Skip to main content

adel & susu mama

2 hari lepas aku dapati, adel tak berak pun. masa hari pertama dia tak membuang tuh aku macam ok lagi, tapi bila dah menjelang malam hari ke-2 aku baru bukak mulut cite kat mak aku. tekejut gak mak aku. mak aku cakap something wrong kot.

so esok nya (harini) decide nak bawak adel gi klinik nak cek. tapi malam semalam aku google la search pasal bayi tak berak. dapat la masuk dalam forum susuibu.com. bila baca baru la aku tau yang perkara biasa bila bayi yang fully b/f ni kalau jarang berak. sebab nya badan baby cepat menyerap khasiat- khasiat yang ada dalam susu ibu.

sebab sebelum ni adel nye digestion ok jek. bila jadi camni mau tak risau. nia dulu takde gitu. so kitorg cancel nak bawak adel ke klinik. sebab dalam forum tu cakap ada sampai seminggu tak berak. ish, ade ye. pelik jugak.

tapi pagi tadi, adel telah membuang dengan jayanya nyaris berlaku kebocoran. tak keras pun, macam biasa je. lega... tu pasal berat adel pun naik dengan jaya nya. hari tu nurse datang cek adel dgn timbang adel masa 20 hari dah 4.5kg.

mampukah aku nak exclusively b/f anak aku ni ek? breast pump pun nan ado lagi ni. sebab tengah fikir- fikir lagi ni. ish, apa punya mak la aku ni. dulu time nia masuk umo dia 2 bulan aku da start campur dgn susu formula. nia dapat la merasa susu mama dia sampai 7 bulan. sebab aku tak penah pam pun.

harini adel dah 22 hari. kejap je kan? next week nak bawak adel untuk cucuk 1 bulan. tak saba aku nak melihat dunia luar ni. dah hampir sepurnama duduk kat umah ni.

keja paksu adel yang suka sangat nak amik gambar adel. ok la tuh, senang keja aku. aku jadi tukang upload jek :)

last but not least, kasih seorang kakak kepada adik nya. telebih kasih sayang hari ni dia. asyik sebut adel..adel je. maka adel tak bole diletak atas katil. adel letak dalam bed dia je. sangat bahaya.

Comments

Unknown said…
betul lah alyya...ayu pun selalu gak dapat information kalau baby tak buang air besar within 2 weeks t perkara biasa bg yg fully BF...tapi ayu first day lahir lagi dah bagi FM coz tak der susu...dah cuba tapi still lambat susu nak keluar...so nurse bagi jelah FM tu..

p/s: wah2 adel dah nampak cam mula Nia lah...cute..
Ezzah said…
a'ah la alya, baby yg b/f, kalo 2 3 hr x berak tuh biasa je. no worries, btw, adel ni comel sungguh laaaaa.... and nia dgn rambut pendek pun sngt2 comelllll.. :)

syg sungguh nia kat adik dia ekkk..bagus akak nia niiii..mmy penyayang! :)
Ibu Mifzal said…
itu yang ke nak tepuk tuh..heheh..

biasa gak dgr kalau baby fykky BF x berak seminggu..kalau jumpa doc pun doc akan ckp normal..
Mrs. Simplicity said…
ibu damia : yeke? alya tu la, kalau adel tak jadi cmtu mmg sampa sudah takkan tau. masa nia dulu sama cam ayu gak la lambat je susu nak kua. tu yg kuning dia lama.

p/s : da nmpk sama eh muka :)

ezzah : tu la, baru tau ni. lepas ni tak risau dah la :)

telebih sayang tuh. takleh bagi dekat

ainey : nak tido kan adel konon nye sambil cakap lailahaillalah.. tapi dia sebut Auwah, auwah... tapi dia lepuk kuat so bahaya.

ha'ah baca kat forum kalau jumpa doktor, doktor cakap normal tu yg tak jadi gi klinik tuh.
suhida said…
alya:insya allah boleh.spectra 3 tu ok.aku smpi skg susu izt.cuma da stop pum masa umur dia setahun.reason:stress sbb budak2 lelaki kat opis aku suka kacau aku masa aku pum.benci tul. (opis aku open concept..tersangatlah tak ada privacy)
mamashasha said…
Alya,adel cute sangat.nak kata muka ko sgt pun bukan.
Wan pun bukan.maybe campuran ko dgn wan. Tembam pipi
Hasil susu mama !!wahhh kakak nia tidokn adik
Syahdu lak rasa w/pun masih setahun jagung rasa
Tanggungjawab nia dah ada..
amal_fc1303 said…
nak sebulan dh adel alahai kejap je kan. dh besar dh adel nie.
Mrs. Simplicity said…
sue : ko fully b/f izzat sampai setahun ek? baru aku tau ni. ofis ko sama la mcm ofis aku, open. kalau nak pam tu mcm segan. tapi diorg bole la bagi privacy cuma aku ni yg segan. ko pakai spectra 3 ye? ramai pakai tuh.

bed : tu la, semua pun ala2 confuse cam muka sape adel ni. dulu ms tgk nia semua cakap sebijik cam wan la, mcm aku la. bak kata ko, maybe campur muka aku dgn wan, jadi la adel. :)

ala, ko sebut syahdu2 ni, aku lak jd syahdu bila tgk gmbr tuh. huhu..

ina : tu la dia. kejap je..
Mag said…
comel gambar last sekali tu=)
ryugiena said…
sekejap je kn ms berlalu. dh hmpir sebulan dh adel.muka pun dh nmpk lain skit.chinese look. bulat & gebu..hee..

klu aku jd ko baik cuba fully bf.apa slhnya kn?utk kebaikan dua2 ibu & ank. aku pun dulu ms ariana umr xsmpi 2bln dh bg fm kat dia.kononnya nk ajar ank susu fm la coz dh nk stat kje. cetek tul pengetahuan ms 2 kn. aku insyaAllah, ank ke2 ni tekad nk fully bf.insyaAllah. doakn aku ek..
Azirahman said…
normal tu kalau bby f/bf tak berak sampai seminggu. Best tau full b/f ni. akak tiga2 anak full b/f 2-3 tahun....alhamdulillah..
shah-ila-ain said…
ohh adel tak iyak erkk...hehe,,,memang normal tuhh..ingt lagi mase ain kecik dulu 2 minggu ok ain tak birak..aku bawak kelinik doc liwat montot ain sian dia...doc masuk jari kelingking dia kat ain...aduhhh bayangkan lah tak pasal2...kinik pakar lagik aku bawak ain...melayang duit aku...ain tak berak gakk...n doc kate tak de sembelit ke ape pun...ok jerr...sudahnyerr dia berak gakk ok jerr...

org kate susu ibu tuhh jd darah daging....insyaAllah adel akan lebih sehat dan kurang diserang penyakit...susu ibu sgt bagus..
Ryn said…
last pic...so sweet....
Mrs. Simplicity said…
farah : i like it too :)

nana : tu la dia nana. tak lama lagi, turn ko pulak kan. tu la dia, sebab masa nia tuh, rasa takde pengalaman lepas tu nak kena tune dah jadi mak. tu yg rasa beban je nak full b/f. kali ni rasa steady sikit tu yg berkira- kira nak fully b/f

azi : tu la kak, baru saya tau. wah, kagum dgn akak. teruja lak nak susukan anak
Mrs. Simplicity said…
mel : sampai 2 minggu mel? tu yg aku baca kat forum tuh katanya tak yah bawak anak gi klinik nanti dijolok bontot anak kita. sebenarnya budak tu bukan sakit pun kan. then baru aku tau kalau fully b/f ni mmg tak kan sembelit even tak berak berhari hari

ryn : calon kakak mithali. ehehehe..
AieZa said…
biasala xbeyak kalau breastfeed.. kalau berminat nak breastfeed beli la breast pump.. ermm aku suggest beli yg letrik.. sbb ko tak letih nak pump.. n hasil pun byk.. aku pun nk beli aritu.. tp cancel.. :-)
Mrs. Simplicity said…
aieza : apsl ko cancel? tu yg wan nanti perli aku. kang beli2 tp sendiri takde effort nak mengepam. takut gak kau. almaklumla, semangat tak bape nak kuat. alasan, kemain lagi. hahaha..

