persiapan raya 2016

persiapan sebelum raya macam biasa tak berlebih2 sederhana saja. baju raya dah beli bulan 3 haritu masa BAK collection buat warehouse sale. memula taknak pegi, tapi boss2 aku ni asyik lah berzikir suruh pegi sebab very good bargain katanya. kebetulan on the last day BAK tu buat sale tu kitorg ada jemputan kenduri kat area situ so lajak ke situ. mmg ko kena struggle sikit la nak mencari size baju. tapi aku manage to grab 2 set baju kitorg anak beranak. all in ada 10 pasang total rm600 sahaja. sangat2 berbaloi. dapat free 1 set baju melayu lagi which kitorg bagi kat bapak mertua aku. entah aku dah cite ke belum ni kat sini. aku ni suka repetition. redha lah ye. 

on the last weekend of raya, aku pegi bawak anak dara pegi cuci rambut gunting rambut. seronok bebenor diorg. first time teruja le sangat.


diorg punya perasaan sangat lah perasan cantik sampai rasa tak nak basuh rambut sampai raya lah. lagi2 makcik rambut kenteng tu.

kat rumah, clear kan rumah yang macam tongkang. setengah hari jugak baru siap mengemas ni aku rasa.

last minute cari ready to wear punya baju. tahun ni mmg rasa bajet retis sangat sebab banyak gile jemputan lepas tu ada perasaan laa dah pakai baju ni, nanti ulang lagi baju ni. ko rasa? tak sedar diri namanya tu kan.. astaghirullahalazim. tercapai gak hajat nak grab ariani RTW ni. banyak gila kot RTW di pasaran. mmg rambang mata dan sangat lah menggugat iman. tapi sebab baju kerja pakai cap ariani and mmg size kita so beli baju raya hat ni gak. sebab beli pun sangat last minute dan sangat mustahil kalau kena alter. beli ni pun wan tunggu kat kete sebab takde parking. belum turun kete dah kena pesan "jangan lama2"... ko rasa? tgk awal2 kat IG terus tunjuk kat budak tu. amik size S then siap. akak tak nak fitting ke? tak sempat dik. dapat sampai ke jakel mall ni pun dah besar rahmat. amik gambar ni sebab tunjuk ke wan suruh pilih mana se lawa.

persiapan raya lagi. ecard semestinya. mmg sub ke adik aku la ina. ok lah simple je. buat passing kat kawan2 yang bagi ucapan.

satu lagi versi pejabat. pun ada orang yang membuat nya. tau2 dah siap untuk distribution. betapa dah takde orang bagi kad raya nye kan.

kitorg balik ke kedah hari isnin malam. raya rabu kan. so sampai sahur selasa tu kat juru autocity. mmg plan nak bersahur kat situ. seramai2 orang weh. beratur panjang nak amik nasi nye. meraikan ramadhan terakhir kekdanye. keluar ramai2 1 family lak tu kebanyakan nya.

budak2 ni dalam kete tido, bila dah sampai kampung biasa nye segar bugar lah deme.

sehari sebelum raya bawak anak bujang pulak potong rambut nye..

rambut raya ready!

hari nak balik kampung tu rafa mula demam. pakej selsema batuk kahak. kerisauan lah dgn nak raya. so mmg tiap malam RDT kan dia untuk kill all the virus dalam badan. aku bagi pcm je bila suhu badan dia tinggi. ni antara serangan demam yang paling mencabar sebab amik masa nak sihat. dgn kahak menggelegak lagi. hampir saje nak ke hospital. tapi alhamdulillah boleh recover dengan young living essential oils. cuma bila demam memang aku bagi je pcm.

malam raya main bunga api lah apa lagi. 

lepas tu masuk kan duit raya. malam tu jugak. mandur kat sebelah oda aje.

esok raya!

perlu ke entry pecah2 gini ni? hahahaha i punya blog kan? :p

1 comments:

Nad MamaZN said...

cantek lurus jek rambut adel, hehe

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in