Skip to main content

Tips ke MAHA 2010

semua sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya pameran MAHA 2010 peringkt antarabangsa. oleh sebab tapak pameran dia belakang rumah aku je, hari- hari pergi keje mesti lalu, maka kitorg pun tak lepaskan peluang kesana. tapi, entry ke sana akan menyusul lepas ni.

sebab ianya masih lagi berlangsung, dan aku rasa ramai yang berminat nak pergi, aku nak share tips ke MAHA 2010 base on our own experience yesterday. ok, lihat dibawah mana tau boleh membantu. sebab masih ada seminggu lagi pameran ni.
  • datang seawal mungkin. jangan ingat rumah ko belakang tapak pameran korang bole expect bole dapat parking dengan mudah. kitorg kua pukul 9 lebih pun, hampir sejam dapat parking. eksyen ye, konon belakang rumah je. kahhhhhhh... kitorg keluar dari MAHA, tgk org parking kereta, sejauh- jauh nya pun ada. sanggup ye diorg.
  • pakai kasut yang sesuai. aku tak recommend la korang ber heels mahupun ber wadges. pakai kasut  / sandal yang sesuai untuk korang berjalan jauh, turun naik bukit. sebab aku guarantee, paling kurang pun 3 jam korang akan berada disana.
  • ada anak kecil? aku tak pasti stroller dapat memudahkan perjalanan korang ke tak. sebab terlampau banyak booth, jalan yang berbukit bukau, perlukan naik bas perantara untuk pergi ke tempat- tempat pameran, turun naik tangga. kalau dapat bawak carrier, that's better. 
  • lepas tu, pakai kan pakaian yang sesuai untuk anak. ish, kesian sungguh aku tgk ada sorg budak ni dipakainya gown mcm nak jadi flower girl. then ada sorg baby pakai baby tight. ish, tak sesuai.
  • kurangkan gadget yang perlu dibawak. kalau bole, letak semua dalam 1 bag. or suruh anak bawak bag pack dia sendiri utk letak air dgn kudap- kudap dia.
  • bawak bag khas untuk letak barang yang akan dibeli. sebab aku pasti korang takkan keluar dengan tangan kosong. terlampau banyak benda nak dibeli. kalau kat seksyen ternakan, ada pelbagai jenis daging, susu, yogurt. kalau ke laman sayur, dah nak beli sayur. kalau ke seksyen buah- buahan, dah nak beli buah pulak. tu belum masuk agrobazar lagi, semua la nak beli. lagi satu, ramai gak membeli pokok- pokok dan benih- benih. ish, mmg banyak la. so, bawak 1 bag khas nak letak barang- barang ye.
  • sediakan payung, topi, sunglasses. kalau cuaca terik, mmg kesian kat budak- budak la. so, pakai kan cap utk budak. or berpayung. payung wajib bawak ye. kalau tetiba hujan, dah kelam kabut nak cari tempat berteduh.
  • bawak air masak yang secukupnya. tak yah la bawak sebotol besar. cukup utk anak nak minum. sebab confirm budak akan haus. tah macam mana semalam, nia banyak kali mintak air. mmg panas semalam.
  • anda sedang sarat mengandung? agak- agak kalau dah 37 minggu ke atas tu, toksah la pergi kot. kang takut ada yang sakit time ke pameran tu. serious aku seriau tgk ibu- ibu mengandung dah sarat ni.
sekian tips yang aku nak share dengan korang. kitorg yang dah pergi, mmg seronok sangat. banyak sangat barang dalam tu. wan siap cakap rasa nak pergi lagi, nak beli dagig- daging. dan yang penting kita takkan sangka yang semua barang yg selalu kita beli brand luar negara, ada jugak barang tersebut, orang tempatan kita buat. banyak sangat jenama. mmg seronok la. tapi tu la, macam point kat atas tu, kena fizikal dan mental ready nak kesana. so, selamat berMAHA!

punya la berejam nak masuk parking, siap bole amik gambar, signboard dia kat tepi jalan...