nome : alhamdulillah nome, adel setakat ni cool mcm mama dia gak. tu yg tak terasa masa berlalu dgn cepat
Chik Na said…
rajinnya kakak alya jaga adik...jangan dicepuknya sudah laa..
nadja said…
hah naper akak tak tanya.. memang kalau BF baby jarang berak.. ehhehe
LYaFRINA said…
bgusla kalo blh BF...

**uishhh.. pttla nmpk bdn adel cam semangat jer.. hehehe.. ni cam dh nk pintas asya jer.. kelmarin tinmbang asya, 6.9kg jer.. uhuuu.. sedihya...
suhida said…
alya, ha ah.memang segan,tp bertabah hati je la.alhamdulillah leh dpt smpi setahun.aku stress agaknya, susu ada lagi masa tu.pum tapi tak byk.rasa mcm tak berbaloi na pum.ko tau je la dak opis aku ni,suka ngacau.aku pum duk ejek2, tension aku.tp na buat camne,perangai org da camtu.haih..luahan perasaan la pulak,kan.ha ah pki spectra 3,aku rasa sgt mmbantu.pada aku ler.sbb masa razi aku pakai avent.ok je tp lenguh ler na mengepam pki tgn.(sampai tidur2 pun aku pernah..hehe)ni pakai elektrik, leh la buat keje sambil mengepam.
AieZa said…
eh ko nih.. soalann... baby dh xde.. kang aku perah sapa plak mau isapp.. iskkk.. lg mau tanyaa..
Mrs. Simplicity said…
chik na : mmg stand by je. sebab mmg dicepuk nya adik dia tuh. huhhu..

nadja : awak fully b/f ek? akak tak penah tau sebab masa nia dulu ok je hari2 dia buang. lepas ni tau dah la.

lya : insyaAllah, akan pasang azam. tq! nia pun slim gak mcm asya gak. makan banyak je. aktif sgt kot

suhida : aku dpt bayangkan. luahkan pada aku. takpe je. naik fed up gak kalau dah selalu kena ejek kan. berpada2 la kan. tension gak. ooo aku baru nak beli avent. ko kata dah lenguh tangan kena la cari yg letrik.

aieza : yaAllah za, aku ingat masa hana. lupa sudahh... sorry beb. takpe2 simpan tuh yg akan datang. aku kena la beli jugak la.
izzahazfar said…
kak alyani,

sekadar coretan dari ibu yang tak berjaya menyusukan anaknya secara terus...

akak...
pada zah moment paling indah dan semua ibu tak berjaya dapat adalah menyusukan anak...susu ibu bukan setakat penuh dgn khasiat yg tiada tandingan tetapi hubungan yg rapat anatara ibu dan anak berbeza...

*zah tidak meminta akak utk teruskan penyusuan susu ibu pada adel...sekadar berkongsi rasa dan jiwa...teruskanlah penyusuan susu ibu...kerna akak bukan hy nampak kesan skrg..tp 50,60,dan mungkin 70 tahun lagi...percayalah...

*maaf kalau coretan ini mengguris rasa....
Iryani Noor said…
hisyhhh cam nak gegett2 jer pipi adel.. gebu sungguhhh..
about fully BF tu insya-Allah alya boleh buat. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Yang penting kena kuat kan semangat. Chiokk chiokk =p
Elyn Sani said…
kwn aku bitt pun pernah sampai 2 weeks anak die tak membuang beb. Dr kata normal kalau fully BF. tp kite mak2 ni sure cuak kan?? heheh

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber