Skip to main content

kain, potty train adel, wedding, unjailbreak idevice

apa punya tajuk daa.. harini bangun awal macam semalam. dan macam sebelum2 nya mcm keje je. tak boleh nak lelap walaupun ngantuk. sebab seru melipat kain sudah mari. bila seru tu dah datang, jangan ditahan2. buat selalu. bayangkan bila aku tgh lipat kain tu, baju dari pegi singapore trip dulu pun ada. hebat tak hebat aku peram kain. maka separuh hari jugak lah settle. naik pitam tengok baju menimbum. tapi lega sebab dah clear katil kat bawah tuh. 

lepas tu vakum kat atas pulak. semalam vakum kat bawah. stamina kurang nak buat semua serentak. aci gitu? lega rumah dah bersih. dalam 12.30 gitu baru settle. oh lupa, harini aku dah start potty train adel. lambat kan start? train baby tua lagi senang rupanya. berani mati gak aku tak gulung carpet ke hape. sekadar alas dgn changing matt je mana dia pegi / baring / duduk. sekali je tekucil. tu pun dia cakap 'mama bacah...' belum menjejer. sempat diselamatkan. then lepas tu sampai sekarang ok je dia. nak pee dia kabo. aku dok tanya banyak kali 'adel nak pee tak?' aku lak kena sound dengan nia 'kalau adel nak pee nanti dia bagitau lah mama' hamboi!

alas

alas

alas. seluar dah bertukar sebab tekucil.

menjelang tengah hari, siap2 keluar nak pegi wedding kat dewan de' seri endon, puspanitapuri, putrajaya. payah nau nak mengeja puspanitapuri tuh. wedding sepupu ayah aku. kira 2 pupu aku lah. kenal sikit2 je. lagi pun ayah aku pesan suruh pegi. wakil kan dia. maksu aku lak whatsapp suruh pegi jugak sebab maksu keje. ok, free kan, pegi je. sampai dalam kul 1.30 gitu. 

the entrance. waaahhh...

sepanjang masuk ke dewan dihiasi dengan foto2 pengantin. waahhh..

siap ada red crpet. waaahhhhhhh!!!! mujur mak pakai proper you. ikut kan nak pakai jeans je tadi sebenarnye. 

kitorg dok betul2 tengah2 meja beradab. so mmg laluan pengantin. dapat lah tgk secara dekat. yang belah aku pengantin perempuan kot. huhu. aram tau weh!

beratur nak amik coklat celup ni. tapi sampai turn nia, cupcakes dah habis. bergenang dia depan counter tuh. sabajelah.

tau tak apa yang bermain dalam fikiran aku sepanjang majlis ni?? berapa ratus ribu lah habis ni ye. hahahaha.. alang kita kalau kenduri kat rumah boleh cecah 5 angka apa lagi kalau buat segah begini. but then, kita mampu, kita buat lah ye tak? mmg semua pun in place. aku jarang sangat pegi wedding2 gini. tu mak jakun.com. everything were beautiful. then jumpa pakcik makcik, sembang2 sikit, mintak diri. then report kat ayah dgn maksu aku kata dah pegi. dan dah menyampaikan kiriman salam yang dikirim.

lepas tu wan tanya nak kemana? aku cakap KL lah, alang dah lalu MEX. bayar toll, dah blur sotong tak tau nak kemana. takde rasa nak bejalan. niadel tido, then decided patah balik. balik rumah tido. petang tadi konon nak update blog tapi takleh nak upload video. tension. video kat dalam hp wan. so bila cucuk iphone wan kat laptop aku, itunes tu nak update software kat iphone wan. aku pun laju je click ok. sekali sangkut!

 dia keluar gini. aku disconnect cable dari laptop, skrin appear gitu je. maknanya nak tak nak mmg kena restore. try off phone pun tak leh. sumpah cuak.

then baru teringat hp wan jailbreak. nak update, kena unjailbreak dulu. lepas tu dah tak boleh nak cancel. dia stuck keluar instruction suruh restore ios. aku dah cuak nak mati. sebab kalau restore, semua data hilang. especially all the contacts. sebab tak de buat backup pun. cuak siot. dia nya takde. keluar. aku solat maghrib dulu. doa banyak2 moga dilembutkan hati suamiku. aku dah bayangkan teruk kena ni kang. macam budak kecik pulak. ye lah, hp tu kan segala benda ada. tu riso. 

mengadu kat nia. "nia, habis lah mama kena marah dengan nia. mama rosakkan hp papa." dah si nia lagi takutkan aku. "aiyok, hp papa rosak mama buat." cis anak! dia tunggu je depan pintu tunggu papa balik nak ngadu kat papa la tuh. wan tak bawak phone sebab aku dok transfer video kan. wan balik je nia biasa lah, reporter! wan rilek je. aku over gelabah. restore je lah katanya. ok zass buat. bedebar gila sebab mmg hilang lah contact dia.

