semua sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya pameran MAHA 2010 peringkt antarabangsa. oleh sebab tapak pameran dia belakang rumah aku je, hari- hari pergi keje mesti lalu, maka kitorg pun tak lepaskan peluang kesana. tapi, entry ke sana akan menyusul lepas ni.
sebab ianya masih lagi berlangsung, dan aku rasa ramai yang berminat nak pergi, aku nak share tips ke MAHA 2010 base on our own experience yesterday. ok, lihat dibawah mana tau boleh membantu. sebab masih ada seminggu lagi pameran ni.
- datang seawal mungkin. jangan ingat rumah ko belakang tapak pameran korang bole expect bole dapat parking dengan mudah. kitorg kua pukul 9 lebih pun, hampir sejam dapat parking. eksyen ye, konon belakang rumah je. kahhhhhhh... kitorg keluar dari MAHA, tgk org parking kereta, sejauh- jauh nya pun ada. sanggup ye diorg.
- pakai kasut yang sesuai. aku tak recommend la korang ber heels mahupun ber wadges. pakai kasut / sandal yang sesuai untuk korang berjalan jauh, turun naik bukit. sebab aku guarantee, paling kurang pun 3 jam korang akan berada disana.
- ada anak kecil? aku tak pasti stroller dapat memudahkan perjalanan korang ke tak. sebab terlampau banyak booth, jalan yang berbukit bukau, perlukan naik bas perantara untuk pergi ke tempat- tempat pameran, turun naik tangga. kalau dapat bawak carrier, that's better.
- lepas tu, pakai kan pakaian yang sesuai untuk anak. ish, kesian sungguh aku tgk ada sorg budak ni dipakainya gown mcm nak jadi flower girl. then ada sorg baby pakai baby tight. ish, tak sesuai.
- kurangkan gadget yang perlu dibawak. kalau bole, letak semua dalam 1 bag. or suruh anak bawak bag pack dia sendiri utk letak air dgn kudap- kudap dia.
- bawak bag khas untuk letak barang yang akan dibeli. sebab aku pasti korang takkan keluar dengan tangan kosong. terlampau banyak benda nak dibeli. kalau kat seksyen ternakan, ada pelbagai jenis daging, susu, yogurt. kalau ke laman sayur, dah nak beli sayur. kalau ke seksyen buah- buahan, dah nak beli buah pulak. tu belum masuk agrobazar lagi, semua la nak beli. lagi satu, ramai gak membeli pokok- pokok dan benih- benih. ish, mmg banyak la. so, bawak 1 bag khas nak letak barang- barang ye.
- sediakan payung, topi, sunglasses. kalau cuaca terik, mmg kesian kat budak- budak la. so, pakai kan cap utk budak. or berpayung. payung wajib bawak ye. kalau tetiba hujan, dah kelam kabut nak cari tempat berteduh.
- bawak air masak yang secukupnya. tak yah la bawak sebotol besar. cukup utk anak nak minum. sebab confirm budak akan haus. tah macam mana semalam, nia banyak kali mintak air. mmg panas semalam.
- anda sedang sarat mengandung? agak- agak kalau dah 37 minggu ke atas tu, toksah la pergi kot. kang takut ada yang sakit time ke pameran tu. serious aku seriau tgk ibu- ibu mengandung dah sarat ni.
sekian tips yang aku nak share dengan korang. kitorg yang dah pergi, mmg seronok sangat. banyak sangat barang dalam tu. wan siap cakap rasa nak pergi lagi, nak beli dagig- daging. dan yang penting kita takkan sangka yang semua barang yg selalu kita beli brand luar negara, ada jugak barang tersebut, orang tempatan kita buat. banyak sangat jenama. mmg seronok la. tapi tu la, macam point kat atas tu, kena fizikal dan mental ready nak kesana. so, selamat berMAHA!
punya la berejam nak masuk parking, siap bole amik gambar, signboard dia kat tepi jalan...
Comments
boleh la beli benih2 anak2 pokok kan.
maklum skrng nie ngah dok gian menanam pokok2 bunga.
banyak giler ko punye tips.
merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records.
rina : mmg sangat sesak. tp seronok! :)
ina : ish, aku kalau pegi sana semalam, mmg teringat mak la. kalau mak ada ni, korang pun ada, sure kiri kanan korang pegang baran. banyak sangat barang yg best! mmg hebat la sambutan dia.
lagi satu kalo kesana bawak kamera per?? dslr okey ker? xda tips pulak yg tu.
OH LUPE NAK LETAK SATU LAGI TIPS YE. HAHAHA.. RAMAI JE BAWAK DSLR. TP MCM TAK DPT SNAP APA SEBAB PEGANG BARANG LAGI, ANAK LAGI, THEN ORG RAMAI LG. KITORG PAKAI SONY CYBERSHOT JE. KALAU BAWAK DSLR, AKU TAK DAPAT BAYANGKAN WEH.
MASTURA : SILA- SILA.. SEAWAL PAGI YE. SENANG NANTI NAK DAPAT PARKING.
kalau datang sorg diri boleh la yer.
nie dtg satu family..
nak2 anak2 kecik2 lgi.
kal dah besor xpe la jugak..
terasa kepenatan nye berjalan 3 jam naik bukit turun bukit tu.
ayu : sila ayu. nia tu org nak ikat rambut dia dia tak mau. mujur la ada jugak angin sepoi2 bahasa. huhu..
dpt byangkn kalau dgn anak kau lagi.
ngan dslr gedabak ko tu.
uish mmg xmenang tgn la ko time tu.
ngan panas nak berjalan nye lagi.
5 jam tu giler kau lama kot.
tapi jauh sgt la..
tapi jauh sgt la..