#teamrayakedah 2016

semalam cite sampai mana? sampai sehari sebelum raya kan? so esok rayo! cam biasa pagi2 iron baju, lelaki pegi solat raya. balik bergambar. hari raya 

1 Syawal
baju kitorg from BAK. wan punya baju melayu dari harga rm300 dapat rm100. aku nye baju dari rm250 dapat rm60. sape nak bagi? tudung instant shawl ereka jusoph rm59. wan pakai butang baju melayu lego design tayar. yang paling mendapat perhatian sebab besaq nala. beli online dengan kawan zte. sampin pun gigih beli sebab tak raya kat perak tak leh pakai sampin cikgu anuar. hahaha.. lepas ni boleh pakai sampin ni je lah selama 20 tahun. 

one with the kids. baju budak2 toksah kata. rm15 je kot. rafa nak pakai songkok kemain payah.

 yang paling decent. lagi 20 keping gambar dan positin gini kedaung!

salam- salam session. start dengan anak sulung. dan seterusnya.. 

salam atuk. 

nia ni kalau disuruh salam bertarik2. malu.  

menantu hantu mintak ampun dan maaf. hehehe.. 

salam2 adik beradik pulak. adik ipar aku tgh pregnant. bertambah cucu pak rahim lagi sorang hujung tahun ni. doa semua dipermudahkan untuk ko tah. salam gilir gilir ending dia laki bini anak3 kitorg dah bersalam dengan kitorg. ko rasa? tak lengkap kan? anggaplah laki aku maafkan aku malam2 sebelum tido. sebab kitorg bukan jenis bersendu2 mintak maaf di pagi raya kot. raya hari bergembira. maaf memaaf happened everyday. nampak tak cover line sebab tak salam laki bini di pagi raya. hampes sungguh!

then kitorg keluar pegi kubur ziarah maktok. 

terus gi beraya. balik kampung. gi rumah mak andak. sampai je sini kitorg terkandas. sebab hujan selebat lebat nye. mmg lama la lepask sini.

gi rumah sebelah pulak. err maksu rasanya ni. rafa dah pengsan time ni. berumah2 dia pengsan.

lepas tu rumah maklong. paklong tak bape sihat sejak balik umrah. 3 rumah ketupat palas dah kita..

lepas tu pegi rumah pakteh kot rasanya ni. ampun ko dah 9 tahun kahwin alyyani! sekali dijamu lontong dgn nasi impit ko. ko rasa? bersila lah mak weh makan. rafa tgh lenyek nasi impit dgn lightning macqueen nye. 

depan rumah ada sawah, gambar 1! walaupun budak2 dah muka sendu.

lepas tu rumah paklang...

lepas tu rumah pakngah pulak. semua dekat2 aje. 

nia dah kepengsanan time ni

lepas tu rumah mak anjang. 

rumah last untuk hari ni. rumah jiran lama atuk kot. time ni 2 orang tu tak tahan sgt dah. rafa bahagia sebab dah hilang ngantuk nye

2 Syawal

ready nak beraya.  

kawan baik ayah a.k.a jiran setaman buat open house. 

laksa is their favorite. orang utara katanyakan

gambar keluarga raya ke2. lepas tu gi beraya rumah maklang. lepas tu gi beraya rumah makcok yati. bakpe takde gambar kat sini pun lupa. ke segan nak amik gambar ke entah.

3 Syawal

bersiap2 nak balik perak dah. qari anak buah aku kat kedah ni. sedondon pulak dgn maklong. maklong? ye dah maklong kan. hahahaha 

gambar keluarga raya ke-3. mari balik perak pulak. 

aku takde masalah nak raya belah mana2. awak dah 9 tahun kahwin kan. takde makna nak gaduh2 tak best ke apa. balik belah mertua pun best. bukan kena buat keje. lek2 aje. mengulit anak aje. takde lah insiden ipar duir menyampah kat kakipar nye ke yang biasa aku dengar kat kawan2 lain. aku alhamdulillah elok aje belaka. apak mertua pun sempoi. bab raya ni janji ikut turutan dan sama rata. macam kalau 4 hari sini 4 hari sana. biasa gitu lah. menepati aje aku susun. takde aku amik kesempatan nak lebih kat kampung sendiri. kena ingat banyak mana kita nak bersama dgn family kita, pasangan kita tu pun ada family dia and nak spend time dgn family dia gak. hormat menghormati asas kebahagiaan rumah tangga ye adik2. gitewww..

dah tu je. nanti sambung #teamrayaperak pulak

2 comments:

Nad MamaZN said...

baju murah cantek plak tu..! heaven nya beraya banyak umah.
alya, bukan kata alya je, saya pun sama.. 9-10 thn kawen tetap lupa nama tuan umah. mbah itu, mbah ini, wak itu, paman ini, bibik itu.. lg jawa.. mana nak igt haha!

LYAfrina said...

salam aidilfitri alya..biarlah dh hbs syawal pom...

meriah...cantik2 pic..suka kt sawah tu..mmg cun la. tp adel la photobomb pic tu..hahah...


setuju dgn kata2 tu.. toleransi tu penting.. biar sama adil n saksama.. jgn berat sebelah..msing2 ada fmily sediri..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in