2 hari lepas aku dapati, adel tak berak pun. masa hari pertama dia tak membuang tuh aku macam ok lagi, tapi bila dah menjelang malam hari ke-2 aku baru bukak mulut cite kat mak aku. tekejut gak mak aku. mak aku cakap something wrong kot.
so esok nya (harini) decide nak bawak adel gi klinik nak cek. tapi malam semalam aku google la search pasal bayi tak berak. dapat la masuk dalam forum susuibu.com. bila baca baru la aku tau yang perkara biasa bila bayi yang fully b/f ni kalau jarang berak. sebab nya badan baby cepat menyerap khasiat- khasiat yang ada dalam susu ibu.
sebab sebelum ni adel nye digestion ok jek. bila jadi camni mau tak risau. nia dulu takde gitu. so kitorg cancel nak bawak adel ke klinik. sebab dalam forum tu cakap ada sampai seminggu tak berak. ish, ade ye. pelik jugak.
tapi pagi tadi, adel telah membuang dengan jayanya nyaris berlaku kebocoran. tak keras pun, macam biasa je. lega... tu pasal berat adel pun naik dengan jaya nya. hari tu nurse datang cek adel dgn timbang adel masa 20 hari dah 4.5kg.
mampukah aku nak exclusively b/f anak aku ni ek? breast pump pun nan ado lagi ni. sebab tengah fikir- fikir lagi ni. ish, apa punya mak la aku ni. dulu time nia masuk umo dia 2 bulan aku da start campur dgn susu formula. nia dapat la merasa susu mama dia sampai 7 bulan. sebab aku tak penah pam pun.
harini adel dah 22 hari. kejap je kan? next week nak bawak adel untuk cucuk 1 bulan. tak saba aku nak melihat dunia luar ni. dah hampir sepurnama duduk kat umah ni.
keja paksu adel yang suka sangat nak amik gambar adel. ok la tuh, senang keja aku. aku jadi tukang upload jek :)
last but not least, kasih seorang kakak kepada adik nya. telebih kasih sayang hari ni dia. asyik sebut adel..adel je. maka adel tak bole diletak atas katil. adel letak dalam bed dia je. sangat bahaya.
Comments
p/s: wah2 adel dah nampak cam mula Nia lah...cute..
syg sungguh nia kat adik dia ekkk..bagus akak nia niiii..mmy penyayang! :)
biasa gak dgr kalau baby fykky BF x berak seminggu..kalau jumpa doc pun doc akan ckp normal..
p/s : da nmpk sama eh muka :)
ezzah : tu la, baru tau ni. lepas ni tak risau dah la :)
telebih sayang tuh. takleh bagi dekat
ainey : nak tido kan adel konon nye sambil cakap lailahaillalah.. tapi dia sebut Auwah, auwah... tapi dia lepuk kuat so bahaya.
ha'ah baca kat forum kalau jumpa doktor, doktor cakap normal tu yg tak jadi gi klinik tuh.
Wan pun bukan.maybe campuran ko dgn wan. Tembam pipi
Hasil susu mama !!wahhh kakak nia tidokn adik
Syahdu lak rasa w/pun masih setahun jagung rasa
Tanggungjawab nia dah ada..
bed : tu la, semua pun ala2 confuse cam muka sape adel ni. dulu ms tgk nia semua cakap sebijik cam wan la, mcm aku la. bak kata ko, maybe campur muka aku dgn wan, jadi la adel. :)
ala, ko sebut syahdu2 ni, aku lak jd syahdu bila tgk gmbr tuh. huhu..
ina : tu la dia. kejap je..
klu aku jd ko baik cuba fully bf.apa slhnya kn?utk kebaikan dua2 ibu & ank. aku pun dulu ms ariana umr xsmpi 2bln dh bg fm kat dia.kononnya nk ajar ank susu fm la coz dh nk stat kje. cetek tul pengetahuan ms 2 kn. aku insyaAllah, ank ke2 ni tekad nk fully bf.insyaAllah. doakn aku ek..
org kate susu ibu tuhh jd darah daging....insyaAllah adel akan lebih sehat dan kurang diserang penyakit...susu ibu sgt bagus..
nana : tu la dia nana. tak lama lagi, turn ko pulak kan. tu la dia, sebab masa nia tuh, rasa takde pengalaman lepas tu nak kena tune dah jadi mak. tu yg rasa beban je nak full b/f. kali ni rasa steady sikit tu yg berkira- kira nak fully b/f
azi : tu la kak, baru saya tau. wah, kagum dgn akak. teruja lak nak susukan anak
ryn : calon kakak mithali. ehehehe..
nome : alhamdulillah nome, adel setakat ni cool mcm mama dia gak. tu yg tak terasa masa berlalu dgn cepat
**uishhh.. pttla nmpk bdn adel cam semangat jer.. hehehe.. ni cam dh nk pintas asya jer.. kelmarin tinmbang asya, 6.9kg jer.. uhuuu.. sedihya...
nadja : awak fully b/f ek? akak tak penah tau sebab masa nia dulu ok je hari2 dia buang. lepas ni tau dah la.
lya : insyaAllah, akan pasang azam. tq! nia pun slim gak mcm asya gak. makan banyak je. aktif sgt kot
suhida : aku dpt bayangkan. luahkan pada aku. takpe je. naik fed up gak kalau dah selalu kena ejek kan. berpada2 la kan. tension gak. ooo aku baru nak beli avent. ko kata dah lenguh tangan kena la cari yg letrik.
aieza : yaAllah za, aku ingat masa hana. lupa sudahh... sorry beb. takpe2 simpan tuh yg akan datang. aku kena la beli jugak la.
sekadar coretan dari ibu yang tak berjaya menyusukan anaknya secara terus...
akak...
pada zah moment paling indah dan semua ibu tak berjaya dapat adalah menyusukan anak...susu ibu bukan setakat penuh dgn khasiat yg tiada tandingan tetapi hubungan yg rapat anatara ibu dan anak berbeza...
*zah tidak meminta akak utk teruskan penyusuan susu ibu pada adel...sekadar berkongsi rasa dan jiwa...teruskanlah penyusuan susu ibu...kerna akak bukan hy nampak kesan skrg..tp 50,60,dan mungkin 70 tahun lagi...percayalah...
*maaf kalau coretan ini mengguris rasa....
about fully BF tu insya-Allah alya boleh buat. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Yang penting kena kuat kan semangat. Chiokk chiokk =p