle kat sekolah nia, aku pun mintak diri then kena balik rumah kejap ada pulak keje kena settlekan. dalam masa tu text cikgu taska rafa whether boleh buat before tengah hari ke tak. alang aku ada kat area sini lagi. lagi pun tengah hari aku ada lunch appointment dengan cousin aku pasal hal family day kitorang. then awin pun kata ok. dia kata buat dalam pukul 11 sebelum budak makan tengah hari. asal nye nak hantar kek dgn goodie bag je tapi diorang ajak join sekali. so ok je lah.





kat taska rafa nyanyi sama2 potong kek then thats it. so memang aku datang cukup syarat je lah. rafa mana paham apa. muka blur je tak gembira pun. hahahah.. kek nia sempat rasa kek rafa x sempat rasa sebab rushing nak ke KL pulak. tinggal kan diorang semua dgn goodie bag sekali. untuk teacher2 pun ada jugak disedikan goodie bag. beria ye. beria lah. diorang jaga anak2 kita kan. 

so gitulah cerita sambutan hari jadi nia dgn rafa dengan kawan2 sekolah diorang. harap menjadi kenangan yang best buat diorang especially nia yang dah besar and dah paham. next year nia dah dajah 1 dah takde nak prepare macam ni lagi dah. tu yang aku join sekali. sebelum2 ni tak penah join pun. 

p/s : rafa dah setahun belum ada lagi cerita pengalaman beranakkan rafa ye. tapi korang tau kan, aku beranakkan rafa emergency ceaser sebab waterbag broke. air sudah kering and jalan tak bukak, maka zassss.... so bukan lah plan nak tarikh sama dgn nia. tapi jauh disudut hati ok gak kalau sama. dia terdetik dalam hati memang dah kira doa. termakbul lah. bukan tarikh lahir je sama, cara beranak pun sama, ikut tingkap. bahagian aku... yang penting anak2 sihat dan membesar dengan baik.

2 comments:

Ilyani said...

comel nye kek itu...

Gieyana said...

Hb utk anak2 ko..cute giler cake dorang! Aq ritu da buat gk majlis utk najlaa tp sedikit regret x sempat nk deco! Huh mls nk story! Sedih jdnya...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in