Comments

OneSimpleMother said…
alya dah pegi ye.. besnya. semalam kami ke mines resort. lalu MAHA tu la.. ya ampuuuun.. punyalah jammed. tengok org parking punyalah jauh. berkilometer jugaklah.. kami pun plan nak gi gak. weekdays barangkali. takdela ramai sgt org kot.. ye ke..?? :)
r|nA @ ja|j|na said…
bagus tips alya ni, mmg kene praktiklah kalau nak gi tempat sesak² macam MAHA ni..dgr cari cite alya ni, mmg dah dapat bayang sesaknya camne..
amal_fc1303 said…
ni kalo ajak mak pergi sinie sure nak pergi nie.
boleh la beli benih2 anak2 pokok kan.
maklum skrng nie ngah dok gian menanam pokok2 bunga.

banyak giler ko punye tips.
merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records.
Mrs. Simplicity said…
ummu luqman : kak mas, kalau akak ada kelapangan nak pegi weekdays, better pegi weekdays la kak. mmg tgk semalam, sanggup tu diorg parking jauh2. seronok kak. walau ada 2 anak kecik, gigih nak pegi gak tu. :)

rina : mmg sangat sesak. tp seronok! :)

ina : ish, aku kalau pegi sana semalam, mmg teringat mak la. kalau mak ada ni, korang pun ada, sure kiri kanan korang pegang baran. banyak sangat barang yg best! mmg hebat la sambutan dia.
amal_fc1303 said…
tu la tgk kat tv pon. mcm2 ada nyer. buah2an pulak tu. ayah suka tu kalo beli buah2 nie. msti kalo beli kat sana dpt harga murah2 kan.

lagi satu kalo kesana bawak kamera per?? dslr okey ker? xda tips pulak yg tu.
mastura said…
terima kasih untuk tips tu. sangat2 membantu nanti. ada jugak plan nak ke sana...
Mrs. Simplicity said…
INA : TU LA, AYAH MAK KALAU PEGI, MMG KENA HANGUT KORANG LA. TUKANG BAWAK BARANG.

OH LUPE NAK LETAK SATU LAGI TIPS YE. HAHAHA.. RAMAI JE BAWAK DSLR. TP MCM TAK DPT SNAP APA SEBAB PEGANG BARANG LAGI, ANAK LAGI, THEN ORG RAMAI LG. KITORG PAKAI SONY CYBERSHOT JE. KALAU BAWAK DSLR, AKU TAK DAPAT BAYANGKAN WEH.

MASTURA : SILA- SILA.. SEAWAL PAGI YE. SENANG NANTI NAK DAPAT PARKING.
amal_fc1303 said…
tu la pasal nyer. nak tnye pasal kamera la jugak tu.
kalau datang sorg diri boleh la yer.
nie dtg satu family..
nak2 anak2 kecik2 lgi.
kal dah besor xpe la jugak..
terasa kepenatan nye berjalan 3 jam naik bukit turun bukit tu.
ayu said…
baru ingat nak pegi minggu ni.. tq coz bagi tips tu..amat berguna tuk dipraktikkan bagi sya yg ade ank kecik... nak2 lgi si kecik berambut tebal tu macam nia..hehehe
Mrs. Simplicity said…
ina : kitorg ada kat situ hampir 5 jam ye! 2 : 2 anak dgn adult, mmg tak dapat la nak ber DSLR.

ayu : sila ayu. nia tu org nak ikat rambut dia dia tak mau. mujur la ada jugak angin sepoi2 bahasa. huhu..
ryugiena said…
mmg tips yg sgt berguna.aku dh pegi dh.jem xhengat weh..tp seronok r.xleh pegi dlm ms sehari..
Mrs. Simplicity said…
nana : betul tu tak leh cover dalam sehari. aku tgk gmbr ko tu, tak perasan aku tmpt rabbit tu. kat mana eh. ish, banyak gak yg ter miss. acik goreng pisang celup tangan kat minyak tu ko tgk? aku tak jumpa gak..
Elyn Sani said…
adik aku pi laki bini sabtu aritu. sampai tercabut tapak heels die... hihi
Mrs. Simplicity said…
elyn : hehehe.. yeke bed? sian adik ko weh.
amal_fc1303 said…
tu la pasal nyer.
dpt byangkn kalau dgn anak kau lagi.
ngan dslr gedabak ko tu.
uish mmg xmenang tgn la ko time tu.
ngan panas nak berjalan nye lagi.
5 jam tu giler kau lama kot.
mamashasha said…
dahsyat wei....ko kasi tips dulu b4 kuar entry...bagus2 input yg sgt berguna kpd yg bercita2 nk pegi....aku prefer pegi pagi...bukak pintu bak kata ko...senang sikit...bila dh dekat pkul 11 cuaca dah terik kan...ni utk pengetahuan ko org kg aku siap ada rombongan lagi wei dtg sini....hehe
eiman's mummy said…
seronok kalau dapat pegi kan..
tapi jauh sgt la..
eiman's mummy said…
seronok kalau dapat pegi kan..
tapi jauh sgt la..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...