Skip to main content

cerita medical check up

dah lama aku nak cerita pasal medical checkup aku ni. from the day 1 itself. sbb nak share experience buat full medical checkup. tp it turn out to be a scary episode of my life. aku tak sangka, during the checkup tu, aku ni ada mcm2 masalah. ok, jom mula.

aku penah cite yg wan ada ajak aku buat full medical check up. reason being? saja je lah. ada health screening center approach kitorg and kitorg setuju nak buat full medical checkup yearly. atleast setahun sekali. so, kitorg dah buat check up tu on 1st Disember haritu. memula nak buat 8/12. masa anniversary kitorg. konon bole lah berdating lps tuh. tp 8hb penuh pulak. kalau drag tgh bulan tak boleh sebab tu time aku period. kalau period dgn pregnant mmg tak leh check up sbb ada xray semua. so amik 1/12.

sementara menunggu wan kat ofis cyberjaya. kasut sukan aku yg putih lagi suci lagi bersih sebab tak penah bersukan / bersenam. kena pakai sport shoes sebab ada stress test, lari atas treadmill.

kitorg nye appointment kul 10.30 tp sampai lewat sikit sebab wan ada report kena hantar. so these are the procedures

amik berat, tinggi, cek mata, amik darah. sebelum tu kena puasa 10 jam sebelum amik darah dgn urine ye. banyak gak darah dia amik. 
 
lepas tu dok dalam bilik menunggu. tunggu turn untuk x-ray, abdomen scan dgn pap smear untuk perempuan. masa ni hanya bole minum air kosong je sebab urine tak amik lg.

tah macam mana, haritu mmg ramai sgt org buat checkup. sebab ada group of foreign students buat checkup. lama gak nak tunggu turn tu. sementara nak tunggu xray dgn scan abdomen, kitorg jumpa doktor dulu untuk tanya serba sedikit pasal medical history. doktor akan cek pulse kita, blood pressure. untuk pompuan lak kena buat pap smear lah. pap smear tak sakit eh, cuma ada rasa discomfort je lah bila mulut itik tuh dah masuk dalam vjj kita.

lepas tu, chest x-ray pulak. sebelum tu utk pompuan kena sign consent yg mengatakan kita tak pregnant masa xray sdg dilakukan. ye lah, kalau pregnant mana bole xray. radioaktif tuh. ramai gak pompuan tak proceed with xray tp aku buat sbb mmg (hopefully la kan) tak pregnant. settle chest xray baru lah scan abdomen pulak. kalau lelaki nak scan sekejap je. kta banyak part sgt.

kita (pompuan) yg macam2. nak kena scan uterus lagi, breast lagi. lain yg diorg scan, lung, liver, perut. amik masa setengah jam. scan kitorg semua lepas. takde abnormality. lepas dah sudah scan baru lah bole letak urine dalam botol yang disediakan. settle tu, baru lah boleh jamah biskut jacob 2 keping dgn air milo sebelum proceed dgn stress test.

alas perut sebelum nak lari2 atas treadmill

sebelum buat stress test kena buat hearing test dulu. yang ni kitorg pun semua ok. aku belah kiri mcm tak sensitif bunyi sangat. taik telinga tebal kot. lepas tuh, proceed untuk buat ECG test, untuk cek jantung kita. baring dalam keadaan rileks dan diorg akan print graf bacaan jantung kita.

lepas tu, buat test untuk tgk lung kita ok ke tak. yang ni pun kitorg ok. last part is lari atas treadmill lah. aku dah ready time ni dah duduk atas treadmill, wayar dah pasang kat area jantung. sekali diorg tak bagi proceed. mcm ada tak kena kat ECG reading aku tadi. 
aku dah, ah sudah! apa pulak. wan dah selamat berlari atas treadmill masa tuh. dia semua test lepas. aku lak kena tahan. so, diorg pun panggilkan doktor. doktor tgk graf aku dia kata ada abnormality kat ECG reading aku mcm ada something wrong or blockage kat JANTUNG! diorg mmg tak bagi aku proceed untuk treadmill sebab takut aku collapse. 

aku betul2 nak collapse dah time tuh. apa tak kena dgn jantung aku ni? then doktor suggest aku refer tu cardio. aku terus lah agree. diorg check kan cardio mana yg available untuk aku jumpa. dalam pada tu, aku dgn wan tak becakap to each other. aku mmg totally freak out. wan tatau lah dia risau kan aku ke apa.

so, bila jumpa pakar jantung, doktor tanya aku nye life camne. aku nye kerja camne, anak berapa, selalu bersenam ke tak, family ada heart problem tak dan yg paling tak boleh lupa bila doktor tanya ADA DALAM FAMILY YANG PERNAH MATI MENGEJUT? aku masa tu rasa betul2 nak kena heart attack. doktor takleh nak detect what is actually wrong with my heart. so, he schedule me to run an echo test, echo stress test. echo test ni maksudnya scan jantung la. bole nampak apa yg tak kena dgn jantung aku. if any. masa tu, yaAllah, macam2 lah dalam kepala. sempat ke tgk anak2 aku besar ni.

so balik rumah dgn penuh debaran nak menunggu echo test. korang nak tau echo test tu bila? siang tadi. (14hb) apa result echo test tuh? next entry.....

appointment with cardiologist which was held at 2pm this afternoon

note : siapa sangka, aku yg kurus, sihat walafiat ni pada luaran nya, dalaman nya ada macam2 masalah. so korang, kalau dpt peluang at least setahun sekali buat medical checkup. we never know kan? prevention is definitely better than cure.
note2 : sorry  to my followers at twitter, entry ni macam repetition lak untuk korang. hehehe...

Comments

Nissa Azmir said…
nervesnya nak tahu next entryyy... akak buat kat hosp mana?
Mrs. Simplicity said…
nisa : oh lupa nak bgtau. checkup kat gleneagles ampang. mmg bedebar x igt punya bila nak tunggu buat echo test ni. nnt akak cite eh
Iryani Noor said…
hopefully xde ape2 la alya.. debor gak nk tunggu next entry nih...
ryugiena said…
ni la entry yg aku dok tgu. aku lak riso..nk tau test ko smlm plak..
wanie md zain said…
alya...hope tak de apa2 la...
nome said…
semoga ko dijauhkan dari segala penyakit berbahaya...amin
Anonymous said…
alya hope u sihat2 jer..
alya, jgn approve komen ni..
i got something to share.. dont know y u... maybe kita byk persamaan..
my husband is having affair with another bitch.. smlm br dpt tau... feel like dying...
Mrs. Simplicity said…
iryani : alya yg dok menunggu mmg sgt la debor nye. huhu.. nanti kita cerita lg eh.

nana : ko tgk twitter tak? aku ada ltk result la.

wanie : thanks wanie. hopefully. unfortunately not. huhuhu

nome : thanks for the doa babe!

anonymous : how can i contact u? if u need anything, drop me an email at alyyani@gmail.com take care!
wdta said…
teringin nak buat medical check up,tapi tak berkesempatan.
Mrs. Simplicity said…
suhida : aku tu dkt setahun gak la drag. hujung tahun baru buat. kalau x bayar, x terbuat agaknya..
Anonymous said…
salam,
nak tanya..berapa bayaran utk full medical check up ni ye?
then buat katner ni ek?

tqvm (@_@)
Anonymous said…
how much full medical check up at there?

from: hamba Allah yg ingin tahu

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber