apa punya tajuk daa.. harini bangun awal macam semalam. dan macam sebelum2 nya mcm keje je. tak boleh nak lelap walaupun ngantuk. sebab seru melipat kain sudah mari. bila seru tu dah datang, jangan ditahan2. buat selalu. bayangkan bila aku tgh lipat kain tu, baju dari pegi singapore trip dulu pun ada. hebat tak hebat aku peram kain. maka separuh hari jugak lah settle. naik pitam tengok baju menimbum. tapi lega sebab dah clear katil kat bawah tuh.
lepas tu vakum kat atas pulak. semalam vakum kat bawah. stamina kurang nak buat semua serentak. aci gitu? lega rumah dah bersih. dalam 12.30 gitu baru settle. oh lupa, harini aku dah start potty train adel. lambat kan start? train baby tua lagi senang rupanya. berani mati gak aku tak gulung carpet ke hape. sekadar alas dgn changing matt je mana dia pegi / baring / duduk. sekali je tekucil. tu pun dia cakap 'mama bacah...' belum menjejer. sempat diselamatkan. then lepas tu sampai sekarang ok je dia. nak pee dia kabo. aku dok tanya banyak kali 'adel nak pee tak?' aku lak kena sound dengan nia 'kalau adel nak pee nanti dia bagitau lah mama' hamboi!
alas
alas
alas. seluar dah bertukar sebab tekucil.
menjelang tengah hari, siap2 keluar nak pegi wedding kat dewan de' seri endon, puspanitapuri, putrajaya. payah nau nak mengeja puspanitapuri tuh. wedding sepupu ayah aku. kira 2 pupu aku lah. kenal sikit2 je. lagi pun ayah aku pesan suruh pegi. wakil kan dia. maksu aku lak whatsapp suruh pegi jugak sebab maksu keje. ok, free kan, pegi je. sampai dalam kul 1.30 gitu.
the entrance. waaahhh...
sepanjang masuk ke dewan dihiasi dengan foto2 pengantin. waahhh..
siap ada red crpet. waaahhhhhhh!!!! mujur mak pakai proper you. ikut kan nak pakai jeans je tadi sebenarnye.
kitorg dok betul2 tengah2 meja beradab. so mmg laluan pengantin. dapat lah tgk secara dekat. yang belah aku pengantin perempuan kot. huhu. aram tau weh!
beratur nak amik coklat celup ni. tapi sampai turn nia, cupcakes dah habis. bergenang dia depan counter tuh. sabajelah.
tau tak apa yang bermain dalam fikiran aku sepanjang majlis ni?? berapa ratus ribu lah habis ni ye. hahahaha.. alang kita kalau kenduri kat rumah boleh cecah 5 angka apa lagi kalau buat segah begini. but then, kita mampu, kita buat lah ye tak? mmg semua pun in place. aku jarang sangat pegi wedding2 gini. tu mak jakun.com. everything were beautiful. then jumpa pakcik makcik, sembang2 sikit, mintak diri. then report kat ayah dgn maksu aku kata dah pegi. dan dah menyampaikan kiriman salam yang dikirim.
lepas tu wan tanya nak kemana? aku cakap KL lah, alang dah lalu MEX. bayar toll, dah blur sotong tak tau nak kemana. takde rasa nak bejalan. niadel tido, then decided patah balik. balik rumah tido. petang tadi konon nak update blog tapi takleh nak upload video. tension. video kat dalam hp wan. so bila cucuk iphone wan kat laptop aku, itunes tu nak update software kat iphone wan. aku pun laju je click ok. sekali sangkut!
dia keluar gini. aku disconnect cable dari laptop, skrin appear gitu je. maknanya nak tak nak mmg kena restore. try off phone pun tak leh. sumpah cuak.
then baru teringat hp wan jailbreak. nak update, kena unjailbreak dulu. lepas tu dah tak boleh nak cancel. dia stuck keluar instruction suruh restore ios. aku dah cuak nak mati. sebab kalau restore, semua data hilang. especially all the contacts. sebab tak de buat backup pun. cuak siot. dia nya takde. keluar. aku solat maghrib dulu. doa banyak2 moga dilembutkan hati suamiku. aku dah bayangkan teruk kena ni kang. macam budak kecik pulak. ye lah, hp tu kan segala benda ada. tu riso.
