iftar family moktar 2015

acara tahunan seterusnya ialah berbuka puasa bersama family belah ayah aku. tahun ni tak buat kat rumah arwah atuk kat kajang dah. sebab kat rumah tu dah takde siapa yang jaga. yang jaga rumah tu makcik aku, kakak ayah aku dah pun pergi tahun lepas. al-fatihah untuk semua.. so tahun ni berkumpul di port biasa rumah pakcik kitorg. di kajang juga.

so aturcara memang macam biasa dimulakan dengan tahlil sebelum berbuka puasa. tapi kitorg missed tahlil sebab ada event kat rumah anak yatim. sampai pun dalam pukul 7 lebih. just nice nak berbuka. disusuli dengan solat maghrib, isyak, terawikh, witir. selesai semua tu macam biasa meeting family. hal family day yang bakal diadakan pada september tahun ni. tahun ni naik bus weh! excited and tak sabar.

tah tak tau nak cite apa lagi, tengok gambar je lah. versi gopro. adik ipar aku punya dengan anak tuan rumah.


 majlis dimulakan dengan tahlil & bacaan yasin. lead by ustaz dari surau bandar tun hussein onn. nama ustaz lupa sudah.

dah maghrib makan kurma kuih muih dgn air dulu. then solat maghrib dulu.

solat maghrib berjemaah

food yang tersedia..

masak lemak dengan family moktar memang bagai irama dan lagu. sorry bang, no curry2 kat family ni ye. hehehehe.. macam wan masak lemak tak jalan, dia utara kan, mmg stok kari2 je. 

lepas tu continue dengan isyak, terawikh dan witir.

yang la-uzur-padora dengan yang kena jaga anak kecik duduk sini. 

meanwhile kat top floor lagi huru hara...

ni gang yang bikin huru hara. habis di kumbah bilik2 kat rumah granny diorang ni. ni kira 2 pupu diorang. sebab aku dengan mak pak diorg sepupu. moga silaturrahim kita kekal rapat macam ni selama- lama nya ye anak2

lepas selesai solat ada tazkirah sikit dari ustaz.

gambar ni paling best! ni lah semua adik beradik ayah aku. yang dah meninggal dunia arwah maklong dengan arwah makcik siah. tengok gambar ni cakap kat adik beradik aku, nanti kita dah tua2 kena gather macam ni jugak.

ni dah tengah malam. dah nak gerak balik dah.. kita jumpa lagi raya nanti ye semua...

#gopropinjam

3 comments:

Nad MamaZN said...

bestnya! sume pun sporting!

Jiey^Mien said...

Aku datang komen, gila kaya pakcik! Pakcik ada anak bujang tak? Adik saya belum kawen..

Anis said...

go pro ni mmg fish eye je ke. pening tgk gambar. hehe

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in