restore in progress. berdebar2 ko. lepas settle restore, dia back up pulak. aku cam, eh ada back up kah? masa tu doa banyak2 at least ada contact. bila dah settle semua. IOS pun dah upgrade. first thing tgk contacts. tadaaa.. retrieved! lega siot. rupanya dia auto synchronized. apps lain2 tu boleh je download balik. cuma papago mmg tak lah nak beli. haritu jailbreak boleh je download free. la ni kena beli $24.99. mmg tak lah nak beli kan. apa pun lega sangat boleh retrieved semua data balik.  maknanya yang kedai charge certain RM untuk unjailbreak and backup data tuh mmg buta2 bayar je lah. padahal boleh je buat sendiri. 

tu yang gempar ditwitter tadi bila aku tweet, mati lah aku kena marah dgn laki aku kang. sebab hp dia lah. semua nya dalam keadaan terkawal. makanya, sebagai penutup entry kali ini, moral of the day ialah lipatlah baju atleast seminggu sekali untuk mengelakkan pitam kain, esok adel dah boleh try pegi school diaperless, kos kahwin sekarang bukan murah, jangan gatal2 godek hp orang & nak unjailbreak iphone, sila jumpa saya. FOC! and apple device leceh??? tak lah, ok je. ;)

semua kau nak cerita ye... AAK??
nite!
Publish!

Comments

nad said…
tua-tua si adel,
tua lagi si zakwan nak berdiaperless, haha!
umo 4thn ni baru mak nye ajo =p
alhamdulillah
takde peristiwa kene mop2 bagai
beza dgn time umo dia 2-3 thn dulu
konon nk try potty train zakwan
tapi-tapi-tapi...
asek kene mop je! asek zakwan kene marah jek!haha! trus pasrah!
umo 4thn baru ok :)

wa...nia mmg reporter ek!haha!

Mrs. Simplicity said…
nad : orang cakap trian boy lagi susah dari train girl. betul kot eh nad? ni tak tu lah esok. berani tak berani nak fre diaper kat school takut terkucil. tapi dia nak pee mmg dia cakap. hopefully gitu je lah. nia mmg reporter tak berbayar!
Iela Fazielah said…
akak kalau kamu kasi h/p canggih manggih gini mmg blur akak... pakai samsung tab pun buat benda basic je.. nak wassup pun xreti...kakak ipar tlg masukkan contact semua... gila harem aku xtau pape pasal teknologi ni... tau surf blog n fb je...
pasal kenduri kat dewan sri hendon tu...ada kazen akak pun buat wed kat situ gak...mmg dorang tu giles kayes ok.... mahal tu sewa dia.... tp mmg gah la...

adel tu sediakan spetot byk2 ye... mcm irfan dulu... tp nab tghari still cikgu irfan mintak sediakan pampers selai..sbb cikgu sayang kat tilam yg br je tukar baru... blkan jugak sebungkus pampers buat pakai kat taska selai n selai dimlm hari
Elyn Sani said…
Mlm pun adel x pakai diaper dh ke beb? Wafiq dh lama sket br aku train diaperless mlm sbb aku malas gak. Muahahha. Now baru off diaperless! Lega poket apaknye.
Mrs. Simplicity said…
k.iela : kak, kita serupa. saya ada laptop ke apa ke mmg blogging dgn keje je. lain2 mmg tak tau apa. tu semalam gelabah tapir bila jadi gitu. mmg cuak habis. mau jadi bahan gaduh nanti. :p

ha kak, mmg saya diberitahu, family diorg ni kategori kayes giles la jugak. kira jakun lah. hahaha..

bab potty training tuh, akak distock up kan panties nye bebanyak. thanks kak. :)

elyn : hish, nap dgn tido malam berpampers la budak tuh. takat bejaga je berani. nak tido tak berani aku nak diaperless. mama dia 'rajin' nak tukar bedsheet kalau terpee :)
Anonymous said…
bagusnye dh train adel xpakai pempes.
Aku lom mai seru lg nk buat kat arissa.
si zafran mlm aku bg pakai pempers gak, mls nk cuci cadar kekdahnye. ntah smpai bile pn tak tahu.
last wk aku tgk kat baby luvs me ade jual panties ala2 diapers.. khas utk train ank pee/poo kat toilet.
Ztee_Azwanis said…
aduh.. letih dan saspen bc bab tepong wan tu.. huuuu... ala... zte lupa lah psl changing mat getah tu mse train likha dulu haha. ntah mne dah likha punya mse baby2 dlu..


eh ending tkde xoxo ke ? huuuu
adeiii..tingt plak baju kt umah tu ha...sbakul x dan nk lipat...huhu...tlg2...

mcm2 cite masuk dlm satu n3 ko yer..sng cite..haha..
Mrs. Simplicity said…
ira : arissa sebaya adel ke? senang je babe rupanya nak train. tah kot first day je senang aku tak tau lah. nap time dgn tido malam mmg berpampers. and keluar pun. ni coti selang2 boleh diajar. ko beli ke panties tuh? mmg ada je jual panties for potty train tp tak nak lah aku beli. tak pakai kot nanti. aku rasa mcm pampers je function nya.

mama likha : hahahah mmg gabra habis masa tuh. disaiko pulak dgn nia. hehehe.. mujur all data retrieved. changing matt tuh mmg tak buang. baby2 datang boleh guna. :) tak letak XOXO sebab tu trademark zte :)

zura : esok cuti, boleh lah ko operasi. aku akan buat blog ni mcm diari. hari2 punya cerita akan diupkan. insyaAllah :)

Popular posts from this blog

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...