AKMAL KONVO

semput aku bercerita weh. gigih tak gigih... weekend lepas raya haji and kematian tu, adik aku akmal konvo. syarat aku datang konvo adalah degree ke atas je. so menunaikan janji ditepati, aku join sekali konvo akmal. cerita di sebalik budak ni punya konvo berliku lah jugak. tapi akhirnya berjaya men konvo kan diri. dapat sidang 1 pulak tu dengan Sultan Johor. tapi TMJ yang datang. ok la tu! sepatutnye aku amik half day leave lah jumaat tu so boleh sampai awal sikit kat BP. tapi aku dah 2 hari tak masuk ofis sebab ahli keluarga meninggal so aku kena kerja jugak. 

balik keje, again packing. then terus gerak lepas maghrib. sampai ke BP dalam pukul 11. kesihatan wan adalah dalam tahap tip top dah. dia anak3 x sihat kita boleh handle. ni kalau apak nye tak sihat memang jem lah. nak bejalan jauh bagai ni.

lepas tu dapat tau family ayah aku dah nak sampai jugak dari perak. diorang bajet sampai subuh then terus bersiap kat bilik aku then terus gerak pegi UTHM. tu yang sewa 1 bilik je. tapi sebab dah tau diorang nak sampai and masa tu baru pukul 1 pagi, aku pun turun ke lobi and book lagi 1 bilik. mujur dapat bilik sebelah2. so dapat lah rest mak ayah aku. esok pagi nya yang nak konvo and yang nak masuk dewa gerak dulu. kitorg breakfast kat bawah dulu then bersiap nak check out terus sebab kitorang stay kat JB pulak malam sabtu tu. 

 sarapan kat cafe dulu.

 mak ayah dah sampai kat dewan. ainal yang bawak. mak tak bape sihat lagi tu. haish... ayah pun masih keletihan.

menunggu TMJ datang.

senarai graduan termasuk adik aku.

back stage sebelum nak pegi amik scroll

in the mean time, kitorang get ready nak check out and nak pegi UTHM

dah sampai. panas bak hang!

ni library kot. library kebanggaan UTHM

menyusuri library nak menuju ke dewan. cantik

kat luar dewan

beli bunga dulu. beli hat paling  besaq lepas tu menyesal beli sebab besar benau payah nak bawak. 

mujur lah sidang 1, graduan tak ramai and tak lama kena menunggu. ni nak tunggu TMJ keluar. tapi tunggu punya tunggu, tak boleh tahan. matahari dah tepacak atas kepala, moh la beredar.

 kat luar dewan. niadel cardigan dah tah kemana sebab kepanasan. ni kat luar dewan konon nak tunggu TMJ lah. 

amik gambar kat backdrop ni.

then amik gambar studio pulak. mujur dia buat indoor kali ni. tak macam 2 tahun lepas buat outdoor. panas. kali ni sejuk sikit. so nak senyum pun boleh bagi senyum ikhlas. smart tak rafa? dengan pampers gemok! ko bila nak jalan nye rafa?

gambar studio tak siap lagi.

lepas je selesai tu, terus je gerak makan tengah hari kat restoran cili giling ke cili padi tah. then solat jamak kat masjid then pegi singgah melawat sepupu ayah prof zainal. he was supposed to join the convo tapi keadaan tak mengizinkan. pakcik zainal tak sihat and masih on medication leave. dia ni jugak lecturer kepada adik aku ainal.ni amik gambar dgn family dia. 

kami doakan pakcik zainal cepat sembuh dan boleh kembali bertugas seperti biasa. 

settle urusan di parit raja terus je kitorang bergerak ke JB. plan ada lari sikit lah sebab melawat pakcik zainal tadi. tapi takpe, tak lari JPO dikejar. kitorang terus masuk JPO dulu sebab kitorang tak penah sampai lagi. tapi tu lah, masing2 dah kepenatan. so macam acuh tak acuh je keluar masuk kedai. 

tapi di pertengahan tu macam dah panas enjin. wan dah membeli, aku pun nak kena beli something utk anak2. dapat lah beli kan stok baju untuk diorang.  dekat pukul 10 gak settle sampai JPO nak tutup lah. kitorang makan kat food court dalam tu siap2 then pulang balik kereta bomba ni.

bajet dah lemau sangat kan tapi tak pulang dengan tangan kosong. dapat macam2 lah jugak.

to Akmal, dari diploma architecture bertukar ke diploma mechanical eng seterusnya berjaya menggenggam ijazah dalam mechanical engineering dan dah pun memasuki alam pekerjaan dalam bidang yang kau minat, aku doakan kau berjaya dunia dan akhirat. jauh mana ko kau pegi jangan lupa keluarga. bahagiakan mak ayah. all the best in your future undertaking. hope you have chose the right path for your future. dia ni taken. kembar dia available. motip!!!

ok, dari JPO kita bergerak ke destinasi seterusnya...

tempat idaman....

1 comments:

shark said...

terbaekk :)
semoga adik kamoo terus suksess..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in