dari jumaat lepas aku tak sihat. sampai harini pun rasa belum ok 100%. masih bergantung pada dadah. pasal sakit tu, nanti kita cerita lain. malam tadi, dan kebiasaan malam2 aku, aku akan tido bilik niadel sebab nak bagi diorg tido. konon2, aku tido dengan diorg. tapi bila dah lena, aku masuk bilik aku balik. macam adel, ok je, pandai nak tido sendiri. macam nia pulak, dia jenis penakut, nak mama tido kat sebelah dia. peluk dia. sampai dia lena. sape adik, sape kakak tak tau. gen penakut turun ke nia. well, i can't blame her.
setiap malam jugak, aku tido kat tempat nia, dia yang set kan tempat tido aku. tepis semua bantal nak bagi ruang untuk aku tido. dia pulak akan bangun ngadap rak buku then akan amik sebuku 2, untuk dibelek2 sebelum tido. dan akan letak ditepi bantal katanya, nia nak buat buku ni esok.
so, malam tadi, same routine, habis adam&hawa semua kena naik atas, tido. tapi malam tadi, mama yang tido dulu. masa tu tgh nampak nia belek2 buku. then bila aku terjaga, diorg pun dah lena, aku pegi masuk bilik aku. tapi, bila bangun pagi je apa jadi?
ni bahagian belakang baju aku. penuh sticker! aku mmg tido meniarap so tu yang diorg tampal sticker belakang tshirt mama. tak tau angkara niadel or nia sahaja. yang pasti nia kepala nye. patutlah kat katil, bantal aku nampak sticker melekat2 masa bangun tido, rupanya belakang baju bersusun sticker diorg tampal. mama tak bagi tampal sticker kat dinding, deme pegi tampal kat belakang baju mama. rasa tak nak pakai dah baju ni. gantung buat kenangan.
Comments
kretif!
pandai nia :)
tak kasi lekat kt dinding, lekat kat baju mama :)
mama tgk syok tido..depa buat projek tmpl sticker...huhu...
nia takut lg dr adik dia yer..hikss