mengadu kat nia. "nia, habis lah mama kena marah dengan nia. mama rosakkan hp papa." dah si nia lagi takutkan aku. "aiyok, hp papa rosak mama buat." cis anak! dia tunggu je depan pintu tunggu papa balik nak ngadu kat papa la tuh. wan tak bawak phone sebab aku dok transfer video kan. wan balik je nia biasa lah, reporter! wan rilek je. aku over gelabah. restore je lah katanya. ok zass buat. bedebar gila sebab mmg hilang lah contact dia.
restore in progress. berdebar2 ko. lepas settle restore, dia back up pulak. aku cam, eh ada back up kah? masa tu doa banyak2 at least ada contact. bila dah settle semua. IOS pun dah upgrade. first thing tgk contacts. tadaaa.. retrieved! lega siot. rupanya dia auto synchronized. apps lain2 tu boleh je download balik. cuma papago mmg tak lah nak beli. haritu jailbreak boleh je download free. la ni kena beli $24.99. mmg tak lah nak beli kan. apa pun lega sangat boleh retrieved semua data balik. maknanya yang kedai charge certain RM untuk unjailbreak and backup data tuh mmg buta2 bayar je lah. padahal boleh je buat sendiri.
tu yang gempar ditwitter tadi bila aku tweet, mati lah aku kena marah dgn laki aku kang. sebab hp dia lah. semua nya dalam keadaan terkawal. makanya, sebagai penutup entry kali ini, moral of the day ialah lipatlah baju atleast seminggu sekali untuk mengelakkan pitam kain, esok adel dah boleh try pegi school diaperless, kos kahwin sekarang bukan murah, jangan gatal2 godek hp orang & nak unjailbreak iphone, sila jumpa saya. FOC! and apple device leceh??? tak lah, ok je. ;)
semua kau nak cerita ye... AAK??
nite!
Publish!
Comments
tua lagi si zakwan nak berdiaperless, haha!
umo 4thn ni baru mak nye ajo =p
alhamdulillah
takde peristiwa kene mop2 bagai
beza dgn time umo dia 2-3 thn dulu
konon nk try potty train zakwan
tapi-tapi-tapi...
asek kene mop je! asek zakwan kene marah jek!haha! trus pasrah!
umo 4thn baru ok :)
wa...nia mmg reporter ek!haha!
pasal kenduri kat dewan sri hendon tu...ada kazen akak pun buat wed kat situ gak...mmg dorang tu giles kayes ok.... mahal tu sewa dia.... tp mmg gah la...
adel tu sediakan spetot byk2 ye... mcm irfan dulu... tp nab tghari still cikgu irfan mintak sediakan pampers selai..sbb cikgu sayang kat tilam yg br je tukar baru... blkan jugak sebungkus pampers buat pakai kat taska selai n selai dimlm hari
ha kak, mmg saya diberitahu, family diorg ni kategori kayes giles la jugak. kira jakun lah. hahaha..
bab potty training tuh, akak distock up kan panties nye bebanyak. thanks kak. :)
elyn : hish, nap dgn tido malam berpampers la budak tuh. takat bejaga je berani. nak tido tak berani aku nak diaperless. mama dia 'rajin' nak tukar bedsheet kalau terpee :)
Aku lom mai seru lg nk buat kat arissa.
si zafran mlm aku bg pakai pempers gak, mls nk cuci cadar kekdahnye. ntah smpai bile pn tak tahu.
last wk aku tgk kat baby luvs me ade jual panties ala2 diapers.. khas utk train ank pee/poo kat toilet.
eh ending tkde xoxo ke ? huuuu
mcm2 cite masuk dlm satu n3 ko yer..sng cite..haha..
mama likha : hahahah mmg gabra habis masa tuh. disaiko pulak dgn nia. hehehe.. mujur all data retrieved. changing matt tuh mmg tak buang. baby2 datang boleh guna. :) tak letak XOXO sebab tu trademark zte :)
zura : esok cuti, boleh lah ko operasi. aku akan buat blog ni mcm diari. hari2 punya cerita akan diupkan. insyaAllah :)