Skip to main content

sekali nia jatuh sakit

kalau korang perasan, da agak lama takde entry nia sakit. kan? last nia sakit masa dia admit kat hospital bulan august dulu. sejak haritu mmg alhamdulillah kesihatan nia dalam keadaan yang baik. baik dari demam, batuk, selsema dan kawasan- kawasan yang sewaktu dengan nya.

tapi kalau dah nama pun budak, dah tu duduk pulak kat nursery, mesti la akan demam jugak kan? yang tak dok nursery pun bole jatuh sakit kan? nia skang tgh batuk + selsema. 2 hari sebelum tu dia ade demam sikit. tapi lepas bagi ubat + minum supplement tambahan (Nutrifresh) yang nia minum sejak bulan 8 dulu, demam dia baik dalam masa 1 malam je.

masa jumpa doktor pun doktor cakap nia tak demam. sebab suhu paling tinggi pun 37.4. tapi aku tetap mintak ubat demam. lepas sehari, nia tak demam. cuma batuk dgn selsema tu biasa la kan, amik masa. itu pun tak seteruk dulu. sebab dia tido pun lena je dari malam sampai ke pagi.

cuma semalam nia diserang cirit birit pulak. cikgu dia cakap pagi sampai tengah hari ok, cuma petang tu sampai 3 kali. bawak pegi doktor malam tadi, doktor cakap perut nia kembung sikit, masuk angin. tu pasal kena cirit birit.

tapi keadaan dia tak membimbangkan sebab semua nya dalam keadaan terkawal. harini masa hantar kat nursery pun dia tak nampak lemah sebab cirit birit dia di tahap terkawal lagi. kalau setiap 2 jam dia kena, mmg kena minum air garam takut dehydrated. tapi malam tadi, nia ok, pagi ni je dia buang cam biasa cuma masih cair.

"don't worry about me mama, everything is under control. although you see that I'm sick but i feel perfectly healthy and active as usual." - pandai- pandai je aku buat dialog tuk nia. hehe.. tp melihatkan keadaan dia yang aktif macam biasa mmg tak merisaukan aku sangat. sebab kalau sakit lain, aku bole compromise lagi, tapi kalau nia demam, mmg haru biru jap kepala otak aku ni. tapi nia tak demam pun.

note : tak saba nak habis waktu ofis harini sebab bermula la hujung minggu aku..:D

Comments

ryugiena said…
aku pun dh xsaba nk tgu kul 5pm..weekend yg pjg..hehe..

mmg pun aly, klu ank x sehat mmg xkeruan kite kn..o ye..ko bg ank ko supplement ape ek?nutrifresh? ape 2? cam berminat je..
nome said…
aku harap nia sentiasa sehat dan aktif hendaknyer...aku tau nia kuat cam ko...
Mrs. Simplicity said…
nana : hahah tu la, tu yg ala2 semangat skit nak masuk ofis siapkan keje. heheh...

ha'ah, nutrifresh minum tiap2 ari, baik utk kite sekali tau. later aku cite pasal tu ek. ko klik link kat situ utk more info.

nome : tq nome! hujung minggu panjang kalau dah sakit nak jalan2 pun tak semangat kan?
fazilzura said…
biasa le budk2 nk beso ni..
kdng2 nk beralih thn pun diorg akan sakit jgk ..
** amboi besh nye keje selangor
izzahazfar said…
sonok nyr kalau cuti sok....zah tak jd nak AL...esok bos nak belanja makan..

nia sakit....cian...semoga lekas sembuh..untiepun sakit ni..
ya la budak2 smntara nk beso...kalu beso pon kdg2 sakit juga kan...

beshnya keja selangor nuh..sok cuti kan..
Chik Na said…
Auntie doakan nia cepat baik dr selsema & batuk...

K.Mas pun berminat nak tau pasal Nutrifresh tu laa..
Nurshahfamily said…
anty harapnia sentiasa sihat n ceria ok
ibu damia said…
bagus allya....kecik2 dah bg suplement kat Nia....

memang sgt susah hati kan kalau2 anak demam...takut melarat ke demam panas jer....btw pencegahan awal tu yg penting....
amai @ mai said…
alahai sian nyer nia.. nty doakan nia cepat baik yer.. nty rndu nengok nia tersengih2.. comei..
amal_fc1303 said…
nia sakit ina bagi tau kat mak tau. hehehehe.
Elyn Sani said…
alhamdulillah nia sihat lepas amik NF.... tp sakit tu takle elak gak beb. cume NF ni bantu kuatkan system imune...

sesapa berminat meh jenguk2 blog http://myhealhtystore.blogspot.com
Jiey^Mien said…
Ari tu ingt nak bg gak NF kat Ian,tp dah macam2 supplement budak ni minum..
Kang overdose plak.. :P
:P
Mrs. Simplicity said…
fazilzura : itu la dia, sampai dia lama tak demam tu wan bole tanya bila last dia demam eh, alih2 demam lak dia. huhu.. tapi dah ok dah. cuma ade mild cirit birit je skit.

**best2! :D

izzah : bos belanja makan terus tak jadi AL? takpe zah, makan free kan? hehe.. tq aunty zah!

zura : ha'ah sebab diorg kecik lagi, antibodi pun tak bape sgt. kite yg da tua pun kadang takleh handle dgn virus kat sekeliling. ni kan pulak budak.

chik na : tq k.mas. batuk selsema tu mcm sebahagian dari dia, dulu selalu kena. alhamdulillah kena kali ni tak seteruk dulu. nanti alya cite pasal nutrifresh tu ye kmas
Mrs. Simplicity said…
nur : tq aunty nur! from nia..

ibu damia : yup. mmg alya cari2 gak ape makanan tambahan yg sesuai. so alya decide try NF ni, since alya pun bole minum jugak. prevent is better than cure kan? :)

mai : aunty nai, nia sakit pun masih sengih2 lg. kalau nia demam je nia nmpk muram skit. so far ok lagi.. :)

ina : hek eleh.. bagitau la. nia tak dah ok pun..

elyn : yup, betul tu. bukan la 100% bole fit kan? tapi bole kurangkan kekerapan aku bawak nia keklinik. kita berusaha kan?

jiey : so far nia minum 1 ni je. heheh..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber